Day 8
28 Mac 2026
Sabtu
28 Mac 2026
Sabtu
Alhamdulillah kami semua bangun awal. Lepas siap kemas rumah, kami sarapan, ada yang makan bihun, makan roti, makan pisang dan nasi ayam gerpuk. Suasana pagi dipanaskan lagi dengan kopi. Nescafe segera kami beli di Konbi Store, aromanya semerbak harum menyegarkan dan menghangatkan kami.
Kemudian kami bersiap-siap, semuanya pakai baju raya yang dibawa dari Malaysia. Yang lelaki segak berbaju melayu, cuma Hayyan pakai kemeja kerana tertinggal beg bajunya. Perempuan berbaju kurung semuanya, memang terasa macam hari rayalah, kebetulan pula hari ini baru 8 Syawal. Dengan siap berbaju raya kami semua keluar meninggalkan homesstay dengan rasa sungguh gembira, memang terasa lain sungguh, mood raya di perantauan.
Sebelum bertolak, kami menikmati suasana pagi yang cerah. Alhamdulillah cuaca pagi dengan matahari yang lembut, kelihatan cerah dan dari kawasan paking kami dapat lihat puncak Fujiya yang putih gebu. Puas jugalah kami bergambar berlatar-belakangkan gunung terkenal itu.
Kami bergerak ke Oishi Park dekat Kawagushi. Sepanjang perjalanan cuaca dingin tapi cerah sangat. Alhamdulillah puncak Gunung Fuji jelas nampak gebu saljinya, inilah rezeki kami, alhamdulillah kerana bukan semua orang datang ke kawasan peranginan itu dapat cuaca cerah sehingga di mana-mana pun dapat dilihat puncak gunung bersalji yang klasik itu.
Sepanjang perjalanan kami nampak ramai juga orang Malaysia berjalan-jalan menghirup udara pagi, sambil berfoto-foto dengan puncak Fujiyama. Kami melalui Muzium Batu 1, kemudian Muzium Batu 2. Seterusnya kami melalui Tasik Kawaguchi, ada 5 tasik sekitarnya, iaitu bekas letusan kawah gunung berapi dahulunya. Sepanjang jalan banyak pokok sakura tapi bunganya masih kudup tidak kembang sepenuhnya kerana cuaca masih tidak mencapai 10 degrees celcius. Kiri kanan jalan rumah-rumah kebanyakannya menjadi rumah tumpangan dan penginapan Air B&B, sebab kawasan ini telah menjadi kawasan pelancong yang sungguh terkenal dan digemari ramai.
Kami tiba di Oishi Park orang sudah ramai. Pengunjungnya dari pelbagai bangsa. Orang melayu pun ramai. Ramai yang berbaju melayu lengkap seperti di hari raya, masing-masing senyum seolah menyapa orang kampung sebab datang dari negeri yang sama.
Kami bergambar raya berlatar belakang Fujiyama. Banyak sungguh

No comments:
Post a Comment