Monday, July 27, 2026

SAKURA HUNTING

 

Day 16
5 April 2026
Ahad

Jam 8.30 pagi masuk kelas online sirah Nabi. Lepas rehat tolong angah buat bento menu nasi ayam berempah dan salad. Tengah hari lepas solat, Hasrul nak bawa pergi ke Muzeum Serangga, semua pun exited, tapi bila sampai rupanya tempat itu  Children's Park, Hasrul tersilap, sebab tengok gambar saja, tak sempat baca  advertisment. 

Jadi kami ubah rancangan untuk sakura hunting, di petang yang mendung dan dingin itu. Kami berhenti di Park dekat dengan sekolah Naema. Tadi di sepanjang jalan kami dapat lihat kebun-kebun buah peach sedang berbunga. Bunganya kelihatan hampir sama seperti bunga sakura, berwarna putih tapi pokoknya di trim setinggi berdiri semuanya nampak seragam, dan cantik. Kami singgah di Konbi Store beli air gas yang tok wan suka dan beli jajan-jajan untuk budak-budak. Kemudia kami terus ke taman yang penuh dengan sakura.

Kami berhenti di carpark untuk foto-foto di taman yang penuh dengan bunga sakura.

Sunday, July 26, 2026

JAMUAN RAYA AIDILFITRI

 

Day 15
4 April 2026
Sabtu

Lepas subuh kami sibuk setting meja untuk jamuan dan kenduri raya. Menu yang disusun di meja:
lemang,m pulut lemak rendang ayam, rendang kerang dan dendeng, kambing bakar, coleslow dan ayam panggang, dan nasi butter, roti jala dan kari ayam, pelbagai kek dan biskut dan pelbagai buah-buahan. Terdapat banyak kueh-muih, buah-buahan dan air minuman, yang dibawa oleh tetamu. Mereka turut sama nak buat kenduri.

Jam 11.00 pagi tiga keluarga lebih kurang 18 orang, sudah tiba, jadi papa ajak mereka semua buat tahlil ringkas. Menurut angah panggilan semuanya lebih kurang 20 keluarga, jadi tetamu mencecah lebih 60 orang semuanya. Dengan ruang rumah yang agak terhad, jadi tetamu lelaki selepas ambil makanan, ramai duduk di bawah khemah di luar. Di dalam rumah tetamu wanita dan anak-anak kecil, serta peminat sejarah papa duduk sembang sejarah.Anak-anak remaja bawa makan naik makan di dalam bilik di atas sambil main gadget.

Ada dua tiga orang kawan angah yang minat sejarah, mereka berbual rancak dengan papa. Ada seorang peminat duit lama dan pernah beli buku papa, dia bawa bukunya untuk papa sign autograf. Banyaklah soalan yang dia nak tanya sebab labih cepat mendapat maklumat. Ada juga yang turut serta mendengar certia papa walaupun tak berapa minat sejarah, tapi syok juga dengan celoteh papa sambil makan-makan.

Mama sembang-sembang dengan Puan Latifah (Ratifua Ramuli) yang sudah  30 tahun menetap di Tokyo kerana berkahwin dengan Rakyat Jepun. Dia ada 2 orang anak yang sudah besar, dan sudah bekerja. Dia sangat bersyukur kehidupannya bahagia, emak mertua sayang dan belajar bahasa Inggeris untuk dapat berkomunikasi dengannya. Masha Allah maha suci Allah yang menentukan jodohnya, Allah maha besar dan maha penyayang lagi maha mengasihani. Tidak ada yang kita dapat tahu tentang jodoh pertemuan, hanya Allah saja yang maha menentukan, ya zaljala liwalikrom.

Mama juga sangat seronok dapat berjumpa dengan bekas anak murid di Bahiyah, Fairuz namanya.. Dia ikut suami bekerja di Jepun, Sudah anak dua dan 9 tahun menjadi sebahagia dari warga Jepun, alhamdulillah, kecilnya dunia ini, Allah aturkan pertemuan yang tidak pernah terdugakan. Tetamu lain ialah Nani kawan baik anak cikgu Aliana yang  selalu didengar cerita tentangnya semasa di Surau Taman Jaya. Nani pun sudah 25 atahung tinggal di Jepun, Dia ada dua orang anak perempuan kedau-duanya belajar sekolah Jepun dan masuk Universiti Jepun dengan mendapat biasiswa kerajaan. Alhamdulillah segalanya Allah aturkan, sangat halus aturan dan tadbiran Allah pada umatnya, masha Allah, hanya kita yang tidak tahu. Kita turut saja aturan yang telah ditakdirkan, dan bersyukurlah dengan segala yang tertulis untuk kita. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Seorang lagi tetamu, tak ingat namanya, dia seorang guru lulusan  Diploma in Education dari UM, yang tidak pernah mengajar di Malaysia, kerana selepas tamat belajar terus ikut suami ke Jepun. Kini dia seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah antaarabangsa di Tokyo. Dia pun dah lebih 20 tahun tinggal di Tokyo. Anak pun masuk Universiti di Jepun.

Tetamu yang datang kebanyaknya naik tren. Ada yang naik tren 2 jam masih sanggup memenuhi jemputan kerana rindukan kampung halaman, mereka menunggu untuk hadir majlis-majlis kenduri. Terasa seperti berada di kampung halaman bila dapat bersua dan bertanya khabar, sambil menjamu selera. Tambahan lagi dapatlah merasa masakan yang lama sudah tidak dimakan kerana tak pandai masak atau sukarnya mendapat bahan. Tetamu yang datang dengan kereta terpaksa mencari parking yang agak jauh dari rumah, tapi mereka sudah biasa begitu.

Tetamu yang datang awal balik lebih awal, mereka balik tak serentak jadi dari tengah hari hingga ke malam tetamu masih makan-makan dan sembang-sembang. Makanan semuanya cukup, cuma roti jala terpaksa 'dijala' lagi sebab tak cukup dan kari ayam masih banyak.Tetamu yang terakhir balik jam 9.00 malam. Mereka berkali-kali memohon maaf kerana lama duduk bersembang tak balik-balik. Apa pun alhamdulillah majlis berjalan lancar, makanan cukup, silaturrahmi terjalin, syukur padamu ya Allah yang mengaturkan segalanya. Tiada daya upaya kami untuk berbuat kebaikan melainkan dengan keizinanMu dan tiada daya upaya kami berbuat kejahatan melainkan dengan keizinanMu jua. Subha nallah alhamdulillah semoga pertemuan kami membawa rahmad dan mendapat keredhaanMu ya Allah. Aaamiiin Ya Robbal aalamiin.

PERSEDIAAN JAMUAN RAYA

 

Day 14
3 April 2026
Jumaat

Pagi subuh jam 4.00 pagi, Papa dan Mama buat sujud sejadah pagi itu di bumi Jepun. Lepas tu tolong angah siapkan bento sarapan pagi nasi lemak ayam goreng, buah dan kueh.  Untuk makan malam pula menu nasi berlaukkan kari ayam, semuanya 20 pek  pagi dan 20 pek petang bagi pelancong-pelancong dari Singapore.

Hayyan pergi surau berhampiran rumah dengan dedi dan tok wan jam 11.00 pagi. Dia dilantik oleh Madrasahnya untuk jadi imam solat Jumaat setiap minggu. Selepas solat babaru Hayyan pergi Madrasah untuk mengaji. Tok wan nak bersama Hayyan bagi semangat Hayyan nak jadi imam solat Jumaat dan baca khutbah. Sebelum pergi Hayyan semak dulu khutbah yang dihantar oleh Ustaznya, supaya dia tidak tersasul. Hayyan dedi hantar ke stesyen, tok wan balik dengan dedi untuk lunch.

Kemudian kami buat persiapan untuk jamuan raya esok, menu yang disediakan  kambing diperap untuk kambing  bakar,  mee jawa, daging dendeng, rendang kepah, kari ayam, roti jala, dan. lemang. Budak-budak sibuk mengemas rumah, papa buat bumbung kerana cuaca hujan tak menentu, supaya ada ruang berteduh semasa nak bakar kambing esok.




Saturday, July 25, 2026

UENO STREET DAN FISH MARKET

 

Day 13
2 April 2026
Khamis

Lepas sarapan roti canai dengan kari, mama masuk kelas Ustaz Saad Bahasa Al-Quran jam 8.30 pagi di Jepun sama dengan 7.30 pagi Malaysia..  Pagi ni angah tak kerja dia masak spegheti untuk Hayyan bawa bekal lunch. Itu jugalah lunch kami tengah hari ni..Lepas lunch dan  solat, kami gerak ke Ueno Street, di situ ada market basah. Banyak ikan dijual di situ. Hasrul ajak ke situ kerana papa nak cari kepala ikan dia teringin nak makan kari kepala ikan.  Hasrul kata kepala ikan murah sebab orang Jepun hanya makan isi ikan. Kepala ikan di jual murah-murah, selalunya orang Malaysia beli untuk buat kari.

Perjalanan ke Ueno cuaca agak mendung dan hujan rintik-rintik.  Sambil menikmati  panorama indah dan kesejukan cuaca hari itu, melayang dalam fikiran bagaimana angah pernah cerita dia naik basikal redah salji ke Maizuru Technical College, tempat dia belajar  tahun 2005 hingga 2007. Tapi kami tak pernah ke Maizuru. Kami pernah  melawat angah tahun 2009 semasa dia tahun akhir di Toyohashi. Angah di Toyohashi tahun 2008 hingga 2010.  Waktu itu dari Toyohashi Kami naik shin kan zen ke Tokyo, kami pergi ke Ueno Garden. Waku itu musim luruh, cuaca suram, sejuk dan kemendung, seperti hari ini, tapi ramai juga pengunjung yang menikmati suasana musim luruh yang dingin di situ.

Maha suci Allah, Allah maha mengaturkan Mac 2026 mama ke Jepun lagi Ke Funabashi Chiba. Hari ini gerak ke Ueno naik kereta. Sepanjang jalan buga sakura kembang putih menggebu, memang sangat cantik putih berseri sepanjang jalan.Kadang-kadang terjumpa juga sakura yang berwarna ros, itu pun cantik juga, subha nallah maha suci Allah yang menciptakan keuindahan alam ini untuk dinikmati oleh manusia.

Kami terus ke market ikan di lower ground, sebab di situ banyak kepala ikan. Ya Allah memang murah sungguh kepala ikan, segar dan besar harga JY 500 untuk 4 biji kepal, bersamaan dengan RM12. Malangnya kami tak boleh beli banyak sebab space dalam peti ais sangat terhad, semua nak masuk peti ais. Kami beli juga ikan potang yang lain buat digoreng. Harga ikan lebih kurang sama dengan harga di Malaysia, geram sungguh tengok ikan-ikan fesh tu.

Kami singgah makan kudapan di kedai halal: menu kami ramen, sambosa, chicken rice, fried dumpling dan tembikai. Dah kenyang kami jalan-jalan jamu mata, kami beli sedikit cenderamata kebetulan dah terjumpa yang sesuai dan berkenan di hati. Mama beli t-shirt dan tote-bag, Papa beli beg hand carry sebab dia berkenan sangat dengan pattern, kononnya mudah nak letak barang.

Sambil nak balik Hasrul beli ayam, kambing dan bekas bento. Kami sampai di rumah dah maghrib. Lepas dinner, tunggu Hayyan balik, kemudian terus berehat. Alhamduillah ya Allah Engkau takdirkan kami yang baik-baik, syukur padaMu ya Allah. Sesekali fikir patutlah Hasrul suka kerja di Jepun, negeri cantik, aman, banyak kemudahan dan kehidupan pun selesa. Ya Allah berkati mereka ya Allah, berilah mereka rezeki yang terbaik, rezeki yang banyak seperti air zam-sam yang tidak pernah berhenti mengalir dan mudahkan segala pekerjaan mereka, terutamanya anak-anak mereka jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah dan jadikan mereka semakin hampir denganMu dan tingkatkanlah darjat mereka di dunia dan akhirat. 



BEREHAT LAGI

 

Day 11
31 Mac 2026
Selasa

Pagi lepas sarapan mama ikut kelas taafsir Us Saad Surah AlGhafir ayat 77 dan 78. Hari ni hujan jadi Hayyan pergi ke sekolah dedi hantar ke stesywn tren, yang lain Naema dan Hawa masih cuti boleh dok rumah dengan tok. Mama masak kari udang kacang buncis dan ubi, goreng ikan sebelah dan goreng kiub potato pedas kegemarang budak-budak. Sedap kami lunch dan menu ni juga untuk  kami makan malam nanti. Memang sedap makan nasi panas di malam yang cuacanya dingin. Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah kami masih dapat berkumpul anak-beranak walaupun jauh beribu batu. Takdir Msu sudah tertulis mama dan papa masih boleh mengulangi lawatan ke Jepun buat kali kedua. Kali ini datang melawat dedi yang lepas operation, hari tu mama tak dapat datang, dan datang melawat anak cucu untuk melepas rindu sebab sudah lama mereka pergi ke Jepun ikut dedi.

Day 12
1 April 2026
Rabu

Pagi kami sarapan dengan kari ikan sardin dan roti prata. Selepas itu mama ikut kelas Feqah Ustaz Saad. Mama tolong basuh kain dan sangkut untuk keringkannya. Kemudian mama jalan-jalan keluar melihat keadaan sekeliling kawasan kejiranan. Tiba-tiba mama terlihat notification earthquake di telefon, tapi mama tak rasa gegaran pun. Bila mama masuk rumah papa bagi tau mereka dapat rasa gegaran gempa bumi 5. skala ricter. Kalau ikut Nemah keadaan itu biasa saja. Kalau di sekolah mereka kena masuk bawah meja dan letak bantal atas kepala masing-masing untuk mengelak kecederaan. Setiap orang murid mesti bawa bantal keselamatan itu ke sekolah setiap hari. Bagi mereka keselamatan tidak boleh ada kompromi mesti diberi perhatian khusus. 

Alhamdulillah negara kita berada dalam kawasan selamat daripada marabahaya alamiah seperti gempa bumi ini. Syukur ya Allah artas nikmat yang diberikan hanya kami yang kurang bersyukur, ampuni kami ya Allah.

Rupanya di perjabat angah pun mereka dapat rasakan gegaran itu. Bila angah balik dia terus tanyakan pengalaman baru itu, sebab mereka dah terlalu biasa dengan gegaran-gegaran kecil seperti itu.

Malam jam8.30 kami gerak ke Madrasah Hayyan untuk jemput Hayyan balik mengaji. Di situ ada halal meat market, kami beli daging untuk buat dendeng. Kami juga beli kambing untuk menu kambing bakar nak bua t kenduri arwah dan jamuan Raya nanti. Jumlah belian daging dan kambing sebanyak JY 30.000. Sekali sekala nak buat kenduri syukur alhamdulillah. Tok wan pergi ke Madrasah Hayyan jumpa Ustaz dan melawat madrasah. Wan pergi ke surau dan bilik guru. Alhamdulillah dapat juga wan meninjau-ninjau tempat Hayyan nmengaji






Thursday, July 23, 2026

SEKOLAH NAEMA DAN BELCO SUPERMARKET

Day 10
30 Mac 2026
Isnin

Selalunya selepas solat subuh jam 4.00 pagi kami akan tidur dan bangun semula jam 6.30 pagi. Tapi hari ini kami terus bantu Along dan Hajar yang akan meninggalkan bumi matahari terbit. Hasrul menghantar mereka tiga beranak ke Haneda Airport tapat jam5.30 pagi kerana mereka dikehendaki check-in  jam 7.00 pagi, tiga jam sebelum boarding jam 10.20 pagi. Kami bersalaman, budak-budak yang ditinggalkan terasa sayu, kerana pasti mereka akan merindui satu sama lain selepas berpisah nanti.

Angah pergi kerja jam 6.30 untuk naik tren ke ofisnya. Hana ikut kemudian jam 7.00 pagi naik tren ke sekolah. Pagi ini Hana final exam Bahasa Inggeris, semoga dia  berjaya dengan cemerlang, insyaAllah. Mama dan papa ikut kelas Hadis online  Ustaz Saad tentang kejadian lapisan bumi. Hayyan pergi madrasah jam 9.00 pagi naik tren dan akan balik jam 10.00 malam. Hawa dan Naema masih cuti sekolah, duduk rumah bersama tok dan wan bantu-bantu kerja rumah. 

Hari ini mama masak gulai ayam dan sayur untuk tengah hari. Hana balik lepas habis exam jam 1,00. Kami lima bercucu makan bersama-sama. Selepas itu jam 3. 00 petang Hana jalan kaki hantar Naema pergi main basketbal dekat dewan sekolah. Lepas solat dan minum petang kami jalan kaki bersama papa untuk ambil Nemah di sekolah, sebab dia habis main jam 6.00 petang sudah masuk maghrib.

Petang itu angin kuat dan cuaca sangat sejuk. Kami jalan santai-santai sambil melihat kawasan kejiranan. Kebayakan rumah ada saja tanaman hiasan pokok sakura, ada yang sudah kembang dan masih banyak lagi yang masih berkudup. Kami ambil peluang berfoto-foto, sebab tujuan datang musim bunga pun memang untuk menikmati keindahan sakura setahun sekali. Kami tiba di sekolah Naemah matahati dah hampir terbenam, tapi masih dapat melihat sakura yang kembang di sepanjang pagar sekolahnya. Dengan sinaran cahaya neon sakura nampak sungguh indah menghiasi kawasan taman sekolah. Dalam kesejukan dan kegelapan malam kami berjalan pulang bersama Naema yang baru habis main bola. Kami solat maghrib lewat sikit hari ini, sebab 6.20 malam baru sampai rumah.

Malam selepas dinner kami ke pasaraya Belco, orang Jepun sebut Beruku. Kami beli ikan-ikan pelbagai jenis. Angah kata dia jarang beli ikan yang mama beli sebab tak tau nak masak apa, selalu dia beli ayam dan daging lebih mudah masak dan budak-budak pun lebih suka. Esoknya mama nak masak kari dan ikan goreng kerana papa terigin nak makan ikan setelah sekian lama makan ayam saja. Alhamdulillah angah ada kelapangan untuk pergi shopping ikan dan sayur-sayuran. Kalau ada rzeki tak ke mana masya Allah, syukur alhamdulillah..

 
 
 

PESTA SAKURA DI UENO GARDEN


Day 9
29 Mac 2026
Ahad 

Pagi kami masak-masak dan makan tengah hari siap-siap. Selepas itu semua kami solat, kemudian kami gerak ke tren station untuk ke Ueno Garden, tempat terbesar  merayakan Sakura Festival, yang dinantikan oleh semua orang Jepun dan juga pengunjung-pengunjung yang nak melancong ke Jepun. 

Jam 2.00 petang kami semua sudah ada di tren stesyen Funabashihoten. Lepas satu stesyen di Nishi-Funabashi, kami tukar tren untuk terus ke stesen Ueno. Masa perjalanan lebih kurang 40 minit, akan melalui 11 stesen semuanya. Orang dalam  tren  semakin dekat untuk sampai ke destinasi, semakin sangat ramai, semua koc tak ada tempat duduk, dan yang berdiri pun ramai penuh sesak.

Tiba di stesen Ueno, didapati penuh dengan lautan manusia. Pergerakan kami sangat perlahan, kami berjalan dalam satu kumpulan supaya tidak terpisah dan mudah segala urusan dalam kesibukan lautan manusia yang semuanya ingin turut serta dalam merasai   suasana peryaan musim bunga sakura setahun sekali itu. 

Menuruni tangga keluar dari stesyen,  sudah kelihatan bunga-bunga sakura menggebu sepanjang jalan masuk ke taman itu, ramai pelancong berjalan-jalan untuk menikmati suasana musim kembang sakura. Di kiri kanan jalan ada ramai pengunjung yang membentangkan tikar duduk-duduk berpiknik, sambil makan-makan dan minum-minum, sambil menikmati suasana dan panorama serta melihat-lihat kuntum kembang sakura berguguran memenuhi jalan bagaikan karpet gebu berwarna putih dan kemerahan.

Ada juga jualan barang cenderamata dan jualan pokok-pokok terutamanya anak-anak benih pokok sakura.  Penjaja aiskrim dan air mineral pun ada, untuk pengunjung yang dahagakan air, mereka tak perlu pergi jauh-jauh. Kami mencari tempat yang boleh kami bergambar dengan bunga sakura. Tempat yang tidak sesak dengan pelancong, tempat yang bunga sakurnya lebat, dan tempat yang menghadap matahari supaya gambar kami terang dan cantik, di situlah kami mengabadikan suasana musim sakura yang dibanggai orang Jepun. 

Di sekeliling kami ada ramai yang merakam video selain bergambar. Ada pengunjung yang muda-muda mereka buat kontent. Ada juga yang buat photo-shoot. Masing-masing dengan aktiviti sendiri-sendiri tanpa menghiraukan orang keliling. Begitulah Ueno Garden, pada setiap musim ia memang menjadi tumpuan manusia yang cintakan alam semula jadi. Taman ini memang satu taman dalam Bandaraya Tokyo yang menjadi tumpuan ramai poelancong.

Suasana pada hari itu sungguh meriah. Pengunjung dapat menikmati musim sakura kerana cuaca pun cerah dan udara pun agak nyaman. Allah memberikan cuaca cantik, terang dan tiada hujan untuk kami dapat menikmati alam ciptaan Tuhan yang sungguh cantik dan mempesonakan. Alhamdulillah syukur dengan anugerahnNya.  Kalau musim sakura pun sudah sangat cantik, bagaimanalah nanti suasana taman bunga di syurga, Ya Allah tiada daya upaya kami Ya Allah, tak dapat untuk digambarkan dengan fikiran kami manusia yang kerdil. Sungguh Engkau maha berkuasa menciptan sesuatu masya Allah tabarokallah. Sesungguhnya untuk melihat kebesaran Allah, lihatlah kepada ciptaanNya, sudah pasti dapat dirasakan keagongan Allah bagi orang-orang yang berfikir.

Kami tak dapat berlama-lama di situ kerana setelah lama berjalan, papa rasa kebas dari paha hingga ke kaki sehingga dia rasa berat untuk berjalan. jadi  Angah ambil keputusan, kami bertiga balik dulu meninggalkan Along sekeluarga dan budak-budak untuk terus menikmati suasana musim bunga dan keindahan  sakura Tokyo.

Selamat tinggal Ueno Garden, entah bila lagi kami akan kembali ke sini, dulu kami pernah ke sini di musim luruh, aktivitinya berlainan pula. Ya Allah syukur ya Allah Engkau datangkan kami lagi ke sini , sekali ini, untun dapat menikmati musim sakura yang menjadi legenda. Nikmat mana lagi yang kami dustakan, sesungguhnya kami saja yang kurang bersyukur, ampuni kami ya Allah


Wednesday, July 22, 2026

RAYA DI MOUNT FUJI

 

Day 8
28 Mac 2026
Sabtu

Alhamdulillah kami semua bangun awal. Lepas siap kemas rumah, kami sarapan, ada yang makan bihun, makan roti, makan pisang dan nasi ayam gerpuk. Suasana pagi dipanaskan lagi dengan kopi. Nescafe segera kami beli di Konbi Store, aromanya semerbak harum menyegarkan dan menghangatkan kami. 

Kemudian kami bersiap-siap, semuanya pakai baju raya yang dibawa dari Malaysia. Yang lelaki segak berbaju melayu, cuma Hayyan pakai kemeja kerana tertinggal beg bajunya. Perempuan berbaju kurung semuanya, memang terasa macam hari rayalah, kebetulan pula hari ini  baru 8 Syawal. Dengan siap berbaju raya kami semua keluar meninggalkan homesstay dengan rasa sungguh gembira, memang terasa lain sungguh, mood raya di perantauan.  

Sebelum bertolak, kami menikmati suasana pagi yang cerah. Alhamdulillah cuaca pagi dengan matahari yang lembut, kelihatan cerah dan  dari kawasan paking kami dapat lihat puncak Fujiya yang putih gebu. Puas jugalah kami bergambar berlatar-belakangkan gunung terkenal itu.

Kami bergerak ke Oishi Park Lake  Kawaguchi. Sepanjang perjalanan cuaca dingin tapi cerah sangat. Alhamdulillah puncak  Gunung Fuji jelas nampak gebu saljinya, inilah rezeki kami, alhamdulillah kerana bukan semua orang datang ke kawasan peranginan itu dapat cuaca cerah sehingga di mana-mana pun dapat dilihat puncak gunung bersalji yang klasik itu. 

Sepanjang perjalanan kami nampak ramai juga orang Malaysia berjalan-jalan menghirup udara pagi, sambil berfoto-foto dengan puncak Fujiyama. Kami melalui Muzium Batu 1, kemudian Muzium Batu 2. Seterusnya kami melalui kawasan yang terlihat dari jauh  Tasik Kawaguchi, ada 5 tasik sekitarnya, iaitu bekas letusan kawah gunung berapi dahulunya. Sepanjang jalan banyak pokok sakura tapi bunganya masih kudup tidak kembang sepenuhnya kerana cuaca masih tidak mencapai 10 degrees celcius. Di kiri kanan jalan rumah-rumah kebanyakannya menjadi rumah tumpangan dan rumah penginapan Air B&B, sebab kawasan ini telah menjadi kawasan pelancong sepenuhnya yang sungguh terkenal dan digemari ramai pelancong.

Kami tiba di Oishi Park Lake Kawaguci, orang sudah ramai. Pengunjungnya dari pelbagai bangsa. Memang ramai pelancong ke kawasan ini. Yang mendominasinya sudah pastilah orang Jepun, ada orang puteh, orang Cina dan Orang melayu pun ramai. Ramai yang berbaju melayu lengkap seperti di hari raya, masing-masing senyum seolah-olah menyapa orang kampung sebab datang dari negeri yang sama. Kami menjerit ucapan selamat hari raya kepada kumpulan pengunjung-pengunjung Fujiyama yang berbaju melayu. Masing-masing semuanya senyum gembira, seolah-olah kami semua sedang beraya, sungguh seronok dan amat nostalgik sekali.

Seperti mana pelancong-pelancong  lain, yang semuanya asyik bergambar, kami juga bergambar raya berlatar belakangkan Fujiyama. Banyak sungguh pengunjung-pengunjung Park Kawaguchi Lake, semuanya tidak melepaskan peluang merakamkan gambar-gambar kenangan. Kami mencari sudut-sudut yang sesuai untuk merakam gambar kenangan. Mula-mula kami pilih taman bunga, yang pelbagai warna, di belakangnya gunung Fuji. Gambar kami sungguh cantik dengan bunga berwarna-warni dan  berlatar belakang gunung berpuncak salji yang gebu.

Kemudian kami bergerak ke satu kawasan lain. Kawasan yang penuh pokok seperti pokok menerung memang sangat unik dan ia menjadi tempat yang dipilih ramai pelancong. Puaslah kami merakamkan gambar-gambar kenangan sehingga semua kami selesai bergambar. Letih juga lama kami pusing-pusing bergambar. Akhirnya kami berehat seketika sambil makan-makan ais krim. Budak-budak memang sangat sukalah makan aiskrim. 

Selepas itu lebih kurang jam 11.00 pagi kami meneruskan perjalanan dan singgah di Kampung Tradidi Jepun Yashina Sato. Kampung ini dikenakan tiket untuk masuk melawat kawasannya. Memang sangat luas kampung itu terletak di kawasan yang tanah rata, dan ada juga berbukit bukau. Banyak rumah-rumah tradisi dipelihara reka bentuknya, dan dijadikan muzium-muzium untuk tatapan pelancong. Ia merupakan satu kompleks yang memaparkan kepada kita pelbagai gaya kehidupan masyarakat tradisi Jepun. Kami tak dapat berlama-lama sebab perut sudah berkeroncong. Jadi kami singgah sekejap di Kedai Nenek di kawasan parking. Kami beli jajan-jajan untuk lapik perut sebelum makan tengah hari. Ada beli fries, ubi bakar dan buah-buahan. Budak-budak memang suka jajan-jajan

Jadi kami buat keputusan untuk singgah solat di masjid Kawaguchico. Masjidnya besar dan ramai pengunjung pada hari itu. Di depannya kedai makanan halal. Mulanya kami nak makan tengah hari di situ, tapi oleh kerana tiada tempat duduk, kami bergerak ke kedai Aladin Halal Shop untuk beli kebab buat makan tengah hari. Kami juga singgah di Kedai Shokupang untuk beli roti halal yang agak terkenal di situ.

Jam 2.30 kami terus gerak ke FujiQ Theme Park, theme park yang terbesar dan pernah  terkenal dengan the longest roller coaster pada suatu ketika. Kami masuk relek-relek duduk di kedai kopi sambil makan dan minum dalam suasana petang yang dingin mencengkam. Anak cucu sudah ke destinasi masing-masing. Hayyan terlekat dalam que yang panjang untuk naik roller-coaster yang terkenal itu.  Ali dan maminya pergi naik macam-macam permainan. Angah dan anak-anak daranya entah ke mana pergi mainnya, Akhirnya kami semua berkumpul dan makan potato goreng panas-panas, sedap juga kerana cuaca sejuk menjadikan semuanya lapar  selepas puas bermain-main.

Jam 5.30 kami gerak ke Gotemba tempat beli-belah yang besar seperti Design Village di Penang.  Selepas sampai di situ kami sempat melihat-lihat beberapa kedai di Gotemba. Papa sempat beli sehelai  seluar, tapi lepas itu kami tak sempat melihat-lihat atau membeli-belah lagi keran jam 8.30 malam kedai sudah mula berhenti beroperasi. Lagi pun kami hanya teserepak dengan kedai-kedai berjenama yang high-end yang tak sesuai dengan kami. Hari sudah larut malam kami singgah di Kedai Nasi Briyani. Kami makan nasi briyani ayam dan nasi goreng ayam saja yang ada, yang lain semuanya sudah habis kerana petang tadi mereka ada majlis makan-makan yang ditempah khas.

Jam 10.00 malam kami gerak ke Tokyo jam 11,30 kami tiba dengan selamatnya di rumah.  Alhamdulillah kami kenyang dan pulang ke rumah dengan letihnya. Kami solat kemudian tidur. Terima kasih Hasrul mengaturkan perjalanan ke Fujiyama dengan jayanya. Maha suci Allah yang pengasih lagi penyayang memberikan kami peluang menikmati alam ciptaanNya yang luas dan cantik. Syukur alhamdulillah perjalanan kami sekeluarga dipermudahkan segalanya, nikmat mana lagi yang kami dustakan, wahai Allah Ya Zaljala Liwalikrom.

Tuesday, July 21, 2026

PERJALANAN RAYA KE MOUNT FUJI


Day 7
27 Mac 2026
Jumaat

Jam 9.00 pagi dengan Bismillah .... kami bertolak ke Kawaguci untuk melawat  dan berehat di kaki Mount Fuji. Oleh kerana kami ramai, maka terpaksalah kami pakai dua kereta. Satu kereta Hasrul drive, dan satu kereta lagi along drive bawa budak-budak. Perjalanan akan makan masa lebih kurang tiga jam dari rumah kalau trafik lancar. Sebelum gerak kami singgah di stesen tren Funabashihote ambil Hayyan yang pergi deliver bento yang dipesan custemer. 

Cuaca pagi ini agak mendung, dan trafik juga ramai, jadi perjalanan agak slow. Kami menikmati suasana pagi yang dingin  dan pemandangan yang berubah dari suasana kota ke suasana outskirt Tokyo. Sekitar Tokyo sepanjang jalan dipenuhi bangunan-bangunan, stesen tren, kawasan perumahan dan kawasan perindustrian. Semakin menuju ke luar kota suasana berubah dengan pemandangan menyajikan lebih banyak pokok-pokok menghijau dan kebun-kebun sayuran yang luas. Di samping itu pokok sakura masih belum banyak yang kembang. Ada kawasan kelihatan bunga sakura sudah sepenuhnya berkembang, ada yang putih dan ada yang berwarna ros. Kelihatan sungguh meriah seperti dalam lukisan, sungguh cantik dan meriah. Inilah keistimewaan di musim sakura, rata-rata pemandangan dihiasi sakura kembang gebu di dahannya.

Lebih kurang jam 12.15 tengah hari kami singgah di R&R Shikawa. Ia terletak hampir lebih separuh perjalanan dari Tokyo ke Fuji. Agak luas juga kawasan rehat ni, Banyak kiosk jualan makanan, minuman dan souninir. Ramai sungguh pengunjung ke Fiji singgah untuk minun-minum kopi dan makan tengah hari sambil membeli-belah barang-barang cendermata.

Kami minum kopi sebab nanti kami nak lunch bila sampai di homestay. Sambil tu kami beli jajan makanan ringan untuk budak-budak. Kami juga sempat membeli biskut sugar-tree, untuk buat cendehati bagi kawan-kawan dan sanak saudara. 

Lebih kurang jam 1.30 tengah hari kami mula gerak keluar menuju destinasi. Dalam lebih kurang 10 minit perjalanan, kereta along break-down, jadi kami tunggu along bawa kereta perlahan-lahan ke tempat yang kami berhenti di tepi jalan, tak jauh dari kereta mereka di belakang kami. Kami buat keputusan Angah, Papa, Mama dan budak-budak akan teruskan perjalanan. Hasrul, Hayyan, Along,  Hajar dan Ali akan uruskan tunggu towing kereta di situ. 

Kami terus perjalanan menuju ke R&R terdekat Fijino, untuk tunggu perkembangan seterusnya. Jam 2.30 kami solat jamak zohor asar bergilir-gilir di situ. Sambil menikmati panorama dan menghirup udara dingin segar, kami makan-makan dan bergambar kenangan. Dalam pukul 3.00 petang, towing service dah pickup kereta yang rosak. Kami mula bergerak ke homestay di fujuyama. Lehih kurang jam 5,30 petang kami tiba di Homestay Amber Fuji Trip House, berhampiran Kawaguci Lake Fuji. Matahari dah semakin terbenam masa kami sampai, dan cuaca dah semakin gelap. Kebetulan waktu itu hujan renyai-renyai maka lebih sejuklah kami meredah hujan dari parking ke homestay. 

Homestay yang disewa, sebuah rumah tradsi Jepun, luas sangat. Tapi bila kami pasangkan bidai maka ia transform menjadi 3 bilik untuk kami sekeluarga malam itu. Kami disediakan 11 set tilam-tilam, selimut dan bantal. Selesai uruskan bilik, kami solat jamak maghrib isyak. Sementara menunggu team Hasrul, kami pergi ke Konbi Store untuk beli pisang , biskut dan roti buat sarapan dan bekalan dalam perjalanan di esok hari. Konbi ni ialah singkatan daripada perkataan Convineant. Convi lebih selesa disebut Konbi oleh lidah Jepun. Jadi Konbi store ni  seperti kedai Seven Eleven di Malaysia, semua yang diperlukan oleh orang bermusafir boleh dicari di Konbi Store. Banyak Konbi Store ada di merata tempat, jadi nak caria apa-apa cari Konbi Store, pasti ada apa yang dihajati.

Lebih kurang jam 9.00 malam Hasrul dan Along sampai. Ceritanya selepas towing  kereta yang rosak, ke bandar yang terdekat, mereka sewa kerata lain. Kemudian mereka pergi dinner ayam gerpuk dan bawa balik ayam gerpuk untuk kami makan sama. Kami dinner ayam gerpuk dan bihun goreng yang dibawa bekal dari rumah. 

Malam di kaki Gunung Fuji sungguh dingin, kami lena dengan sungguh nyenyak untuk persediaan perjalanan di hari esok menikmati pemandangan Gunung Fuji yang diidamkan semua pengunjung ke Jepun.  Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah. Engkau selamatkan kami sepanjang perjalanan. Engkau mudahkan kami menghadapi masalah yang didatangkan. Hanya padaMu kami berserah diri dan segala urasan perjalanan dan pekerjaan kami.  Aamiin ya Allah.




Friday, June 26, 2026

REST DAY

 

Day 5 
Rabu 
25 Mac 2026

Angah dan Hasrul kerja. Along dan cucu-cucu jalan-jalan ke Tokyo. Mereka ke Tokyo untuk shopping. Along nak beli headfon dan souvinir. Malam baru mereka balik rumah.

Papa relek-relek sambil mencatat nota perjalanan. Mama tolong mereka cuci kain yang dah banyak bertimbun. Mama masak kari ayam. Jadi malam mereka balik makan nasi dengan kari yang mama masak.


Day 6 
Khamis 
26 Mac 2026

Pagi lepas sarapan mama masak nasi gulai siam. Along sekeluarga dan Hayyan adik beradik selepas makan nasi, mereka pergi ke Shinjuku naik tren. Mereka nak terus shopping dan sightseeing mana yang dapat dicapai.

Malam lepas angah balik kerja, mereka bawa mama ke Shinjuku untuk makan wagyu. Along anak beranak dan Hayyan berempat tunggu di kedai makan sebab mereka sudah ada di Shinjuku. Dapat juga kami menikmati suasana malam yang dingin dan indah sepanjang perjalanan pergi dan balik. Larut malam baru kami sampai untuk berehat.

Sunday, June 21, 2026

DAY TRIP DISNEY LAND TOKYO

 

Day 4 
Selasa
24  Mac 2026

Pagi ini kami akan ke Disneyland Tokyo by tren sebab dedi kerja. Dedi hantar mama, papa and mami ke stesyen tren. Along, Hajar,  Ali, Hayyan, Hannah, Naema dan Hawa jalan kaki. Lebih kurang 10 minit berjalan dah sampai  ke stesyen Funabashihoten, dekat saja jaraknya dari rumah angah.

Jam 9.00 pagi kami semua dah naik tren. Perjalanan dalam lebih kurang 1 jam  akan melalui 11 stesen. Mula-mula kami terpaksa berdiri tapi selepas tiga stesyen kami dah boleh tempat duduk sehinggalah sampai ke stesen yang ke-11 kami tukar tren dan turun di stesen Maihama, Disneyland. Tren ke Maihama penuh sesak pagi itu sebab ramai nak berkunjung. Ramai  sungguh pelancong, kelihatan pengunjung berpusu-pusu  tua, muda remaja dan kanak-kanak, semuanya bergerak satu tujuan untuk masuk ke  Disneyland, melawat dan menikmati alam fantasi kanak-kanak yang terkenal itu.

Jam 10.00 pagi kami dah sampai. Meriah sungguh kedaannya orang dah ramai. Di kaunter masuk suasana tersusun, sebab banyak entrence gate.  Mula-mula masuk  kami disambut gerai-gerai jualan souvinir watak-watak kartun Disney. Bukan main meriah lagilah pakat membeli-belah barangan yang digemari. Anak cucu semuanya beli cekak rambut  yang menarik minat masing-masing. Boleh dikatakan setiap pengunjung memakai cekak rambut watak kartun pilihan. Tak kira tua muda apa tah lagi kanak-kanak memang tak lepas peluang. 

Kami mula berjalan ke dalam. Kami disambut dengan maskot-maskot carton terkenal, walau cuaca terik tapi suasana amatlah meriah. Semua kelihatan bergambar dengan kartun kegemaran.Kanak-kanaklah yang amat suka, tapi orang dewasa juga melayan juga. 

Kemudian kami bergerak ke dalam lagi menghampiri bangunan castle yang tersergam indah. Kelihatan sungguh cantik dan ramai sungguh orang yang bergambar merakamkan sejarah buat kenang-kenangan. Oleh kerana kawasan terlalu luas kami naik tren pusing-pusing seluruh  kawasan Disney Land. Dapatlah kami merasakan suasana keseluruhan Disney Land secara sepintas lalu, alhamdulillah tak payah berjalan ke semua tempat memang tak mampulah kami.






Saturday, June 20, 2026

ASAKUSA DAN SHIBUYA


Day 3 
Isnin
23  Mac 2026

10.30 pagi selepas sarapan kami ke Asakusa Town. Kebetulan Dedi work from home, jadi kami semua anak beranak pergi jalan-jalan. Angah kerja dia tidak ikut serta. Kami jalan-jalan di bandar Asakusa, tempat pelancongan yang selalu dikunjungi pelancong. Di sepanjang jalannya gerai-gerai menjual cendera mata memang sangat banyak. Pelancong pun berpusu-pusu jalan sambil menikmati pemandangan dalam suasana musim bunga yang dingin. Bukan saja pelanacong orang tempatan pun ramai.  Mereka pun suka keluar berjalan-jalan menikmati keindahan musim sakura. Sambil melihat-lihat kami pun sempat membeli souvinir buat dibawa pulang.

Sambil berjalan kami dapat melihat ramai yang berkimono. Mereka ni menyewa kimono untuk sesi bergambar kenang-kenangan. Nampak sungguh cantik dan meriah. Juru foto yang disewa seharian, membantu untuk mendapatkan gambar yang cantik untuk kenang-kenangan. Ada juga yang menyewa kereta kuda dan ada yang naik lanca, sambil sight-seeing dan buat mengambil gambar kenangan.  Semuanya menjadikan Asakusa sibuk dengan pelbagai aktiviti pelancongan yang menghibutkan.

Akhirnya kami sampai ke Sen Soji Temple Asakusa. Ramai sungguh pelancong di situ. Ada yang berfoto-foto, ada yang melihat-lihat, dan ada yang meninjau-ninjau aktiviti yang disediakan di  sekeliling temple. Ada gerai-gerai disediakan untuk orang datang membuat doa yang dihajati. Ada datang untuk menilik nasib bila berhajat nak buat sesuatu atau nak mencari pasangan hidup. 

Kelihatan sepokok pohon sakura rendang bunganya baru sedikit berkembang menghiasi temple yang tersergam itu. Ia menjadi tumpuan semua pelancong sehingga semua terpaksa menunggu guliran atau cuba mencari temapat sesuai untuk bergambar. Kami pun ambil peluang bergambar, sebab memang kami datang nak menikmati bunga sakura yang memang terkenal. Kadang-kadang rasa lucu sebab bunga sakura kelihatan agak serupa dengan bunga tocoma di Kedah tapi tidak terkenal seperti sakura di Jepun. Itulah peranan marketing yang tak mampu kita buat, apa kan daya.

Kami ambil peluang solat di sebuah mesjid berhampiran. Selepas itu kami ke restoran Gyume untuk lunch. Menu kami nasi dan tempura udang, ramen, dan fried dumpling, untuk 10 orang semuanya JY 800 ribu.

Kemudian kami bertolak untuk balik, kami singgah ambil angah kemudian berhenti singgah solat maghrib di Masjid Camai Turkie. Selesai solat kami ke destinasi berikutnya Shibuya Crossing yang terkenal dengan ramainya pengunjung. 

Ya Allah Ya Robbi, setibanya di situ memang ramai sungguh orang. Kami berjalan-jalan santai  mencari kedai halal di sekitarnya. Tapi ramai juga yang jalan-jalan shopping di kedai-kedai yang menawarkan pelbarai barangan. tiba di kedai-kedai halal nampak ramai juga yang lepak-lepak menikmati makanan. Kami beli burger pack untuk dinner (JY 2000 lebih kurang RM 50). Along teringin nak makan burger wagyu, tercapailah hasratnya. 

Lastly, kami pun turut untuk sama-sama menikmati suasana ramai di Shibuya Crossing. Ya Allah memang terasa sesak sangat. Selalu tengok di video yang angah post untuk kami, dia pergi ke Shibuya, tapi kali ini rasa sendiri masy Allah maha suci Allah. Mana datang manusia sesesak itu, masya Allah tabarokallah. Kelihatan aneh tapi benar. Entah dari mana datangnya manusia seramai itu, tak dapat dibayangkan, tapi itulah kenyataannya. Alhamdulillah selesai day trip hari ini, 

Sampai rumah angah masak nasi lemak untuk buat bekal nak jalan esok hari. alhamdulillah



Thursday, June 18, 2026

KUALA LUMPUR KE HANEDA


Day  2
22  Mac 2026
2  Syawal 1447
(Hari Raya Puasa 2)

Selesai bersiap kami gerak ke KLIA 2 jam 8.00 pagi. Oleh kerana kaunter masih belum buka kami makan pagi di Oriental Coffee: menu pilihan kami nasi lemak ayam 2, kuehteaw goreng 1, kari mee 1, mee rebus 1, dan roti bakar kaya cheese 1. Alhamdulillah selepas kenyang makan dan minum kopi jam 10.30 kami print tag bagasi untuk urusan daftar masuk dan dapatkan borading pass di kaunter tiket dan kami selesaikan urusan drop bagasi.  Selepas semua urusan check-in selesai kami bergerak menuju imigresen untuk untuk pelepasan antarabangsa, semua urusan cepat dan lancar saja, alhamdulillah.

Sambil menunggu waktu solat zohor, Along dan Hajar menyiapkan QR CODE untuk urusan kemasukan di Tokyo. Jam 1,25 tengah hari kami solat jamak zohor asar, kemudian terus ke departure hall. Jam 3 kami terbang dengan selamatnya. Dijangka kami akan tiba di Haneda jam 9.00 malam Malaysia bersamaan janm 10 waktu Jepun insyaAllah. 

Kami lunch nasi beriyani bukhara, panas-panas dan lapar makan memang terasa sangat sedap. Lepas tu mama berehat, papa reading, Ali main game, Along dan Hajar layan movie. Dinner kami makan bekal yang dibawa roti dan ketupat raya untuk lapik perut sudah memadai.

Kami tiba tepat 6 jam masa penerbangan, jam 10.00 malam. Cuaca sudah terasa sejuk dan proses melepasi imigresen agak makan masa sebab ramai penumpang. Kemudian  pergi untuk ambil bagasi juga terpaksa tunggu. Selepas tu melalui kastam kami kena tunggu juga sebab kami declare makanan dari ikan, takut menjadi kesalahan, rupanya makanan dari ikan tiada masalah, alhamdulillah semua lancar tapi agak makan masa.

Hampir jam 12.00 selamatlah kami sampari di arrival Hall. Dari jauh kami dah dengar suara Naema dan Hawa memanggil kami.  Angah dan Hasrul tersengeh senyum gembira melihat kami berlima. Meriah sungguh perjumpaan anak beranak yang lama sudah tidak berjumpa. Kami berpelukan melepas rindu, riuh rendah denga hilai tawa. Orang Jepun pun naik heran melihat suasana yang luar biasa itu. Mereka senyum-senyum melihat karenah kami, sebab mereka budayanya berbeza agak reserve dan malu-malu. 

Di luar cuaca sejuk dan hujan renyai-renyai. Angah kata sekarang cuaca tak menentu kerana nak bertukar summer. Masa 1 jam perjalanan tak terasa berlalu, kerana banyak sangat yang kami ceritakan. Jam 1 pagi kami sampai rumah. Alhamdulillah kami selamat sampai terima kasih ya Allah, syukur ya Allah sampai juga niat kami melawat anakanda dan cucu yang dirindui dengan selamatnya. Syukur alhamdulillah.

Malam yang meriah itu mata kami jadi tak mengantuk. Banyak cerita dan bertanya khabar. Yang paling meriah ialah anak cucu. Mereka seronok sangat menerima bingkisan yang dibawa oleh Hajar. Semuanya mereka pesan sebelum kami terbang. Semua yang dibawa telah dibuka, barulah budak-budak masing-masing dapat melabuhkan diri untuk tidur. Jam dah larut malam ya Allah syukur atas segala pemberianMu.  Alhamdulillah semoga esok semuanya akan kembali bercahaya insyaAllah.




ALOR SETAR KE KUALA LUMPUR


Day 1 
21  Mac 2026
1  Syawal 1447
(Hari Raya Puasa 1)

Alhamdulillah pagi raya disambut meriah dengan anak cucu yang ada di Alor Setar. Seperti biasa papa jadi imam di Surau Taman Jaya. Suri dan Sina ikut ke surau dengan Tok Wan dan Tok ke surau. Alang dan Shazlee, adik Mahya dan Amani ikut kemudiannya.

Balik surau lepas beraya dengan anak cucu, makan-makan dan rehat sebentar barulah kami siap beg untuk pergi ke Jepun melawat angah  sekeluarga. Tak bermaya rasanya nak meninggalkan rumah kerana emak yang sakit dan kelihatan agak loghat dan semakin agak lemah. Tapi apa kan daya tiket sudah dibeli tiga bulan yang yang lalu, masa tu emak nampak stabil seperti biasa. 

Hati memang sangat berat untuk melangkah. Pada Asfar sudah dipesan kalau apa-apa terjadi kepada emak tolong minta tolong cikgu Yusuf untuk uruskan segalanya. Kepada kakak Yah dan Mak Su juga sudah dipesan apa-apa yang perlu. Kad Pengenalan emak juga sudah dsimpan di tempat yang senang dicari.

Petang itu selepas mencium mak, dengan berat hati aku meninggalkan rumah. Dalam hati aku berserah kepada Allah. Apa pun yang bakal terjadi aku redha dan pasrah, tidak ada daya upaya aku lagi untuk berbuat apa pun, melainkan dengan izinNya jua. 

Kami solat jamak taqdim di airport. Flight kami jam 9.00 malam. Jam 10.30 malam along jemput kami, lepas tu singgah sebentar di Mc Donald beli nasi lemak dan burger untuk dinner. Kami terus berehat dan tidur keran esok perjalan akan bermula awal pagi ke airport. InsyaAllah. Ya allah pada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku berharap diri, semoga segalanya dipermudahkan bagi kami.

Monday, June 15, 2026

PAPA SAKIT GIGI

 

5 Jun 2026 papa ke Klinik Hijriy untuk cabut gigi yang dah lama sakit. Tengah hari itu selepas cabut gigi sakitnya teramat sangat papa tidak dapat menunaikan solat Jumaat. Lepas makan ubat sakitnya masih belum berkurang. Sehari, dua hari dan hari-hari berikutnya papa masih sakit lagi, di kawasan gusi bekas cabutan terutamanya.

Dalam keadaan masih mengalami sakit gigi, kami tiada pilihan terpaksa bertolak ke Kuala Lumpur (9 Jun) untuk follow-up mama di HUKM. Pagi tersebut (10 Jun) papa minta untuk tidak pergi bersama mama, sebab dia nak berehat di rumah. Mama faham, jadi kamu berdua bersama along saja yang pergi ke HUKM. Tengah hari papa lunch dengan mee kari, malam dia hanya makan bubur nasi, yang mama beli pack dari hospital. 

Hari Khamis esoknya, (11 Jun) kami 5 berrcucu pergi ke Tamarind Square. Papa ada podcast bersama Dr Soleha, Ku Fitri, dan Amira (moderator) tentang kupang emas. Alang dan along ambik cuti untuk bawa kami ke situ. Ali ikut serta kerana dia kurang sihat batuk-batuk dan semput. Selesai podcast kami diberi lunch, kemudian kami solat dan selepas itu terus ke destinasi kedua pula.

Kami ke Bandar Baru Bangi untuk ziarah sahabat kami Shamsiah wife Prof Dr Adnan. Dia diserang stroke bulan Ramadhan lalu. Dari gambar dan berita kawan-kawan keadaannya agak teruk, masih tak boleh makan macam biasa dan masih di kerusi roda. Alhamdulillah dengan cik google kami selamat sampai ke destinasi dalam jam 3,30 petang. 

Prof Nan menyambut kami dengan gembira, lama sudah tak jumpa. Kelihatan makanan sudah terhidang di meja. Sebelum kami dah datang tetamu dari alumni Terengganu, ramai 20 orang semua. Kelihatan sahabat kami agak keletihan tapi masih tergambar keseronokan bertemu kawan-kawan yang turut simpati atas musibah yang menimpa Syam. Masing-masing datang bertanya khabar dan turut mendoakan kesembuhan untuknya.

Melihat Syam yang semakin pulih, dah boleh berjalan walau pun dengan bertongkat, kami rasa sungguh bersyukur dan tumpang gembira, alhamdulillah. Aku peluk Syam tanda syukur teramat sangat, tumpang bergebira dengan kesembuhannya. Sambil bertanya khabar dan berkongsi cerita, sambil menjamu selera, kami tak mahu berlama-lama. Azan asar berkumandang kami mohon mengundur diri. Walau hanya sekejap bertanya khabar tapi amat bermakna untuk kami dan Syam dan Prof Nan sekeluarga. Semoga Syam akan cepat pulih seperti sedia kala. Semoga Prof Nan dan keluarga akan dapat bersabar menerima dugaan Allah insyaAllah. Dan semoga kami juga diberi kesihatan yang baik berterusan. insya Allah.

Dalam perjalanan balik papa kata dia rasa sakit gigi lagi. Kami buat keputusan makan nasi di rumah kerana Hajar dah beli lauk dan kami dan grab KFC buat lauk tambah. Lepas makan nasi papa rasa sakit gigi makin teruk, alang pi cari ubat titik hurix di farmasi, tapi tak jalan juga. Papa terus naik berehat lepas makan ubat dan menahan sakit. sebelum tidur bang long check bp alhamdulillah semua normal.

Syukur alhamdulillah semalaman itu papa boleh tidur.  Lepas sarapan papa rehat lagi sebab masih sakit tapi bolehlah bertahan. Jam 4.30 petang alang ambik kami bawa ke airport untuk flight balik ke Alor Setar jam 7.20 malam. Along tiaga beranak pun sempat datang to say good bye. Kami minum petang di Tea Garden sebelum berangkat pulang.

Dalam flight hingga balik rumah lepas makan papa dah tak mau buat apa-apa lagi. Dia dah rasa tak tahan sakit gigi bekas cabut terasa berdenyut-denyut kuat. Dia terus tidur tapi semalaman dia tidak dapat tidur. 

Esoknya Sabtu 13 jun pagi-pagi lagi papa dan  mama pergi ke dentis, malangnya Dr Kang tak buka. Jadi papa pergi house visit dulu,  Cik Nah yang sakit tak boleh bangun, dia dah minta papa pi tolong tengok dia sat. Lepas check dan bagi ubat kami kami terus ke PMC, alhamdulillah Dr Ng ada. Lama juga papa dengan Dr Ng. Rupanya memanglah teruk sangat papa sakit. Dia bukan serpihan gigi tapi serpihan tulang rahang yang pecah. Ya Allah ya Robbi

Dr Ng keluarkan serpihan tulang kemudian jahit tiga jahitan. Balik papa kena makan antibiotik kemudian rehat dan makan ubat, terasa sedikit kelegaannya. Alhamdulillah masalah asas dah selesai kuranglah sikit sakinya


Saturday, May 2, 2026

TIADA LAGI YANG DIPANGGIL MAK

 

TANGGAL 14 APRIL 2026 - JAM 11.37 MALAM, emak kembali ke rahmatullah, dijemput Allah dengan lembut, halus dan tenang sekali. Mengenang kembali tarikh kejadian, masih terbayang dengan jelas, apa yang telah berlaku malam itu. Jam 10 malam seperti biasa, aku akan menjenguk emak selepas emak minum dan telah ditukarkan lampin baru. Tidak seperti malam-malam lain bila aku menyapa mak, dia sudah lain tidak lagi memberi respon dan aku tahu masa mak sudah hampir tiba. Aku tahu emak akan meninggalkan aku. Aku panggil papa datang melihat mak. 

Papa terus ambil yasin. Dia membacakan yasin. Aku terus memeluk emak, menyebut kalimah syahadah, dan terus menerus menyebut nama Allah di telingannya. Dada emak berombak kelihatan seperti orang sedang penat, aku mengurut-urut dada mak yang beralun itu, sambil menyebut kalimah Allah tanpa henti, sambil itu juga, memperingatkan mak supaya jangan lupa menyebutnya. 

Papa sudah tamat bacaan yasin buat kali keduanya. Dia terus membaca yasin lagi. Aku masih memeluk mak, nampak mata mak semakin layu, alunan dada mak semakin kurang, akhirnya mak menutup mata dan menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan lembut dan tenang. Papa masih membaca yasin, dia berhenti bila dimaklumkan mak dah pergi. Papa mengesahkan, ya dia dah tak ada, dah pergi meninggalkan kita. Aku melihat jam di telefon tepat jam 11.37 malam hari Rabu, aku dah jadi yatim piatu, tiada lagi ibu, dan tiada lagi tempat mengadu. Sekarang dan selepas ini yang ada hanyalah rindu...

Ya Allah ampuni segala dosanya ya Allah, berilah balasan syurgaMu tanpa hisap atas segala penanggungan sakit yang selama ini ditanggungnya dengan sabar dan redha. Bermula tanggal 26 April 2016, emak di serang stroke, selepas itu emak tidak lagi boleh menguruskan dirinya sendiri lagi. Dia diuruskan beberapa orang pembantu untuk makan minum dan urus diri. Bermula dengan Tilla, kemudian Wati, diikuti Kak Ani dan akhir sekal Kak Put. Hampir 10 tahun terbaring di katil, emak tidak pernah merungut. Kami sungguh terharu melihatnya saban hari menjadi semakin lemah hinggalah dia menghembuskan nafasnya di depan mataku yang telah sekian lama bersamanya.

Aku menutup mata mak rapat-rapat, menciumnya dan mengucapkan selamat tinggal padanya, kemudian menutup wajahnya. Aku melihat wajah mak sepuas-puasnya, kerana esok jasadnya dan dia tidak akan lagi bersama kami. Pulanglah mak kepada Allah Pencipta Yang Maha Penyayang, nanti insyAllah kita akan jumpa di Syurga. Emak orang yang baik, banyak berjasa kepada kami, membesar dan menjaga kami sehingga kami  pandai baca Quran, pandai sembahyang, puasa dan berbuat kebajikan dan kebaikan. Semoga semua jasa itu menjadi ibadat dan menjadi asbab untuk diberi balasan syurga, untuk mak yang kami kasihi sampai bila-bila,

Ya Allah kasihani mak ya Allah, ampuni dosa mak ya Allah, berilah syurgaMu tanpa hisap kepadanya ya Allah, lapangkan kuburnya ya Allah, jadikan kuburnya taman-taman syurgaMu ya Allah dan tempatkan dia bersama para solihin. Aaamiim ya Robbal aalamiin.