Day 13
2 April 2026
Khamis
Lepas sarapan roti canai dengan kari, mama masuk kelas Ustaz Saad Bahasa Al-Quran jam 8.30 pagi di Jepun sama dengan 7.30 pagi Malaysia.. Pagi ni angah tak kerja dia masak spegheti untuk Hayyan bawa bekal lunch. Itu jugalah lunch kami tengah hari ni..Lepas lunch dan solat, kami gerak ke Ueno Street, di situ ada market basah. Banyak ikan dijual di situ. Hasrul ajak ke situ kerana papa nak cari kepala ikan dia teringin nak makan kari kepala ikan. Hasrul kata kepala ikan murah sebab orang Jepun hanya makan isi ikan. Kepala ikan di jual murah-murah, selalunya orang Malaysia beli untuk buat kari.
Perjalanan ke Ueno cuaca agak mendung dan hujan rintik-rintik. Sambil menikmati panorama indah dan kesejukan cuaca hari itu, melayang dalam fikiran bagaimana angah pernah cerita dia naik basikal redah salji ke Maizuru Technical College, tempat dia belajar tahun 2005 hingga 2007. Tapi kami tak pernah ke Maizuru. Kami pernah melawat angah tahun 2009 semasa dia tahun akhir di Toyohashi. Angah di Toyohashi tahun 2008 hingga 2010. Waktu itu dari Toyohashi Kami naik shin kan zen ke Tokyo, kami pergi ke Ueno Garden. Waku itu musim luruh, cuaca suram, sejuk dan kemendung, seperti hari ini, tapi ramai juga pengunjung yang menikmati suasana musim luruh yang dingin di situ.
Maha suci Allah, Allah maha mengaturkan Mac 2026 mama ke Jepun lagi Ke Funabashi Chiba. Hari ini gerak ke Ueno naik kereta. Sepanjang jalan buga sakura kembang putih menggebu, memang sangat cantik putih berseri sepanjang jalan.Kadang-kadang terjumpa juga sakura yang berwarna ros, itu pun cantik juga, subha nallah maha suci Allah yang menciptakan keuindahan alam ini untuk dinikmati oleh manusia.
Kami terus ke market ikan di lower ground, sebab di situ banyak kepala ikan. Ya Allah memang murah sungguh kepala ikan, segar dan besar harga JY 500 untuk 4 biji kepal, bersamaan dengan RM12. Malangnya kami tak boleh beli banyak sebab space dalam peti ais sangat terhad, semua nak masuk peti ais. Kami beli juga ikan potang yang lain buat digoreng. Harga ikan lebih kurang sama dengan harga di Malaysia, geram sungguh tengok ikan-ikan fesh tu.
Kami singgah makan kudapan di kedai halal: menu kami ramen, sambosa, chicken rice, fried dumpling dan tembikai. Dah kenyang kami jalan-jalan jamu mata, kami beli sedikit cenderamata kebetulan dah terjumpa yang sesuai dan berkenan di hati. Mama beli t-shirt dan tote-bag, Papa beli beg hand carry sebab dia berkenan sangat dengan pattern, kononnya mudah nak letak barang.
Sambil nak balik Hasrul beli ayam, kambing dan bekas bento. Kami sampai di rumah dah maghrib. Lepas dinner, tunggu Hayyan balik, kemudian terus berehat. Alhamduillah ya Allah Engkau takdirkan kami yang baik-baik, syukur padaMu ya Allah. Sesekali fikir patutlah Hasrul suka kerja di Jepun, negeri cantik, aman, banyak kemudahan dan kehidupan pun selesa. Ya Allah berkati mereka ya Allah, berilah mereka rezeki yang terbaik, rezeki yang banyak seperti air zam-sam yang tidak pernah berhenti mengalir dan mudahkan segala pekerjaan mereka, terutamanya anak-anak mereka jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah dan jadikan mereka semakin hampir denganMu dan tingkatkanlah darjat mereka di dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment