KULIAH USTAZ WAHID
SURAU DARUL SHIFA
14 OKTOBER 2015
Nabi Mohamamad saw. pernah bersabda, tiada orang yang tersalah doa atau dalam lain perkataan, doanya tidak didengar oleh Allah. Jika dipohon doa, Allah akan ampunkan dosa, atau Allah akan beri kebaikan yang dipercepatkan untuknya. Kadang-kadang ada orang terasa lambat dimakbulkan doanya, itu barangkali ada kebaikan yang Allah
simpan untuknya di akhirat nanti kalau cukup syuratnya. Allah telah berikan kepada umatnya doa-doa yang ma'thur untuk menjadi amalan. Doa-doa ini adalah doa yang menjadi amalan para Nabi dan para Rasul terdahulu, yang terdapat di dalam Quran, untuk kita jadikan amalan. Mudah-mudahan dengan itu kita akan mendapat keberkatan daripada Allah swt.
Doa 1
Surah Taha ayat 25 - 29
Dua nabi Musa,
Robbishrohli sadri, wayassirli amri, wahlol uqdatam min lisani, yafqahu qauli, waj alli waziiran min ahli
Ya Allah, Lapangkanlah bagiku dada aku, permudahkanlah bagiku tugasku dan lepaskan simpulan dari lidahku atau (fasihkanlah lidah ku), supaya aku cakap betul dan supaya orang faham akan perkataanku, dan jadikanlah bagiku seorang penyokong dari keluarga ku
Sabda
nabi, tidaklah Allah utuskan manusia untuk jadi khalifah melainkan kepada 2 perkara
iaitu menyeru kepada kebaikan dan menghindarkan perkara-perkara keburukan, kalau hendak membuat benda-benda yang baik, akan ada orang
memberi pertolongan kepada pekerjaannya, begitulah sebaliknya.
Doa 2
Surah Al Baqorah ayat 201
Nabi Mohamad saw. banyak menyebut doa ini dan sentiasa berdoa, tanpa jemu.
Robbana a tina
fiddun ya hasanah, wafil aa khirati hasanah waa qina azab bannaar
Ya Allah brikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Antara kebaikan dunia ialah kesihatan yang baik ,
rumah yang lapang, isteri atau suami yang baik, rezeki yang luas, ilmu yang bermanafaat, amalan yang soleh, kenderaan yang sedap dipandu, dan pujian yang baik. Dan akhirat yang elok iaitu syurga, iaitu selamat dari azab neraka, dan aman dan dipermudahkan daripada kekalutan pada hari qiamat.
Doa 3.
Surah Ali imran ayat 8
Robbana la tuziaq qulu bana bakda izha daitana wahab lana minladunka rohmah innaka antal wahhab
Wahai Tuhan kami janganlah engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.
Doa 4.
Doa Ali Imran 38
Doa Nabi Zakaria
Robbana hablana minladunka zirriyatan toyyibatan innaka samii 'uddua'
Wahai Tuhanku kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik-baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan kami
Doa 5
Robbij 'alni muqii massolah wa min zurriyati Robbana wataqabbal duaa'
Jadi oleh itu amalkanlah doa-doa yang diberikan Allah dalam alQuran. Nabi Mohamad bersabda pilihlah
masa-masa yang terbaik untuk berdoa seperti beikut:
1.1 Pilih masa- pintu langit terbuka iaitu semasa tentera tengah bergerak menuju fisabilillah
1.2. Ketika turun hujan- mintalah benda yg ada dunia dan akhirat
1.3. Ketika selawat yg fardhu antara azan iqamah dan iqamah dengan sembahyang yg fardhu
Ulamak kata sembahyang dijadikan sebaik-baik masa, maka hendaklah berdoa slps syang
1.4. Antara azan dan iqamah
1.5. Semasa seseorg itu berpuasa
1.6. Semasa waktu sahur dalam bulan puasa
1.7. Pada hari arafah
1.8. Semasa waktu sujud dalam sembahyang
Bagaimanakah kita berdoa?
1. Tidak perlu mereka-reka doa
2. Doalah dengan suara yg merintih
3. Menghadap qiblat
4. Minta dengan lidah yg hina
5. Yakin dengan Allah Nabi sbt berdoalah kpd Allah dgn yakin, dan Allah x terima doa org yg lalai - tidak khusyuk
6. Ulang 3x
7. Bertaubat dulu sebelum berdoa, jika zalim, kembalikan selesaikan kezaliman kita dulu
No comments:
Post a Comment