4. MUARA SUNGAI CHAO PHRAYA: 5.00 PETANG
Untuk melihat muara Menam Chao
Phraya kami terpaksa memasuki kawasan Watt Aaroon atau dikenali juga sebagai ‘Temple of
Dawn’. Oleh kerana lawatan kami melalui Kedutaan Malaysia di Bangkok dan
Kementerian Dalam Negeri, maka pengurusan Watt Aaroon menyambut kedatangan kami
yang ingin melihat muara sungai, jeti
dan pelabuhan tempat kapal-kapal berlabuh, yang sekarang ini terletak dalam
kawasan Watt Aaroon, kerana proses pembesaranya menganjur sehinga ke tebing sungai.
Semasa berdiri di jeti diraja,
dapat dilihat dengan jelas di hadapan kami,
Istana Grand Palace di seberang sungai. Jadi raja-raja Kedah dahulu kala, mendarat di
Muara Menam Chao Phraya, disambut oleh Luang Kuchaa di jeti, kemudian dibawa
tinggal di rumahnya sehinggalah dapat mengadap Raja Siam, untuk sebarang urusan
yang dihajati. Sistem pengangkutan air kelihatan penting, kerana penempatan
Raja dan Pembesar, masjid dan watt, semuanya dibina di tepi-tepi sungai.
Melalui pemerhatian kami, aktiviti pemerintahan Raja Thai, memang berpusat di sekitar
Muara Sungai Chao Phraya itulah.
Setelah selesai meninjau jeti diraja itu, iaitu tempat
kapal Melayu berlabuh, dan menjiwai aktiviti Raja-Raja Kedah berkunjung ke
Bangkok, kami bertukar-tukar cenderamata dan diakhiri dengan sessi bergambar
anggota rombongan dan pengurusan Watt itu.
Selepas itu kami terus bertolak ke Kawasan Min
Buri untuk makan malam yang diberikan dan diaturkan oleh wakil dari FICT. Kami dijamu dengan
pelbagai makanan ‘grill-steamboat’. Selesai makan kami ‘chek-in’ di Hotel Red
Planet di Surawong. Hotelnya masih baru cantik dan mewah, tapi harganya sangat
berpatutan. Kami terus berehat kerana sepanjang sehari suntuk aktviti kajian
berjalan tanpa henti. Alhamdulillah, semua yang dirancangkan dapat dipenuhi
kecuali berkunjung ke rumah Luang Kuchaa. Walau bagaimanapun Tuan Ramli dan Pak
Mus berjanji akan mencari masa yang sesuai untuk ke situ, sebelum kepulangan kami insyaAllah.
No comments:
Post a Comment