PERJALANAN PULANG KE TANAH AIR DARI BANGKOK
Rumah Luang Kucha Itsahak yang didiami oleh cucunya kini |
Bersama responden kaum keluarga keturunan Luang Kuchaa |
Pengkalan Luang Kuchaa, di Menam Chao Phraya bersetentang dengan istana |
Pagi ini kumpulan kami berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diketuai oleh Tuan Ramli bersama Dr Ibrahim, Zulkhiberi, dan Hairol. Sejak awal pagi lagi, mereka telah pergi menjejaki rumah Luang Kucha Itsahak yang tidak sempat kami kunjungi pada hari itu. Banyak perkara yang masih tertunggak yang memerlukan penjelasan dan pencerahan. Kumpulan kami juga perlu melihat rumah dan perkampungan Luang Kuchaa untuk melengkapkan kajian lapangan. Mereka akan membuat pemetaan dan menangkap sebanyak mungkin gambar untuk melengkapkan dapatan dan laporan. Jadi jam 8.00 pagi mereka sudah bergerak ke destinasi, dan akan berjumpa semula di tempat makan tengah hari nanti.
Sedia berkumpul untuk 'chekout' |
Selepas selesai sarapan kami
menyerahkan kunci bilik masing-masing. Van kami yang padat mula bergerak ke
pusat membeli belah MBK. Kami diberikan masa dua jam bermula jam 11.00 pagi
hingga pukul 1.00 tengah hari untuk acara
membeli belah dan makan tengah hari. Kami beli apa yang patut dengan
pantas kemudian makan nasi ayam di gerai halal dengan menggunakan kupon. Kami
juga siap belikan bekal untuk lapik perut semasa dalam perjalanan. Tepat jam 1.30 tengah hari kami
semua berkumpul menaiki van dan terus ke lapangan terbang Bangkok.
Seterusnya perjalanan kami ke
airport lancar, dan dalam pukul 3 petang, kami sudah tiba di sana. Selesai urusan
bagasi, kami buat upacara perpisahan dan pemberian cenderamata di situ.
Perasaan sayu terasa juga untuk berpisah dengan Tuan Ramli dan En Farid di saat
akhir itu. Pada pukul 4.30 petang kami sudah berada di balai berlepas. Kemudian
kami terbang ke Hatyai jam 5.00 petang menaiki
pesawat Nok Air. Kami sampai di Hatyai Airport jam 6.10 petang. Kemudian kami
naik van, dan sekitar jam 7.00 petang kami sampai ke Bukit kayu Hitam. Selesai
urusan imigresen kami singgah makan nasi kandar di Changlun dan akhirnya sampai
di rumah lebih kurang jam 10.00 malam dengan selamatnya. Alhamdulillah
selamatlah segala perjalanan menelusuri keturunan Melayu di Bangkok, yang menimbulkan
pelbagai kesan dan pengalaman.
No comments:
Post a Comment