30 Nov 2023
Tepat jam 6.40 pagi Mustaffa sudah menjemput dengan vannya. Pagi ini kami akan menikmati pemandangan indah, melihat keindahan matahari terbit dengan penerbangan belon panas yang amat terkenal di negara Turkey ini. Sekejap dalam perjalanan kami tiba di tempat permulaan belon panas akan terbang.
Waktu itu kelihatan banyak belon besar perbagai warna. Boleh dikatakan semua belon sudah ada penumpangnya, dan kesemuanya sedang mula mamanaskan enjin untuk dapat terbang mengapung ke udara. Bunyi gas yang dibakar berdesing kuat, dan cahaya api menerangi pagi yang masih gelap samar-samar. Suasana sejuk pagi itu, dihiasai warna warni belon gergasi, cahaya dari api belong dan kesibukan pengusaha belon dengan sangat tekun memenuhi permintaan pelanggan masing-masing. Mengambil masa yang singkat, sebelum suasana pagi menjadi cerah, dalam kegelapan pagi lagi, kesemua belon panas sudah berada di udara. Ini memang dirancang rapi oleh pengusaha supaya pengunjung akan dapat menikmati suasana sunrise yang cantik semasa berada di atas belon.
Hari semakin cerah, kami pun selepas semua belon terbang, terus bergegas te tempat tinjau. Di situlah nanti belon-belon besar akan mendarat menurunkan penumpangnya. Jadi berpusu-pusulah kenderaan kami menuju ke situ untuk merasai suasana pagi yang sangat indah, yang sangat ingin dinikmati oleh kebanyakan pelancong-pelancong yang berkunjung ke Turkey. Untuk masuk ke tempat tinjau itu, kereta dan penumpang yang tidak naik belon, dikenakan bayaran parking. Sementara bagi kereta yang datang memgambil penumpang yang mendarat dari naik naik belon mereka tidak dikenakan apa-apa bayaran.
Ramai pelancong yang bersama kami turut hadir untuk menyaksikan suasana matahari terbit di pagi yang dingin itu. Pagi itu cuaca kurang cerah, agak berkabus, jadi matahari seakan-akan malas bersinar, cahayanya kurang terang diselaputi awan nan biru. Namun keindahan alam ciptaan Tuhan itu tidak terbatas. Masih dapat dirasakan suasana pagi yang tidak kurang cantiknya, alhamdulillah. Ramai juga pasangan pengantin yang datang seawal pagi itu untuk membuat photo shoot.Selepas itu kami balik ke Celebis Cave House untuk sarapan. Hidangan yang tersedia roti telut omelet, sayur segar,tomato, timun salad dan kentang. Pelbagai jenis sos, cheese dan jem, menyerikan hidangan menambahsedapnya sarapan kami di kedinginan pagi di rooftop Chelibi Cave House. Pagi yang sedingin itu dihangatkan pula dengan kopi panas yang berkelun-kelun asapnya. Alhamdulillah sungguh menyelerakan, syukur masih ada selera dapat menikmati rezekiMu ya Rahmna ya Rahim ya Zaljala liwalikrom. Tholib yang melayan kami untuk sarapan senyum puas melihat kami menikmati hidangan yang dia sediakan. Sebelum turun ke lobi dia menghantar kami dengan lambaiaan dan senyuman. Sempat juga di minta kami beri komen dalam Trip.com. Kami terus bersiap-siap untuk ke airport bagi meneruskan perjalanan ke Bursa.
Tepat jam 10.45 pagi ven untuk ke airport sudah membunyikan honnya. Dia tidak boleh lama menunggu kami kerana jalan di situ sempit, tidak boleh berselisih dua kenderaan. Dengan pantas kami semua berada dalam ven. Rupanya ven ini terus ke hotel lain lagi untuk mengambil penumpang sehingga penuh 16 orang. Penumpang terakhir buat hal pula, kami terpaksa menunggu sehingga setengah jam. Semua peumpang lain sudah resah gelisah kerana bimbang ketinggalan kapal terbang. Dalam diam tak henti-henti aku beristighfar mohon Allah permudahkan segala urusan kami, pohon dilancarkan perjalanan ke airport, pohon kami selamat sampai dan sempat masuk ke pesawat, ya Allah tolonglah kami. Alhamdulillah kami tiba di airpot tepat jam 1 th. dan sempat chechin dengan lancar dan mudah. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Nikmat mana lagi yang kami dustakan.
No comments:
Post a Comment