Showing posts with label PENGURUSAN DIRI. Show all posts
Showing posts with label PENGURUSAN DIRI. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

TELAN PAHIT


Makan-makan semasa meraikan teman-teman yang akan bersara, menyajikan kami dengan pelbagai topik menarik. Seorang rakan bertanyakan kami tentang "telan pahit". Kami sabar menantikan jawapannya, kerana masing-masing enggan menjawab. Kononnya dia dapat istilah ini semasa kursus motivasi suatu masa dulu. Katanya lagi semasa soalan itu ditanya, ramai juga yang memberi jawapan, telan ubat, kerana tidak pernah didengar ada ubat yang manis, kecuali ubat kanak-kanak. Pakar motivasi itu pun memberi tahu jawapan itu betul. Tapi yang lebih betul ialah, dalam menjalani kehidupan kita, kita akan berhadapan dengan situasi "telan pahit" ini, terutamanya dalam pengurusan organisasi.

Contohnya dalam kehidupan seorang pelajar, kita mesti belajar, mesti siapkan kerja rumah, mesti ke sekolah ikut masa dan peraturan dan mesti ulangkaji untuk lulus periksa. Semua itu adalah kerja-kerja yang bukan mudah, tapi kerja yang susah, walau bagaimanapun, terpaksa dilakukan juga. Maka itulah yang dikatakan "telan pahit". Contoh lain seperti kehidupan berkeluarga, yang juga merupakan suatu pengalaman yang sinonim dengan istilah di atas. Sebagai ketua keluarga kita terpaksa bekerja keras dan  membanting tulang untuk memesarkan anak-anak. Di samping itu kita perlu mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna, dan berjaya dalam pelajaran dan berjaya juga di akhirat. Ini tidak termasuk lagi menyediakan perbelanjaan makan minum, wang tuisyen, keperluan asas dan lain-lain lagi. Semuanya itu amat sukar tapi mesti dilaksanakan juga, ditelan juga walaupun pahit.........

Thursday, May 24, 2012

KAWAL KEHIDUPAN HARIAN



Ken Zeigler dalam bukunya Getting Organized At Work berpendapat, hidup ini seperti sarkas, kita boleh jadi pengurus atau sebaliknya kita menjadi pemain sarkas yang diuruskan, semuanya bergantung kepada disiplin diri. Untuk membolehkan kita menjadi pengurus diri kita sendiri, kita perlu lakukan tiga langkah berikut:

  1. Ubah proses berfikir. Anda berkuasa melakukannya, tapi anda mesti bertindak dan mencari jalan melakukannya.
  2. Bersabar. Anda perlu ambil masa jangan membabi buta.
  3. Berdisiplin. Anda mesti betul-betul laksanakankan disiplin, supaya anda tidak melompat-lompat membuat kerja, akhirnya tertanya-tanya, 'Mana perginya masa aku?'
 Marilah kita sama-sama menghayati contoh-contoh tindakan dicadangkan Ken Zeigler untuk mengawal hidup harian kita:
1. Latih orang lain untuk bertindak lebih cekap
Walaupun kita cekap mengurus masa, tapi orang lain mungkin menyusahkan hidup dan kerja kita, jadi berkomunikasilah dengan lebih berkesan atau spesifik  supaya dapat  membimbing dan membantu orang lain bertindak cekap,   dalam mesyuarat, perbincangan, lawatan, telefon atau e-mail dll.
2. Latih orang lain mengurus masa mereka
Latih orang sekeliling anda supaya faham, ada masa dan tempat untuk segala-galanya, elakkan menjadi punca gangguan, dan  mengambil jalan pintas sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain
3. Selesaikan satu-satu tugasan dengan sempurna
Buat tugasan dan selesaikan tugasan yang perlu , elakkan membuat banyak tugasan serentak.
4. Buat perkara demi perkara ikut keutamaan ......






Sunday, March 25, 2012

TIDAK CUKUP MASA?



Ramai orang seringkali merungut tidak cukup masa dalam sehari, kerana terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan. Ramai pekerja tidak senang hati dengan ketua semata-mata beranggapan mereka dibebankan dengan terlalu banyak kerja, sehingga banyak aspek lain dalam kehidupan terabai. Ramai juga berpendapat masa dua puluh empat jam tidak cukup untuk menjalani kehidupan seharian. Malah ada juga inginkan tangan lebih daripada dua jika mungkin, untuk membolehkan semua kerja dapat dilaksanakan. Pendek kata semua kita terbelenggu dengan masa yang menyebabkan kita sering terburu-buru, dan ramai juga yang sering mengeluh lesu.

Barangkali cadangan dari Ken Zeigler boleh membantu kita mengenal pasti cara kita menggunakan masa dan boleh menjadikan kita sentiasa mempunyai masa untuk sebarang kerja.

Ikuti 3 langkah berikut:

1. Pantau penggunaan masa anda (kerja dan peribadi) selama seminggu. Anda mungkin terkejut

meneliti masa yang anda ambil untuk melaksanakan kerja dan aktiviti anda.


2. Kaji dapatan anda, kenalpasti aktiviti yang tidak perlu dan buangkan.


3. Cari dan reka masa yang dapat anda jimatkan untuk tugasan atau aktiviti penting yang

berfaedah. Kadang-kadang aktiviti ini tertangguh kerana perkara yang kurang penting atau

langsung tak perlu.


Mudah-mudahan ini dapat membantu semua orang menguruskan masa dengan berkesan dan memberi manafaat yang maksimum, insya Allah.