Hari ingin kusambung lagi pesanan seterusnya. Semoga memberi manfaat untuk tatapan semua yang dikasihi.
5. Pileh kerja yang diminati dan
memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana
inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan
stress di tempat kerja, kita perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan
memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat
getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira
melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan
lumayan.
Di samping itu kerja saya jadikan
ibadah untuk bekalan saya di akhirat kelak.
6. Amalkan exercise 30 minit setiap
hari.
Tidak kira apa jenis exercise
asalkan ia menggerakkan tubuh dan kuatkan otot-otot dan sendi; Berjalan kaki, jogging,
kayuh basikal, main golf, berenang atau lain-lain saperti basuh kereta atau nencuci
rumah.
Saya pilih berkebun (gardening)
di sekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun kari dan kesum, halia, bunga kantan, pokok pisang, kelapa, tebu dan buah
markisa.
Ini sebagai hobby sahaja tapi
berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) boleh
mengeluarkan peluh di samping memberi berbagai-bagai hasil untuk dimakan.
7. Exercise paru-paru, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise
selama 5 minit. Bolih dibuat di mana-mana: sedang duduk di pejabat, sedang berdiri
atau lain-lain situasi ; sedut nafas panjang-paanjang dan mendalam melalui hidung untuk
mengembangkan paru-paru dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk
meningkatkan kadungan oksijen dalam paru-paru.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan
mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula-mula padang
jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang di depan muka.
Cuba jalan naik turun tangga
daripada naik lift. Ini bolih baiki aliran darah dan kekuatan jantung.
8. Amalkan catat dalam buku jernal
dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup
untuk mencatat semua idea, ilham, peristiwa, cita-cita, rancangan, tindakan
kewangan dan lain-lain dalam satu buku kecil yang boleh dibawa ke mana-mana dalam saku baju
atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk
mengimbas semula idea-idea dan tindakan demi untuk mencapai cita-cita.
Sampai sekarang berpuluh--puluh buku-buku nota
kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita-cita,
idea-idea dan peristiwa-peristiwa lampau. Memang sangat berguna dan bermanfaat. Saya lihat
orang-orang Jepun dan Korea sentiasa mencatatkan butir-butir pertemuan dan perbincangan.
9. Catatkan cita-cita, azam dan sasaran
di merata-rata tempat.
Bahagikan cita-cita dan sasaran kepada
pecahan-pecahan kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam
jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk
capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita
bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdaus
di akhirat dan berkekalan selama-lamanya.
10. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah Quran dan baca beberapa
muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barakah dan dipermudah
urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita
dari mana-mana sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.
11. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam
sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime
khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing-masing.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan
sebagai doktor pelatih di hospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada
hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa
untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukan
tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan
menonton terlalu banyak rancangan televisyen atau bermain video games.
12. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan
organ-organ penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air
menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan
perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam-zam atau air masak
suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa
muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel
dengan madu.
Sekian dulu semoga memberi manfaat mana -mana yang sesuai, insha Allah
No comments:
Post a Comment