Wednesday, March 30, 2011

KAJIAN BEBAN TUGAS GURU

Pagi yang dingin kerana hujan yang berpanjangan menjadi panas dengan kehadiran Dr Nurul dari Institut Perguruan Perlis yang dengan penuh semangat membuat soal selidik beban tugas guru di sekolah. Oleh kerana terlalu sibuk dengan perkembangan ribut di sekolah, Dr Nurul telah dilayani oleh PK Tingkatan 6 terlebih dahulu Bila semua sudah dapat diuruskan barulah Dr Nurul dapat berjumpa dengan guru-guru yang telah diaturkan mengikut jawatan dan tugas khas. Selepas pengenalan pengetua, beliau telah memberikan sedikit pendahuluan tentang kepentingan soal selidik. Beliau meminta guru mengisi soal selidik dengan ikhlas dan penuh rasa tanggung jawab. KPM sedang mengumpul data......

1 comment:

  1. Selagi 'menyintai' perguruan dan keguruan selagi itu bebanan tidak dirasakan sebagai terbeban. Cuma, kajian ini diharap dapat memberi ruang kepada para guru kembali kepada tugas2 pokok mereka, agar yang dikendong tidak gugur dan yang dikejar akan dapat. Insya'Allah.

    ReplyDelete