Disyarahkan oleh Dr Saad Gomaa UNISHAM
Doa ini terbaca melalu tik tok, terasa menyentuh hati dan sama dengan rasa hati yang ingin diberikan kepada anak-anakku yang amat dicintai dunia dan akhirat. Jadi diabadikan di sini mudah-mudahan menjadi kenangan abadi anak-anak mama bila mama sudah tiada lagi.
1. Wahai anakku , mama tak kan selamanya ada di sisimu, belajarlah berdikari dan bertanggung jawab dengan segala urusanmu, duniamu dan akhiratmu.
2, Wahai anakku, doamu akan menjadi sangat berguna pada mama ketika mama sudah tiada lagi, di dunia ini. Ingatlah mama dalam setiap doa dan munajatmu.
3.Wahai anakku, kamu sangat berharga buat mama, jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu.
4. Wahai anakku, dunia ini tempat ujian, kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lelah dan lemah. Angkatlah tanganmu kerana saat itu, pemberi ujian iaitu Allah Tuhanmu mengujimu ia merindukanmu.
5. Wahai anakku, jagalah adi beradikmu, seburuk apapun layanan mereka terhadapmu, tak kan sekali-kali putus hubungan kalian. Darah mama akan terus tetap mengalir dalam badan kalian.
6. Wahai anakku, jagalah agamamu, walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya, walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal.
7. Wahai anakku, mama tak kan mampu setiap masa melindungi dan menyayangimu. Melihat dan memperhatikanmu setiap detik dan masa melainkan hanyalah Penciptamu, pada setiap masa dekat denganmu, maka sayangilah Dia,cintailah Dia dan berterima kasihlah iaitu bersyukurlah kepadaNya. Mama tidak berkecil hati kalau kamu kurang ingat mama, tapi mama tak sanggup kamu lupa akan Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Seorang teman post satu posting di whatsapp. Terima kasih mengingatkan, semoga memberi manfaat. Nabi Mohamad saw mengingatkan umatnya, orang yang berpagi-pagi mendapat manfaat yang besar. Ingin dikongsikan di sini suatu amalan yang mudah, tapi pahalanya besar. Nabi saw pernah bersabda, semasa di akhirat nanti semua pahala akan datang kepada kita untuk membantu kita. Namun semua pahala akan di halau oleh malaikat, kecuali pahala membaca Al-Quran di awal pagi sebelum sembahyang subuh, dia tidak berganjak sedikit pun.
Ada pun pahala membaca quran sebelum subuh itu besar fadhilatnya. Dia akan menjadi pendinding kita. Dia akan menjawab pertanyaan malaikat terhadap kita, menjadi saksi kepada kita dan membantu kita di waktu tiada sorang pun boleh membantu kita, pada waktu itu. Jadi marilah kita memperbanyakkan membaca Quran sebelum masuknya waktu subuh. Kalau tak sempat membuka mashaf, bacalah apa yang ada di dalam dada, waima surah al-ikhlas sekali pun, sudah memadai. Asalkan setiap hari kita tidak melepaskan peluang mebaca quran sebelum sembahyang subuh. Wallaahu aklam bissaawab.
OLEH KH MUHAMMAD BAKHIET
Arrasyid itu maknanya Tuhan yang teratur dan tersusun rapi segala rancangan-rancanganNya atas jalan yang benar, dari ketiadaan isyarat dan ketiadaan pertunjuk, daripada sesiapa pun. Allah swt itu sangat teratur itu tersusun rapi segala aturan-aturanNya dan ciptaan-ciptaanNya. Segalanya berlaku tanpa sebarang petunjuk daripada siapa-siapa. Maknanya Allah itu maha cerdik dan maha pandai. Allah itu ialah Tuhan yang tidak ada apa bagiNya, apa yang diperbuatNya sia-sia. Segala tindakan dan aturan yang diperintahkanNya, ada makna kepada manusia dan wajib percaya bagi manusia yang patuh kepadaNya.
Allah swt itu menghukumkan segala sesuatu pasti ada kebaikannya kepada kita contohnya Allah melarang zina, baiknya untuk membezakan manusia dan binatang. Dan Allah haramkan zina juga sebab zina akan rosakkan keturunan, hingga akhirnya bangsa menjadi rosak.
Begitu juga segala ciptaan perbuatan Allah swt menunjukkan betapa cerdiknya Allah, contohnya dalam Surah Mulk dikatakan, Allah menciptakan 7 lapis langit itu daripada marmar, kemudiannya dari besi, seterusnya dari tembaga, lepas itu dari perak, dari emas, dari yakult, dan akhirnya dari zamrud hijau. Masya Allah maha cerdiknya dan maha pandainya Allah swt. Semuanya diciptakan dengan tiada cacat atau celanya ciptaan Allah yang pandai itu. Jika kita melihat orang sekarang sangat cerdik, itu kerana Allah swt sangat tinggi kecerdikanNya, dan maha tinggi kecerdikanNya. Kerana itu Allah mampu beri kepandaian kepada manusia, kerana maha pandai dan maha cerdikNya Allah swt.
Manusia yang cerdik dan pintar, beriman dengan Allah Arrasyid, selalu memikirkan akibatnya daripada sebarang tindakannya. Manusia yang dikatakan cerdik dan pandai, ialah manusia yang beriman kepada Allah dan Rasul, dan berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu, kerana Allah dan Rasul. Sebab itulah kalau pun sesuatu suruhan itu susah, tapi jika akibatnya akan mendapat balasan syurga, manusia yang pintar akan melaksanakannya jua., contohnya puasa. Sebaliknya jika sesuatu larangan itu walaupung senang dan dan disukai serta menyeronokkan, tapi akibatnya mendapat balasan neraka, orang yang cerdik pintar akan meninggalkan larangan itu untuk mendapatkan hasil yang Allah janjikan sebagai akibat daripada tindakannya itu..
Seterusnya orang yang pintar memikirkan bekal, dan berusha keras menyediakan bekalan bagi kehidupan selepas mati. Orang pintar mempersiapkan bekal untuk kematian. Bekal di alam kubur, dan bekal di akhirat. Orang pintar buat apa yang diwajib oleh Allah, usaha untuk cukup bekal di akhirat. Jika semua perbuatan yang diusahakan itu diterima oleh Allah alangkah bahagianya. Sebab itu orang berlumba-lumba banyakkan ibadah selain yang wajib, untuk memastikan ibadat diterima Allah Arrasyid.
Jadinya orang pintar akan sibuk persiapkan bekalan untuk mendapat nikmat dalam kubur. Orang cerdik dan pandai akan fikirkan dan usahakan sungguh-sungguh bekal dalam kubur seperti firman Allah yang disampaikan kepada kita oleh Nabi Mohamad saw. Bila mati anak Adam tiada yang lebih berguna kepadanya melainkan 3 perkara, telah ada di dunia sedekah jariah yang diberikan, anak-anak yang soleh yang ditinggalkan, dan ilmu yang bermanfaat yang disebarkan. Dalam kubur sedekah jariah kita terus memberi manfaatkan terus menyalurkan pahala. Begitu juga curahan ilmu bermanfaat yang terus diamalkan, jua akan terus mengalirkan pahalakepada kita. Dan sudah tentulah anak-anak yang soleh yang sentiasa berbuat kebaikan dan tak henti-henti mendoakan kepada kita akan menjadikan kita mendapat nikmat yang dijanjikan Allah kepada kita, in sya Allah. Jadi siapkan, bekerja keraslah, mendidik anak-nak supaya menjadi anak soleh semasa kita hidup kita. Mereka akan mengalirkan nikmat pahala kepada kita di alam kubur nanti. Begitu juga banyakkanlah sedekah, dan ajarlah ilmu yang memberi manfaat sebanyaknya supaya pahala berganda terus mengalirkan nikmat kepada kita di alam kubur.
Orang pandai juga buat persiapan untukmdi Mahsyar. Kita dibangkit dalam haus dan lapar. jika di dunia suka beri makan Allah beri makan kepdanya. Jika di dunia suka beri minum kepada orang, Allah beri di minum. Dan jika di dunia suka beri pakaian kepada orang, Allah beri pakaian kepadanya.
Orang pandai buat bekalan semasa di hisab. Bekal untuk hisap Allah, menuntut ilmu kerana Allah, berbakti kpd suami, bakti kepada kedua orang tua, Allah janji akan masuk syurga.
Bekalan di siratal mustaqin, orang yg mesjid itu menjadi rumahnya, Allah janjikan mudah lalu titi siratal mustaqin
Akhir sekali orang yang cerdik mengutamakan menjaga baiknya amal dan diterima amal oleh Allah, dan tidak fikirkan banyaknya amal, keran Allah berfirman siapa di antara kalian yang baik amalnya. bukan banyaknya dia orang yang beruntung. Baca quran biar bagus, sembayang biar baik dan bagus. Sembahyang yang baik dan diterima Allah nilainya perhatikan 6 perkara. Jaga rukun dan syarat, meninggalkan yang mbatalkan, ikhlas, khusuk hati dan anggota, halal daripada makanan, dan halal daripada pakaiannya. Sama-sama kita ambil iktibar insyaAllah.
FB LIVE USTAZAH ZAI : Daripada Buku Angan-Angan Ke Firdaus
Tujuan hidup kita cuma ada 2 sahaja iaitu syurga atau neraka,
kita mesti tentukan di dunia ini juga. Kita perlu berusaha kuat untuk mendapatkan syurga dan menghindari neraka. Pilihan di tangan kita dengan izin Allah. Syurga itu benar, Allah banyak menggambarkanbahawa di syurga itu banyak nikmat yang Allah sediakan, antara kenikmatan syurga adalah seperti berikut.
Sahabat bertanya dari apakah dibuat syurga itu? Drp Abu Hurairah, Nabi bersabda, syurga dibuat dari air. Satu bata dari emas, 1 bata dari perak, lantainya dari kasturi yang semerbak harum, tanak dr zakfaran, kerilkilnya mtuiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak akan merasa susah, kekal tidak mati, pakaiannya tidak lapuk, tidak berubah mukanya, tidak akan tua sampai bila-bila.
Nabi terus bersabda, dalam syurga ada satu pohon besar rimbun dan rendang luas naunganya, sehingga di bawahnya bila seorang yang berjalan dengan kenderaanya, di bawah naungan itu sehingga 100 tahun berjalan tidak habis, dan tidak putus naungannya.
Nabi berfirman lagi syurga itu seluas langit dan bumi, kesenangannya tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga, tidak pernah terlintas dalam hati, yakni perasaan manusia dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. Apa nikmat yang orang lain dapat di dunia pecut untuk dapat di syurga, doakan apa yang diinginkan.
Ibn Abbas berkata sesungguhnya dalam syurga ada bidadari yang dijadikan daripada empat macam jenis wangian disyurga iaitu misk, anbar, kaafur, dan zakfaran. Sedang tanahnya syurga itu dicampur dengan air hidup dan setelah dijadikan ahli syurga itu, maka semua bidadari akan jatuh cinta kepada ahli syurga, andai ia berludah air liur ke laut air laut tentu akan menjadi tawar airnya, hilang masinnya. Tercantum di lehernya, siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku mestilah ia, hendaklah ia taat kepada TuhanKu. Maknanya hanya taatkan Allah.
Mujahid berkata, Bumi syurga dari perak, tanahnya dari misk, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang didahannya dari mutiara dan zabarjan sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan buahnya sambil berdiri, tidak sukar dengan duduk, tidak sukar sambil berbaring, dan kemudian dibacakan ayat agar dimudahkan dengan buah-buahan, sehingga semudah-mudahnya sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan yang berbaring. Maknanya mudahnya untuk makan, jika teringin sebarang jenis buah-buahan di syurga tak payah susah-susah. Buah datang ketika engkau berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, ia tidak berbiji buahnya dan tidak perlu di kopek.
Abu Hurairah berkata demi Allah yang menurunkan kitab kepada Nabi Mohamad saw, sesungguhnya ahli syurga setiap saat bertambah elok cantik, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua tapi di syurga bertambah muda bertambah elok. Abu Lais meriwayatkandengang sanadnya dari Shuaib ra, berkata Rasulullah bersabda apabila ahli surga itu masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan ‘Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu’, mereka berkata apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amalan kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatnya. Demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah. Penghuni neraka terus sesal dan amat cemburu melihat nikmat ahli syurga.
![]() |
| Gambar kenanga semasa mak masih sihat |
| Gambar hiasan |
| Gambar hiasan |