Showing posts with label Mama dan Papa. Show all posts
Showing posts with label Mama dan Papa. Show all posts

Monday, June 15, 2026

PAPA SAKIT GIGI

 

5 Jun 2026 papa ke Klinik Hijriy untuk cabut gigi yang dah lama sakit. Tengah hari itu selepas cabut gigi sakitnya teramat sangat papa tidak dapat menunaikan solat Jumaat. Lepas makan ubat sakitnya masih belum berkurang. Sehari, dua hari dan hari-hari berikutnya papa masih sakit lagi, di kawasan gusi bekas cabutan terutamanya.

Dalam keadaan masih mengalami sakit gigi, kami tiada pilihan terpaksa bertolak ke Kuala Lumpur (9 Jun) untuk follow-up mama di HUKM. Pagi tersebut (10 Jun) papa minta untuk tidak pergi bersama mama, sebab dia nak berehat di rumah. Mama faham, jadi kamu berdua bersama along saja yang pergi ke HUKM. Tengah hari papa lunch dengan mee kari, malam dia hanya makan bubur nasi, yang mama beli pack dari hospital. 

Hari Khamis esoknya, (11 Jun) kami 5 berrcucu pergi ke Tamarind Square. Papa ada podcast bersama Dr Soleha, Ku Fitri, dan Amira (moderator) tentang kupang emas. Alang dan along ambik cuti untuk bawa kami ke situ. Ali ikut serta kerana dia kurang sihat batuk-batuk dan semput. Selesai podcast kami diberi lunch, kemudian kami solat dan selepas itu terus ke destinasi kedua pula.

Kami ke Bandar Baru Bangi untuk ziarah sahabat kami Shamsiah wife Prof Dr Adnan. Dia diserang stroke bulan Ramadhan lalu. Dari gambar dan berita kawan-kawan keadaannya agak teruk, masih tak boleh makan macam biasa dan masih di kerusi roda. Alhamdulillah dengan cik google kami selamat sampai ke destinasi dalam jam 3,30 petang. 

Prof Nan menyambut kami dengan gembira, lama sudah tak jumpa. Kelihatan makanan sudah terhidang di meja. Sebelum kami dah datang tetamu dari alumni Terengganu, ramai 20 orang semua. Kelihatan sahabat kami agak keletihan tapi masih tergambar keseronokan bertemu kawan-kawan yang turut simpati atas musibah yang menimpa Syam. Masing-masing datang bertanya khabar dan turut mendoakan kesembuhan untuknya.

Melihat Syam yang semakin pulih, dah boleh berjalan walau pun dengan bertongkat, kami rasa sungguh bersyukur dan tumpang gembira, alhamdulillah. Aku peluk Syam tanda syukur teramat sangat, tumpang bergebira dengan kesembuhannya. Sambil bertanya khabar dan berkongsi cerita, sambil menjamu selera, kami tak mahu berlama-lama. Azan asar berkumandang kami mohon mengundur diri. Walau hanya sekejap bertanya khabar tapi amat bermakna untuk kami dan Syam dan Prof Nan sekeluarga. Semoga Syam akan cepat pulih seperti sedia kala. Semoga Prof Nan dan keluarga akan dapat bersabar menerima dugaan Allah insyaAllah. Dan semoga kami juga diberi kesihatan yang baik berterusan. insya Allah.

Dalam perjalanan balik papa kata dia rasa sakit gigi lagi. Kami buat keputusan makan nasi di rumah kerana Hajar dah beli lauk dan kami dan grab KFC buat lauk tambah. Lepas makan nasi papa rasa sakit gigi makin teruk, alang pi cari ubat titik hurix di farmasi, tapi tak jalan juga. Papa terus naik berehat lepas makan ubat dan menahan sakit. sebelum tidur bang long check bp alhamdulillah semua normal.

Syukur alhamdulillah semalaman itu papa boleh tidur.  Lepas sarapan papa rehat lagi sebab masih sakit tapi bolehlah bertahan. Jam 4.30 petang alang ambik kami bawa ke airport untuk flight balik ke Alor Setar jam 7.20 malam. Along tiaga beranak pun sempat datang to say good bye. Kami minum petang di Tea Garden sebelum berangkat pulang.

Dalam flight hingga balik rumah lepas makan papa dah tak mau buat apa-apa lagi. Dia dah rasa tak tahan sakit gigi bekas cabut terasa berdenyut-denyut kuat. Dia terus tidur tapi semalaman dia tidak dapat tidur. 

Esoknya Sabtu 13 jun pagi-pagi lagi papa dan  mama pergi ke dentis, malangnya Dr Kang tak buka. Jadi papa pergi house visit dulu,  Cik Nah yang sakit tak boleh bangun, dia dah minta papa pi tolong tengok dia sat. Lepas check dan bagi ubat kami kami terus ke PMC, alhamdulillah Dr Ng ada. Lama juga papa dengan Dr Ng. Rupanya memanglah teruk sangat papa sakit. Dia bukan serpihan gigi tapi serpihan tulang rahang yang pecah. Ya Allah ya Robbi

Dr Ng keluarkan serpihan tulang kemudian jahit tiga jahitan. Balik papa kena makan antibiotik kemudian rehat dan makan ubat, terasa sedikit kelegaannya. Alhamdulillah masalah asas dah selesai kuranglah sikit sakinya


Tuesday, December 23, 2025

SAKIT LUTUT

 

DISEMBER 2025

Selalu pergi ke hospital ternampak pesakit jalan pakai tongkat, jalan lambat-lambat, atau jalan bertopangkan satu kaki kerana kelihatan lutunya sakit yang tak tertahankan. Dulu tengok orang, kini sendiri yang merasakan. Alhamdulillah ya Allah Engkau berikan aku kesihatan yang melipah ruah. Umur 78 baru tau betapa sakitnya lutut tak boleh dibawa bincang. Sebabnya sikit saja, pergi jalan-jalan di kebun entah di mana silapnya. Balik kebun lutut terasa sakit. Ya Allah semasa sihat, semasa tak sakit, semasa boleh berjalan biasa atau berjalan laju, masa tu boleh berjalan rasa macam biasa saja. Dah sakit baru terasa amatlah berharga kesihatan lutut yang Allah kurniakan kepada kita. 

Barang kali pergi ke kebun tu satu asbab saja untuk trigger rasa sakit lutut. Yang pasti semuanya Allah telah aturkan, sudah tertulis di lauhal mahfuz. Barangkali kerana tidak menjaga diri, membiarkan berat yang berlebihan, itu juga menjadi asbab. Apa pun takadir pasti akan terjadi bila tiba masa dan ketikanya. Itu pasti. Itu qadha dan qadar. Ia pasti akan terjadi, ada sebab ka tak ada sebab ka, kerana ketentuan Allah itu kun faya kun. Allah kata jadi maka jadilah. Kita tiada pulihan. Terima redha, sabar dan bersyukurlah seadanya atas nikmat yang telah tertuliskan. 

Jadi bersyukurlah dengan kesakitan yang telah ditakdirkan. Bila berjalan lambat-lambat dengan perasaan yang kurang selesa teringatlah akan sang pencipta. Aduhai dengan penuh rintihan merayulah akan kesembuahan. Dengan penuh kesakitan sedarlah barangkali ada sebarang kesalahan atau kealpaan. Dengan rasa kesakitan barangkali lebih banyaklah masa menyebut dan mengingatNya, barangkali dengan kesakitan juga meningkatlah muhasabah diri akan hubungan denganNya, dengan kesakitan juga barangkali bertambhlah tawadhuk denganNya, dan dengan kesakitan juga barangkali lebih banyaklah bersyukur kepadaNya.

Ya Allah ya zaljalaa liwal ikrom, bantu kami ya Allah. Jika Engkau berkehendak sekelip mata boleh saja apa pun terjadi. Kami sangat yakin, yang Engkau takdirkan itulah yang terbaik untuk kami. Kami saja yang tidak tahu, sebab itu kadang-kadang terdetik sedikit rasa  atau terkadang merasakan sedikir kurang senang akan apa yang terjadi, segalanya kerana memang kami dengan segala kejahilan kami, akan terasa seperti itu. Amapuni kami ya Allah.

Ya Allah di usia senja ini bantulaah uruskan diri kami hambaMu yang dhaif ini. Tidak ada daya upaya kami berbuat akan  kebajikan jika tidak dengan keizinanMu ya Allah. Begitlah jika sebaliknya pun. Kami berserah diri kami yang hina ini kepada Mu ya Allah. Tolonglah uruskan kami mengikut takdirMu yang terbaik untuk kami mengikut ilmu dan kehendakMu jua. Tolonglah palingkan hati kami daripada perkara-perkara yang bukan menjadi takdir kami supaya kami akan terus bersyukur menikmati segala urus tadbir yang Engkar adunkan untuk kami. Bantu kami menjadi orang yang bersyukukur kepada Mu, bantu kami menjadi orang yang tawdhuk dengan Mu, bantu kami menjadi tenang dan redha dan bantu kami supaya sentiasa merasa cukuplah, akan hanya Allah bagi kami. Hasbiyalla hu wanikmal wakil.....

Ya Allah bantu hambaMu yang dhaif ini. Bukalah jalan-jalan, dan hijab-hijab agar dapat diri ini dapat merasa sihat kembali untuk dapat menguruskan diri bagi menghambakan diri kepadaMu. Hanya padaMu aku berserah diri, apa takdirMu aku hanya dapat meredhai, redha dengan nasib dan ketentuanMu.

Monday, August 11, 2025

CERITA PAPA


Tanggal 8 Februari 2025
Jam 4.30 petang 
Mama dapat call dari papa di klinik. Suara papa kedenganran cemas. Papa suruh mama dan adik cepat sikit pergi ke klinik, dia rasa sakit dada. ' Tak tahan ni,' katanya.

Kami bertiga bergegas terus ke klinik, alhamdulillah keadaan trafik di jalan tak banyak kereta, 20 minit kami tiba di Pendang. Alhamdulillah Papa nampak tenang walaupun mama nampak dia menahan sakit. Dia berbaring di tikar sembahyang lepas sembahyang asar. Mama terus berwudhuk dan solat asar. Papa duduk di kerusi pesakit, dan adik ambil history kejadian papa, sambil buat referal letter ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Selesai print surat, Asfar terus angkat beg kerja papa masuk kereta, mama ikut papa masuk kereta, terus ke HSB. Dipermudahkan segalanya alhamdulillah jalan lengang 15 minit sudah sampai di Emergency. Dalam  perjalanan mama wasap Dr Sidqi Specialist di Emergency, kebetulan dia tak kerja. 

Di Emergency kebetulan tak ada patient, depa terus attend papa, kebetutlan specialist pun ada waktu itu, jadi terus buat ECG. Confirm satu saluran blok 2 tempat seratus peratus. Tekanan darah papa rendah, depa terus bagi drip, bagi ubat, dan buat semua checkup apa yang patut. Siap kena marah, 'kenapa tak panggil ambulan,' papa kata, 'rasa lebih cepat mai sendiri'.

Papa bagi skor tahap sakit dada yang dia rasa 7/10. Kemudian tahap sakit semakin berkurangan selepas drip dan makan ubat. Alhamdulillah syukur ya Allah papa dah rasa kurang sakitnya, dia solat maghrib sambil baring dan menjelang isyak, keadaan papa agak stabil.  Jam 9.00 malam, tiba-tiba Dr Sidqi datang melawat papa dan mama ada peluang masuk jumpa papa ikut specialist. Lepas itu doktor uruskan untuk papa masuk ke wad. Jam 11.00 malam mama ikut papa keluar dari zon kuning ditolak ke wad CRW.  Oleh kerana itu wad kecemasan untuk jantung, mama dengan berat hati terpaksa  melepaskan papa dibawa ke wad seorang diri.

'Ya Allah tiada daya upaya aku,. untuk berbuat kebaikan melainkan hanya dengan keizinanMu jua, begitulah sebaliknya. Ya Allah tolong jaga papa, aku serahkan papa kepadaMu, apa pun yang Engkau takdirkan aku redha ya Allah. Tolong bantu aku supaya aku terus kuat ya Allah, Aku tiada siapa-siapa, hanya padaMu tempat aku berserah.

Dalam suram dan hening malam aku berjalan longlai ke kereta. Hati terasa kosong walaupun adik ada di sebelah mengiringiku, namun yang dapat kurasakan hanyalah sebuah harapan yang kusandarkan bulat-bulat pada Mu ya Allah. Aku hanya dapat mengucapkan syukur, semuanya elok aturan Mu untuk aku ya Allah. Semoga semuanya nanti dipermudahkan in sya Allah. Malam hening itu tanpa papa di sisi, ku paksakan mata dan berdoa supaya aku dapat tidur untuk rehat. Aku berdoa supaya terus diberikan kekuatan untuk mengharungi hari esok yang entah bagaimana takdirnya, haya Allah saja yang tahu.

Pagi esoknya awal-awal aku sudah bersedia untuk ke hospital, tapi bingung sebab aku memang tak boleh masuk ke wad bukan waktu melawat. Dalam pukul 9.00 pagi aku terima panggilan dari wad minta bawakan ubat darah tinggi untuk papa. Alhamdulillah ini peluang aku untuk masuk jumpa papa, ada alasan kukuh. Aku bawa ubat dan segala keperluan yang patut. Masuk saja ke wad aku nampak papa tengah baring berehat. Aku lap papa, bagi makan ubat, dan sikat rambut. Alhamdulillah, papa nampak sihat, dan sakit pun dah kurang sikit. Jam 2.00 petang papa akan buat engiogram, semua dah siap sedia. Aku tak boleh tunggu lama, kurang selesa sikit bila semua orang lain tak ada yang tunggu jadi aku pun dengan berat meninggalkan papa untuk tunggu di luar.

Duduklah aku sorang-sorang di luar wad CRW. Di hujung sudut yang satu lagi kelihatan seorang wanita bersama dua orang anaknya dalam keadaan sedih dan murung. Barangkali dia juga nampak aku begitu, aku tak kisahlah sebab memang dalam keadaan kesusahan yang amat, hanya Allah saja yang tahu. Aku hanya mampu berselawat, mudah-mudahan dengan berkat dan syafaat kekasih Allah itu, Allah cepat sembuhkan papa dan memudahkan segala urusan kami anak beranak. Pejam celik pejam celik, tiba-tiba bang long ada di depan mata. Allahu akbar, subha nallah masha Allah, aku peluk erat tubuh sasa anak ku. Air mata mengalir deras, baru aku tahu bahawa aku sebenarnya tidak sekuat yang aku rasakan. Terasa terus bertenaga bila ada along di depanku. Memang aku tak suruh sapa pun balik, baik along atau pun alang. Angah memang tak boleh nak buat apa dah, beribu batu nuuun di kejauhan.  Tapi bila ada di sisi aura semangat dah jadi lain, jadi semakin lapang di hati, ada tempat meluah apa yang dirasai. Sementara menunggu jam 2, kami duduk-duduk di kantin, sambil makan, sambil bercerita.

Kami masuk balik ke wad bertemu papa jam 1.00 tengahari. Semua sudah sedia papa dah tukar baju, dengan cap segala, duduk di kerusi roda tunggu masa di bawa ke OT. Kami peluk papa, pesan papa banyakkan selawat, dan dengan senyum penuh harapan, kami terus berdoa mengiringi dengan lambaian  semasa papa ditolak pergi. 'Ya Allah kuserahkan suamiku kempadaMu ya Allah, aku sayangkan dia tapi aku tahu dan aku sangat yakin Engkau lebih sayangkan hambaMu ya Allah, padaMu aku berharap dan padaMu aku bermohon selamatkan dia dan  mudahkanlah jalannya bagi kami, aaamiin.'

Kami terus ke surau untuk solat zohor. Lepas tu along balik ke rumah untuk berehat sekejap. Lama aku di surau solat dan berdoa sementara menunggu urusan engiogram papa selesai. Aku memang nak berada di surau saja kerana lebih selesa dan lebih aman dan menenangkan. Bersendirian di hospital memang amat perit terasa, tiada kata yang dapat mengungkapkannya. Namun aku yakin Allah bersamaku dan kekasihnya jua. Ini saja kekuatanku. Emak sudah tidak boleh mendengar rintihanku lagi, dia sudah tidak seperti dulu. Adik, alhamdulillah dapat terus menguruskan klinik, sudah hilang satu masalah. Alang masih bekerja kalau nak balik pun tak tau bila sampainya, dan angah hanya dapat bertanya khabar dari jauh. Apa pun takdirnya barangkali dia hanya dapat melihat dari jauh, ikutlah apa aturan Allah buat kami. Aku solat, baca quran, zikir  dan selawat silih berganti. Terasa hati lebih tenag dan penuh harapan.  Masuk asar surau semakin ramai dengan jemaah, aku terus solat dan cepat-cepat menuju ke wad menunggu papa keluar OT. Along sudah ada di situ, di depan wad CRW dengan Hajar dan Ali, alangkah bahaginya melihat mereka. Kami saling berpelukan menenangkan hati masing-masing dan menguatkan semangat sesama kami. 

Jam 5 papa call, dia dah keluar OT dan dah pindah wad recovery di sebelah CRW. Kami bergegas masuk ke wad, bergilir-gilir 2 orang pada satu masa. Alhamdulillah saluran tersumbat dah pasang stent 2, prosedur dibuat di tangan. Papa kata kurang sakit sikit berbanding yang pernah dibuat 15 tahun dulu. Muka papa nampak lebih ceria, dia rasa lebih sihat alhamdulillah.  Beberapa orang jiran Dato Hassan, Zaki dan Hj Bakar datang melawat. Petang itu, Alang dah balik, papa pun dah semakin sihat sikit, alhamdulillah wa syukrulillah. Malamnya aku dapat tidur lebih tenang berbanding kelmarin, sabar dan syukur itu sungguh indah, dengan izin Allah, dan dengan bantuan Allah, yang maha pengasih lagi maha penyayang.  Ahad tengah hari Along balik ke KL untuk bertugas, terima kasih bang long, balik bagi semangat dekat mama.

Hari ke-3 papa masih di wad, Sudah boleh ke toilet sendiri, sudah boleh pergi solat di surau dan makan pun lebih berselera. Sahabat papa dari Baling cikgu Mokhtar dengan kerusi rodanya datang melawat papa bersama isterinya, sungguh rasa terharu. Rakan-rakan dari jemaah  Taman Jaya  Cikgu Bakar, cikgu Malik dan dan cikgu Bakar pendek melawat bersilih ganti. Rakan PSMCK juga turut datang memberikan semangat Pak Ngah dan Mak Ngah, Dato Syed, Nazim, Dato Rawi,dan PakLong. 

Hari ke-4 Us Abu Khair datang melawat. Doktor kata papa boleh balik, mereka sedang sediakan semua yang perlu untuk discharge. Selepas maghrib Alang datang  jemput kami bersama papa. Selepas selesai ambik unat di farmasi, ramai-ramai kami balik. Alhamdulillahm kami makan malam, berbual sekejap lepas tu, semua kami merebahkan badan berehat, Syukur ya Allah dengan segala kasih sayang mu E ngkau jadikan kami dapat melepasi segala ujian dengan mudah. Dengan segala aturanMu jua diaturkan yang baik-baik untuk kami, tiada Tuhan yang disembah melainkan hanya kepadaMu  ya Allah. Ku serahkan diriku dan seluruh keluarga ku kepadaMu semoga dalam jagaanMu pada setiap masa, in sya Allah aamiin.

Suda pasti selepas ini cerita rawatan susulan pula insyaaAllah

Thursday, April 1, 2021

MUZEUM MATAWANG IMPIAN PAPA

Papa seorang pegumpul pelbagai jenis mata wang sejak lama. Temanya matawang Kesultanan Melayu. Mula mengumpul sejak muda. Buat kajian untuk faham matawang yang disimpan. Kemudian, tulis hasil kajian menjadi buku. Tentang matawang traditional ditulis Pengenalan Matawang Alam Melayu dan tentang matawang moden terhasil Ceritera Ringgit. Buku sudah tertulis tapi papa  masih ada impian yang ingin dicapainya. Dia mempunyai satu koleksi matawang Kesutanan Melayu yang hampir  lengkap. Papa hanyasimpan koleksi berharganya dalam almari. Sesekali dibawa keluar untuk kajian. Kadang-kadang untuk dikongsi perbincangan dengan peminat pengumpul matawang yang sama minat. Kadang-kadang untuk dipamerkan untuk pengkaji yang datang dan pergi, mengambil kesempatan atas papa, yang ikhlas berkongsi ilmu. Datang konsi ilmu buat video berjam-jam, jual video dengan mahal, untuk papa hanya ucapan terima kasih saja. Tapi papa ikhlas, dia suka sebab dapat sebar ilmu, ilmu yang bermanfaat. Memang pun bermanafaat tapi orang ambil kesempatan atasnya. Memang tak adil betul. Selalu disebut-sebut padanya, papa tenang saja, 'kita tak rugi apa, kita ada ilmu, kita bagi ilmu, itu reward untuk papa, reputasi papa makin naik kot, papa membina nama dalam bidang hobi papa kan.' 

Sesekali papa luahkan yang terpendam dalam hatinya,  'koleksi papa ni banyak boleh buat muzeum, tapi susah juga, nak kena keluar duit banyak, dan kita dah tua'. 'Tak ada anak kita yang minat pulak tu, yang nak urus pun tak ada'. 'Papa ni kalau dapat buat muzeum, tak tau apa nak kata'. 'My dream, the only dream yang teringin sangat kalau dapat'. 'Tapi tak taulah susah juga tu, tak nampak jalan macam mana nak mula'.

Hari ini seperti biasa papa call waktu tengah hari. Antara cerita papa 'Azrai mai dengan Ustaz Ya minat nak buat muzeum matawang'. Aku sokong saja usul papa kerana sejak lama dia memang impikan nak buat muzeum.  Aku cadangkan pada papa boleh fikirkan idea itu, in sya Allah kalau ada rezeki. Elok kita sembahyang istikharah dan bincang dengan anak-anak. Kalau Allah izin barangkali impian papa akan jadi kenyataan. Ya Allah, tolong uruskan kami yang terbaik, untuk kebaikan dunia dan akhirat. Kalau ia baik untuk agama Mu permudahkan urusan kami, kalau tidak jauhkan dari kami ya Allah yang maha pengasih lagi mengaturkan. Ya Allah  ya Baari' bantu kami dan tolong uruskan kami.