Wednesday, January 19, 2011

CUCU SULUNG


Menimang cahaya mata memang sungguh indah, apa tah lagi menimang cucu, cucu sulung pula tu. Dalam usia menjangkau melebihi separuh abad, syukurlah aku sempat menimang seorang cucu lelaki. Sungguh membahagiakan kami, bertambahlah lagi seorang lelaki dalam keluarga, yang dulu cuma seorang saja. Masih segar dalam ingatan semasa aku menimang cahaya mata pertama dulu - abah emak jua mertua, semua sangat bangga. Masa tu emak yang jaga - baby, aku yang masih lemah, kain baju dan makan minum - semuanya dijaga.

Lain pula aku yang menimang cucu, rasa gembira dan bahagia masih tetap sama. Tapi urusan menguruskan anak yang melahirkan, baby yang masih kecil, kain baju baby, mengurut dan bertungku semuanya sudah diswastakan. Kalau tidak urusan orang sakit dan orang baru, sudah tentulah tidak terurus, sudah tentulah ibu muda seperti anakku tidak dapat belajar mengurus bayinya kerana aku tiada di rumah. Nasib baiklah ada perkhidmatan confinement lady yang menggantikan tugas tok zaman dahulu. Syukurlah dapat cucu, dibantu confinement lady, jadi tok pergi kerja pun dengan hati yang lapang dan senang. Dunia sudah berubah walaupun baru cuma 26 tahun berlalu.

Confinement lady - Mak Njang: Mengurut RM 60 per service (3x seminggu = 9 x 60= RM360 ), (bertungku RM 40, mandi baby, dan basuh baju baby RM 20, including cukur rambut = RM 60 perday). Total for 20 days RM1200.00 + RM 360 = RM1560 cash - down payment RM RM500, last day full payment. Terima kasih mak njang yang bersusah payah menjaga cucu sulung saya yang comel tu.

2 comments:

  1. Salam, dah terima cucu ya cikgu. Tahniah.

    Emmm.. upah mengurut dan bertungku semua sekali RM1,560... utk 60 hari ya... Cikgu, sy syorkan beli pelapik tilam yg boleh berfungsi mcm tungku, boleh seluruh badan, sepanjang hayat, insya Allah... untuk anak cikgu tu...

    ReplyDelete
  2. betul tu Fuad, nanti boleh difikirkan dan nampak lebih menjimatkan

    ReplyDelete