Day 7
1 Dis 2022
Bursa ke Kusadasi
1 Dis 2022
Bursa ke Kusadasi
Ramai sungguh orang di pagi hari membeli belah di pasar basah. Bermacam-macam sayuran, buah-buahan dan makanan basah ada di situ. Banyak juga kedai jual kekacang dan manisan. Kami belilah ala kadarnya untuk dibuat souvinir kepada sanak saudara dan sahabat handai.
Di bahagian hadapan pasar basah ada sebuah mesjid yang besar, cantik dan gah terssergam anatara pasar dan Bazar Koza Khan. Selepas meninjau-ninjau pasar basah waktu sudah tengah hari, jadi kami menikmati makan tengah hari, kebab wrap dan nasi berlauk daging kebab. Rasanya sedap juga makanan tengah hari itu. Dapatlah melapik perut untuk kami teruskan misi kami ke bazar Koza Khan. Di Koza Khan banyak gerai jual bermacam-macam baju, selendang, sejadah, emas dan segala macam perhiasan. Seronoknya kami menjamu mata, dan melayan mata. Lama juga masa kami habiskan di bazar yang menjadi persinggahan orang-orang zaman dahulu di laluan emas ini. Tapi susah juga kami nak membeli belah kerana bahasa yang sukar difahami.
Melelaui lebuh raya antara Bursa dan Kusadasi amatlah selesa, kereta tak banyak tapi jalannya luas, pemandangannya juga cantik. Kami melalui beberapa pekan kecil di sepanjang jalan yang jauh itu. Kami rasa bertuah dapat melihat dan menikmati pemandangan matahari terbenam di lebuh raya yang luas terbentan itu. Semakin hampir sampai ke Kusadasi kami sudah dapat melihat laut yang membiru. Alangkah nikmatnya mata yang Allah berikan untuk kita dapat menikmati keindahan suasana dan kecantikan bumi ciptaan Allah dalam musafir kami yang Allah aturkan. Subhanallah, maha suci. alhamdulillah syukur padaMu ya Allah.
Lebih kurang jam 10 malam kami selamat sampai ke Kusadasi dan checkin di Hotel Aliya alhamdulillah. Kami uruskan untuk masuk ke bilik dulu dan kereta diuruskan oleh staff hotel kerana parkirnya susah buat kami yang tidak biasa. Selesai semuanya kami keluar jalan-jalan di kawasan depan hotel untuk makan malam kerana sudah lewat. Tak banyak pilihan makanan selain pizza jadi malam itu kami makan piza lagi. Syukur seadanya, alhamdulillah.
Malam itu kami tidur dalam keletihan kerana perjalanan yang panjang dan lama seharian dari pagi ke malam. Nikmat mana lagi yang kami dustakan ya Allah sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha penyayang. Redhalah ke atas kami ya Allah, kami pohon redhaMu ya Allah.
perjalanan ke Kusadasi, yang agak jauhn juga.
No comments:
Post a Comment