30 Mac 2026
Isnin
Selalunya selepas solat subuh jam 4.00 pagi kami akan tidur dan bangun semula jam 6.30 pagi. Tapi hari ini kami terus bantu Along dan Hajar yang akan meninggalkan bumi matahari terbit. Hasrul menghantar mereka tiga beranak ke Haneda Airport tapat jam5.30 pagi kerana mereka dikehendaki check-in jam 7.00 pagi, tiga jam sebelum boarding jam 10.20 pagi. Kami bersalaman, budak-budak yang ditinggalkan terasa sayu, kerana pasti mereka akan merindui satu sama lain selepas berpisah nanti.
Angah pergi kerja jam 6.30 untuk naik tren ke ofisnya. Hana ikut kemudian jam 7.00 pagi naik tren ke sekolah. Pagi ini Hana final exam Bahasa Inggeris, semoga dia berjaya dengan cemerlang, insyaAllah. Mama dan papa ikut kelas Hadis online Ustaz Saad tentang kejadian lapisan bumi. Hayyan pergi madrasah jam 9.00 pagi naik tren dan akan balik jam 10.00 malam. Hawa dan Naema masih cuti sekolah, duduk rumah bersama tok dan wan bantu-bantu kerja rumah.
Hari ini mama masak gulai ayam dan sayur untuk tengah hari. Hana balik lepas habis exam jam 1,00. Kami lima bercucu makan bersama-sama. Selepas itu jam 3. 00 petang Hana jalan kaki hantar Naema pergi main basketbal dekat dewan sekolah. Lepas solat dan minum petang kami jalan kaki bersama papa untuk ambil Nemah di sekolah, sebab dia habis main jam 6.00 petang sudah masuk maghrib.
Petang itu angin kuat dan cuaca sangat sejuk. Kami jalan santai-santai sambil melihat kawasan kejiranan. Kebayakan rumah ada saja tanaman hiasan pokok sakura, ada yang sudah kembang dan masih banyak lagi yang masih berkudup. Kami ambil peluang berfoto-foto, sebab tujuan datang musim bunga pun memang untuk menikmati keindahan sakura setahun sekali. Kami tiba di sekolah Naemah matahati dah hampir terbenam, tapi masih dapat melihat sakura yang kembang di sepanjang pagar sekolahnya. Dengan sinaran cahaya neon sakura nampak sungguh indah menghiasi kawasan taman sekolah. Dalam kesejukan dan kegelapan malam kami berjalan pulang bersama Naema yang baru habis main bola. Kami solat maghrib lewat sikit hari ini, sebab 6.20 malam baru sampai rumah.
Malam selepas dinner kami ke pasaraya Belco, orang Jepun sebut Beruku. Kami beli ikan-ikan pelbagai jenis. Angah kata dia jarang beli ikan yang mama beli sebab tak tau nak masak apa, selalu dia beli ayam dan daging lebih mudah masak dan budak-budak pun lebih suka. Esoknya mama nak masak kari dan ikan goreng kerana papa terigin nak makan ikan setelah sekian lama makan ayam saja. Alhamdulillah angah ada kelapangan untuk pergi shopping ikan dan sayur-sayuran. Kalau ada rzeki tak ke mana masya Allah, syukur alhamdulillah..

No comments:
Post a Comment