Day 18
7 April 2026
Selasa
7 April 2026
Selasa
Pagi- pagi lepas sarapan hantar Naema dan Hawa pergi sekolah sampai depan rumah saja, sebab mami dah pergi kerja. Hari ini hari pertama sekolah selepas cuti akhir tahun di musim luruh. Snap foto hantar dekat mami, sebab mami suka ambil gambar depa sebelum pergi sekolah. Lepas itu, pagi jam 8.30 masuk kelas taafsir online, ustaz tafsir surah Al-Ghafir bersama Ustaz Saad. Untuk pagi itu sarapan ialah pulut lemak makan dengan ayam masak merah. Memang sedap dan menyelerakan makan pulut di pagi hari yang dingin itu. Hayyan sangat suka, lepas sarapan bawa bekal untuk makan tengah hari di madrasah,
Sambil rehat-rehat tolong angah basuhkan kain baju dan sidaikan di ampaian. Kemudian suruh Hana lipat dan kemaskan baju-baju yang sudah kering. Nanti angah balik kerja, semua sudah kemas taklah serabut sangat. Sementara ada bolehlah bantu sikit-sikit, nanti kalau dah balik Malaysia boleh tengok dari jauh saja, dah tak boleh nak bantu lagi.
Jam 10.30 Hawa dah balik dari sekolah. Hari pertama di tahun persekolahan baru Hawa masuk darjah 3. Aktiviti hari ini, pagi ada perhimpunan umum semua pelajar. Selepas itu pelajar bergerak ke kelas masing-masing, ada perjumpaan dengan guru kelas, ambil tempat duduk dan ambil buku-buku yang sekolah sediakan. Kemudian terus balik dan esok Hawa ddan pelajar lain dicutikan keran sekolah nak menyambut pelajar-pelajar baru darjah Satu.
Jam 11.30 Naema pula sampai balik dari sekolah. Naemah pun sama aktiviti pagi macam Hawa. Tapi selepas ambil buku, mereka pergi tolong cikgu bersih bilik-bilik dan sediakan bilik-bilik untuk pelajar darjah Satu. Naema sapu sampah, lap lantai dan susun meja bersama rakan-rakannya. Kelas Naema pelajar pelajar darjah 6 dah cuci sebab tu mereka pergi tolong cuci kelas darjah satu.
Alangkah bersyukunya dapat tahu, Naema telah berubah ke kelas nombor satu daripada kelas nombor dua pada tahun lepas, bermakna ada peningkatan yang positif, alhamdulillah. Tersenyum simpul Naemah bagi tahu tok berita gembira itu. Barangkali dia rasa agak sukar belajar dalam bahasa Jepun, kerana bermula di darjah 3. Semoga Allah membantu Naemah dan memudahkan segala urusan pelajaran dia, in sya Allsh, biiznillahh.
Jam 1.00 tengah hari Hawa pergi main-main di rumah kawan. Dia pergi jalan kaki sebab tak jauh sangat dengan rumah. Hawa cakap mula main-main dekat rumah, lepas tu dah petang sikit pergi main dekat taman pula. Ramai-ramai depa pi main dekat taman tak jauh dari rumah.
Pukul berapa nak balik? Tok minta kepastian.
Lepas bunyi loceng baliklah, Hawa bagi tau tok.
Dekat taman ada loceng ke, tok terkejut.
La dekat sini memang pukul 4.00 petang loceng bunyi dekat semua taman, semua orang yang main kat taman kena balik rumah. Lepas pukul 4 semua budak dah dekat rumah. Kalau nak keluar mesti keluar dengan mami atau dedi je.
Oh macam tu ke kat sini tok mana tau.
Alangkah baiknya penjagaan anak-anak di Jepun ni. Mereka diatur oleh kerajaan supaya selamat bermain di tempat awam dan mengikut masa berada di tempat awam. Anak-anak tidak terbiar bermain ikut suka hati pada masa yang tidak sesuai. Jadi anak-anak selamat dan ibu bapa pun tak perlu risau anak tak balik dari taman permainan. Alhamdulillah semoga mereka belajar menjadi manusia berdisiplin dan menjadi anak-anak soleh dan soleha di negeri matahari terbit ni insyaAllah. Rasa terharu pula dengar cerita Hawa ni. Tok doakan semuga mereka akan berjaya dan belajar benda-benda baik sebagai bekalan di masa akan datang untuk berjaya duniia dan akhirat insyaAllah
Ya Allah aku sangat kasihkan mereka tapi aku sangat yakin Engkau lebih kasihkan mereka. Aku serahkan anak-anakku dan cucu-cucuku kepadaMu, tolonglah berikan mereka kehidupan yang baik di dunia dan kehidupan yang baik juga di akhirat aamiin ya Robbal aalamiin.
