Showing posts with label Trip Turkey. Show all posts
Showing posts with label Trip Turkey. Show all posts

Friday, October 20, 2023

ISTANBUL, ABU DHABI TO KUALA LUMPUR

Day 11 - Day 12
5 Disember 2022 & 6 Disember

Kami turun sarapan pagi siap sedia membawa beg, bersedia untuk bertolak ke airpot untuk penerbangan pulang ke tanah air. Lama sudah meninggalkan rumah, terasa amatlah rindu, wajah emak mula terbayang. Kasihan dia tak tau bagaimana perasaannya sebab dia sudah tidak dapat lagi berbicara seperti dia masa lalu, masa dia masih sihat. Lintasan wajah emak terhenti sekejap bila Along, Hajar dan Ali juga turun awal, untuk bersarapan sebelum berangkat pulang. Lepas menikmati minuman pagi dan mengambil sedikit sarapan kami bertolah ke airport dengan ven yang telah ditempah awal-awal oleh Hajar. 

Bagasi kami semuanya tidak melebihi 30 kilo setiap seorang. Di ruang lobby telah ada penimbang siap-siap untuk tetamu hotel boleh menyemak jumlah timbangan masing-masing, supaya tidak terlebih timbangan, yang boleh menyusahkan, kerana terpaksa membayar lebihan bagasi. Bag kami semua dibawa pemandu ven dan kami terus bergerak, bila semua sudah menaiki ven. 

Bismillahi tawakkal tualallah.... dengan nama Allah yang maha pengasih kami memulakan penerbangan. Di airport tadi kami masih sempat membeli-belah lagi, haish itulah jika masih berkesempatan gunakan saja, kerana entah bila kami akan datang lagi. Menaiki pesawat, di sebelah kami seorang rakyat Palestin, tapi dia kelihatan letih dan mahu bersendiri, jadi kami buat hal masing-masing. Penerbangan ke Abu Dhabi lancar, makanan pun sedap, terasa sekejap saja kami sudah tiba ke destinasi. Itulah Etihad perkhidmatan yang mendapat pengiktirafan the Best Award.

Transit di Abu Dhabi kami solat Jamak Asar Zohor, ramai sungguh rakyat Malaysia yang bakal terbang bersama kami, dari pelbagai destinasi. Kami sempat minum-minum kerana masih ada masa berbaki. Termenung sejenak melihat sungguh ramai orang Malaysia keluar melancong. Ada yang baru balik dari negara Balkan, balik dari mengerjakan umrah, dan dari Turki seperti kami, juga dari Arab dan macam-macam. Dulu kalau melancong ramai orang luar yang terbang ke Malaysia dalam perjalanan pulang kami. Kini kelihatan orang Malaysia sudah berubah pandangan, banyak berjalan luas pandangan. Namun ramai yang menyebut rakyat sekarang banyak yang susah, tapi kalau begini keadaanynya tentulah juga ramai  rakyat yang senang. 

Sambil menunggu waktu solat kami sempat layan quransambil berehat-rehat. Kami solat jamak maghrib Isyak di atas kapal terbang. Dan akhir sekali solat subuh sebelum tiba di KLIA.

Day 12
6 Disember 2022 

Kami rasa sungguh seronok dan bersyukur apabila kami mendengar pengumuman kapal terbang akan mendarat sekejap lagi di KLIA Malaysia. Alhamdulillah sampai sudah ke tanah air sendiri. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, masih tetap mencintai negeri sendiri. 

Urusan bagasi dan Imigresen tidak lama sungguh lancar. Kemudian kami makan dulu di kafeteria, lapar dan rindukan masakan Malaysia sejak beberapa hari yang lalu. Sedapnya makan mee kari, roti canai dan nasi. Kata orang kenyang perut suka hati, jadi dengan hati yang lapang kami mencari teksi untuk terus pulang ke rumah. Kami ambil 2 grab sebab bagasi kami banyak 5 bag besar dan 5 hand luggage,  masing-masing membawa seorang satu beg. 

Sampai di rumah along kami berehat sebab kami akan terus balik ke Kedah esoknya, dan along dan Hajar pun akan terus kerja. Sabil berehat alang dan Syazli anak beranak sampai. Sina dan Suri seronok boleh main dengan tok wan dan tok. Tak mau bergerak bile diajak balik. Dipujuk-pujuk tok wan, akhirnya mengalah dan bersetuju bergerak pulang. Esoknya alang hantar kami ke airport dan kami terus balik ke rumah alhamdulillah.


ISTANBUL LAST DAY BLACK TULIP

Day 10 
4 Disember  2022

Pagi di Istanbul buat kali keduanya selepas beberapa hari meninggalkannya ke Bursa, Capadocia, Erceyes, Kussadasi dan Ephesus, kami santai-santai di coffee-house berdua-duaan  meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-40 tahun (3 Disember 1982). Alhamdulillah syukur dengan nikmatNya, bercuti kali ini amat bermakna kepada kami berlima. Kali terakhir kami bercuti dengan along (cuma bertiga) semasa kami ke Liverpool untuk meraikan hari Konvocation along di University of Liverpool.  Kami banyak mengahabiskan masa sekitar bandar tepi laut itu. Pergi ke Dock,  jalan-jalan ke tesco dan makan-makan sekitar Liverpool, pergi melawat pasar pagi di St Helen melihat barang-barang antik yang melambak-lambak, sempat juga ke London jalan-jalan di sana dan akhirnya terbang juga ke Amsterdam sebagai satu hadiah selepas along berjaya tamat belajar dengan susah payahnya. Semua itu terbayang dalam fikiran, tapi di pagi ini terasa amat bersyukur ya Allah, kerana dalam kesibukan masing-masing kami dapat juga meluangkan masa, bercuti bersama-sama seperti dulu-dulu. Nikmat mana lagi yang kami dustakan. Alhamdulillah syukur ya Allah.

Sedang melayan kopi panas dan roti-roti yang sedap-sedap pelbagai rasa dan bentuk, pelbagai salad buah teen, dan buah-buahan segar yang lain, along tiga beranak pun turun join kami untuk sarapan. Papa ambil keputusan untuk rehat-rehat kat hotel sebab rasa tak sedap badan, macam nak demam, barangkali kerana tak cukup rehat, berjalan seharian setiap hari dah seminggu. Coffe-house di Tulip Hotel ruangnya tidaklah besar, rasa macam ruang tamu rumah kita yang terpisah-pisah. namun muat ramai juga tetamu yang bersarapan pagi itu. macam-macam pelancong yang tinggal di situ. Ada satu lagi keluarga melayu yang sambil makan tersenyum dan menyapa kami. Mereka pun datang ke Turki buat trip sendiri seperti kami. Ramai juga orang Arab dan ada juga orang Inggeris mereka nampak bersarapan dengan cukup berselera, maklumlah di luar musim luruh sangatlah terasa sejuk di Turki ini.

Lepas sarapan kami meninggalkan papa berehat, kami berjalan-jalan ke Spice Bazaar hinggalah ke selat Bhosperus. Kiri kanan jalan macam-macam kedai jual baju, jual cenderamata, jual beg, jual makanan seperti roti, piza, kebab dan mcam-macam lagi termasuklah buah-buahan. Memang banyak street food di sepanjang jalan, nampak sedap dan menyelerakan, nanti dalam perjalanan balik akan kami beli untuk dirasa.

Kami masuk ke sebuah butik jubah yang menarik perhatian kami, harganya pun berpatutan. Dapatlah juga kami buat cenderamata untuk dibawa balik kerana ssesuai fesyen dan harganya. Hajar pun beli untuk cendermata kepada mak, anti dan sepupunya sorang sepasang, sebab dah terjumpa yang berkenan di mata. 

Dah hampir tengah hari kami berjalan balik. Sempat beli makan ala kadarnya untuk makan tengah hari dan makan malam sekali, sebab terasa malas nak turun lagi kalau papa rasa tak sihat. Petang kami berehat dan bersiap-siap bag. Along tiga beranak, turun lagi ke kedai membeli apa yang masih teringat dan teringin. 

Malam along tiga beranak pergi makan di kedai steak, kami dah tak larat cuma turun berjalan-jalan menikmati suasana malam di new town Istanbul sekitar hotel. Ramai pelawat membeli belah, minum-minum kopi dan menikmati manisan yang terkenal di kedai-kedai berkonsep yang berwarna warni. Kami jalan-jalan cuci mata menikmati suasana dingin malam dan melihat-lihat keindahan bandar bari Istanbul yang bakal kami tinggalkan esok pagi. Dah penat jalan kami balik ke bilik untuk bersiap-siap beg sselepas itu berehat untuk bangun awal untuk peerjalan di hari terakhir di bumi Turki yang akan kami tinggalkan esok.  

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dan perjalan kami sepanjag kembara di bumi anbiya itu. Subhanallah maha suci Allah.

KUSSADASI, KAISERY AIRPORT, ISTANBUL

 Day 9
3 Disember 2022

Seperti biasa kami bangun awal pagi itu. Lepas subuh dari kaca jendela, sempat lagi menikmati suasana indah waktu pagi di Kussadasi yang akan ditinggalkan sebentar lagi. Bandar pelacongan tepi laut yang indah terasa nyaman sejuk hingga ke tulang sendi.  Kelihatan berbalam-balam kapal-kapal berlabuh, berbagai-bagai saiznya, besar kecil dan juga sederhana. Laut kelihatan biru bagaikan lukisan segar di kanvas. Hujan renyai-renyai menyebabkan kami tak dapat menikmati Kussadasi di luar hotel yang sederhana itu. 

Kami terus ke coffee-house menikmati kopi panas, roti dan omelet. Segar terasa selepas minum secawan kopi yang berkelun-kelun asapnya, menghangatkan suasana. Along, Ali  dan Hajar masih di kedai mencari barang-barang yang dirasakan tak sempat dibeli kelmarin. Mereka orang muda masih kuat untuk membawa barang cenderamata dan sebagainya, kerana kudrat masih kuat dan ruang masih banyak kilo yang dibolehkan. Tak lama selepas itu, mereka pun bersama kami meneruskan kebersamaan menikmati sarapan di hari akhir berada di Kussadasi. Bila time makan Ali dan along memang enjoy betul. Seronok tengok depa makan. Selesai makan kami terus checkout dan memulalakan perjalanan ke Kaiseri Airport.

Dalam hujan renyai dan suasana dingin pagi, kami meninggalkan bandar indah yang entah bila akan kami singgah lagi. Pemandangan indah di kiri kanan jalan kami nikmati buat kali terakhir di sini. Suasana musim luruh di Turki terasa sejuk. Pokok-pokoknya gondol tiada berdaun, cuma kelihatan ranting-rantingnya saja. Keadaan ini terkadang dirakamkan di kanvas kelihatan cantik dan anggun, kami rakamkan di kamera untuk dibuat kenangan semasa pulang. Kami akan berada enam jam dalam perjalanan ke Kaiseri Airport. Perjalanan sejauh ini seperti jaraknya dari Alor Setar Ke Kuala Lumpur kalau tiada kesesakan. Perjalanan amat selesa, lebuh rayanya luas merentasi kawasan bukit bukau yang tandus tiada berumput. Tak lama lagi dalam bulan disember ini salji akan turun di kawasan pergunungan tandus itu. Nanti warna kelabu akan bertukar dengan warna putih bila salji musim sejuk turun.

Berada di separuh jalan kami singgah di R&R, beli makanan untuk makan tengah hari solat dan terus gerak mengejar masa untuk menyerahkan kereta  sewa sebelum jam 6.00 petang seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah semuanya lancar dan kami tiba dengan selamatnya di airport, serahkan kereta dan naik airport transfer ke Istanbul. Sampai di airport hujan, jadi kami berlari-lari ke tandas dan ke parking dan ke tempat menunggu ven dalam hujan renyai-renyai itu. 

Alhamdulillah bila dah naik ven kami terus dapat berehat seketika sebelum tiba di Istanbul semula. Rupanya trafik masuk ke bandaraya Istanbul sangat lambat, trafik jam memang tak boleh runding, tak pasti sama dengan KL atau lebih teruk kerana aku terlelap keletihan dalam perjalanan itu. Kami tiba di Hotel Black Tulip yang telah ditempah lebih awal dalam pukul 8.00 malam. Alhamdulillah syukur ya Allah segalanya Engkau takdirkan yang baik-baik saja, tiada yang bermasalah. Subhanallahn wa syukrulillah. 

Kalau sebelum ke Bursa kami tinggal di kawasan berhampiran dengan Grand Bazar, tapi Hotel Black Tulip terletak di kawasan yang lebih moden seperti pekan baru. Kami terpaksa berjalan hambpir 100 meter dari hotel sebab jalan ke hotel sesak dengan pelancong yang menjamu mata dan membeli belah di kedai-kedai sekitar hotel. Selepas selesai semua urusan checkin kami buat keputusan untuk pergi makan malam di Restoran Global Ikhwan Istanbul. Lama juga kami berjalan hampir setengah jam. Tapi berbaloi-baloi kerana kami dapat makan nasi masakan Malaysia yang sudah lama tidak dinikmati di Turkie. 

Kami sempat bertanya khabar pekerja yang memberikan kad perniagaan kepada kami semasa di Kaiseri airport sebelum ke Bursa. Rupanya bukan pekerja tapi di manager di restoran itu, tapi dia tak ada kami cuma menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih kerana menegur kami di Kaiseri tenpoh hari. Sampai di hotel lebih kurang jam 11. malam. Ali berehat di bilik kami dan Along dan Hajar pergi ke Cavahir Sultan Ahmed Hotel untuk mengambil beg yang kami tinggalkan di sana sebelum ke Bursa. Hampir tengah malam baru mereka sampai balik dan dapat berehat setelah seharian di perjalanan. Alhamdulillah.

Saturday, September 16, 2023

LIVE MUZEUM OF EPHESES


Day 8
2 Disember 2022
Kussadasi Ephysses




Pagi di Kusadasi yang nyaman kami bangun awal sebab sudah tidur yang cukup malamnya. Papa dan mama terus ke roof-top coffee house untuk sarapan. Angin sepoi-sepoi bahasa dan hujan renyai-renyai menjadikan pagi yang indah dan nyaman itu, lebih dingin, sejuknya terasa hingga ke tulang. Berada di Elayda Hotel, di tepi laut yang membiru, bagaikan lukisan yang Allah hadiahkan kepada kita umatNya untuk menikmatinya dan bersyukur atas segala nikmat pemberianNya. 

Sambil menikmati kopi panas, sambil menikmati pemandangan indah di hadapan hotel yang menghadap ke kawasan perumahan yang padat. Rumah-rumah sungguh padat di lereng bukit berhadapan hotel, hanya kelihatan rumah-rumah seperti kotak-kotak kecil yang teratur dengan pelbagai warna yang yang mengunjur ke laut. Pemandangannya amat menakjubkan. Suasana begitu amat berbeza dengan tempat kita, Budaya manusia Allah ciptakan berbeza-beza agar kita dapat melihat kebesaranNya. Begitulah nikmat ciptaan Sang Pencipta untuk kita, syukur Alhamdulillah, semoga Allah meredhai kita, dan terus melimpahkan rahmatNya.

Sejuk-sejuk di pagi hari tak terasa dua cawan kopi telah dinikmati. Kami mencuba macam-macam jenis roti yang terhidang, beserta  perlbagai jenis salad.  Buah-buahnanya juga segar. Kami berlama-lama di coffee-house kerana menunggu Hajar dan along  tiga beranak, pergi shopping di pagi itu. Bila mereka datang kami sama-sama terus bersarapan. Seronoknya makan-makan lima bercucu, roti yang macam-macam jenis dan macam-macam rasa, salad yang banyak dan segar, ditambah pula buah-buahan yang banyak, tak termakan dek perut kami yang kecil. 

Sempat beli buku di Kedai Buku di depan pintu masuk Ephesus

Selesai makan kami terus bergerak ke Ephesus untuk perjalanan seterusnya. Sepanjang jalan kami nampak banyak kedai dan showr-oom carpet. Kami ada juga cita-cita nak singgah kalau dapat melihat-lihat karpet Turkie yang ramai orang gemar itu. Tapi barangkali dalam perjalanan balik kalau keadaan mengizinkan. 
Pintu masuk ke Grand Theatre Odeon

Sepanjang jalan Ali sangat exited kerana dia dah google tentang Ephesus sebelum ke Turkie lagi. Setibanya ke tapak runtuhan satu tamadun yang besar itu, kami berjumpa dengan seorang pemandu pelancong (local Ephesus Guide) yang memperkenalkan dirinya sebagai Farouk namanya. Dia menghampiri kami, menawarkan perkhidmatan untuk bersama kami menceritakan sejarah Ephesus itu. Perkhidmatan sepanjang lawatan masuk ke kawasan muzium itu atau dipanggil juga living muzeum atau muzium terbuka paling besar, masanya lebih kurang dalam tiga jam untuk dapat kita melihat hampir keseluruhan tempat itu ssecara sepintas lalu sahaja. Selepas tawar menawar kami bersetuju dengan bayaran sebanyak TL 600, yang memang terasa agak mahal, tapi kami mengharapkan suatu lawatan yang berinformasi dan bermakna sepanjang dua hingga tiga jam di situ. Ini adalah satu jumpaan ekskavasi arkeologi yang menakjubkan yang akan kami terokai. Ia lambang kebesaran Ilahi yang diperlihatkan Allah kepada manusia, agar manusia beingat-ingat bahawa kebesaran dan keagongan manusia itu fana adanya, tidak kekal semuanya, yang bermula akan berakhir dan ia akan menjadi pengajaran kepada orang yang berakal dan menjadikan iktibar, supaya kehidupan kita tidak tersasar daripada menjadi hamba Allah yang sementara cuma. 



Tersergam dan luas panggung terbuka ini


Selepas membeli tiket kami, tempat pertama dibawa berkunjung ialah Odeon The Grand Theatre. Panggung Terbesar itu kononnya  boleh memuatkan pengunjung seramai 24,000 orang. Tempat duduknya bertingkat-tingkat, dengan kelasnya yang tersendiri, mengunjur naik  ke kelas yang paling rendah di atas sekali, sebab kelas pertama di hadapan pentas, sudah tentulah lebih istimewa apabila menyaksikan persembahan apa pun. Sepintas lalu terlihat tempat duduk kelas atasan besar lebar dan warnanya pun lain, berbanding tempat duduk biasa. 

Dan menariknya sistem suara yang dikatakan terbaik, dapat dirasakan eco yang masih meningglkan gema. Terbayangkan dalam minda, sudah pasti semasa Cleopatra,dan Mark Anthony beraksi, gema suara yang baik menakjubkan semua pengunjung yang hadir waktu itu. Di bahagian Grand stand pula, masih ada bakat-bakat bilik-bilik solekan dan bilik-bilik rehat artis, di belakangnya. Allahu Robbi yang telah memberikan sedikit pengetahuan kepada manusia, sehingga terasa keagongan yang Allah pancarkan melalui ilmu yang diberikan. Subhanallah.

Seterusnya Farouk bercerita tentang sitem saliran yang maju dan lengkap pada waktu itu. Dan kami singgah sebentar di runtuhan Roman Baths atau Stream Bath of Scholastics. Ali nampak sungguh berminat dengan public toilet zaman dulu. Dia tak henti-henti gelak ketawa sepanjang penceritaan Farouk. Banyak juga soalan yang diajukan bila dia nak tahu lebih lanjut.  Lepas itu kami singgah sekejap dekat Fountain of Trajan. melihat-lihat bekas runtuhan air terjun yang terkenal itu.





Kami meneruskan perjalanan menuju ke kawasan yang dikatakan sebagai penempatan terbeasar di situ. Rumah-rumah  padat di lereng bukit sudah tidak dapat dilihat lagi, tapi ceritanya sudah dapat disampaikan,  sebab pihak berkuasa masih dalam proses ekskavasi dan kajia yang lebih menyeluruh. 

Kelihatan bangunan Liarary 2 tingkat
Kami berhenti di kawasan runtuhan Liabrary of Ephesus. Kononnya ia dibina oleh seorang anak sebagai mengingati dan menghargai pengorbanan kepada ibu bapanya yang dikasihi. Kebanyakan ruang bangunan telah runtuh cuma tinggal dinding bahagian belakangnya saja yang masih berdiri teguh untuk tontonan kita. Begitulah ditunjukkan kepada kita betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan sehingga sanggup  berhabis-habisan mendidikan perputakaan yang besar dan mestilah ia lengkap pada zamannya. 




















Akhir sekali kami dibawa melihat Temple of Artemis, yang dapat dilihat hanya sebatang tiang yang tingginya setinggi 4 tingkat bangunan. Daripada tiang itulah, dan runtuhan-runtuhan batu batan di sekelingnya telah dilukis dan dirangka semula bentuk binaan Temple. Daripada binaan semula dalam rangka lukisan dapat dilihat bentuk temple yang gah itu.






Kami terus pergi ke masjid Isa Bey untuk sembahyang solat jamak takkhir asar dan zohor. Umor lebih 100 tahun masih cantik kelihatan antik dan masih beroperasi. Tempat wudhuknya sangat klasik berbentuk bulat dan kelihatan sepeerti bulan sabit, dilengkapi dengan paip-paip untunk mengambil wudhuk. Airnya sungguh sejuk di musim luruh waktu petang yang sudah agak lewat itu. Kami sembahyang berjemaah tiga beranak kerana Ali menunggu Hajar di kereta di parkir yang agak jauh dan sunyi itu. Selepas solat sempat kami melihat-lihat ruang solat yang luas dan masih cantik. Carpetnya tebal dan kelihatan ceria warna merah jambu. Tiang besar di tengah-tengah masjid dan ruang kubah yang tinggi kelihatan gah melambangkan kemegahan zaman kegemilanga Islam yang tidak tergambarkan pada waktu itu. 




Selepas berkenalan dengan Imam dan AJK masjid, kami diberikan beberapa buah buku edaran percuma yang disediakan kepada pelancong-pelancong muslim dan bukan muslim. Mereka sedang menunggu waktu untuk solat maghrib. Mereka juga menghadiahkan terjemahan buku makna Al Quran dalam Bahasa Inggeris yang diminta oleh papa. Mereka soalsiasat siapa papa, dari mana datang dan untuk apa berhajatkan AlQuran terjemahanya dalam bahasa Inggeris, kerana selalunya mereka memberikannya kepada pengunjung-pengunjung  bukaln Islam sahaja untuk mengetahui isi kandungan AlQuran. Tapi akhirnya mereka menghadiahkan juga kepada papa dengan hati yang terbuka dan kelihatan gembira, apabila kami memuji dan  mengatakan baiknya usaha mereka menyebarkan syiar Islam kepada umat manusia.

Oleh kerana sudah agak lewat dan agak letih, kami terus perjalanan pulang ke Kussadasi. Selepas menyerahkan kunci kereta, untuk dibawa ke parkir, kami jalan-jalan di kawasan sekitar Elayda Hotel itu untuk mencari makan yang sesuai bagi malam itu. Kami cuba-cuba mencari nasi, akhirnya kami buat keputusan untuk makna di kedai makanan Cina Muslim. Kami order nasi, ikan tiga rasa, sayur dan ayam goreng. Malam ini mama dan papa belanja untuk meraikan hari jadi Hajar dan Ulang tahun perkahwinan mama dan papa ke-40  (3 Disember). Selesai makan sempat lagi kami meninjau-ninjau kedai-kedai yang masih dibuka. Kami menjamu mata tapi kurang berselera kerana terlalu letih dan kekenyangan. Di jalan cuma kelihatan beberapa orang lain berjalan-jalan  pantas dan ada juga pelanggan kedai membelek-belek barangan dalam kedai beserta kami. Barangkali pengunjung ke sini malamnya keletihan seperti kami, jadi malam di Kussadasi agak sunyi, kebanyakannya berehat menghilangkan keletiahan berjalan di siang harinya.

Ya Allah syukur Engkau sampaikan kami ke tempat ini, yang Engkau jadikan sangat indah untuk kami nikmati. Maha suci Engkau ya Allah nikmat mana lagi yang kami dustakan. Dalam keletihan selesai solat kami terus tetidur, Alhamdulillah, semoga usia kami dipanjangkan lagi untuk dapat meneruskan perjalanan dan keesokannya, insyaAllah aamiin.
 




Wednesday, September 6, 2023

Day 7 - KE BURSA DAN KUSADASI

Day 7 
1 Dis 2022
Bursa ke Kusadasi



Kami bangun awal pagi itu. Puas kami tidur.  Sebelumnya  kami tengok bola  live Piala Dunia di Qatar. Oleh kerana keletihan kami tertidur awal. Selepas bersiap-siap, kami meninggalkan Holtel Aloft lebih kurang jam 8.30 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Bursa. Kami terus ke Bursa Old  Town yang terkenal sebagai tempat shopping, syurga bagi wanita penggemar membeli belah.


Ramai sungguh orang di pagi  hari membeli belah di pasar basah. Bermacam-macam sayuran, buah-buahan dan makanan basah ada di situ. Banyak juga kedai jual kekacang dan manisan. Kami belilah ala kadarnya untuk dibuat souvinir kepada sanak saudara dan sahabat handai. 

Di bahagian hadapan pasar basah ada sebuah mesjid yang besar, cantik dan gah terssergam anatara pasar dan Bazar Koza Khan. Selepas meninjau-ninjau pasar basah waktu sudah tengah hari, jadi kami menikmati makan tengah hari, kebab wrap dan nasi berlauk daging kebab. Rasanya sedap juga makanan tengah hari itu. Dapatlah melapik perut untuk kami teruskan misi kami ke bazar Koza Khan.  Di Koza Khan banyak gerai jual bermacam-macam baju, selendang, sejadah, emas dan segala macam perhiasan. Seronoknya kami menjamu mata, dan melayan mata. Lama juga masa kami habiskan di bazar yang menjadi persinggahan orang-orang zaman dahulu di laluan emas ini. Tapi susah juga kami nak membeli belah kerana bahasa yang sukar difahami.





Jam 2.50 petang kami bergerak meneruskan perjalanan ke Kusadasi. Perjalanan akan memakan masa 6 jam. Jadi kami buat keputusan untuk solat jamak takkhir asar dalam perjalanan nanti. Jam 4.20 petang kami singgah di kawasan RnR. Kompleksnya besar dan cantik bagaikan berada di kompleks membeli belah dan musolla.  Cantik bilik solat luas dan selesa. Lepas solat kami makan piza kosong, kurang sedap di mulut tapi ala kadarnya dapatlah melapik perut buat meneruskan musafir kami yang masih jauh. Selain kedai pizza, ada beberapa restoran lain, ada gerai-gerai menjual cenderamata dan ada kedai seperti supermarket. Sempat juga kami menjamu mata selepas mengalas perut dengan piza, untuk terus menuju destinasi kami Kusadasi, sebuah bandar peranginan di tepi pantai

Melelaui lebuh raya antara Bursa dan Kusadasi amatlah selesa, kereta tak banyak tapi jalannya luas, pemandangannya juga cantik. Kami melalui beberapa pekan kecil di sepanjang jalan yang jauh itu. Kami rasa bertuah dapat melihat dan menikmati pemandangan matahari terbenam di lebuh raya yang luas terbentan itu. Semakin hampir sampai ke Kusadasi kami sudah dapat melihat laut yang membiru. Alangkah nikmatnya mata yang Allah berikan untuk kita dapat menikmati keindahan suasana dan kecantikan bumi ciptaan Allah dalam musafir kami yang Allah aturkan. Subhanallah, maha suci. alhamdulillah syukur padaMu ya Allah.

Lebih kurang jam 10 malam kami selamat sampai ke Kusadasi dan checkin di Hotel Aliya alhamdulillah. Kami uruskan untuk masuk ke bilik dulu dan kereta diuruskan oleh staff hotel kerana parkirnya susah buat kami yang tidak biasa. Selesai semuanya kami keluar jalan-jalan di kawasan depan hotel untuk makan malam kerana sudah lewat. Tak banyak pilihan makanan selain pizza jadi malam itu kami makan piza lagi. Syukur seadanya, alhamdulillah.

Malam itu kami tidur dalam keletihan kerana perjalanan yang panjang dan lama seharian dari pagi ke malam. Nikmat mana lagi yang kami dustakan ya Allah sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha penyayang. Redhalah ke atas kami ya Allah, kami pohon redhaMu ya Allah.
perjalanan ke Kusadasi, yang agak jauhn juga. 

Tuesday, February 7, 2023

6 SUN RISE DI CAPPADOCIA


Day 6 
30 Nov 2023
Hot Balloon Capadocia

Tepat jam 6.40 pagi   Mustaffa sudah menjemput dengan vannya. Pagi ini kami akan menikmati pemandangan indah, melihat keindahan matahari terbit dengan penerbangan belon panas yang amat terkenal di negara Turkey ini. Sekejap dalam perjalanan kami tiba di tempat permulaan belon panas akan terbang. 

Waktu itu kelihatan banyak belon besar perbagai warna. Boleh dikatakan semua belon sudah ada penumpangnya, dan kesemuanya sedang mula mamanaskan enjin untuk dapat terbang mengapung ke udara. Bunyi gas yang dibakar berdesing kuat, dan cahaya api menerangi pagi yang masih gelap samar-samar. Suasana sejuk  pagi itu, dihiasai warna warni belon gergasi, cahaya dari api belong dan kesibukan pengusaha belon dengan sangat tekun memenuhi permintaan pelanggan masing-masing. Mengambil masa yang singkat, sebelum suasana pagi menjadi cerah, dalam kegelapan pagi lagi, kesemua belon panas sudah berada di udara. Ini memang dirancang rapi oleh pengusaha supaya pengunjung akan dapat menikmati suasana sunrise yang cantik semasa berada di atas belon.

Hari semakin cerah, kami pun selepas semua belon terbang, terus bergegas te tempat tinjau. Di situlah nanti belon-belon besar akan mendarat menurunkan penumpangnya. Jadi berpusu-pusulah kenderaan kami menuju ke situ untuk merasai suasana pagi yang sangat indah, yang sangat ingin dinikmati oleh kebanyakan pelancong-pelancong yang berkunjung ke Turkey. Untuk masuk ke tempat tinjau itu, kereta dan penumpang yang tidak naik belon, dikenakan bayaran parking. Sementara bagi kereta yang datang memgambil penumpang yang mendarat dari naik  naik belon mereka tidak dikenakan apa-apa bayaran.

Ramai pelancong yang bersama kami turut hadir untuk menyaksikan suasana matahari terbit di pagi yang dingin itu. Pagi itu cuaca kurang cerah, agak berkabus, jadi matahari seakan-akan malas bersinar, cahayanya kurang terang diselaputi awan nan biru. Namun keindahan alam ciptaan Tuhan itu tidak terbatas. Masih dapat dirasakan suasana pagi yang tidak kurang cantiknya, alhamdulillah. Ramai juga pasangan pengantin yang datang seawal pagi itu untuk membuat photo shoot. 

Suasana sungguh meriah dan ia amat menjadi momen yang bakal menjadi kenagan sampai bila-bila. Sesi melihat belon pagi itu sungguh meriah. Pakej untuk menikmati suasana seindah itu, semuanya dengan harga TL 1750. Alhamdulillah denga rezeki yang Allah titipkan, untuk kami.  Maha suci Engkau ya Allah yang menjadikan dunia seindah ini untuk dinikmati dan disyukuri nikmat Mu yang melimpah ruah ini.

Selepas itu kami balik ke Celebis Cave House untuk sarapan. Hidangan yang tersedia roti telut omelet, sayur segar,tomato, timun salad dan kentang. Pelbagai jenis sos, cheese dan jem, menyerikan hidangan menambahsedapnya sarapan kami di kedinginan pagi di rooftop Chelibi Cave House. Pagi yang sedingin itu dihangatkan pula dengan kopi panas yang berkelun-kelun asapnya. Alhamdulillah sungguh menyelerakan, syukur masih ada selera dapat menikmati rezekiMu ya Rahmna ya Rahim ya Zaljala liwalikrom. Tholib yang melayan kami untuk sarapan senyum puas melihat kami menikmati hidangan yang dia sediakan. Sebelum turun ke lobi dia menghantar kami dengan lambaiaan dan senyuman. Sempat juga di minta kami beri komen dalam Trip.com. Kami terus bersiap-siap untuk ke airport bagi meneruskan perjalanan ke Bursa.

Tepat jam 10.45 pagi ven untuk ke airport sudah membunyikan honnya. Dia tidak boleh lama menunggu kami kerana jalan di situ sempit, tidak boleh berselisih dua kenderaan. Dengan pantas kami semua berada dalam ven. Rupanya ven ini terus ke hotel lain lagi untuk mengambil penumpang sehingga penuh 16 orang. Penumpang terakhir buat hal pula, kami terpaksa menunggu sehingga setengah jam. Semua peumpang lain sudah resah gelisah kerana bimbang  ketinggalan kapal terbang. Dalam diam tak henti-henti aku beristighfar mohon Allah permudahkan segala urusan kami, pohon dilancarkan perjalanan ke airport, pohon kami selamat sampai dan sempat masuk ke pesawat, ya Allah tolonglah kami. Alhamdulillah kami tiba di airpot tepat jam 1 th. dan sempat chechin dengan lancar dan mudah. Alhamdulillah, syukur ya Allah.  Nikmat mana lagi yang kami dustakan.

Kami menaiki pesawat domestik dari Cappadocia ke Kaisery Airport di Bursa. Sekejap saja perjalanan satu jam di awan bitu itu. Kami solat jamak zohor asar di Kaisery. Lepas tu kami terus dinner. Papa makan sandwic starbusck, Mama, Along  Hajar dan Ali  makan burger  Mc Donalds. Sungguh berselera kami makan sebab perut semuanya sudah berkeroncong, kerana ndah lewat petang.

Kemudian Hajar dan Along menguruskan kereta untuk disewa bagi perjalanan seterusnya. Lama juga kami menunggu sehingga selesai dan dapat mengambil kereta yang telah ditempah sejak  awal lagi. Dalam hujan renyai-renyai kami berjalan ke tempat parkir kereta untuk mengambil kereta. Angin yang bertiup kencang petang senja itu terasa sangat sejuk. Kami lajukan langkah melawan kesejukan senja .

Dalam hujan renyai-renyai kami mula gerak dari Kaisery Airport menuju ke Bursa. Alhamdulillah kami tiba di Aloft Hotel Bursa lebih kurang jam 8.30 malam waktu Turkie. Semuanya sudah sangat letih dalam perjalan sepetang itu. Jadi untuksupper malam kami room service pizza. Apa lagi makan panas-panas sungguh menyelerakan. Alhamdulillah dapatlah kami tidur nyenyak malam itu. Keesokan hari kami akan bergerak awal ke Bursa insy Allah.





Wednesday, December 28, 2022

5. MAIN SALJI DI ERCIYES

DAY 5 
29 NOVEMBER 2022
TUESDAY

Celebis Cave House

Kami bangun awal pagi ini dalam kedinginan cuaca musim luruh di Cappadocia. Menginap di Celibis Cave House, terasa sungguh kelainannya. Ia sungguh klasik dan unik. Memasuki Cave House dari tangga, kami  turun  ke ruang tamu dan bilik tidur utama dan seterusnya satu lagi bilik tidur kedua. Untuk ke bilik air kami perlu naik tangga ke tingkat mezanin pula. Berbeza dengan bilik tidur, aku kurang selesa dengan hiasan diding di hujung katil bilik tidur. Lukisan Mary dan Jesus sungguh menjengkelkan perasaan aku. Hiasan dinding bilik tidur utama itu membuatkan aku kurang selesa, ia bertentangan dengan aqidah. Akhirnya along ambil kain dan sangkutkan di depan lukisan itu, barulah rasa lebih tenang dan selesa. Rupanya mereka suka sungguh dengan lukisan-lukisan klasik sebab di satu lagi bilik tidur, dilukiskan lukisan khayalan mereka Jesus last supper. Tak berkenan sungguh hiasan yang menjengkelkan itu. Yang lain semuanya sungguh menarik, hiasannya dan settingnya ialah rumah dalam gua sebenar seperti masyarakat purba mereka zaman dahulu kala. Suatu pengalaman yang sungguh berlainan dan unik.

Jam 4.30 pagi kami sudah puas tidur, bangun dan bersiap diri untuk aktiviti lawatan pagi ini.  Selesai siap diri kami keluar ke dataran di depan bilik, untuk menikmati pemandangan sekitar di pagi sedingin itu. Kami memang tak sempat langsung melihat-lihat di halaman dan kawasan sekitar sejak hari pertama masuk kelmarin, kerana padat dengan aktiviti lawatan berkejar untuk mengikuti Jeep Tour petang kelmarin. Lepas tu balik pula, hari dah mula gelap, ditambah pula dengan kepenatan yang amat sangat, kerana sehari perjalanan dan lawatan, kami terus masuk bilik, tanpa melihat sekeliling.

Kami menikmati suasana awal pagi yang cantik dan damai tapi dinginnya terasa amat mencengkam. Kebetulan sarapan disediakan di roof-top. Kami terus memanjat tangga. Ya Allah yang maha mengetahui, yang maha besar, sungguh amat cantiknya suasana matahari hampir terbit di restoran roof-top di Cappadikia itu. Rasa berbaloilah dengan harganya lebih kurang RM 700 per night. Nikmat manakah lagi yang kami dustakan ya Allah? Memang Engkau maha pemurah dan maha penyayang, syukur alhamdulillah, dengan takdir yang diaturkan, hanya kami  saja yang kurang bersyukur. 

Matahari menonjolkan sinarnya yang kekuningan sedikit demi sedikit sehinggalah tinggi segalah. Besar sungguh ciptaanMu sehingga tiada perkataan yang dapat diungkapkan lagi. Sungguh tak terkatakan apa-apa lagi, cuma dapat bertasbih tak henti-henti dengan segala nikmat yang diaturkan untuk kami lima bercucu. Alhamdulillah. Suasana menjadi lebih ceria dengan hiasan di rooftop itu dipenuhi dengan permaidani turkey, dan dilengkapi pula dengan bantal-bantal yang berwarna warni, menyambut kami di kedinginan pagi itu.  Oleh kerana kami nak cepat kami memulakan breakfast dengan roti yang telah terhidang di kaunter. Tak tau pula sajian breakfast pagi itu sungguh istimewa, served breakfast. Bila Toyyib naik dia pun terkejut kami dah start makan. Tergelak besar kami atas kekeliruan itu. Kami ingat dah boleh makan, kami ambillah  roti-roti, dan cheese spread. Toyyib terus menghidangkan  pelbagai makanan lain, ditambah roti  pelbagai bentuk dan rasa, dan ditambahi dengan telur dadar dan telur separuh masak pula.  Disajikan juga pelbagai jenis salad, pelbai jenis buah zaiton dan macam-macam jenis buah-buahan dan pelbagai jenis manisan dan pencuci mulut. Seterusnya diserikan lagi dengan kopi dan teh panas, jadi pagi yang dingin menjadi lebih panas dan ceria. Alhamdulillah syukur akan nikmatnya.

Belum sempat selesai makan, kami dipanggil kerana Mustaffa  dari Alpino Travel, yang kami tempah urusan perjalanan untuk main salji, telah sampai di depan hotel. Kami memulakan perjalanan jam 9.30 pagi dengan ven ke Erciyes untuk main salji. Ali sungguh teruja kerana kami tidak perlu lagi pergi ke Gunung Uludag yang agak jauh untuk main salji. Perjalanan ke Erciyes lebih kurang satu setenah jam saja, dan kami tidak perlu bermalam di sana. Sepanjang jalan  keadaan berkabus saja kerana cuaca sejuk. Ladang-ladang jagung dan rumput kelihatan kering sebab musim sejuk hampir tiba. sesekali ada juga ladang-ladang yang akan dituai kelihatan menghijau dan banyak kambing biri-biri sedang makan dengan asyiknya. Kami juga adapat lihat ladang aprikot yang luas sudah gondol daunnya, semua dah luruh.

Jam 10.30 kami sampai di Kayseri, kami melalui kawasan perindustrian yang membuat perabut barang-barang seramik, untuk kelengkapan bilik mandi. Menurut mustaffa di Turkey satu-satu kawasan industri khusus untuk pengeluaran satu jenis barangan. Mereka menyediakan barangan keperluan sendiri tidak perlu diimport dari luar, ini keistrimewaan mereka, self suffucient. Di sampingt itu mereka eksport barangan keluaran mereka. 

Selepas sejam perjalanan, kami mula nampak salji yang memutih  membaluti  bukit bukau di sepanjang jalan itu. Kaki Gunung  Erciyes ialah kawasan kawah gurung berapi yang telah mati ialah Ali seronok, teruja dan tak sabar lagi untuk merasai dan main salji.  Jam 11.30 pagi kami sampai di Gunung Erciyes,  yang memutih kelihatan sangat gepu bercahaya, depan, belakang, kiri dan kanan semuanya salji meliputi kawasan gunung itu. Rupanya Erciyes meriah hanya pada hari minggu. Hari ini Selasa maka suasana sangat sunyi. Semua kedai tutup, cable car tidak beroperasi dan kaunter tiket pun tiada pengoperasinya. Gunung Erciyes kami sekeluarga yang punya, ya Allah seumur hidup aku tidak pernah merasai suasana salji, apatah lagi  memegang salji. Ya Allah cantik tadbiran Mu, Engkau takdirkan kalau tidak kerana cucuku Ali, tidaklah aku dapat merasai pengalaman baru ini. Itu aturanMu yang sudah tertulis. Dah umur 65 tahun baru boleh pegang salji. Tok wan lagilah dah cecah umur 70 baru dapat, Ali memang  bertuah, 9 tahun dah dapat rasa salji dan main salji.  Ali bergolek-golek, berkali-kali tidur atas salji yang putih bersih itu. 

Sesekali ternampak satu keluarga lain empat orang anak beranak juga bermain salji macam kami. Tapi kami tak hiraukan sangat dan tiba-tiba kami nampak mereka sudah tiada di situ. Mustafa kalut ajak Ali buat snowman. Dia mula gulung lapisan salji menjadi satu bulatan yang besar untuk buat badan. Kemudian dia gulung lagi lapisan lain untuk bulatan yang kecil sedikit, untuk dijadikan  kepala, akhir sekali dia dia suruh Ali cari ranting untuk buat tangan. Along letak mata, hidung dan mulut, dah selesai buat snowman. Bergambarlah kami merayakan kejayaan buat snowman. Ya Allah kami tiada pengalaman ini, di Malaysia cuaca yang Engkau jadikan sangat berbeza. Kami sangat bersyukur dengan kepelbagaian ciptaanMu. Subha nallah maha suci Engkau ya Allah. Alhamdulillah Engkau berikan kami peluang menikmati kebesaran ciptaanMu yang tak terhingga.

Jam 12.30 kami mula perjalanan turun Gunung Erciyes untuk melawat ke tempat lain pula. Perut kami sudah mula berkeroncong, jadi kami singgah di Hacilar untuk beli pizza. Kedai pizza Firin Kayseri sangat unik penyediaannya, semua jenis piza iaitu lahmacun bulat, dan pide bujur bentuknya, dibakar dalam dapur arang yang besar. Kami beli 2 keping pide. Oleh kerana kami sangat lapar memang terasa semuanya sedap-sedap belaka. Lepas lapik perut dengan pizza, kami singgah di masjid  Melvava Camii  (Maulana Jamek) di Hacilar. Masjid agak besar tersergam indah dengan seni khat dan lampu-lampunya yang kelihatan cantik dan gah pula. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke destinasi selanjutnya.

Kami balik ke Grome untuk seight seeing. Jam 1.30 Kami singgah di Deverent Hill. Kami berhenti di atas klif, dan kelihatan ramai bas dan ven juga berhenti untuk menikmati pemandangan di situ yang di panggil juga Imagination Valley. Memang betul jika dilihat di sekeliling kawasan itu semua bentuk batu batan di situ boleh dibayangkan apa yang dilihat mata sendiri. Sesetengah batu, nampak seperti kuda, seperti ibu menyusu anak, seperti orang menari dan pelabagai lagi. Masya Allah, begitulah kebesaran Allah yang menciptan sesuatu dengan kehendakNya.



Kami singgah sebentar di Volcanic stone shop di Avanos. Kedai batu permata itu penuh dengan barang kemas daripada emas dan perak yang dibuat dari batu permata dari batu volcano. Batu permata itu sungguh cantik dan menakjubkan kerana ia dapat berubah warna mengikut cahaya yang menyinarinya. Kami tidak membeli barangan yang mahal itu, sekadar melihat-lihat keindahannya sahaja sudah memadai dan jamu mata pun sudah rasa seronok. Kemudian kami terus ke Love Valley, kawasan tinjau. Kami dapat melihat kawasan Grome dari puncak clif di Uchisar. 


Akhir sekali kami dibawa meninjau-ninjau ke sebuah cave restoren. Didalamnya ada 5 tingkat atau 5 lantai. Lantai pertama dapur restoran dan ruang makan dan minum. Lantai 2 dan 3 untuk ruang tamu makan dan minum juga, tapi lebih kecil. Selepas meninjau-ninjau restoran kami turun ke bawah dan menjamu mata di kedai cenderamata. Dapat juga kami borong dua tiga barang perhiasan buat souvinir untuk anak cucu, harganya pun berpatutan. Such a good buy sangat berpuas hati, alhamdulillah.

Kami bertolak balik meninggalkan cave restoran,  matahari sudah hampir terbenam. Badan pun sudah sangat letih dan perut pun mula berkeroncong. Kami singgah makan di Restoren India. Boleh makan nasi dengan kari ayam, dan lauk goreng, memang dalam cuaca sejuk sangatlah sedap dan enak. Alhamdulillah selepas itu kami meredah malam ke Celibi  Cave House untuk berehat melepaskan lelah. Syukur alhamdulillah diberikan kekuatan dan kesihatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan Mu ya Allah. Subha nallah, Maha suci Allah, Engkau maha pengasih dan Engkau maha penyayang, nikmat mana lagikah yang kami dustakan ya Allah. Sesungguh kami saja yang kurang bersyukur, ampuni kami ya Allah.
 


Tuesday, December 27, 2022

4. ISTANBUL KE CAPPADOCIA

DAY 4
28 NOVEMBER 2022
MONDAY
ISTANBUL KE CAPPADOCIA

Malam terasa terlalu lama, jadi jam 4.30 aku sudah terjaga. Mata terasa segar, badan pun serasa lebih bertenaga selepas tidur yang lama. Kebetulan banyak masa aku pun siap beg untuk dibawa ke Cappadokia bagi 4 hari tiga malam. Selebihnya kami tinggal beg di hotel untuk dipakai lagi di Istanbul sebelum kami bertolah balik ke tanah air. 

Jam 7.30 kami turun sarapan di Hotel Cavahir Sultan Ahmet. Seperti biasa banyak jenis roti pelbagai jenis dan rasa dihidangkan. Begitu juga buah zaitun macam-macam jenis jeruk, goreng, rebus dan lain-lain lagi yang tidak pernah dilihat dan dirasa. Sedang sedap makan kami dipanggil oleh waiter kerana ven yang kami tempah untuk transfer ke airport dah siap sedia menunggu kami. Kosnya mahal juga TL 850 bersamaan RM180. Perjalanan ke Sabiha Airport ambil masa satu jam saja. Cuaca agak sejuk dan kelihatan berkabus, matahari pun tidak kelihatan dilindung awan. 

Sampai di airport kami terus checkin, ramai orang di airport, barisan untuk checkin pun panjang tapi cepat sebab mesin yang banyak disediakan. Selepas itu kami beratur pula untuk drop bagasi. Ini lebih lama sebab banyak orang nak drop bagasi supaya tidak berat dibawa ke hulu ke hrlir, dan lebih senang pergerakan tanpa membawa beg.

Naik internal atau domestic flight ini lebih mudah dan cepat berbanding menggunakan bas. Kosnya pun dalam RM320 dua hala. Jam 12.05 pesawat kami mula terbang menuju ke Kaiseri Airpor di Gromet. Sedang melihat keluar jendela dari dalam pesawat tiba-tiba kami nampak papan tanda Malaysian Airport. 
'Mama Sabiha airport ni diuruskan oleh Malaysian Airport, tengok tu signboard dia'
'Ya ka bangga la, not bad juga syarikat malaysia no'
Rasa kembang di dada jadi rakyat Malaysia.

Sekejap saja penerbangan selama satu setengah jam itu. Sandwic yang yang diberikan pun tak sempat makan, kami dah mula bersedia untuk turun. Dari jendela di luarnya kami dapat lihat bukat bukau yang diselaputi salji , kelihatan putih berseri di puncaknya. Di kaki bukitnya dan di tanah pamah  kelihatan rumput gersang berwarna kechoklatan. Jam 1.30 tengah hari pesawat mencecah landasan  Sampai di Kaiseri airport proses ambil beg cepat, dia macam KLIA 2 yang menguruskan penerbangan domestik. Keluar dari balai ketibaan ven 15 seater dari Nouri Travel yang kami tempah sudah siap sedia menunggu. Kami bayar EU 35 bersamaan RM 275 untuk berlima.

Rasa seronok pula bila perjalanan lancar tak payah tunggu lama-lama. Sepanjang jalan ke Grome, kelihatan pokok-pokok semuanya gondol tidak berdaun. Ladang-ladang semuanya sudah dituai nampak kering kontang. Di sepanjang jalan banyak masjid semua menaranya tinggi-tinggi belaka, jelas menunjukkan syiar Islam  yang didokongi dengan bangganya.

Kami sampai di pejabat Nouri Travel Grome, sudah  petang, dan kami dapat dengar azan berkumandang di masjid seberang jalan. Hajar deal untuk adjust tour dengan Nouri sekitar Grome petang itu. Bagi memenuhi masa yang ada selama dua hari. Harga untuk airport transfer pergi balik, Red Tour seight-seeing untuk petang itu dan tour main salji di Gunung Erciyes esoknya ialah TL 8575 bersamaan RM 2800. Selesai nego kami mohon dihantar ke hotel dulu untuk solat jamak zohor asar sebelum pergi seight-seeing red tour yang di janjikan.



Sampai di hotel Celebi Cave House, kami bersih diri dan solat dalam lebih kurang setengah jam, kemudian kami dijemput sebuah jeep berwarna oren untuk Red Tour. Trip ini dikenali juga sebagai Jeep Safari meredah hutan batu bata yang perbagai rupa di sekitar Grome itu. Ismail? pemandu jeep kata kita sedang menikmati open life muzeum. Memulakan perjalanan kami mula memasuki jalan batu kerikil dan tanah merah . Sesekali driver membelok-belok dan melelong-lelongkan jeep supaya kami rasa terkejut, takut dan teruja. Hentian pertama kami, kami disajikan dengan suatu kawasan dikenali sebagai
Love Valley. 
Berada di atas tebing Love Valley itu kami memandang di kejauhan. Entah kenapa ya namanya begitu? Ya Allah meneliti satu persatu batu-batu yang kononnya telah mengalami hakisan setelah beribu tahun itu, maka fahamlah aku kenapa nama Love Valley itu menjadi namanya. Masya Allah, Allahu Akbar, batu-batu itu kelihatan seperti mewakili kaum wanita dan kaum lelaki. Sangat jelas kelihatan di depan mata kita akan kebesaran Allah yang menjadikan segalanya. Papa bagi tahu driver apa yang kami lihat, driver itu tergamam dan terus tergelak kerana dia tidak pernah melihat kebesaran Allah itu. Selepas bergambar memerakamkan kenangan kami berada di situ, kami meneruskan perjalan jeep safari ke tempat yang kedua pula.

Perjalanan jeep semakin mencabar, naik bukit  turun bukit, sesekali mencanak ke atas bukit, sesekali menjunam menuruni jalan yang sangat curam pula.- Selepas agak lama terhentak-hentak dan melelong-lelong dala jeep itu kami diajak meninjau tempat perhentian kedua, di Marandos. Kami dibawa meninjau-ninjau Marandos, iaitu tempat tinggal  atau rumah dalam gua  di dalam bukit  batu. Besar juga rumah-rumah  gua, ia real cave house yang orang  dulu-dulu bina untuk menjadi tempat kediaman mereka. 


Selesai melihat-lihat kami dibawa ke destinasi seterunya. di Ros Valley - Di situ kami sudah dapat melihat suasana lewat petang, hampir matahari terbenam. Langit sudah tidak lagi biru. Ia kelihatan kemerah-merahan,  dan  kami duduk-duduk disajikan minuman petang dalam suasana dingin dihembus angin musim luruh. Sesuai dengan namanya hampir matahari terbenam itu, kawasan sekitar memang kelihatan seakan-akan warna ros yang cantik.  Sungguh cantik dan indah alam ciptaan Allah untuk manusia supaya dapat menjadi bukti untuk kita dapat menghayati akan kebesaran dan kemuliaan Allah azzawajalla.  Menikmati  minum petang hari itu sungguh menginsafkan akan kebesaran Allah dan kedhaifan manusia yang selalunya kurang mensyukuri akan nikmat anugerah Allah kepada makhluknya.  Matahari semakin terbenam, langit yang kemerahan sudah bertukar menjadi semakin samar dan menuju kegelapan malam. Kami meninggalkan Ros Valley selepas merakamkan pelbagai kenangan indah yang tak terungkapkan. 

Selesailah sudah  jeep safari petang itu. Dalam perjalanan pulang ke Grome itu perut kami sudah mula berkeroncong, jadi kami minta driver turunkan kami di pekan kecil itu, untuk kami dapat mengisi perut dahulu sebelum balik ke Celibi Cave House. Kami singgah makan di Chef Kebab, menikmati roti dan daging dan sup panas semuanya dalam TL 480. Puas makan sebab rotinya banya dan bermacam rasa dan bentuk. Dagingnya pun sedap dimulut. Perut kenyang suka hati, tapi kaki sukar melangkan lagi. Kami gagahi mengatur tapak untuk sampai ke tempat penginapan. Laungan azan maghrib menguatkan kami untuk terus melangkah walaupun sudah tidak bertenaga lagi. Kami terpaksa berjalan mencanggah anak bukit yang agak tinggi masya Allah alangkah, alangkan teruknya terasa. Tiba-tiba di persimpangan jalan, kami dengar bunyi hon kereta dan ada orang menyapa kami.
'Where are you going, back home?'
'Yes, yes sure'
'Come I send you'

'Allahu Robbi, Engkau maha pengasih, Engkau maha penyayang. Engkau tahu isi hati kami ya Allah, Engkau hantarkan penolong tepat pada waktunya, ia buka satu kebetulan, tapi ia satu kebesaran dan rahmat dan rahimMu kepada hamba Mu yang dhaif ini. Syukur alhamdulillah, nikmat mana lagi yang kami dustakan, memang amanusia selalu kurang bersyukur, ampuni kami ya Allah.'
'Thanks a lot Nouri, God bless you, see you tomorrow morning insya Allah'

Kami tiba di Celibi Cave House, azan maghrib sudah selesai, kami dengar suara Imam, jemaah sedang bersolat di masjid depan hotel kami. Kami pun cepat-cepat menunaikan solat jamak maghrib Isya berjemaah anak cucu kami selepas membersihkan diri. Alhamdulillah syukur akan nikmatnya, malam itu kami tidur nyenyak keletihan suatu hari di perjalanan dan suatu hari di bawa berjalan dengan lasaknya..




Monday, December 26, 2022

3.1. TOPKAPI PALACE (MULAI TENGAH HARI)

DAY 3 
27 NOVEMBER 2022 
SUNDAY (MULAI TENGAH HARI)




Selepas sarapan dan berehat, jam 10.00 pagi kami mula menapak melalui kedai-kedai yang sudah mula dibuka. Suasana pagi itu walaupun dah agak lewat tapi sejuknya sampai ke tulang. Kami cuba merakamkan gambar-gambar kenangan di sepanjang jalan bandar lama (Istanbul old town) di situ. Tapi tidak tahan dengan cuaca sejuk, terpaksalah dipakai sarung tangan kembali untuk menahan daripada kesejukan. Sepanjang jalan  memang banyak kedai jual souvinir, ada kedai baju, kedai karpet, kedai makan dengan ramai penginjungnya, ada juga hotel-hotel dan macam-macam lagi kedai yang kami kurang beri perhatian kerana tujuan kami untuk ke Istana Topkapi. Dalam lebih kurang 10 minit kami sudah tiba di dataran Sultan Ahmet (Hipodrome), berhadapan masjid Aya Sofiya. Dan dari dataran yang luas itu, kami sudah dapat melihat di sebelah kirinya, barisan pengunjung iaitu pelancong dari dalam dan luar Turkey, sedang dengan sabarnya menunggu giliran untuk masuk ke tempat bersejarah itu.




Kami pun turut beratur bersama pelancong lain, di hadapan pintu masuk ke istana. Melihat pintu masuk pun sudah dapat dibayangkan kehebatan  kawasan istana yang akan kami kunjungi. Pintu  Gerbang Diraja atau yang dikenali sebagai 'Gate of Royal Reception'  seperti menyambut kami dan pelancong-pelancong lain memasukinya. Kawasan istana itu mejadi bukti keagongan dan kehebatan pusat pemerintahan Zaman Empire Othmaniah. Istana yang menyaksikan ia menjadi pusat pemerintahan sultan-sultan pemerintahnya, dan juga merupakan pusat pendidikan, berfungsi lebih 400 tahun. Memang suatu yang menakjubkan, tapi dengan kelalaian manusia, Allah takdirkan kuasa besar Islam tumbang, alangkah malangnya. Begitulah tinggalan sejarah yang telah dirakamkan oleh tinggalan istana hebat itu, yang akan kami telusuri nanti. Matahari semakin tinggi tapi cuaca masih tetap sejuk. Semua pengunjung pun berpakaian tebal menahan diri dari kesejukan cuaca musim luruh. Selepas sekian lama menunggu kami tiba di pintu gerbang, memasuki lorong untuk diimbas badan dan semua barangan yang dibawa, termasuklah jaket sejuk yang dipakai.

Kemudian kami terus beratur untuk membeli tiket. Walaupun ramai tapi cepat prosesnya kerana semuanya menggunakan mesin. Selain tiket untuk masuk ke muzeum, kami disediakan satu set audio yang menceritakan dokumentari semua tempat yang terdapat dalam kawasan istana itu. 

Oleh kerana kawasan istana terlalu luas kami memilih untuk melawat Muzeum Topkapi terlebih dahulu. Muzeum ini ada dua ruang pameran, Banyak barangan dipamerkan, tapi kami lebih berminat untuk melihat tinggalan pedang 4 khalifah Islam yang agong, pedang Sayyidina Abu Bakar, pedang Saiyyidina Umar, pedang Saiyyidina Uthman dan pedang Saiyyidina Ali. Pelancong lain pun serupa jadi berpusu-pusulah pengunjung-pengunjung menunggu giliran untuk dapat turut menghayati  kebesaran tinggalan sahabat-sahabat tercinta baginda Rasulullah.  


Seterusnya ketika beratur sambil berselawat, kami turut beratur menunggu giliran untuk melihat barang-barang kepunyaan Nabi Mohamad yang kita cintai dan rindui. Dapat melihat barangan baginda pun sudah dapat dirasakan keagongan insan pilihan kekasih Allah yang tidak pernah kita lihat, tapi kita sangat mengingati Baginda pada setiap masa dan ketika Alangkah terharunya dapat menyaksikan bahan-bahan sejarah tinggalan manusia agong pujaan setiap umat yang beriman. Seperti kami semua, Ali pun turut berselawat  dengan harapan akan mendapat syafaat Nabi junjungan besar itu di alam yang kekal abadi nantinya. Ya Allah berkatilah insan pilihanMu semoga nanti Baginda dapat memberi syafaat bila masanya tiada siapa-siapa yang dapat membantu kami, selain mengharap rahim dan rahmatMu ya Allah, ya Rahman ya Rahim.



Selesai hajat kami melihat barangan Rasul junjungan dan sahabat-sahabat, barulah kami ke destinassi seterusnya. Kami teruja untuk melihat kawasan istana sultan-sultan  yang memerintah dalam zaman keagongan Empayar Othmaniah dalam jangka masa beratus tahun. Keseluruhan kawasan istana merupakan kawasan larangan dikenali sebagai 'The Harem'. Di situ ia lengkap  terdapat kamar-kamar kediaman Sultan, kediaman Ibu baginda, bilik-bilik Permaisuri dan putera masing-masing, asrama wanita-wanita milik sultan, asrama pembantu lelaki (Eunuchs), dan pembantu perempuan (dayang-dayang) yang melaksanakan pelbagai tugas menguruskan Sultan, dan kaum keluargnya serta hamba sahaya yang dimilikinya. Kawasan ini dilengkapi balai mengadap, bilik-bilik istirehat, masjid, mahkamah, dan bilik hukuman, perpustakaan dan bilik pembelajaran untuk pendidikan hamba sahaya. Hamba-hamba istana belajar pendidikan formal, yang bijak dan pandai nanti akan berkhidmat kepada sultan, dan membantu dalam pentadbiran. Untuk menyerikan kehidupan, setiap kamar dan bilik dilengkapi taman-taman indah untuk memberikan keseronokan dalam kehidupan masyarakat dalam istana. Masya Allah, Allah hu akbar, Engkaulah yang maha mengetahui akan perjalanan hidup hamba-hambaMu.


Melihat segala ukiran dan hiasan dinding yang indah dalam kawasan istana The Harem itu, memang sangat mengkagumkan. Allah telah mentakdirkan diberikan kebesaran dan kekuasaan yang melimpah ruah kepada sultan-sultan Empayar Uthmaniah itu, sehingga mereka lupa daratan dan dikalahkan dengan teruk sekali. Teringat adegan-adegan Sultan Sulaiman dengan permaisuri dan gundik-gundiknya yang berlumba-lumba memenangi hati Raja agar mendapat tempat istimewa, jika seseorang itu berjaya menambat hati Raja dan hati ibu baginda. Sungguh insaf di hati kerana memang ternyata Allah memberikan manusia kuasa dan Allah juga yang menarik kembali kuasa jika Dia kehendaki. 

Dah selesai meninjau-ninjau The Harem, kami ke kawasan taman bunga utama di kawasan belakang kompleks Istana Topkapi itu. Ya Allah berada di atas dataran taman bunga itu, masya Allah cantiknya pemandangan yang Allah ciptakan untuk kawasan terpilih itu. Kedudukannya yang  menghadap ke muara Sungai Tunca itu, sungguh indah dengan dihiasi di kejauhan, kelihatan kapal-kapal belayar. Ya Allah, Allah maha besar. Syukur padaMu ya Allah engkau takdirkan juga aku sampai di bumi Mu yang cantik dan indah ciptaan Mu setelah sekian lama tertangguh. Ya Allah teguhkan hati kami supaya kami terus bertaqwa kepadaMu. Sesungguh amat ngeri melihat balasan kepada orang-orang yang lupakan Engkau ya Allah. Hindari kami supaya kami  tidak lalai dan kami tetap menjadi hamba yang mensyukuri nikmatMu sehingga ke akhirnya insyaAllah aamiin.

Matahari sudah condong ke barat, kaki kami pun sudah mula berat melangkah dek lamanya menapak di kawasan Istana Topkapi. Kami melangkah longlai meninggalkan kawasan yang sungguh hebat suatu masa dahulu, walaupun orang ramai masih berpusu-pusu memasuki muzeun terbuka itu. Selamat tinggal Topkapi, entah bila kami boleh ke sini lagi. Sampai di luar istana, matahari sudah terbenam. Lampu-lampu dijalan sudah terang benderang dan berwarna warni. Kami sudah mula rasa lapar jadi kami terus mencari kedai makan. Kami makan malam. Menu hari ini steak kambing dan roti serta sup panas. Sedap juga dan lega rasanya bila perut dah penuh. Kami berjalan pulang ke hoterl untuk berehat demi mengumpul tenaga bagi perjalanan esoknya pula insyaAllah.