Berikut disambungkan lagi petikan pesanan yang dirasakan baik untuk kita ambil peduli bagi membantu kesejahteraan hidup dan kebahagiaan yang diimpikan kita semua.
13. Bertindak, Berusaha dan
Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented'
yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita-cita
dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh
(procrastinate) ia menjadi pencuri masa.
Jangan asyik merungut dan
mengkritik sahaja.
14. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap
orang lain - kawan-kawan dan jiran kita, pekerja-pekerja sepejabat atau lain-lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.
15. Bersyukur kepada Allah dan insan
lain.
Sentiasa bersyukur atas segala
nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki,
iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.
16. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap-cakap yang berbentuk pujian dan
sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati
dan merupakan suatu sedekah.
Jauhkan cakap-cakap negatif yang
boleh matikan initiatif orang lain. Cakap-cakap positif memberi galakan.
17. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan
ketawa boleh kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada
orang lain walaupun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan
membuka pintu perkenalan.
18. Beristighfar, taubat dan
bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa
dengan istighfar berulang-ulang kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan
terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang
lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu
pahala besar dari Allah.
19. Terima teguran dan pendapat
orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua
perbinacangan.
Menerima dan menghormati pendapat
orang lain boleh menjadikan kita dihormati walau pun mungkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia-siakan masa
bercakap fasal politik.
20. Jangan bersedih terhadap cacian,
umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan
Allah daripada cuba memberi penjelasan.
21. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan
tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan
bertenang.
22. Bertenang ketika pandu
kenderaan di jalan raya.
Jangan bertindak balas kepada
provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn. Sabar dan bertenang; sentiasa berzikir dan berselawat.
23. Biarkan apa orang fikir tentang
diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang
kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau
atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap
kita.
24. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya
dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang
lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok
ke bawah pada orang-orang yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya
sahaja sedangkan ciri-ciri lain dan dalaman kita tidak ketahui.
25. Kegagalan tangga kepada
kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan
musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus
asa. Mohon pertolongan Allah.
26. Masa beredar, persekitaran berubah
nasib kita juga akan berubah.
Segala-gala akan berubah; masalah-masalah akan
selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan
solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.
27. Jadi seorang pemberi dan
pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk
memberi sedekah, beri makan, beri hadiah, beri senyuman, beri galakan dan
seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.
28. Jangan harap balasan dari orang
yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan
atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara
lain dan lebih besar ganjarannya.
29. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had
kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang
buat analisis, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita
dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.
30. Bergaul mesra dengan semua
lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul
dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan
dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan
kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.
31. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun
untuk sesuatu urusan sama ada hal-hal pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan
atau lain-lain mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah
kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.
32. Bijak mengurus kewangan.
Buat simpanan sedikit dari
pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci seperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya.
Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting
bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan
membeli barang-barang branded.
Waspada bila guna credit card dan
perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu
tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja
kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang-barang yang susut
nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umur
60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak
berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini
pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.
33. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan
diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istikharah doa dan
restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu
bapa selagi mereka masih hidup.
RUMUSAN
Untuk capai kejayaan dan kebahagian
hidup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu cara gaya hidup sihat tanpa
stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.
No comments:
Post a Comment