Monday, June 15, 2026

PAPA SAKIT GIGI

 

5 Jun 2026 papa ke Klinik Hijriy untuk cabut gigi yang dah lama sakit. Tengah hari itu selepas cabut gigi sakitnya teramat sangat papa tidak dapat menunaikan solat Jumaat. Lepas makan ubat sakitnya masih belum berkurang. Sehari, dua hari dan hari-hari berikutnya papa masih sakit lagi, di kawasan gusi bekas cabutan terutamanya.

Dalam keadaan masih mengalami sakit gigi, kami tiada pilihan terpaksa bertolak ke Kuala Lumpur (9 Jun) untuk follow-up mama di HUKM. Pagi tersebut (10 Jun) papa minta untuk tidak pergi bersama mama, sebab dia nak berehat di rumah. Mama faham, jadi kamu berdua bersama along saja yang pergi ke HUKM. Tengah hari papa lunch dengan mee kari, malam dia hanya makan bubur nasi, yang mama beli pack dari hospital. 

Hari Khamis esoknya, (11 Jun) kami 5 berrcucu pergi ke Tamarind Square. Papa ada podcast bersama Dr Soleha, Ku Fitri, dan Amira (moderator) tentang kupang emas. Alang dan along ambik cuti untuk bawa kami ke situ. Ali ikut serta kerana dia kurang sihat batuk-batuk dan semput. Selesai podcast kami diberi lunch, kemudian kami solat dan selepas itu terus ke destinasi kedua pula.

Kami ke Bandar Baru Bangi untuk ziarah sahabat kami Shamsiah wife Prof Dr Adnan. Dia diserang stroke bulan Ramadhan lalu. Dari gambar dan berita kawan-kawan keadaannya agak teruk, masih tak boleh makan macam biasa dan masih di kerusi roda. Alhamdulillah dengan cik google kami selamat sampai ke destinasi dalam jam 3,30 petang. 

Prof Nan menyambut kami dengan gembira, lama sudah tak jumpa. Kelihatan makanan sudah terhidang di meja. Sebelum kami dah datang tetamu dari alumni Terengganu, ramai 20 orang semua. Kelihatan sahabat kami agak keletihan tapi masih tergambar keseronokan bertemu kawan-kawan yang turut simpati atas musibah yang menimpa Syam. Masing-masing datang bertanya khabar dan turut mendoakan kesembuhan untuknya.

Melihat Syam yang semakin pulih, dah boleh berjalan walau pun dengan bertongkat, kami rasa sungguh bersyukur dan tumpang gembira, alhamdulillah. Aku peluk Syam tanda syukur teramat sangat, tumpang bergebira dengan kesembuhannya. Sambil bertanya khabar dan berkongsi cerita, sambil menjamu selera, kami tak mahu berlama-lama. Azan asar berkumandang kami mohon mengundur diri. Walau hanya sekejap bertanya khabar tapi amat bermakna untuk kami dan Syam dan Prof Nan sekeluarga. Semoga Syam akan cepat pulih seperti sedia kala. Semoga Prof Nan dan keluarga akan dapat bersabar menerima dugaan Allah insyaAllah. Dan semoga kami juga diberi kesihatan yang baik berterusan. insya Allah.

Dalam perjalanan balik papa kata dia rasa sakit gigi lagi. Kami buat keputusan makan nasi di rumah kerana Hajar dah beli lauk dan kami dan grab KFC buat lauk tambah. Lepas makan nasi papa rasa sakit gigi makin teruk, alang pi cari ubat titik hurix di farmasi, tapi tak jalan juga. Papa terus naik berehat lepas makan ubat dan menahan sakit. sebelum tidur bang long check bp alhamdulillah semua normal.

Syukur alhamdulillah semalaman itu papa boleh tidur.  Lepas sarapan papa rehat lagi sebab masih sakit tapi bolehlah bertahan. Jam 4.30 petang alang ambik kami bawa ke airport untuk flight balik ke Alor Setar jam 7.20 malam. Along tiaga beranak pun sempat datang to say good bye. Kami minum petang di Tea Garden sebelum berangkat pulang.

Dalam flight hingga balik rumah lepas makan papa dah tak mau buat apa-apa lagi. Dia dah rasa tak tahan sakit gigi bekas cabut terasa berdenyut-denyut kuat. Dia terus tidur tapi semalaman dia tidak dapat tidur. 

Esoknya Sabtu 13 jun pagi-pagi lagi papa dan  mama pergi ke dentis, malangnya Dr Kang tak buka. Jadi papa pergi house visit dulu,  Cik Nah yang sakit tak boleh bangun, dia dah minta papa pi tolong tengok dia sat. Lepas check dan bagi ubat kami kami terus ke PMC, alhamdulillah Dr Ng ada. Lama juga papa dengan Dr Ng. Rupanya memanglah teruk sangat papa sakit. Dia bukan serpihan gigi tapi serpihan tulang rahang yang pecah. Ya Allah ya Robbi

Dr Ng keluarkan serpihan tulang kemudian jahit tiga jahitan. Balik papa kena makan antibiotik kemudian rehat dan makan ubat, terasa sedikit kelegaannya. Alhamdulillah masalah asas dah selesai kuranglah sikit sakinya


No comments:

Post a Comment