KULIAH BULANAN
DATO MUFTI KEDAH
12/11/2016
6 JENIS AMALAN YANG PAHALANYA DIGANDAKAN
Marilah kita merebut peluang beribadat supaya kita mendapat rahmat Allah dengan apa yang kita kerjakan. Mudah-mudahan kita akan mendapat ganjaran seperti yang Allah janjikan itu, insyAllah. Berikut dikongsikan maklumat di bawah untuk kebaikan kita bersama, mudah-mudahan bermanfaat.
- Buat 1 amalan dapat 10 x ganda pahala - iaitu amalan yang dibuat dengan kudrat tubuh badan seperti berzikir, dan baca Quran (1 huruf diberi 10 pahala)
- Buat 1 amalan kebaikan diberikan pahala 15 x ganda - iaitu puasa dapat dapat 15 pahala seperti berpuasa 15 hari, jadi kalau dalam sebulan berpuasa 2 hari, pahalanya ibarat puasa sebulan.
- Buat 1 amalan dapat 30 x pahala - puasa 1 hari dengan seikhlas-ikhlasnya kerana Allah semata-mata, pahalanya seperti berpuasa 30 hari.
- Buat 1 kebaikan dapat 50 pahala - baca Quran dan faham makna, 1 huruf dapat 50 pahala.
- Buat 1 kebaikan dapat 700 pahala - contohnya berbelanja wang ringgit ke jalan Allah seperti sedekah dapat 700 pahala
- Amalan yang dibuat dengan hati yang sabar ada 3 darjat - i) sabar bangun untuk sembahyang tahajjud, ii) sabar meninggalkan kejahatan, iii) sabar ketika diuji, sabar ketika ditimpa bala paling sukar.
No comments:
Post a Comment