Day 8
2 Disember 2022
Kussadasi Ephysses
2 Disember 2022
Kussadasi Ephysses
Pagi di Kusadasi yang nyaman kami bangun awal sebab sudah tidur yang cukup malamnya. Papa dan mama terus ke roof-top coffee house untuk sarapan. Angin sepoi-sepoi bahasa dan hujan renyai-renyai menjadikan pagi yang indah dan nyaman itu, lebih dingin, sejuknya terasa hingga ke tulang. Berada di Elayda Hotel, di tepi laut yang membiru, bagaikan lukisan yang Allah hadiahkan kepada kita umatNya untuk menikmatinya dan bersyukur atas segala nikmat pemberianNya.
Sambil menikmati kopi panas, sambil menikmati pemandangan indah di hadapan hotel yang menghadap ke kawasan perumahan yang padat. Rumah-rumah sungguh padat di lereng bukit berhadapan hotel, hanya kelihatan rumah-rumah seperti kotak-kotak kecil yang teratur dengan pelbagai warna yang yang mengunjur ke laut. Pemandangannya amat menakjubkan. Suasana begitu amat berbeza dengan tempat kita, Budaya manusia Allah ciptakan berbeza-beza agar kita dapat melihat kebesaranNya. Begitulah nikmat ciptaan Sang Pencipta untuk kita, syukur Alhamdulillah, semoga Allah meredhai kita, dan terus melimpahkan rahmatNya.
Sejuk-sejuk di pagi hari tak terasa dua cawan kopi telah dinikmati. Kami mencuba macam-macam jenis roti yang terhidang, beserta perlbagai jenis salad. Buah-buahnanya juga segar. Kami berlama-lama di coffee-house kerana menunggu Hajar dan along tiga beranak, pergi shopping di pagi itu. Bila mereka datang kami sama-sama terus bersarapan. Seronoknya makan-makan lima bercucu, roti yang macam-macam jenis dan macam-macam rasa, salad yang banyak dan segar, ditambah pula buah-buahan yang banyak, tak termakan dek perut kami yang kecil.
Selesai makan kami terus bergerak ke Ephesus untuk perjalanan seterusnya. Sepanjang jalan kami nampak banyak kedai dan showr-oom carpet. Kami ada juga cita-cita nak singgah kalau dapat melihat-lihat karpet Turkie yang ramai orang gemar itu. Tapi barangkali dalam perjalanan balik kalau keadaan mengizinkan.
Sepanjang jalan Ali sangat exited kerana dia dah google tentang Ephesus sebelum ke Turkie lagi. Setibanya ke tapak runtuhan satu tamadun yang besar itu, kami berjumpa dengan seorang pemandu pelancong (local Ephesus Guide) yang memperkenalkan dirinya sebagai Farouk namanya. Dia menghampiri kami, menawarkan perkhidmatan untuk bersama kami menceritakan sejarah Ephesus itu. Perkhidmatan sepanjang lawatan masuk ke kawasan muzium itu atau dipanggil juga living muzeum atau muzium terbuka paling besar, masanya lebih kurang dalam tiga jam untuk dapat kita melihat hampir keseluruhan tempat itu ssecara sepintas lalu sahaja. Selepas tawar menawar kami bersetuju dengan bayaran sebanyak TL 600, yang memang terasa agak mahal, tapi kami mengharapkan suatu lawatan yang berinformasi dan bermakna sepanjang dua hingga tiga jam di situ. Ini adalah satu jumpaan ekskavasi arkeologi yang menakjubkan yang akan kami terokai. Ia lambang kebesaran Ilahi yang diperlihatkan Allah kepada manusia, agar manusia beingat-ingat bahawa kebesaran dan keagongan manusia itu fana adanya, tidak kekal semuanya, yang bermula akan berakhir dan ia akan menjadi pengajaran kepada orang yang berakal dan menjadikan iktibar, supaya kehidupan kita tidak tersasar daripada menjadi hamba Allah yang sementara cuma.
Tersergam dan luas panggung terbuka ini |
Selepas membeli tiket kami, tempat pertama dibawa berkunjung ialah Odeon The Grand Theatre. Panggung Terbesar itu kononnya boleh memuatkan pengunjung seramai 24,000 orang. Tempat duduknya bertingkat-tingkat, dengan kelasnya yang tersendiri, mengunjur naik ke kelas yang paling rendah di atas sekali, sebab kelas pertama di hadapan pentas, sudah tentulah lebih istimewa apabila menyaksikan persembahan apa pun. Sepintas lalu terlihat tempat duduk kelas atasan besar lebar dan warnanya pun lain, berbanding tempat duduk biasa.
Dan menariknya sistem suara yang dikatakan terbaik, dapat dirasakan eco yang masih meningglkan gema. Terbayangkan dalam minda, sudah pasti semasa Cleopatra,dan Mark Anthony beraksi, gema suara yang baik menakjubkan semua pengunjung yang hadir waktu itu. Di bahagian Grand stand pula, masih ada bakat-bakat bilik-bilik solekan dan bilik-bilik rehat artis, di belakangnya. Allahu Robbi yang telah memberikan sedikit pengetahuan kepada manusia, sehingga terasa keagongan yang Allah pancarkan melalui ilmu yang diberikan. Subhanallah.
Seterusnya Farouk bercerita tentang sitem saliran yang maju dan lengkap pada waktu itu. Dan kami singgah sebentar di runtuhan Roman Baths atau Stream Bath of Scholastics. Ali nampak sungguh berminat dengan public toilet zaman dulu. Dia tak henti-henti gelak ketawa sepanjang penceritaan Farouk. Banyak juga soalan yang diajukan bila dia nak tahu lebih lanjut. Lepas itu kami singgah sekejap dekat Fountain of Trajan. melihat-lihat bekas runtuhan air terjun yang terkenal itu.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke kawasan yang dikatakan sebagai penempatan terbeasar di situ. Rumah-rumah padat di lereng bukit sudah tidak dapat dilihat lagi, tapi ceritanya sudah dapat disampaikan, sebab pihak berkuasa masih dalam proses ekskavasi dan kajia yang lebih menyeluruh.
Kelihatan bangunan Liarary 2 tingkat |
Selepas berkenalan dengan Imam dan AJK masjid, kami diberikan beberapa buah buku edaran percuma yang disediakan kepada pelancong-pelancong muslim dan bukan muslim. Mereka sedang menunggu waktu untuk solat maghrib. Mereka juga menghadiahkan terjemahan buku makna Al Quran dalam Bahasa Inggeris yang diminta oleh papa. Mereka soalsiasat siapa papa, dari mana datang dan untuk apa berhajatkan AlQuran terjemahanya dalam bahasa Inggeris, kerana selalunya mereka memberikannya kepada pengunjung-pengunjung bukaln Islam sahaja untuk mengetahui isi kandungan AlQuran. Tapi akhirnya mereka menghadiahkan juga kepada papa dengan hati yang terbuka dan kelihatan gembira, apabila kami memuji dan mengatakan baiknya usaha mereka menyebarkan syiar Islam kepada umat manusia.
Oleh kerana sudah agak lewat dan agak letih, kami terus perjalanan pulang ke Kussadasi. Selepas menyerahkan kunci kereta, untuk dibawa ke parkir, kami jalan-jalan di kawasan sekitar Elayda Hotel itu untuk mencari makan yang sesuai bagi malam itu. Kami cuba-cuba mencari nasi, akhirnya kami buat keputusan untuk makna di kedai makanan Cina Muslim. Kami order nasi, ikan tiga rasa, sayur dan ayam goreng. Malam ini mama dan papa belanja untuk meraikan hari jadi Hajar dan Ulang tahun perkahwinan mama dan papa ke-40 (3 Disember). Selesai makan sempat lagi kami meninjau-ninjau kedai-kedai yang masih dibuka. Kami menjamu mata tapi kurang berselera kerana terlalu letih dan kekenyangan. Di jalan cuma kelihatan beberapa orang lain berjalan-jalan pantas dan ada juga pelanggan kedai membelek-belek barangan dalam kedai beserta kami. Barangkali pengunjung ke sini malamnya keletihan seperti kami, jadi malam di Kussadasi agak sunyi, kebanyakannya berehat menghilangkan keletiahan berjalan di siang harinya.
Ya Allah syukur Engkau sampaikan kami ke tempat ini, yang Engkau jadikan sangat indah untuk kami nikmati. Maha suci Engkau ya Allah nikmat mana lagi yang kami dustakan. Dalam keletihan selesai solat kami terus tetidur, Alhamdulillah, semoga usia kami dipanjangkan lagi untuk dapat meneruskan perjalanan dan keesokannya, insyaAllah aamiin.
No comments:
Post a Comment