Showing posts with label Trip Betong. Show all posts
Showing posts with label Trip Betong. Show all posts

Wednesday, January 8, 2025

Yala ke Patani

 

Day 3
2 Ogos (Jumaat)
Yala ke Patani

Seawal jam 7.30 kami checkout dari hotel, kemudaian kami makan pagi  di Restoran Bamboo. Banyak menu yang disajikan, seperti nasi lemak pelbagai lauk, pelbagai jenis sup, kueh-muih, roti canal, pulut dan macam-macam lagi. Rasa pun sedap-sedap. Kami makan macam-macam, agak kalut juga pemilik kedai kerana tak sangka kami serang kedai dia. Alhamdulillah sudah pasti ini rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka, baginya. Begitulah kehendak Allah sudah tercatat dalam ketentuanNya, sampai masa terjadilah seperti kudrat dan iradatNya.

Selesai makan kami berkunjung ke kilang minuman soya milik orang Islam, sebuah kilang terbesar di Thailand. Taklimat diberikan oleh Pengurus Besar kilang seorang China muslim berasal dari Tanah Besar China, berkahwin dengan orang Thailand. Subhanallah maha suci Allah yang memberikan jalan sehingga perniagaan mereka menembusi pasaran Negeri China. Terasa bangga berkongsi kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan kepada mereka, agar dapat dibuat contoh dan teladan. Taklimat dihadiri juga oleh Tengu Majdi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah. Dia juga Pengurusi DMDI Yala, (Dunia Melayu Dunia Islam). Menariknya beliau seorang Pensyarah  Di Rajabat Universiti, dan merupakan siswazah UUM. Subhanallah besarnya rahmat dan kurniaan Allah kepada kita. Cuma kita saja manusia yang kurang bersyukur. Ya Allah ampuni kami dan rahmati kami, semoga kami sentiasandalam rahmat dan rahim Mu.

Hidangan kepada kami sudah terntulah pelbagai jenis minuman soya yang ada di pasaran, memang sedap. Kami ambil kesempatan membeli minum soya untuk dibawa pulang. Syukur dan terima kasih kepada penganjur yang membawa kami ke kilang soya ini, sungguh buat pengalaman baru, dan kagum dengan pencapaian umat Islam yang berjaya. Semoga Allah merahmati mereka dan merahmati kami juga ya Allah.

Selepas itu jam 10.30 kami telah mula bergerak ke pekan.  Selepas selesai bergambar kenangan di situ, kami ke Pekan Yala pula untuk membeli jubah lelaki sebab di Yala katanya, ada 25,000 pelajar pengajian pondok, jadi kedai jubah memang banyak cantik dan harga pun berpatutan, kerana mengambil kira kemampuan kewangan pelajar-pelajar yang kurang mampu. Lama juga orang lelaki shopping mengalahkan orang perempuan, tapi biarkan sekali sekala mereka memilih jubah kegemaran kereka. Alhamdulillah buat pakai sembahyang dan pergi mesjid, bukan selalu ada peluang begitu pun.

Walau pun diberikan masa  cuma 1 jam, namun semua peserta berpuas hati dapat membeli jubah masing-masing. Jam 11.30 kami meninggalkan border Yala mamasuki negeri Patani. Melalui Kampung Bemok Patani kami terus menuju Sakom Beach. Kami makan tengah hari di kedai sup Chomali. Banyaknya makanan tapi main-dish ialah sup. Kami makan nasi berlauk sup daging, ikan goreng, sayur dan telor dadar. ya Allah nikmatnya makan bila kami sedang lapar. Syukur ya Allah Engkau berikan kami rezeki dan selera untuk kami menikmati makanan yang sedap-sedap. Entah macam manalah nanti makanan di syurga nanti, kerana apa yang ada di dunia ini tidak langsung dapat menandingi kenikmatan di syurga nanti.  Ya Allah semoga Engkau rahmati kami dan ampuni kami. Syukur alhamdulillah makan sedap, orang belanja pula tu. Makan free lagilah nikmat, semoga Allah murahkan rezeki besan kami yang pemurah aamiin.

Selepas makan bergambara dan beramah mesra dengan tuan kedai, kami mula gerak balik menuju ke Hatyai. Di pertengahan jalan kami singgah untuk membeli hasil-hasil laut seperti ikan kering.  Dan kami juga beli kekacang dan pelbagai jenis jajan. Tak terbeli kami, banyak sangat pilihan, kami belilah serba sedikit buat anak cucu terkam bila kami sampai balik nanti.

Perjalanan kami terus menuju ke Danok. Sampai maghrib di Danok, kami makan malam. Kali ni kami cuba pulut ayam dan juga pulut durian lagi. Kami niat sembahyang jamak takhir maghrib isyak.  Selepas makan malam kami gerak ke Bukit Kayu Hitam. Selesai urusan imigresen dengan lancar dan mudah kami terus balik singgah di RnR Malau  untuk sembahyang.

Selesai solat aku terus naik ke bas menunggu jemaah yang lain. Tiba-tiba ada jemaah bagi tau papa pengsan dekat dengan surau. Aku berlari meluru turun bas untuk melihat keadaan papa. Alhamdulillah papa dah sedar, rama jemaah berkeliling papa cuba bagi bantuan dan buat apa yang boleh. Papa minta izin untuk selesai urusan kerana dia rasa perut memulas. Agaknya papa tak sedap perut sebab tu dia pengsan. Cik gu Yusuf ikut papa ke toilet, aku pun ikut juga takut pening atau ada apa-apa masalah. Alhamdulillah kami balik dengan selamatnya. Sampai di Surau Setia Jaya dalam suasana riang dan bahagia, walaupun terkejut  papa pengsan. Alhamdulillah syukur pada Allah selesai menunaikan hajat besan ajak kami berjalan dengan rombongan dia. Agaknya ramai orang terkejut papa pengsan, dan ramai kata pasai makan durian banyak. Agaknya betul juga. Bila perut meragam papa sudah pernah pengsan. Barangkali ini memori yang paling diingati sepanjang perjalanan kami, Apa pun syuker alhamdulillah, dengan segala kebesaran Allah dapat kami menyaksikan segalanya.



Monday, November 18, 2024

01  OGOS 2024 (KHAMIS)

DAY  2 
AIYEWENG  SKYWALK (BETONG)

I

Seawal jam 5.30 kami sudah naik bas tapi oleh kerana menunggu rakan -rakan lain yang bangun lewat, jam 5.40 pagi baru kami dapat bertolah ke Skywalk Aiyeweng. Perjalanan sejauh 82 kilo itu menyaksikan matahari terbit, Suasana nyaman dengan cuaca yang semakin cerah menceriakan perjalanan kami. Tapi kami sudah tahu awan nano yang kami idamkan barangkali sudah berkurangan apabila panas matahari semakin terasa.

Jam 7.00 kami sudah sampai ke kaki bukit  Aiyeweng. Dari situ kami naik lori pickup untuk sampai ke puncak setinggi 2000 meter daripada paras laut. Perjalanan sejauh 10 kilo itu sungguh mencabar, kami naik 8 orang satu kereta. Jalannya bengkang-bengkok, namun pemandu pickup selamba memandu dengan laju tapi cermat. Kecut perut juga bila belok di selekoh tajam, bagai nak terbalik  rasanya, namun alhamdulillah kami semua berharap Allah akan menyelamatkan kami daripada sebarang mara bahaya. Sesekali kelihatan ramai juga pickup dah mula turun, kerana mereka datang ke situ sebelum subuh. Namun kami tidak putus asa, itu yang Allah takdirkan kami redha.  Kalau ada rezeki dapatlah kami menikmati awan nano yang digembar-gemburkan keindahannya.

Alhamdulillah kami selamat sampai di atas, orang masih ramai dan cuaca masih sejuk terasa dan berkabus. Awan nano yang diimpikan masih menunggu kami, syukur sangat-sangat. Untuk naik keatas kami dikenakan tiket TB 20 seorang. Kami diberikan sarung kasut, perempuan berwarna merah jambu terang dan lelaki berwarna hijau. Kami diminta pakai sebelum naik untuk elak kaca daripada kotor dan calar. Dilihat sorang-sorang kami yang dah lanajut usia ni terasa lucu pula, namun begitulah kehendakNya Allah, kami diizinkanNya menikmati pengalaman bersama rakan-rakan yang seusia, bagi menikmati nikmat Tuhan yang masih memberikan kami kesihatan. Subhanallah maha suci Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, alhamdulillah Allah masih memberikan peluang lagi untuk kami, alhamdulillah. Semoga Engkau kuatkan kami  dan sihatkan kami, untuk terus beribadat kepadaMu ya Allah,  sebelum Engkau menjemput kami kembali ke negeri abadi. Dulu masa muda kami sibuk menjaga anak, dan berkhidmat untuk keluarga, hanya bila dah tua dapat bersantai-santai menikmati masa senggang. Alhmdulillah syukur ya Allah yang memberikan kesihatan dan kelapangan masa di akhir-akhir usia yang masih bersisa.

Lama juga kami di atas skywalk itu, menikmati kesejukan  dan nyamannya udara pagi. Merakamkan gambar-gambar, semuanya keindahan yang Allah sediakan untuk kami nikmati dan bersyukur dengan segala nikmatNya. Alam yang cantik dapat kami rasai dengan adanya pancaindera dan kesihatan tubuh badan yang masih Allah pinjamkan kepada kami. Kecantikan apa pun memang Allah kurniakan, ini baru di dunia, semoga kami mendapat nikmat yang lebih baik di syurga nanti, semuanya  yang Allah janjikan tiada apa yang boleh menandingi kenikmatan atas kebesaran Allah yang maha Esa.

Jam 9.00 padi kami semua dalam 3 pickup, bergerak turun meninggalkan Aiyeweng Skywalk. Sampai di kaki bukit kami sarapan pagi di sebuah Restoren  Kampung 36. Banyak menu yang disediakan, roti canai pelbagai rasa, nasi lemak ayam, moi sup dan sebagainya. Aku makan nasi ayam goreng, roti canai dan nescafe dengan harga TB105 untuk 5 orang. Lebih kurang jam 10.30 pagi selepas meneruskan perjalanan, PakHaji Zaki bagi pantun pagi sebagai hiburan pagi untuk mengisi masa semasa kami naik bas untuk ke deatinasi seterusnya:

        Ayam golek itik golek,
        Isap rokok minum kopi
        Abang molek adik molek
        Tarik tengkok cium pipi

Semua kami tergelak kuat kerana tak sangka dengan lawak Pak Haji Zaki itu. Bas terus meluncur membelah suasana pagi yang masih dingin dan cerah. Kami semua ambil peluang untuk melelapkan mata sekejap kerana agak mengantuk bangun awal pagi tadi. 


II

Lebih kurang pukul 10.30 tengah hari, kami singgah di Tan To atau Charok Besar, iaitu sebuah penjara lama yang dipelihara utuk buang air. Kemudian terus kami menuju ke Kampung Banna Seta. Bas menurunkan kami di tep jalan, dalam lebih kurang jam11.30 pagi. Dari situ kami dibawa menaiki lori pickup untuk ke dusun Tuan Haji Ahmad Iman masjid Banna Seta. Jalan ke dusun tidak boleh dilalui bas atau kenderaaan  berat. Dalam 10 minit kami semua yang menaiki 5 pickup tiba di dusun durian Tuan Imam. MasyaAllah keadaan dusun yang penuh dengan pohon durian pelbagai spesis mahal, terasa tenang, nyaman dan sejuk mata memandang. Ini bukan dudun tapi ladang durian yang luas dan cantik pula. 

Sambutan anak kariah dan orang kampung sangat meriah dan penuh mesra. Kami beramah mesra dan diraikan dalam upacara sambutan ringkas tapi sungguh meriah dan bermakna. Tok Imam menyampaikan ucapan aluan mengucapkan selamat datang kepada rombongan kami. Terharu dengar ucapan Tok Imam masih boleh bertutur dalam bahasa melayu. Selepas bacaan doa diikuti dengan pertukaran cenderamata, dan penyampaian sumbangn kepada pondok Tok Imam dan Madrasahnya.

Nampaknya di kampung itu masih ramai yang boleh berbahasa Melayu, tapi semuanya golongan yang lanjut usia. Yang muda dah kurang selesa dengan bahasa Melayu kerana sudah terbiasa bertutur dalam bahasa Siam. Begitulah sejarah menunjukkan kalau tiada kuasa hilanglah identiti bangsa, kita terpaksa melihat dengan redha. Ini ketentuan yang telah tersurat dalam kudrat dan iradata Allah. Lahawla wala quwwata illah billah...

Alhamdulillah banyaknya durian disajikan, ada musang king, duri hitam, montong, dan banyak lagi yang semuanya sedap-sedap belaka. Kami rasa durian dulu, lepas tu diedarkan pulut lemak pula. Nampak satu besen besar pulut lemak kukus. Pulut lemat diedarkan, masing-masing melayan pulut durian, alhamdulillah nikmat mana lagi yang kamu dustakan? Pulut lemak, durian dan kuah santan manis memang menggugat selera kami tengah hari itu. Masing-masing menikmatinya dengan penuh nikmat, alhamdulillah memang rezeki Allah itu luas dan tidak pernah disangka-sangka. Alhamdulillah.

Selesai menikmati jamuan pulut durian, kami mula beransur meninggalkan dusun ke destinasi seterusnya.  Meninggalkan ladang durian Tok Imam sungguh terasa kemesraan saudara seagama walau berlainan negara. Allah sajalah yang dapat membalas segala budi baik Tok Imam dan anak buahnya yang ramai meraikan kami makan durian. Anak Tok Imam seorang guru ambil cuti, semata-mata menunggu rombongan kami. Malah semua anak cucunya sama-sama menyambut kami yang belum pernah pun mereka berjumpa, namun terasa seperti sudah kenal lama. Isteri Tok Imam sibuk menghidangkan pulut lemak yang dimasak bersama anak-anak buah pondok mereka. Lelaki perempuan semuanya tidak terkecuali, kelihatan bersungguh-sungguh mengatur segalanya agar kami semua dapat menikmati jamuan istimewa yang mereka sediakan. Semoga Allah sajalah yang layak membalas segalanya.

Sedang melayan perasaan tiba-tiba kami sudah sampai ke masjid untuk solat jamak zohor asar. Masjid luas dan cantik tidak jauh dari ladang durian  Tok Imam. Alhamdulillah dapat tunaikan tanggung jawab walaupun dalam musafir, lega rasa hati. Selesai solat dapat juga berehat sebentar sementara menunggu semuanya berkumpul untuk naik bas semula.

Berada dalam bas kami dimaklumkan oleh Haji Zaki, kami dijemput ke rumah Wan Mohd Noor Matha Speaker Parliment di Bangkok.  Kebetulan rumah kediamannya di Yala, jadi kami disambut oleh adik iparnya yang bersaudara dengan Haji Zaki. Semasa ucapan aluan kamu dijamu kueh untuk minum petang, selepas itu kami dibawa house tour rumahnya yang cantik indah tersergam itu. Selepas selesai bergambar kenangan petang itu, kami ke Pekan Yala 

Kemudian kami ke pasar basah Yala, di sini banyak sayur dan ikan tapi dah petang tak ramai peniaga lagi. Tapi kami hanya berhajat untuk membeli petai yang sudah dikupas kulitnya, ramai yang berminat. Harganya rm 25 sekilo, memang sangat murah dan ramai yang membeli untuk bekal di bawa balik buat buah tangan kepadan kawan dan sahabat handai.

Akhir sekali hari sudah semakin senja. Kami niat jamak takkhir kerana kami akan terus singgah di pekan, untuk makan malam. Di pekan kami diturunkan di dan diberi pilihan untuk makan apa yang kami suka. Banyak kedai makan, ada kedai nasi berlauk, kedai masakan Thai, makanan segera seperti kedai piza dan kedai ayam goreng pun ada. Sambil mencari kedai makan kami menjamu mata kedai-kedai baju yang kami lalui, dengan harapan selepas makan nanti bolehlah kami jamu mata pula buat kenang-kenangan dibawa pulang. 

Pilih punya pilih kami singgah di kedai piza. Zaki dan Robitoh jiran kami pun ikut kami sebab mungkin terasa ingin bersantai-santai makan dengan selesa di kedai berhawa dingin. Kami pesan piza, spageti dan kentang goreng. Rasa memang sangat sedap, barang kali kerana kami lapar dan keletihan. Lama juga akami di kedai itu sebab masa yang diberikan agak lama, jadi kami rilek-rilek dengan senang hati. Selesai makan kami berjalan ke tempat bas menunggu. Sementara bas dalam perjalanan dapat jugalah kami membeli-belah sehelai dua baju jubah. Ramai juga yaang beli cendermata dan ramai juga yang barang kali kerana keletihan hanya mampu menjamu mata.

Bas datang tepat pada waktunya, kami terus dibawa menuju ke hotel penginapan untuk berehat semalam lagi di negeri gajah putih ini.   Malam itu kami keluar lagi naik tut-tut pergi ke pasar malam. Tak banyak yang menarik perhatian kami kerana pasar malam ini specialnya banyak jenis makanan, pelik-pelik pulak tu, tak sesuai selera kita, jadi kami melihat-lihat dan meraikan kelainan ciptaan Allah, buat menambah pengalaman dan keinsafan bahawa Allah maha besar kasihnya menjadikan manusia berbagai-bagai untuk disyukuri nikmatnya. 

Subhanallah umat Islam ada di mana-mana.  Tingginya nikmat Allah menjadikan orang Yala cinta ilmu dan menegakkan syiar Islam dengan menyebarkan ilmu untuk memantapkan aqidah umat generasi yang akan datang. Alhamdulillah semoga ia menjadi sumber inspirasi kami untuk terus berjuang menegakkan dan meningkatkan keimanan diri dan masyarakat insyAllah. Ya Allah berilah kami pertunjuk dan permudahkan segala urusan kami ke arah menegakkan syiar Islam di kalangan kami. Tidak ada daya upaya kami melainkan hanya dengan keizinanMu jua ya Allah. Amin Ya Robbalaalamiin.







 

Wednesday, August 7, 2024

BETONG, YALA, PATTANI

31 hb Julai 2024 (Rabu)

DAY I 
ALOR SETAR KE BETONG

Sudah lama besan kami cikgu Yusof mengajak kami untuk jalan-jalan ke Siam. Dia memang suka pergi ke sebelah sana, jalan-jalan dan makan-makan. Jadi kami buat keputusan mengikut rombongannya ke Thailand. Tujuan ke sana membuat lawatan balas kepada lawatan Tok Imam Yala Haji Ahmad Tunjung. Dia menjemputkami makan durian di dusunnya. Selainnya jalan-jalan  berukhuwah ke Sekolah Pondok dan beriadhah sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang maha kuasa, dan menikmati makanan dan kelainana budaya yang Allah sediakan untuk diambil iktibar bagi meningkatkan lagi keimanan kami semua.


Seawal jam 7.00 pagi semua  38 orang ahli rombongan telah sedia mengambil tempat dalam bas hawa dingin yang cantik dan selesa milik Farhan Travel and Tours. Mudah perjalanan orang tua-tua pencen sebab semuanya sangat patuh masa dan arahan. Perjalanan ke Siam akan melalui pintu sempadan Pengkalan Hulu, dan terus merentas sempadan ke Betong. Bas mula bergerak kami diberi taklimat aturcara perjalanan. Kami berhenti sekejap di Gurun, kemudian di masjid Pengkalan Hulu, dan lebih kurang jam 10.00 pagi rombongan kami tiba di check-point Pengkalan Hulu. Urusan passport dan semakan bagasi cepat sebab tidak ramai pelancong pada hari-hari bekerja.

Alhamdulillah kami berada di atas bas semula lebih kurang jam 10.30 pagi, kami memulakan jalan-jalan  di tanah Betong. Menurut Tn Hj Zaki tour guide kami seorang pensuarah di Kolej Vokasional Betong. Beliau tamat pengajian menengah di Pondo Pak Ya Gurun. menurutnya dulu Betong ini kawasan hutan tempat sarang komunis yang mengganggu di Tanah Melayu. Sehingga sekarang terowong yang menjadi markas mereka masih kekal utuh dan menjadi tempat pelancongan, tapi kami tak berminat untuk melihat kesan sejarah hitam itu. Sangat menjengkelkan. Selepas perjanjian damai mereka membuka tanah dan membuat pekan sehingga berkembang maju seperti sekarang

Berkunjung ke Betong, teringat masa-masa remaja dulu-dulu, teringin nak ikut Mak Ngah Bunga ke sana. Tapi emak tak pernah membenarkan takut keselamatan anak gadisnya yang seorang saja. 

'Tak payah nak ikut pi sana bukan seronok sangat, bukan ada ada pun, cari bahaya buat apa?' 
Jadi selepas itu memang tak pernah minta lagi nak ke sana. Selepas kahwin pun memang tak pernah berpeluang ke Betong, selalunya ke Hatnyai kalau ke Siam, untuk terus ke songkhla, Phuket, Pattani, Ranong, Nakhorn Sithamarat dan Bangkok.

Dari Pengkalan Hulu ke bandar Betong, tak jauh cuma 7 kilometer saja. Sepanjang jalan dari border ke bandar Betong, kelihatan awan putih dan gebu berkepul-kepul, mereka panggil awan nano. Betong ini sekarang cuacanya sejuk. Tambah Hj Zaki lagi, Betong ada 3 musim, musim hujan, musim sejuk dan  musim panas. Masa ini durian sedang bermusim, sepanjang jalan kelihatan pokok durian lebat buahnya dan sepanjang jalan bau harum buah durian menyegat hidung. Hebat teknologi mereka mengusahakan ladang durian. Di sini bukan dusun durian lagi, tapi ladang durian. Masha Allah maha suci Allah, Tuhan kurniakan tanah subur dan cuaca yang baik sehingga durian menjadi sungguh-sungguh. Iktibarnya apa yang Allah kurniakan, perlu dimanfaatkan, barulah rezeki Allah melimpah ruah. 

Sampai di pekan Betong, kawasannya tanah tidak rata, berbukit bukau. kedainya pun ada yang baru dan ada yang masih kekal seperti keadaannya yang lama dulu. Pekan Betong beraromakan durian sepanjang-panjang jalan di pekan itu, buah durian merata-rata kedai. Masya Allah, rezeki Allah bermacam-macam dan berbagai-bagai. Nikmat manakah yang kamu  dustakan, memang manusia ini kurang mensyukuri nikamat Allah yang melimpah ruah.

Lebih kurang jam 11.30, kami sampai di Restoran Dapor. Haji Zaki mempersilakan kami menjamu selera ikut menu yang telah kami tempah sebelum datang lagi. Antara menunya Nasi kerabu, nasi goreng, pulut durian, pulut mangga, moi sup, dan banyak lagi. minuman kami boleh pilih sendiri kerana kami makan bayar sendiri sarapan di pagi itu. Kami makan dengan puas, sedap dan kenyang perut sukalah hati untukmeneruskan perjalanan kami.

kemudian kami bertolak ke pusat pengajiana tahfiz yang kami piilh khas untuk dikunjungi, iaitu Sekolah Maahad Darussalam Betong. Jam 12,30 tengah hari kami di sambut oleh barisan pelajar sepanjang perjalanan masuk ke dewan mereka.. Terasa amat kerdilnya kami, dah lah tua masih jahil dan tidak mampupun berjihad membangunkan sekolah sebagai pusat pengajian agama dan tahfiz untuk mengukuhkan syiar agama Islam. Terasa malu kepadaMu ya Allah,semoga Engkau ampuni segala dosa kami, sesungguhnya kami ini amat zalim.

Selesai upacara sambutan dan taklimat, dah masuk waktu zohor, kaum lelaki pergi solat jemaah di masjid,  kaum wanita manikmati jamuan tengah hari yang dihidangkan. Nikmat mana lagi yang kamu dustakan. Semua jenis makan memang sedap-sedap belaka. Nasi, lauk ayam, ikan, kerabu seperti pasembur, buah-buahan dan minuman. Alhamdulillah selesai kami semua makan kami mengucapkan selamat tinggal dan menitipkan sedikit sumbangan untuk buat menampung perbelanjaan pengurusan sekolah mereka. Semoga Allah menerima sumbangan kami yang tidak seberapa sebagai sedekah kami seikhlasnya.


 `       II. BERKUNJUNG KE WINTER GARDEN

Di atas bas semua kami kekenyangan dan berehat mengambil tenaga untuk meneruskan perjalanan lagi ke Hot Spring Winter Garden Betong.  Untuk berjalan di Winter Garden kami naik keretapi dengan bayarannya,  TB 100 seorang tidak termasuk tiket untuk bayaran masuk.yang juga hanrganya TB 100 seorang. Lama juga masa kami habiskan menikmati keindahan kebun bunga di situ. Cantik-cantik pokok-pokok disusun rapi dan dengan bunganya yang berwarna-warni menambah serikan lagi suasana taman itu. 

Apalagi kami ambil peluang bergambar menikmati kurniaan Tuhan yang indah-indah itu. Ini baru taman di dunia, bagaimankah nanti indahnya kurniaanMu taman-taman di syurga, tak dapat kami bayangkan ya Allah, semoga kami Engkau masukkan ke syurgaMu walaupun kami rasa sungguh tidak layak, tapi kami ingin ke syurgamu ya Allah.

Insafnya kami ya Allah, jika tidak dengan rahmat dan rahimmu sudah tentu kami tak mungkin ke syurgaMu. Bantu kami ya Allah. Selesai melihat-melihat kelilin- keliling kami naik bas turun meneruskan perjalalanan. Alhamdulillah Haji Zaki belanja kami makan perbagai jenis durian yang sedap-sedap hasil dusun pelajarnya. Syukur dengan nikmat yang ada, semoga Haji Zaki dan pelajarnya itu murah rezeki dan diberi ganjarang oleh Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
 aamiin

Turun dari winter Garden terasa angin sepoi-sepoi bahasa, nyaman dan sejuk. Kami checkin di Hotel Butterfly. Lepas bersih diri dan solat jamak takkhir zohor asar, kami melepas lelah sekejap. Selepas solat maghrib, kami ke jamuan makan malam di Restoren Hazana, dengan bayaran TB 300 seorang. Makanan hidang masakan Thai memang sungguh enak, apalagi dimakan dalam dingin suasan nyaman di Betong, amat menyelerakan. Jamuan turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Daerah rakan Haji Zaki yang datang sekejap meraikan kehadiran kami ke Betong,.. Beliau ada majlis tapi sempat datang sekejap bersua muka kemudian bergegas ke tempat acara seterunya. 

Selesai makan kami pulang ke hotel tapi oleh kerana masih awal kami naik tut-tut TB 20 seorang untuk meninjau-ninjau suasana pasar malam di situ. Tak ada yang lain daripada pasar minggu di Malaysia. Banyak makanan street food yang dijual, kami sudah kenyang, tak adalha yang kami teringin nak beli. Cuma kami teruja melihat anggor musscut yang besar dan kelihat sedap maka tertewas juga kami, terbelilah sekilo. 

Dah makan dekat hotel terasa rugi pula beli cuma 1 kilo. Rasanya sungguh manis dan rangup, tapi malam sudah larut dan kami tak boleh lagi untuk membelinya, cuma tinggal kenangan. Redhalah kami dengan sedikit rezeki yang Allah takdirkan kepada kami, alhamdulillah. Akan dibawa balik untuk dirasa oleh anak cucu sorang sikit. Segala yang berlaku adalah katentuan Allah belaka, jadi apa pun bersyukurlah seadanya. 

Dah larut malam kami berehat untuk bangun awal keesokannya untuk naik bukit. Kami akan melihat awan nano selepas subuh insyAllahhhh...