Day 2
22 Mac 2026
2 Syawal 1447
(Hari Raya Puasa 2)
Selesai bersiap kami gerak ke KLIA 2 jam 8.00 pagi. Oleh kerana kaunter masih belum buka kami makan pagi di Oriental Coffee: menu pilihan kami nasi lemak ayam 2, kuehteaw goreng 1, kari mee 1, mee rebus 1, dan roti bakar kaya cheese 1. Alhamdulillah selepas kenyang makan dan minum kopi jam 10.30 kami print tag bagasi untuk urusan daftar masuk dan dapatkan borading pass di kaunter tiket dan kami selesaikan urusan drop bagasi. Selepas semua urusan check-in selesai kami bergerak menuju imigresen untuk untuk pelepasan antarabangsa, semua urusan cepat dan lancar saja, alhamdulillah.
Sambil menunggu waktu solat zohor, Along dan Hajar menyiapkan QR CODE untuk urusan kemasukan di Tokyo. Jam 1,25 tengah hari kami solat jamak zohor asar, kemudian terus ke departure hall. Jam 3 kami terbang dengan selamatnya. Dijangka kami akan tiba di Haneda jam 9.00 malam Malaysia bersamaan janm 10 waktu Jepun insyaAllah.
Kami lunch nasi beriyani bukhara, panas-panas dan lapar makan memang terasa sangat sedap. Lepas tu mama berehat, papa reading, Ali main game, Along dan Hajar layan movie. Dinner kami makan bekal yang dibawa roti dan ketupat raya untuk lapik perut sudah memadai.
Kami tiba tepat 6 jam masa penerbangan, jam 10.00 malam. Cuaca sudah terasa sejuk dan proses melepasi imigresen agak makan masa sebab ramai penumpang. Kemudian pergi untuk ambil bagasi juga terpaksa tunggu. Selepas tu melalui kastam kami kena tunggu juga sebab kami declare makanan dari ikan, takut menjadi kesalahan, rupanya makanan dari ikan tiada masalah, alhamdulillah semua lancar tapi agak makan masa.
Hampir jam 12.00 selamatlah kami sampari di arrival Hall. Dari jauh kami dah dengar suara Naema dan Hawa memanggil kami. Angah dan Hasrul tersengeh senyum gembira melihat kami berlima. Meriah sungguh perjumpaan anak beranak yang lama sudah tidak berjumpa. Kami berpelukan melepas rindu, riuh rendah denga hilai tawa. Orang Jepun pun naik heran melihat suasana yang luar biasa itu. Mereka senyum-senyum melihat karenah kami, sebab mereka budayanya berbeza agak reserve dan malu-malu.
Di luar cuaca sejuk dan hujan renyai-renyai. Angah kata sekarang cuaca tak menentu kerana nak bertukar summer. Masa 1 jam perjalanan tak terasa berlalu, kerana banyak sangat yang kami ceritakan. Jam 1 pagi kami sampai rumah. Alhamdulillah kami selamat sampai terima kasih ya Allah, syukur ya Allah sampai juga niat kami melawat anakanda dan cucu yang dirindui dengan selamatnya. Syukur alhamdulillah.
Malam yang meriah itu mata kami jadi tak mengantuk. Banyak cerita dan bertanya khabar. Yang paling meriah ialah anak cucu. Mereka seronok sangat menerima bingkisan yang dibawa oleh Hajar. Semuanya mereka pesan sebelum kami terbang. Semua yang dibawa telah dibuka, barulah budak-budak masing-masing dapat melabuhkan diri untuk tidur. Jam dah larut malam ya Allah syukur atas segala pemberianMu. Alhamdulillah semoga esok semuanya akan kembali bercahaya insyaAllah.

No comments:
Post a Comment