Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Sunday, December 7, 2025

KONVO UKM KE-3


23 NOVEMBER 2020
UKM BANGI

Seawal jam 7.10 kami bergerak keluar dari Hotel TENERA  menuju ke UKM. Kami rasa masih awal rupanya di jalan orang sudah ramai. Trafik sudah mula sesak, kereta dah bersusun-susun di jalan masuk utama Universiti, Di perkarangan Dewan telah ramai graduan-graduan sudah mula bergambar kenangan bersama keluarga masing-masing. Cuaca pagi yang nyaman dan sinaran cahaya matahari yang cerah dan lembut amat baik untuk berfoto-foto. 

Kami turunkan along di tepi jalan bersama papa, sebab dia kena lapor diri jam 7.30 pagi.  Kami tiga orang bersama Hajar terus ke tempat parking  awam yang diarahkan. Kelihatan Ali agak moody barangkali kerana letih dan tak cukup tidur. Namun kami cepat-cepat meninggalkan kereta.  Kemudian dari situ kami naik bas universiti ke Dewan Besar. Banyak bas menunggu para gaduan dan ahli keluarga. Penuh penumpang bas mula bergerak, tak perlu tunggu lama sebab semua orang sudah sedia untuk menaiki bas tanpa membuang masa.

Sambil menaiki bas, fikiran terus melayang mengimbau kenangan silam. Ini kali kedua naik bas UKM, kali ke-4 masuk kampus UKM, dan kali ke-3 majlis Konvocation UKM. Kali pertama naik bas dulu, semasa pendaftaran pelajar baru tahun pertama 2005. Masa tu alang masuk tahun 1 Fakulti Perubatan. Kampus di Kuala Lumpur tapi pendaftaran di UKM Bangi. Kali ini meraikan majlis konvocation along, mendapat ijazah kepakarannya sebagai Pakar. 

Majjlis Konvo pertama tahun 1980, papa mendapat Ijazah Doktor Perubatan MD UKM. Majlis Konvo ke-2 tahun 2010, Alang tamat pengajian bidang Perubatan mendapat MD UKM juga seperti papa. Hari ini dengan rasa amat terharu, dan rendah hati, serta penuh rasa syukur yang teramat sangat, dipanjangkan umur untuk dapat lagi hadir ke Majlis Konvo ke-3, hari graduation along lulus sebagai Pakar dalam bidang Orthopedic. 

Alhamdulillah, syukur ya Allah Engkau kurniakan semua kebaikan dan rezeki ini kepada ku dan anak-anakku. Ya Allah tiada daya upaya aku untuk berbuat kebaikan melainkan dengan keizinanMu, dan tiada daya upaya aku untuk berbuat kejahatan melainkan hanya dengan keizinanMu jua ya Allah. Cukuplah Allah bagiku, Hasbiallah hu wanikmal wakiil...... 

Semua ini bukan kebetulan, bukan kerana kehebatan kami, atau kerja keras kami, atau daya usaha kami, tapi segalanya apa pun yang terjadi hari ini, atas takdir yang telah Engkau aturkan, yang telah tertulis sejak azali lagi, kun fa ya kuun. Segalanya adalah atas kehendak dan ketentuanMu. Halusnya pentadbiranMu Ya Allah, dan besarNya rahmatMu Ya Allah, nikmat apa lagi yang kami dustakan. Ya Allah aku amat bersyukur padaMu Ya Allah, dan aku mohon ampun, malunya aku mererima segala nikmatMu, takut-takut aku tak cukup  bersyukur kepadaMu. Ampuni aku ya Allah. Jadikan aku semakin dekat denganMu, wahai Allah yang maha penyayang,  walau sebanyak mana nikmat sekali pun yang telah Engkau kurniakan.

Jauh sekali aku mengimbau kenangan, tiba-tiba bas sudah berhenti. Kami semua turun terus bergerak menuju Pintu B yang diberitahu. Kami jumpa papa dan along, sempat foto-foto dua tiga keping sebelum along bergerak ke Pintu A untuk perarakan masuk. Kami beratur masuk di Pintu B dan papa pergi ke Dewan Seni untuk para waris yang tidak berkesempatan masuk dewan, boleh menyaksikan majlis konvo secara live.



Tuesday, February 15, 2022

CUCU-CUCU BALIK BERKAMPUNG

 

Tanggal  26 Oktober 2021,  bermula hidup baru bagi ku. Angah bertukar balik bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Pejabatnya Bahagian Kejuruteraan JKN, di persimpangan Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Lebuhraya Sultan Abdul Halim, dekat sangat dengan rumah. Lima minit naik kereta sudah sampai. Aku sungguh bersyukur tiba-tiba sudah ada anak cucu yang tinggal bersamaku. Sudah lama kami hidup kesunyian. Sejak sekian lama rumah kami sunyi dan usang. Semua bilik setiap hari dicuci, tapi tiada penghuni. Cuma sesekali anak cucu balik bercuti rumah kami jadi ramai dan riuh rendah meriah jadinya. 

Kini angah bersama 4 orang anaknya memeriahkan rumah kami pada setiap masa setiap hari. Hayyan Naoki sudah darjah lima, sudah besar panjang sudah boleh mengurus diri dan menjaga adik-adik. Dia setiap hari melaungkan azan bila masuk waktu, diajak solat dan kini sudah boleh menjadi imam pula. Setiap hari baca quran dengan lenggok yang dicuba-cuba meniru Ustaz Tirmizi kegemarannya. Dan sesekali menghafaz ayat-ayat lazim yang masih belum dihafaz. Bila tiba waktu sekolah dah tak banyak kerja rumah kerana dah hujung tahun, tapi disuruh juga buat buku kerja bila ada masa terluang. Semoga Hayyan nantinya menjadi anak soleh dan memberi manfaat kepada agama insyaAllah, aamiin.

Cucu kedua Hannah Naomi sudah darjah tiga. Dia sangat berbakat dengan lukisan dan kraft. Masa lapang banyak dihabiskan membuat kraft atau membuat lukisan. Dia pendiam tapi sangat penyayang dan bertanggung jawab. Semua urusan adiknya dia yang jaga - mandi, pakai baju, makan, ajar ngaji, susun baju, main-main dengan adik dan jika adik meragam dialah yang menenangkannya. Dia memang sangat perihatin dengan adik-adik yang masih kecil. Dia suka tolong kerja-kerja dapur bila memasak. Dia dah pandai buat telur scramble, untuk adik dan dirinya, jika perlu, dan suka sangat  buat dalgona untuk makan bersama  adik-adik dan abangnya. Kalau nak keluar berjalan dia suka melaram dan bergaya. Semoga Hannah menjadi anak solehah berjaya dunia akhirat dan mendapat suami yang beriman untuk menaungi hidupnya nanti, insyaAllah.

Jadi dua orang cucu yang besar sudah boleh berdikari. Yang ketiga Hadeeja Naema baru darjah Satu. Dia sangat manja, makan lambat kalau boleh bersuap lebih digemari. Dia sangat kreatif. Banyak benda yang dia buat di luar kotak pemikiran kita. Kadang-kadang membahayakan dirinya. Dia sangat accident-prone dengan sikapnya itu, kadang-kadang terjatuh, kadang rosak benda, dan boleh jadi apa saja kalau kita tidak perhatikan dia betul-betul. Tambah-tambah lagi bila dia main dengan adiknya, macam-macam benda boleh jadi, yang tidak pernah terfikirkan langsung boleh dibuatnya, masyaAllah. Dia baru boleh membaca kerana kesan PKP sejak 2019. Dia tidak pergi tadika setahun, banyak buat online, darjah satu pun online, setahun tidak pergi sekolah sepunuhnya, jadi membaca buku pun  merangkak-rangkak. Jadi dia terpaksa dihantar tuisyen untuk kelas membaca bagi membantu dia catch-up dengan pelajarannya. Tapi dia sudah baca Iqra 4, alhamdulillah. Dia pun baru nak belajar sembahyang juga. Tapi dia lebih suka main dengan adik kecilnya kalau tak tengok memang tak belajarlah dia. Sekarang dia sudah banyak perkembangan, sudah mula suka membaca sedikit-sedikit dan merangkak-merangkak. Sudah mula pegang buku sekolah sebab dia rasa lebih pandai sikit apabila dia sudah mula dapat membaca walaupun lambat-lambat. Semoga Hadeeja akan menjadi anak solehah yang bakal menjadi berjaya dunia dan akhirat insyaAllah.

Yang paling manja, banyak akal, dan keras, cucu keempat Hawa Nerina. Dia sejak kecil rupa macam anak patung, jadi orang suka tengok dia. Dia cukup tidak suka stranger, sebab suka pandang dia dan tegur dia juga suka picit pipinya yang gebu. Jadi dia lambat mesra dan kuarang boleh ikut serta dengan kami, sebab selalu nak mami dia saja. Semua nak mami, nak makan, nak mandi nak pakai baju, nak tidur, malah apa-apa saja semua mesti mami. Jadi bila mami out-station kami jadi penat sebab dia tak mau langsung dengan kami. Yang lebih penat ialah Hannah sebab dia akan merap kakaknya itu saja, yang lain dia tak mau. Semoga Hawa juga membersar menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan juga di akhirat sana insyAllah.

Begitulah cucu-cucu yang balik berkampung di rumahku. Semoga bolehlah aku mendapat sedikit pahala bila mereka berbuat baik, baca quran dan sembahyang. Selagi mampu boleh membimbing dan mendidik buatlah apa yang terdaya, kerana mungkin barang  kali itu boleh menjadi penyebab untuk membawa kami ke syurga insyaAllah. Ya Allah aku serahkan semua cucu zuriat keturunanku kepadaMu, semoga Engkau ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ya Wadud mengasihi mereka dan menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah, semoga Engkau memberikan takdir yang baik-baik buat mereka. Murahkanlah dan luaskan rezeki mereka, tingkatkan darjat setinggi darjat di dunia dan akhirat. Semoga dengan itu mereka boleh memberi kebaikan kepada hidup dan matiku, dan semoga mereka boleh memberi manafaat kepada kebaikan agama Mu ya Allah ya Robbalaalamiin. 

Monday, February 14, 2022

CUCU BARU

 

CUCU KE-8 MYIESHA AMANI BINTI MUHAMAD ASFAR

12.11. 2021, hampir  jam 11 malam, anak bongsuku Mahya Diyana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel pada hari Sabtu. Alhamdulillah dia ditemani suami tercinta bersama menyambut kelahiran Amani yang sudah sekian lama ditunggu oleh  pasangan ini. Adik Mahya sakit sejak jam 5.30 pagi Sabtu itu. Lama mengalami sakit bersalin tapi jalan masih belum buka untuk Amani didatangkan ke dunia. Memang bersalin anak pertama selalunya agak lambat, jalan keluar buka, untuk proses melahirkan. Namun masa yang ditunggu sampai, apabila sudah hampir tengah malam. Alhamdulillah semua kami menadah tangan mengucapkan syukur. Semuanya selamat, maklumlah melahirkan bayi semasa zaman covid19 tengah melanda memang amat mencemaskan. Nak masuk wad pun takut, melalui pelbagai proses, nak menjadi pengiring dalam bilik bersalin pun penuh prosedur. Tak ada yang boleh tunggu apatah lagi untuk pergi melawat langsung tidak dibenarkan. Jadi setelah semunya selesai semua kami bersyukur yang tidak terhingga dan menarik nafas lega dengan anugerah Allah atas segala nikmat yang diberi, alhamdulillah.

Amani seperti bayi lain membesar dengan cepat. Dia beruntung kerana adik Mahya maminya banyak susu. Cuma pada mulanya maminya bengkak susu kerana beberapa saluran susu masih tersumbat. Selepas diurut mencurah-curah pula, cuma Amani saja yang kurang pandai mengisap, asyik tersedak-sedak. Maminya pula sakit putingnya teramat sangat kerana dihisap terlalu kuat oleh Amani. Terkadang sehingga menjerit maminya menahan sakit dan pedih, semasa Amani mengisap susu. 

Setiap pagi Amani dibawa ke Klinik Kesihatan untuk diperiksa, selama seminggu. Alhamdulillah walaupun ada tanda-tanda kekuningan tapi selepas seminggu lebih  kadar kuning menurun dan akhirnya Amani bebas kuning. Maminya pun turut diperiksa jahitan lukanya semasa di klinik. Kadang-kadan nurse datang ke rumah untuk lawatan dan pemeriksaan rutin yang biasa. 

Hari ke-9 Amani dicukur kepalanya sehingga licin oleh bidan Kak Syimah. Bayaran upah cukur kepala RM 50.25 (lima puluh ringgit suku). Dedi dan mami tak tau maksud suku, kami semua tergelak besar kerana ia sungguh klasik, hanya difahami orang-orang tua-tua dulu sahaja. Selepas itu maminya mengurut selama 3 hari berturut-turut, untuk memulihkan kesegaran badan selepas teruk bersalin, dengan bayaran RM 200. 

Setiap malam kelakuan Amani berubah-ubah, ada masa nyenyak tidur, ada masa tak lena tidur. Kadang-kadang menangis sehingga tak boleh letak, kadang-kadang lena sehingga tak gerak-gerak. Kadang-kadang siang pun tak boleh lekang dari menyusu maminya, atau digendung dedinya. Lama-lama anti ngah cadangkan letak dalam buaian, kalau tidak penat tak boleh rehat langsung. Naik buai pun kadang-kadang lena banyak, kadang-kadang tak mau juga. Sehingglah dah masuk dua bulan Amani dah nyenyak sikit tidur malam. Alhamdulillah.

Semoga Amani akan membesar dengan baik dan sihat. Semoga mami dan dedi akan bersabar dalam proses membesarkan Amani. Semoga melimpah ruahlah rezeki mami dan dedi melalui Amani. Semoga Amani menjadi anak solehah bakal menjadi penawar untuk kami semua di dunia dan akhirat. Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, kami serahkan Amani dan ibubapanya kepadaMu untuk Engkau uruskan dengan takdir yang terbaik untuk mereka. Wahai Allah berikanlah yang terbaik untuk mereka sepanjang hayat mereka, ya Fattah, ya baarik, ya Rahman, ya Rahim, ya Zaljalaliwalikrom. Aamiin ya Robbalaalamiin.

Sunday, June 13, 2021

ANUGERAH SALLEH KHIR KSAH

 

Dr Danial berbaju kuning bersama keluarga
 

Semasa Haji Morazuki menjadi Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid sekitar tahun 2000, beliau banyak mengusahakan pemberian Anugerah kepada pelajar-pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM. Beliau dengan sungguh-sungguh bertongkos-lomos menjadikan anugerah-anugerah tersebut berprestij sehingga setiap orang pelajar yang mendapat anugerah berasa sungguh bangga mendapat sejumlah wang yang besar sebagai sumbangan dan penghargaan kepada kecemerlangan pelajar. Untuk itu sudah pastilah ia  dikenang sampai bila-bila oleh penerima Anugerah.

Di hari perkahwinan adik bongsunya
 

Salah satu anugerah ialah Anugerah Salleh Khir. Mininjau sejarah ringkas beliau, Md Salleh Khir bin Bahari adalah anak seorang ulama, berasal dari Setul dan membesar di Kedah. Beliau bersekolah di KSAH kemudian bekerja di Kolej. Satu pertiga daripada usianya dihabiskan di persekitaran Kolej sejak tahun 1936 sehingga tahun1951. Beliau juga pernah menjadi penghuni asrama Kolej. Pengalaman sebagai seorang yang berdikari inilah yang membentuk personalitinya sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan walaupun berada di perantauan jauh daripada ibu bapanya di Setul. Selepas bertuga sebagai guru beliau menjadi seorang Nazir.  Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan  dan menjadi seorang pendidik  dan pemimpin yang disanjung dan dihormati.  Beliau sangat mementingkan kecemerlanga akademik semasa hidupnya yang banyak berkecimpung dalam bidang pendidikan sebagai guru dan Nazir sekolah. Oleh sebab itulah warisnya mewujudkan satu anugerah kepada pelajar akademik di KSAH.

Bersama ibu dan 2 orang adiknya

Anugerah yang diwujudkan  ialah Anugerah Salleh Khir yang mula diberikan kepada pelajar cemerlang PMR dan SPM bermula pada tahun 2000. Anugerah ini diberi kepada pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, kerana penguasaan yang mantap dalam ketiga-tiga mata pelajaran itu akan mempengaruhi kecemerlangan dalam subjek lain. Anugerah ini ditaja oleh anak sulung Md Salleh Khir, iaitu Yang Berbahagia Dato Shamsul Bahari.

Alangkah bertuahnya, tercatat dalam sejarah, penerima  sulung  Anugerah Salleh Khir PMR itu diberikan kepada Danial Fa-iz bin Ibrahim. Beliau merangkul semua A dalam PMR kemudian dianugerahkan sijil penghargaan dan hadiah wang tunai berjumlah  RM 700. Sebelum ini semasa di sekolah Kebangsaan Taman Uda, dia yang merupakan Ketua Pelajar, menerima Anugerah Pelajar Cemelang Tahun 6 kerana mendapat semua 5A. 

Dr Danial bersama ayahanda Dr Ibrahim
 

Memang amat sesuailah keluarga Salleh Khir memberikan anugerah sebagai penghargaan kepada kecemerlangan pelajar di peringkat Tingkatan 3 untuk perangsang kepada pelajar. Keluarga Allahyarham sudah pasti mengharapkan anugerah yang diberikan dapat merangsang pelajar untuk meningkatkan tahap kecemerlangan akademik. Alhamdulillah Danial Fa-iz sekarang ini telah berjaya menjawat jawatan Doktor, dan sedang bekerja di sebuah hospital kerajaan ketika ini. 

Selepas Tingkatan 3 di KSAH Danial melanjutkan pelajaran ke MRSM Langkawi. Di sana dia masih meneruskan kecemerlangan semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Akhirnya muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang yang berjaya mendapat A dalam semua 9 mata pelajaran. Dia ditawarkan tempat di Matrikulasi  UIA, tapi ditolaknya peluang itu. Dia mengharapkan untuk dapat sambung belajar International Barcalaureatte (IB) di Kolej MARA Banting, untuk persediaan ke luar negara. 

 

Dua Tahun di Kolej MARA, dia tamat dengan mencapai  kecemerlangan mendapat pointer 3.99. Jadi dia dipanggil temuduga dua Universiti iaitu Universiti Glassgow dan Liverpool. Akhirnya dia memilih untuk terbang ke Liverpool, mengikuti pengajian Perubatan. Selepas bergelar Doktor dia balik bekeja sebagai Doktor di Pusat Perubatan UKM. Kemudian dilantik menjadi Pegawai Perubatan di Klinik  Kesihatan di Batu Rakit, Terengganu. Lepas itu bertukar ke Hospital Shah Alam dan menumpang di Hospital Sungai Buluh,  sebelum Hospital Shah Alam siap pembinaannya. Kini dia sedang menjalani latihan untuk menjadi Doktor Pakar dalam bidang Orthopedik di Hospital Kelang.

Alhamdulillah, dengan kejayaan itu sudah pasti keluarga Allahyarham Salleh Khir akan turut berasa bangga, kerana impian mereka menjadi kenyataan. Kejayaan Danial Fa-iz pasti menjadikan keluarga allahyarham   berbangga dengan pencapaian pelajar yang pernah diberikan anugerah itu. Alhamdulillah. Gambar di atas Dr Danial Fa-iz bersama isteri dan anaknya.




Saturday, January 2, 2021

SELAMAT TINGGAL 2020

 

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2020. 

Sebelum tiba tahun 2020, semua orang tertunggu-tunggu. Pernah satu ketika tahun 2020 dikaitkan dengan negara maju, dan dikaitkan dengan wawasan 2020. Ramai yang merancang pelbagai program untuk menyambut ambang tahun 2020. Tapi manusia merancang Allah jua yang menntukan. Tahun 2019 diakhiri dengan penularan wabak corona. Ia bermula di China dari daerah Wuhan, kononnya merebak daripada pasar basah yang menjual pelbagai binatang makanan orang China. Virus ini  kemudiannya dengan cepat merebak  ke banyak  daerah lain di China. Kemudia dengan sangat pantas ia merebak ke banyak negara lain ke seluruh dunia. Oleh sebab ia bermula dalam tahun 2019 maka ia dikenali sebagai covid 19. Kini di seluruh dunia wabak ini menjadi satu pendemik yang perlu ditangani oleh kita semua. Tidak tahu bila ia akan berakhir hanya Allah saja yang ada jawapannya. Jadi marilah kita semu berdoa agar Allah ampuni kita semua dan semoga di tahun yang baru ini tahun 2021, Allah akan membantu kita. Ya Allah angkatlah wabak ini ya Allah. Engkau yang memberikan penyakit kepada kami, kami yakin sudah tentu Engkaulah yang amat berkuasa menyembuhkannya, insyaAllah. Kami hanya berserah kepadaMu, bantulah kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. 

Walau bagaimanapun kehidupan kami tetap diteruskan. Sepanjang tahun 2020 kami mula hidup dengan norma baharu selepas menjalani kehidupan dalam keadaan Mematuhi Perintah Kawalan Pengawalan Pergerakan (PKPP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 September 2020. Kami hanya duduk rumah, bekerja dari rumah, mesyuarat dari rumah dan belajar dari rumah. Kami belajar menyesesuaikan diri dengan norma baharu yang dianjurkan Kerajaan. Kerajaan tetapkan SOP, dan meminta rakyat  menjaga SOP. Jika perlu keluar rumah mestilah  pakai topeng muka, mesti basuh tangan dengan pencuci pada setiap masa, mesti jaga jarak dalam satu meter jauh dari orang laing, dan mesti  jauhi tempat sesak dan mengelakkan sebarang perhimpunan.

Sehubungan itu banyaklah drama berlaku dalam kehidupan, Ada anak terkandas di rumah nenek, ada suami isteri terkandas tidak boleh rentas negeri, Ada jua rakyat Malaysia terkandas di luar negeri, dan banyak pelajar Malaysia terkandas di Indonesia, di China, Di Mesir dan banyak lagi. Mereka memohon misi bantuan untuk pulang ke Malaysia kerana penularan wabak yang teruk di negara tempat mereka belajar. Pekerja Malaysia di Singapura juga ramai tidak boleh berulang alik pergi kerja setiap hari, terpaksa tinggal di sana. Akhirnya Malaysia membenarkan rakyat Malaysia pulang ke Malaysia tanpa perlu dikarantin di pusat karantin, sebaliknya menjalani karantin di rumah sahaja. Maka beribu-ribu rakyat Malaysia pulang termasuklah anakandaku Azfar suami adik. Dia karantin di rumahnya di Johor. Aku senang hati sebab sejak Mac adik tidak berjumpa suaminya yang terkandas di Singapura. Alhamdulillah aku berdoa agar PKPP ini akan segera berakhir supaya dapatlah adik selalu berjumpa dengan suami

Dalam suasana berharap PKPP akan berakhir rupanya ia tiada kesudahan, berpanjangan lepas sebulan ke sebulan. Dan alangkah sedihnya aku dalam suasana ketidaktentuan itu,  adik pula tamat housemanship, dan dapat posting di Johor, sedangkan Azfar terpaksa balik bekerja ke Singapura. Alangkah hancurluluhnya hati seorang ibu untuk melepaskan anaknya untuk hidup dalam PKPP seorang diri jauh di perantauan. Apa kan daya, aku hanya mampu berdoa. Aku dapat bayangkan kehidupan yang akan adik lalui di sana sebatang kara, di tempat yang baru, suasana kerja yang baru dan segalanya akan jadi sangat asing baginya tanpa ayah ibu dan suami tercinta. Tapi sebagai ibu aku sangat yakin Allah sangat halus urusan dan tadbirannya, insyAllah segalanya akan selamat kerana Allah maha pengasih, maha penyayang dan maha bijaksana. Ya Allah aku serahkan anakku ini dalam urusanMu, Engkau sahajalah tempat kami bergantung harap, berikan yang terbaik untuk mereka dan berikan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat kepada semua anak-anakku, aamiin.


Wednesday, December 23, 2020

CUCU BALIK KAMPUNG

 Sudah lama cucu-cucu dari Kuala Lumpur  terutamanya Ali, tidak balik kampung. Bermula dari PKPP bulan Mac 2020 kemudian PKPB diikuti pula fasa PKPD yang berpanjangan, sehinggalah sampai bulan Disember 2020. Mula-mula PKPP bang long cutinya dibekukan. Kemudian Selangor PKPB meraka tidak tidak boleh balik kampung juga. Berikutnya Kedah pula PKPD mereka tidak boleh masuk Kedah.  Selepas tu Selangor PKPB mereka tidak boleh keluar negeri pula. Maka berlarutanlah tidak boleh balik kampung, sampailah bulan Disember barulah mereka boleh rentas negeri. Bolehlah mereka balik kampung itu pun cuti hujung minggu saja, kerana cuti masih dibekukan. Kebetulan mereka balik kami ambil peluang menjenguk kampung, menjengah rumah mak yang dah lama tidak kami kunjungi, yang dah lama kami tinggalkan diuru oleh orang lain bukan kami.

Kebetulan musim padi dara kelihatan menghijau sejuk mata memandang,   Ini menjadikan kami sungguh teruja dengan kecantikan dan kehijauan kampung halaman yang sungguh nostalgik. Lama kami tidak menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari bendang. Tambah-tambah lagi Ali dia tidak pernah melihat pokok padi dari dekat, semasa dia sudah besar. Dia cuma dengar cerita dari daddynya saja tentang pokok padi, dan sawah padi. Bukan saja pokok padi tapi Ali seronok dan teruja dengan pokok semalu yang menjadi 'malu' apabila disentuh jari jemarinya yang kecil. Ali seronok sangat dengan pengalaman baru ini. Maklumlah kebanyakan umurnya dia banyak berada di Kuala Lumpur.

Ali pun tidak ingat rumah nek caq kerana dia cuma balik ke kampung masa dia masih sangat kecil. Masih tidak ingat apa-apa lagi. Jadi banyaklah soalan-soalan yang bertubi-tubi ditanyanya. Dia pun sangat teruja dengan pondok yang tok wan buat untuk anak cucunya dekat situ dalam kebun durian. Walaupun pondok masih belum siap sepenuhnya, tapi bolehlah buat Ali tangkap gambar untuk kenang-kenangan. Tok Wang sungguh bangga sebab dia sendiri yang bangunkan pondok itu. Dia sendiri yang design, dia yang potong kayu,  dia yang atur tiang simen, dan naikkan tiang dan alang. Kemudian dia paku papan lantai dan seterusnya dia yang mengemaskan bumbung plastik, sehingga pondok boleh diduduki dan buat berteduh dari hujan panas, dan buat solat juga bila masuk waktunya.

 
Tok wan selalu berharap semua cucu akan rasa gembira untuk bermain di pondok itu. Memang betul Ali pun memang sangat suka berada di pondok. Maklumlah di KL mana ada semua itu. Ali barangkali dah letih dengan shopping mall, dan dah biasa sangat dengan taman permainan. Jadi bila bertukar suasana berjalan di kampung dengan suasan yang berbeza, sudah tentulah perasaannya berbeza. Semoga anak cucu yang dibesarkan di kota akan suka suasana di kampung halaman, tempat asal usul datuk neneknya.
 

Ali sempat naik sebentar ke atas pondok tok wan yang separuh siap itu. Sempat juga  bergambar di situ, mengabadikan kenangannya. Ini bakal menjadi bukti bila dia besar kelak, dia pernah semasa kecil balik berkunjung ke kampung walaupun buat sekejap cuma. InsyaAllah bila besar Ali boleh balik sendiri ke kampung halaman datuknya. Semoga Ali akan berbangga dengan tempat asal daddynya dan semoga Ali akan suka balik mengunjungi kami di kampung yang rindukan masa bersama anak-anak cucu, insyAllah, aamiin.

Saturday, May 9, 2020

RAMADHAN KAREEM 2


Tahun 2020 memang telah kami tunggu sejak sekian lama dulu. Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri diwarwarkan tentang Wawasan 2020. Semua orang dari peringkat bawah hingga ke peringkat atas bercakap hal yang sama. Pemimpin, majikan, ketua jabatan, ketua kampung, ibu bapa dan pelajar juga tidak pernah terlepas bercakap soal Wawasan 2020. Dan pada hari ini,  pada tahun ini, aku telah memasuki tahun 2020.

Berada di tahun 2020 usia aku sudah mencecah 62 tahun. Dulu aku lihat orang seusia aku sudah sangat tua, barangkali kerana aku masih muda belia. Kini aku lihat diri sendiri pada usia 60an, tidaklah tersa begitu tua sangat. Barangkali kerana aku sudah berada di usia emas ini. Apa pun perasaan aku amat bersyukur. Ya Allah syukur padaMu Engkau takdirkan aku dapat menikmati usia emas ini. Bagaimna aku tidak bersyukur?  Nikmat apa lagi yang aku dustakan? Menelusuri kehidupanku sendiri memang aku patut sangat bersyukur kerana takdir Tuhan tentang usia, hanya Dia saja yang memegang rahsianya. 

Mengenang kembali semasa  aku muda, aku sangat terkesan dan sedih dengan pemergian sepupu yang masih muda Latifah nanmanya, dalam usia awal tiga puluhan. Anaknya masih kecil-kecil dan dia meninggal semasa melahirkan anaknya yang ke-3. Semua orang sebak melihat 3 orang anak kecil ditinggalkan ibu. Mereka menangis kami pun turut menangis, tak tertahan-tahan rasanya. Sedangkan pada waktu itu bapanya yang separuh usia, dan tok kami yang sudah tua masih belum dijemput Ilahi lagi. Kemudian tak lama lepas tu abangnya pula dijemput pulang, kami sedih, bapanya lagi sedih sebab hilang tempat bergantung harap, iaitu anak sulung lelaki yang menjadi tonggak keluarga. Anaknya pun masih keci-kecil dan ramai masih bersekolah. 

Kemudian selepas itu kami kehilangan Mak Wa dan Pak Wa, kakak emak yang sulung. Kami dapat menerima sebab dia sudah tua,tapi tok kami yang sudah tua masih tidah dijemput Ilahi, dia menangisi pemergian anak sulungnya. Kemudian Pak Ngah kami pula yang pergi tok masih bersama kami syukur alhamdulillah, kami tau tok sungguh sedih anak lelakinya sudah tiada lagi. Dan akhirnya sampailah masa tok berangkat kembali menemui Allah. Kami sudah  kehilangan tok buat selama-lamanya, tapi yang tua meninggal itu lumrah semua orang redha dan dapat menerima dengan baik. 

Lepas itu emak tinggal empat beradik lagi, dia anak ke-3 dengan 3 orang  lagi adik-adiknya.  Ketentuan Allah satu lepas satu adik-adiknya dijemput Allah. Dimulai adik emak yang nombor 4 Pak Lang, diikuti adik emak yang bongsu Pak Su yang paling kecil dan paling muda, kemudian adik emak nombor 5 yang kami panggil Mak Su juga. Akhirnya tinggallah emak sebatang kara,selepas semua adik-adiknya yang lebih muda darinya  kembali mengadap Allah yang maha esa. Dan abah juga telah dijemput mengadap Allah jua adanya. 

Namun yang paling pedih dalam hidup kami ialah cucu emak Nabila meninggal dalam usia yang sangat muda akhir 20an. Dia meninggalkan kami, kami sungguh sedih kehilangnnya. Anak-anaknya  masih kecil, yang seorang 3 tahun  dan seorang lagi satu tahun masih menyusu. Setiap kali menyebut budak-budak yang ditinggalkan kami mengalirkan air mata, sayu sangat. Emak lagi sayu sebab jenazahnya pun dia tidak dapat lihat sebab emak stroke dan masih berada di wad, semasa Nabila menghembuskan nafas terakhir di Kuala Lumpur. Kami semua sungguh sedih namun takdir Tuhan hanya Allah saja yang tahu, semuanya dalam genggamanNya jua. Subhaanallah.

Akhirnya yang paling tidak kami duga ialah peninggalan adik Johari. Dia baru berusia 58 tahun, selalu kelihatan sihat, tidak pernah dilihat sakit atau mengadu sakit. Dia sakit sekejap selepas sebulan dia kembali kerahmatullah. Semua kami tekejut, emak yang sakit, emak yang telah tua  dalan usia 80 tahun, tapi takdir Allah siapa pun tidak pernah menduga dia pergi meningalkan kami, subhaanallah. Begitulah Allah menyebut ajal maut di tangan Tuhan hanya Allah saja yang tahu dalam genggaman Allah jua adanya. Semoga kita semua bersedia menghadapi saat bertemu Allah insyAllah. Segala puji bagi Allah, Ya Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini, ampunilah dosa-dosa  mereka dan berilah balasan syurgaMu kepada mereka aamiin.

Monday, April 20, 2020

CUCU TERKANDAS MUSIM PKP




Tanggal 13 Mac hingga 16 Mac 2020, kami menghabiskan masa di pulau peranginan  Pulau Pinang. Kebetulan waktu itu Papa mengikuti kursus perubatan untuk mendapat 20 mata ganjaran bagi memperbaharui  lesen praktis perubatannya. Maka kami bertemu di Hotel Royal Chulan untuk menghabiskan percutian. Waktu ini wabak covid tengah merebak di seluruh negara, kami pun tidak begitu selesa berada di luar bilik hotel, apabila ramai pengunjung berada di lobi. Boleh dikatakan kebanyakan penghuni memakai mask terutamanya semasa di lobi, begitu juga semasa di coffee house. Budak-budak memang suka makan pagi dengan bermacam-macam jenis makanan, makan sampai tak berhenti, masha Allah, syukur pada Allah mereka sihat dan berselera. Nikmat manakah lagi yang kami dustakan, ya Allah ampuni kami ya Allah.



Kami lebih banyak menghabiskan masa di bilik bersama anak cucu yang datang bertandang bersama kami. Pagi-pagi kami menikmati suasana pagi di balkoni, dan melihat sunrise dan kesibukan perahu-perahu dan kapal-kapal di pelabuhan. Pagi-pagi memang terasa sungguh tenang dan bahagia, sambil menyedut udara laut yang nyaman. Berada di Penang kalau tidak ke pantai tidak lengkaplah kunjungan ke Pulau Mutiara itu. Jadi pagi Ahad itu kami ambil peluang ke pantai,  memenuhi pujukan anak cucu yang tak berhenti merengek untuk ke tepi pantai. Kami juga ambil peluang menikmati makanan eksotik, yang lama dah teringin kami nak makan. Setiap malam kami makan cucur udang Penang, cucur udang kegemaran turun temurun yang telah kami nikmati sejak 30 tahun yang lalu. Kami juga makan mee goreng mamak, mihun goreng, kueteau goreng dan tidak ketinggalan nasi kandar juga.




Memang sangat sesuai dengan selera kami, lagi pun kami dah lama tak bercuti dengan abang long yang selalu tak boleh mendapat cuti. Terasa baru saja kami  bercuti bersama anak-anak ke Penang. Masa itu  mereka masih di bangku sekolah, tapi selepad mereka ke universiti, dan bekerja sangat sukar kami menacari masa yang sesuai untuk cuti bersama. Tambahan pula kami ada tanggung jawab yang perlu dibereskan di rumah. Tak sampai hati meninggalkan emak di rumah untuk bercuti dan bersenang-senang.


Selesai urusan hari Ahad 16 Mac, kami meninggalkan Pulau Pinang. Abang Long balik ke KL, Hayyan, Hannah dan Hadeja ikut kami balik ke Alor Setar. Mereka memang selalu bercuti di kampung bersama kami masa musim cuti sekolah. Ali menangis cemburu dan tak mau balik KL. Tapi dia masih belum berdikari, masih tidur dengan emak jadi tak bolehlah ikut tok balik kampung. Dengan berat hati kami semua mengucapkan selamat tinggal dengan harapan akan berjumpa lagi raya nanti insyaAllah.

Tapi siapa tahu kita hanya merancang Allah yang menetukan. Rupanya itu kali terakhir kami berjumpa, kerana mulai 18 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan seluruh rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka terkandaslah Hayyan, Hannah, dan Hadeja di Alor Setar bersama kami. Mereka tidak boleh dijemput pulang, dan emak mereka pun tak boleh balik ke kampung. Kasihan Hadeja dia membilang hari namun bila sampai harinya PKP dilanjutkan lagi, dia tidak dapat dijemput oleh maminya. Sesekali dia menangis bila video-call, tapi lama kelamaan dia mula faham, dia terpaksa akur dengan takdir yang ditetapkan Allah untuk semua. Alhamdulillah mereka terkandas dengan kami.

Ya Allah Engkau maha mengetahui, Engkau maha halus pengurusan, Engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Allah telah takdirkan mereka berada dengan kami sepanjang PKP ini. Rasanya dengan kami mereka lebih terurus. Barangkali ini yang diaturkan Allah. Engkau telah membantu kami memudahkan segalanya, syukur ya Allah, kami amat bersyukur kepadaMu. Ampuni kami ya Allah, rahmati kami ya Allah dan redhalah ke atas kami ya Allah.








Saturday, November 9, 2019

ADIK KAHWIN 20 Januari 2019

Keluarga dari Langkawi
Di Mesjid menunggu Pengantin lelaki
Ahamdulillah sampai jodoh adik anak kami yang paling kecil. Tanggal yang dipilih bersama 19.1.19 adik diijab kabulkan. 20 Januari 2019, majlis resepsi kami di Royal Kedah Club. Segalanya diaturkan dengan izin Allah serba sederhana tapi meriah dan sungguh membahagiakan kedua keluarga. Terasa baru semalam adik masih menyusu dalam pelukan yang tak mahu dilepaskan,walaupun sudah lebih dua tahun usianya. Terasa bagaikan semalam juga adik masih di sekolah rendah Taman Uda. Menyandang pelajar cemerlang pada tahunnya dengan penuh kontroversial. Kemudian ke Sekolah Asma dengan amat berdikari, dalam keadaan mama sangat sibuk, tapi adik sungguh tegar menjalani usia remajanya, yang membentuk kekentalan mentalnya. Syukur alamdulillah, Allah aturkan segala takdirNya dengan sungguh cantik. Kini sudah bergelar isteri sudah memulakan hidup berumah tangga.
Syukur selesa majlis akad nikah
 Antara memori yang teringat-teringat:
1. Masa  ke sekolah darjah 1 tidak menangis tapi entah kenapa Darjah 2 hampir setiap hari bila sekolah mula buka di tahun baru, adik menangis sehingga mama terpaksa ke sekolah menenangkannya.
2. Adik orang yang rajin buat kerja sekolah dan rajin baca buku tapi tak suka mata pelajaran Sains, Markah Sains saja gagal, jadi kena bagi personal tuisyen Sains di rumah, sejak darjah 4 hinggalah darjah 6.
3. Adik ni jimat orangnya, tak pernah demand apa-apa, baju ka, kasut ka, beg ka, jadi mama selalu paksa adik beli baju, kasut atau apa-apa saja yang dirasakan perlu tapi dia tak minta pun.
4. Satu saja yang dia minta, jadi mama tiada pilihan untuk tunaikan hajatnya, minta nak buat braises sebab dia kata gigi dia tak elok, kami semua rasa lawak tapi layan jugalah.
5. Sangat caring, sangat menjaga hati orang, dan sangat toleran, sampai tak kira diri sendiri dah, tapi teriak kot belakang, dia ingat mama tak tau, tapi mama baut-buat tak tau ja.

Ya Allah, syukur alhamduillah, terima kasih ya Allah, memberikan anak-anak yang soleh sebagai penyeri hidup kami. Semua zuriat yang Kau anugerahkan mewarnai hidup kami, membahagiakan kami dan menjadi pinjaman yang amat berharga dan tidak ternilaikan. Nikmat apa lagi yang kami dustakan Ya Allah, sungguh Engkau maha pemurah lagi maha bijaksana. Cuma kami saja yang kurang bersyukur ya Allah, ampuni kami dan redhalah ke atas kami.

Engkau takdirkan adik berjodoh dengan Asfar, Ya Allah lindungi mereka dengan kasih sayangMU yang melimpah ruah, supaya mereka berada dalam taufik dan hidayahMu pada setiap masa dan menjadi saham kami di akhirat sana.  Amiin ya Allah.

Kak Ngah dan Abang Hasrul
Rakan Papa dari PSMCK dan Pattani
Keluarga AFS Kedah Chapter diketuai Puan Rohaya
Abang Long dan Kak Hajar
Papa dan Mama dikerumuni anak cucu
Kami semua gembira untuk adik, tapi hati kami semua di hospital  bersama Shazle demam denggi

Wednesday, November 6, 2019

SELESAILAH SUDAH




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiimm. Wahai Tuhan yang maha menatap, maha melihat, dan maha lembut penglihatanNya. Sesungguhnya Ya Allah Engkau maha pengasih lagi mengasihani  lagi maha mengurus segalanya. Ini yang tak terucapkan olehku, 
 jua semua makhlukMu yang lainnya. 

Ya Allah aku amat bersyukur kepadaMu. Pertama Engkau kurniakan kepadaKu anak-anak sebagai penyeri dan penghibur dunia rumah tangga kami. Anak-anak yang Engkau takdirkan semunya diberi kesihatan, kecerdasan dan Engkau aturkan menjadi terhindar daripada sebarang marabahaya dan fitnah dunia. Apa lagi yang dapat dikatakan selain mengucap syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang tidak terhingga banyaknya.

Ya Allah mengenang masa kecil mereka, Engkau maha mengaturkan. Segalanya terpimpin olehMu dengan baik sehingga mereka membesar dengan sempurna. Engkau maha pelindung, Ya Allah, Engkau lindungi mereka daripada segala yang tidak baik. Semuanya Engkau bentengkan dengan rahmat dan kasih sayangMu. Kawan-kawan mereka Engkau temukan dengan orang baik-baik belaka. Perjalanan kehidupan seharian Engkau letakkan di bawah lindungan taufik dan hidayahMu setiap saat dan ketika. Engkau tidak pernah biarkan Aku membuat sebarang keputusan dan pilihan melainkan Engkau yang menyediakan pilihan yang terbaik untuk mereka dari segenap segi pengajian, sehinggalah Engkau kurniakan pekerjaan yang terbaik untuk mereka seadanya. Ya Allah aku ini manusia kerdil, bukan siapa-siapa. 


Waktu itu dengan segala kejahilan dan kedhaifan, aku hanya mampu berdoa seadanya. Tapi Engkau telah sediakan segala jalannya. Engkau takdirkan Along menjalani kehidupan pengajiannya jauh di perantauan. Engkau lakarkan suka duka hidupnya, kami pun Engkau takdirkan turut merasai susah senangnya. Namun aku amat bersyukur, Ya Allah, Engkau berikan akhiran yang baik sudahnya, Engkau anugerahkan kejayaan untuknya. Alhamdulillaaah. Alhamdulillaaah. Mudah-mudahan Engkau terus bimbing dia  menjadi Doktor yang memberi manafaat kepada agamaMu ya Allah. Mudah-mudahan dia menjadi saham akhirat untuk kami. Ya Allah takdirkan dia supaya dapat terus membekalkan pahala sepanjang hayatnya, kepada kami  selepas kami pulang ke pangkuan Mu nanti, Aamiin Ya Allah. Istajib doa ana ya Allah.

Usaha ku tidak seberapa, tapi nikmatMu Ya Allah sungguh tidak terkata banyaknya. Kemudiannya Engkau hantarkan Angah jauh ke negara matahari terbit pula. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga. TakdirMu berbeza-beza kerana Engkau maha mengetahui apa yang Engkau ciptakan. Pejam celik pejam celik angah tamat pengajian dua tahun di Politeknik, kemudian belajar pula 3 tahun di universiti. Perjalanan kehidupan angah juga penuh dengan cabaran-cabaran dan liku-liku yang Allah aturkan. Allah maha menetukan, akhirnya Allah tempatkan dia di KKM menjadi Jurutera. Alhamdulillah syukur ya Allah. Ya Allah tolong tunjukkan jalan lurus untuk angah, lindungi dia daripada sebarang fitnah, supaya dia dapat memberi manfaat kepada agamaMu ya Allah. Ya Allah jadikan dia juga saham aku  dan suamiku di akhirat nanti. Amiin ya Allah istajib doa ana ya Allah.

 Ya Allah sesungguhnya terlalu banyak nikmat Kau berikan kepada ku. Aku ini manusia yang zalim Ya Allah, kasihani aku ya Allah. Ampuni aku ya Allah. Walaupun Engkau tahu tahu akan kelemahanku, Engkau tahu akan segala kekuranganku namun nikmatMu Engkau berikan juga, tak pernah putus-putus, tak pernah sedikit pun kurang, subhanallah maha suci Allah, alhamdulillah. Engkau maha tahu hatiku ya Allah, sebab itu barangkali Engkau takdirkan alang belajar di UKM. Sekurang-kurangnya ada yang dapat menyerikan hidupku sekeluarga di sini. Belajar di KL taklah kami kehilangan anak yang sangat jauh di mata, dirindui setiap masa dan ketika. Bila rindu melanda dapat saja kami berjumpa, bersua muka dan bermanja-manja. Alhamdulillah aturan Allah itu indah, sungguh indah, sungguh halus aturanNya. Hanya kita saja yang kurang syukurnya. Dia pun Engkau takdirkan yang terbaik, akhirnya menjadi Doktor. Engkau tahu hati ku, Engkau tahu kesunyian ku, Engkau hadiahkan aku takdir yang sungguh indah. Engkau hadiahkan alang bekerja di Alor Setar. Maka cerialah hidup kami sekejap dengan kehadiran anak di rumah, dihiasi hilai tawa dan dan senda gurau. Semoga dia juga Engkau bimbing menjadi doktor yang menaburkan jasa bakti kepada agamaMu. Bimbing dia juga ya Allah, supaya menjadi saham kami di akhirat nanti insyaAllah, istajib doa ana ya Allah. Subha nallah maha suci Allah.


Ya Allah nikmat apa lagi yang boleh aku dustakan. Sungguh tidak dapat dihitung banyaknya nikmatmu. Adik juga Allah aturkan takdirnya sungguh cantik. Belajar di UiTM Sungai Buluh. Bila cuti balik rumah, tidaklah kami sunyi sangat. Ada anak masih berada di rumah walaupun cuma waktu cuti, menjadikan kami tidak terlalu sunyi. Tanpa kami sedar adik juga Allah aturkan menjadi Doktor bekerja di Alor Setar. Syukur alhamdulillah, Ya Allah bimbinglah adik supaya menjadi doktor yang berjasa kepada agamaMu. Jadikan dia anak yang  soleh, nanti menyediakan pahala untuk kami di sana insyaAllah. Engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Engkau tahu yang jelas dan yang tersembunyi. Begitulah Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang mengaturkan segala perjalanan hidup ku anak beranak. 


Ya Allah, Engkau maha mengetahui isi hati Ku. Engkau jodohkan anak-anak ku tepat pada masanya. Engkau temukan mereka dengan keluarga baik-baik. Semuanya Kau kurniakan dengan sungguh halus tadbiranMu, dan dalam aturan serta barokah Mu jua adanya.  Jodoh pertemuan hidup dan mati semuanya dalam qadha dan qadarMu tentunya. Satu lepas satu Engkau hantarkan orang baru menjadi keluarga sebagai anak menantu, yang telah Engkau tuliskan takdirnya  untuk kami melaluinya. Engkau kurniakan satu lepas satu cucu-cucu yang terus memeriahkan hidup kami di hujung usia ini. Segalanya adalah kurniaanMu yang tidak terkata banyaknya. Syukur alhamdulillah ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah aku pohon ya Allah jadikan zuriat keturukan ku menjadi orang-orang soleh yang membawa manafaat kepada hidup dan mati ku, isyaAllah aamiin ya Allah.


Ya Allah Engkau maha pengasih, Engkau maha penyayang, engkau maha pemurah, Engkau maha pemberi, Engkau maha menentukan. Engkau berikan kepada kami semua yang manusia inginkan: anak, kesihatan, kecantikan, kebahagiaan, kekayaan, kejayaan, pangkat, kedudukan, penghormatan, kaum keluarga, kelapangan masa, jiran, sahabat handai dan bermacam-macam lagi yang tak tersebutkan. Engkau  maha mengetahui ya Allah, Engkau tutup segala kelemahan kami ya Allah. Ya Allah di hujung usia ini kiranya Engkau takdirkan kepada kami segala-galanya, kami saja manusia yang zalim, ampuni kami ya Allah, bimbing kami ya Allah. Ya Allah akhiri hidup kami dengan kesudahan yang baik ya Allah, bukan dengan kesudahan yang buruk ya Allah. Redhalah ke atas kami ya Allah, Kami hanya inginkan syurgaMu tanpa hisab, istajib doa ana ya Allah.


AKU DI USIA EMAS


Lama sudah tidak menulis cerita-cerita ku. Pertama sekali syukur padaMu Ya Allah pada usia sebegini Engkau kurnikan kesihatan yang baik kepadaku dan kepada semua anggota keluargaku. Tidak ada yang lebih bahagia di dunia ini, melainkan sihat dan menikmati kesihatan kurniaanMu, di samping anak-anak cucu yang juga sihat walafiat semuanya, jua atas keizinanMu.

Bulan Oktober ini bulan bulan istimewa, bulan kelahiran kami berdua. Tanggal 16 Oktober kami berdua saja meraikan birthday papa, adik balik lewat tak dapatlah bersama kami. Tanggal 23 Oktober, birthday ku.  Aku melalui hari jadi ke-62 tahun seperti biasa. Anak menantu dan cucu wish happy birthdat. Aku sungguh bersyukur dan bahagia, kemudian diraikan  bersama adik dan papa pula.  Itu sudah kira lumayan. Kami spent time bersama makan-makan dan lepak-lepak sambil cerita-cerita. What a prescious time together. Jauh di sudut hati teringat semua anak semasa mereka masih bersama dulu. Tapi apa kan daya semua sudah berkeluarga dan tinggal jauh pula. Nanti ada occation kami boleh bersama juga sekali sekala insyaAllah.

Tuesday, April 4, 2017

GRADUATION AT CITY CAMPUS LIVERPOOL U


Masih segar dalam ingatan, Bang Long mendapat keputusan cemerlang dalam SPMnya (2004), di MRSM Langkawi. Alhamdulillah....Kami amat bersyukur.  Dengan pencapain itu,  dia mendapat tawaran mengikuti Kursus Pre-Medic di UIA. Tapi  dia memilih untuk masuk Kolej Mara Banting, mengikuti Kursus Internatioanl Barcalaureate (IB). Kursus ini anjuran MARA untuk pelajar-pelajar yang akan dihantar ke luar negara, dan kursus persediaan itu memakan masa dua tahun. Sekejap saja masa dua tahun berlalu. Kemudian bulan September 2005, Bang Long fly ke University of Liverpool.

Ibu mana yang tidak gembira dengan takdir yang telah dilalui itu. Syukur alhamdulillah. Tapi jauh di sudut hati terasa sayu melepaskan anak yang masih muda ke negeri orang seorang diri. Semasa tiket flight diedarkan di KLIA, dan taklimat diberikan kepada sekumpulan pelajar yang akan berlepas itu, terasa sebak tidak tertahan. Waktu itu juga telah diedarkan chek wang sara hidup pemberian MARA  berjumlah  lebih kurang RM 14 ribu, sebagai bekalan awal. Dalam hati tak putus-putus dipanjatkan doa, supaya Bang Long selamat di perantauan. Tambahan pula untuk ke Liverpool dia seorang saja yang bakal mendaftar di situ. Tak terucapkan kebimbangan, dan kerisauan. Cuma Allah saja yang tahu. Hanya kepada Allah ku sandarkan harapan dan doa: supaya Bang Long selamat pergi, selamat belajar, dipermudahkan segala urusan, mendapat pimpinan dan hidayah, diberi pertunjuk jalan yang benar,  dan mudah-mudahan selamat pulang dengan kejayaan, in syaa Allah.

Selepas itu, masa pun terus berlalu, pejam celek Bang Long pun tamatlah pengajiannya selama 6 tahun. Syukur alhamdulillah dia berjaya mendapat ijazah yang diimpikannya. Kami pun dengan rasa syukur fly ke Liverpool untuk majlis Convocation meraikan kejayaan anakanda kami menerima segulung ijazah. Allah izinkan dia mendapat ijazah dan menjadi Doktor dari University of Liverpool yang bersejarah itu. 




Sunday, March 26, 2017

ANUGERAH ALLAH ADANYA


Sudah hampir setahun emak terlantar di katilnya, sejak 24 April 2016 lagi. Sejak itu selepas dua minggu dia keluar dari hospital, emak menjalani fisioterapi, dan juga mengikut program mengurut. Semuanya dibuat untuk menjadikan  usaha dan ikhtiar kami, di samping mengambil ubat-ubatan yang perlu. Selainnya jagaan harian dibuat sendiri; cucian dan pakai lampin, makan minum dan lain-lainnya, serba serbi dibuat seadanya dan sebaik yang mampu untuk menjaganya. Bermula dari sejak itu emak terlantar di katilnya dan memerlukan jagaan. Oleh kerana akulah satu-satunya anak perempuan maka dia tinggal bersamaku dibawah jagaanku. Alhamdulillah syukur kepada Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang, suamiku dengan senang hati merelakan aku menjaganya. 

Mengadun pesakit diserang stroke, memerlukan kesabaran, dan memerlukan ketabahan. Dia yang sakit esosinya kurang stabil. Tindakannya juga kurang menentu, sekejap elok sekejap meragam, sekejap murung dan sekejap meracau. Jadi kita yang menjaganya perlu tenang, dan perlu stabil, jika tidak akan stress jadinya.

Alhamdulillah syukur adanya jua, sebab ada juga yang sanggup membantu dalam saat-saat yang sangat memerlukan. Tuhan lapangkan kakak Asriyah, Kak Cik Nurul dan Mak Su Junaidah, dapat menghulurkan bantuan masa dan tenaga, jika keadaan memerlukan aku keluar kawasan untuk urusan yang sangat perlu. Sesekali aku minta pertolongan adik Johari, tapi aku rasa isterinya tidak selesa untuk menguruskan kencing berak emak, sebab akhirnya dia tidak datang-datang lagi menjenguk emak bila diperlukan.

Oleh sebab terasa keseorangan dan sangat-sangat memerlukan bantuan, setiap hari  dipohonkan pertolongan Allah. Setiap hari diminta belas kasihan Allah kepada hambaNya yang tidak berdaya dan tidak lagi berupaya mengurus kehidupan ini sendiri.
"Ya Allah Engkau yang telah menetapkan takdir ini kepadaku. Aku sangat yakin ada kebaikannya kepadaku. Aku sangat yakin inilah yang terbaik untuk ku. Janganlah Engkau biarkan aku seorang diri menghadapi masalah ini. Bantulah aku Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku. Jadikan aku sabar, jadikan aku ikhlas dan jadikan aku redha atas segala pemberianMu ini, dan redhalah ke atas ku Ya Allah. Ya Allah aku sangat-sangat memerlukan bantuanMu. Bantulah aku, berilah aku seorang pembantu yang baik. Berilah aku seorang pembantu untuk dapat membantu menjaga emak ku, agar dia sempurna dalam sakitnya. Tolonglah aku ya Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui"

Begitulah, takdir Allah tiada siapa yang tahu melainkan Ia jua.  Tanggal 10 mac, kami mendapat seorang pembantu, Atilah yang akan membantu menguruskan emak. Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah, Engkau hantarkan aku seorang yang dapat memberikan pertolongan dalam menjaga seorang yang amat aku kasihi. Semoga dapatlah aku berbakti kepada emak dengan sempurna, di samping dapat juga aku menjalani kehidupan ku seperti biasa, insyaAllah. Syukur Ya Allah atas anugerah yang ditakdirkan ini.

Wednesday, March 1, 2017

UNTUK ANAK-ANAK TERCINTA



Bukan senang nak jadi baik, bukan susah nak jadi jahat." :/ 
BANYAKKAN BERDOA KEPADA ALLAH DIA MAHA PENYAYANG
BERSERAHLAH HANYA KEPADANYA DALAM APA JUA YANG KITA LAKUKAN
KITA HANYA MAMPU BERUSAHA DIA YANG MENENTUKAN SEGALANYA

You know you are getting attached to the dunia when;

1. You don't plan your time around solat (praying) time.
2. A whole day or two passes and you don't open your Quran because you are too ‘busy’.
3. You care so much about what people say about you.
4. All you care about is how to accumulate more and more wealth.
5. You argue unnecessarily when you are told something you are used to doing is haram.
6. You keep on delaying good deeds - I’ll do it tomorrow, or the next, etc.
7. A new gadget comes out and you’re already thinking what you’re going to sell to obtain it.
8. The lives of celebrities interests you.
9. The lifestyle of the rich impresses you.
10. You want to be the centre of attention.
11. You compete with each other for worldly matters/things.
12. Your thirst for power and glory cannot be quenched.
13. You fall into depression each time you don't get what you want.
14. Minor sins don't really mean anything to you.
15. You aren't able to stop the haram immediately and keep on procrastinating and delaying taubah.
16. You aren't ready to displease people to please Allah.
17. You care a lot about what's in vogue (you want to belong).
18. You plan far far ahead into the future.
19. Seeking for Islamic knowledge comes secondary (that's if it ever comes) after pursuing your future career.
20. Your friends aren't the type that remind you of Allah.
21. You regard people as successful according to their status in this world.
22. A whole day passes without you thinking of death.
23. You can afford to waste so much of your time doing things that wont benefit you in the hereafter.
24. Doing acts of ibadah becomes very difficult for you.
25. You can't seem to be able to change your extravagant lifestyle despite knowing Allah dislikes the extravagant.
26. You love visiting the lands of the kuffar.
27. You are told about the dangers of consuming riba yet you argue that this is the only way you can survive. You add that if you find a better halal in come you’ll change.
28. You want to live life to the fullest.
29. You care so much about your physical appearance.
30. You believe the end of time is still far far away.
31. You see things happening to others and you don't stop to think it could happen to you too.
32. You bury the dead yet you don't learn anything from it.
33. You want to ‘make ends meet’ by all means.
34. You are always in a haste to finish your prayer and continue with what your doing.
35. You don’t think that today could be your last day.
36. You are solely comforted by luxury (not by the remembrance of Allah).
37. You don’t ask Allah for paradise the way you ask for your dunia.
#islamistheway
/copypaste

Thursday, January 26, 2017

33 PESANAN DR HAMID ARSHAT SEMPENA TAHUN 2017 (3)


Berikut disambungkan lagi petikan pesanan yang dirasakan baik untuk kita ambil peduli bagi membantu kesejahteraan hidup dan kebahagiaan yang diimpikan kita semua.
 


13. Bertindak, Berusaha dan Berkerja. 
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita-cita dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate)  ia menjadi pencuri masa.
Jangan  asyik merungut dan mengkritik sahaja.

14. Sangka baik terhadap orang lain. 
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan-kawan dan jiran kita, pekerja-pekerja sepejabat atau lain-lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.

15. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

16. Cakap lunak dan sedap didengar.  
Cakap-cakap yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedekah.
Jauhkan cakap-cakap  negatif yang boleh matikan initiatif orang lain. Cakap-cakap positif memberi galakan.

17. Senyum dan ucap salam selalu. 
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa boleh kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walaupun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

18. Beristighfar, taubat dan bermaafan. 
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang-ulang kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

19. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan. 
Menerima dan menghormati pendapat orang lain boleh menjadikan kita dihormati walau pun mungkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia-siakan masa bercakap fasal politik.

20. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip. 
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

21. Kawal kemarahan.  
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

22.  Bertenang ketika pandu kenderaan di jalan raya. 
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn. Sabar dan bertenang; sentiasa berzikir dan berselawat.

23. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.  
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

24. Muasabah diri.  
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok ke bawah pada orang-orang yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri-ciri lain dan dalaman kita tidak ketahui.

25. Kegagalan tangga kepada kejayaan.  
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

26. Masa beredar, persekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.  
Segala-gala akan berubah; masalah-masalah akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

27. Jadi seorang pemberi dan pemurah.  
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan, beri hadiah, beri senyuman, beri galakan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

28. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.  
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

29. Mengetahui had diri.  
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisis, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

30. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.  
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

31. Janji mesti ditepati.  
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal-hal pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain-lain mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

32. Bijak mengurus kewangan.  
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci seperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang-barang branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang-barang yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umur 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

33. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.  
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istikharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN  
Untuk capai kejayaan dan kebahagian  hidup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu cara gaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.