Sunday, June 21, 2026

DAY TRIP DISNEY LAND TOKYO

 

Day 4 
Selasa
24  Mac 2026

Pagi ini kami akan ke Disneyland Tokyo by tren sebab dedi kerja. Dedi hantar mama, papa and mami ke stesyen tren. Along, Hajar,  Ali, Hayyan, Hannah, Naema dan Hawa jalan kaki. Lebih kurang 10 minit berjalan dah sampai  ke stesyen Funabashihoten, dekat saja jaraknya dari rumah angah.

Jam 9.00 pagi kami semua dah naik tren. Perjalanan dalam lebih kurang 1 jam  akan melalui 11 stesen. Mula-mula kami terpaksa berdiri tapi selepas tiga stesyen kami dah boleh tempat duduk sehinggalah sampai ke stesen yang ke-11 kami tukar tren dan turun di stesen Maihama, Disneyland. Tren ke Maihama penuh sesak pagi itu sebab ramai nak berkunjung. Ramai  sungguh pelancong, kelihatan pengunjung berpusu-pusu  tua, muda remaja dan kanak-kanak, semuanya bergerak satu tujuan untuk masuk ke  Disneyland, melawat dan menikmati alam fantasi kanak-kanak yang terkenal itu.

Jam 10.00 pagi kami dah sampai. Meriah sungguh kedaannya orang dah ramai. Di kaunter masuk suasana tersusun, sebab banyak entrence gate.  Mula-mula masuk  kami disambut gerai-gerai jualan souvinir watak-watak kartun Disney. Bukan main meriah lagilah pakat membeli-belah barangan yang digemari. Anak cucu semuanya beli cekak rambut  yang menarik minat masing-masing. Boleh dikatakan setiap pengunjung memakai cekak rambut watak kartun pilihan. Tak kira tua muda apa tah lagi kanak-kanak memang tak lepas peluang. 

Kami mula berjalan ke dalam. Kami disambut dengan maskot-maskot carton terkenal, walau cuaca terik tapi suasana amatlah meriah. Semua kelihatan bergambar dengan kartun kegemaran.Kanak-kanaklah yang amat suka, tapi orang dewasa juga melayan juga. 

Kemudian kami bergerak ke dalam lagi menghampiri bangunan castle yang tersergam indah. Kelihatan sungguh cantik dan ramai sungguh orang yang bergambar merakamkan sejarah buat kenang-kenangan. Oleh kerana kawasan terlalu luas kami naik tren pusing-pusing seluruh  kawasan Disney Land. Dapatlah kami merasakan suasana keseluruhan Disney Land secara sepintas lalu, alhamdulillah tak payah berjalan ke semua tempat memang tak mampulah kami.






No comments:

Post a Comment