1. MASJID HAROON: 9.00 PAGI
|
Di hadapan lorong menuju ke Masjid Haroon, kelihatan di belakang Bangunan Yayasan Harun | | | | |
|
Asnaf fakir miskin di hadapan jalan ke Masjid Haroon. |
Pagi ini, kami sarapan di kedai
mamak, makan capati dan roti canai, kemudian kami bertolak ke Masjid Haroon.
Pagi Jumaat yang mulia ini didapati
ramai golongan fakir berkumpul di perkarangan Yayasan Haroon di hadapan
Masjid Haroon. Menurut satu versi seorang penduduk yang kami soal: Nama masjid ini,
mengambil sempena pengasasnya Encik Haroon yang kononnya datang bersama ayah
mereka yang berasal dari Surabaya atau Acheh. Enchik Haroon ialah abang sulung
kepada Ishak dan Osman. Kononnya mereka telah membangunkan tempat itu dan
membina sebuah masjid, dinamakan masjid Haroon. Salah seorang daripada mereka
iaitu adik bongsu Osman, kononnya telah berhijrah ke negeri Kedah.
|
Sessi temubual dengan responden Haji Daud Malik |
Konon cerita masjid Haroon
ditelah naik taraf oleh seorang dermawan Arab yang pernah tinggal di Hotel
Oriental dan terdengar azan. Kemudian dia suruh ‘bell boy’ pergi cari di mana
orang azan, dan dia datang sembahyang subuh di mesjid ini yang dulunya buruk
dan bangunan daripada kayu. Hamba Allah yang dermawan itu kemudiannya telah
menyumbangkan wang untuk membina masjid dan mewujudkan Yayasan Haroon. Yayasan
ini mempunyai hostel dan rumah tumpangan dan wang perolehan digunakan untuk
kebajikan dan berfungsi untuk kerja-kerja
dakwah dan kesejahteraan umat Islam di kawasan sekitar. Wakil kami Tuan Ramli
telah mengaturkan sessi dialog dengan seorang Melayu bernama Haji Daud bin
Malik bin Wahab Hongche yang bertugas sebagai Tuan Bilal di Masjid Haroon.
Beliau tidak boleh berbahasa Melayu lagi jadi perbualannya diterjemahkan oleh
Tuan Ramli sepanjang sessi dialog dengan pihak kami.
Sessi Dialog dengan Responden (Soalan
dan Jawapan):
|
Mendengar temubual |
1. Kenapa
Dato Seri Zahid Hamidi datang ke Masjid ini? – (Jawapan) Kawasan ini dekat
dengan kawasan Kedutaan jadi Dato Zahid tinggal di Hotel, berdekatan dan dia
datang sembahyang Jumaat di masjid ini, dan makan di sini. Pihak masjid telah
menyediakan jamuan kerana berbesar hati Pembesar luar datang, tapi dia tidak
makan sebab sudah kenyang. Turut serta datang ke sini ialah Dato Nazirah Duta
Malaysia di Thailand, yang selalu melawat kampung-kampung Melayu di Bangkok dan
turut sembahyang di Masjid yang ada di situ. Ramai orang suka sembahyang Jumaat
di Masjid Haroon ini kerana khutbah disampaikan dalam tiga bahasa: Thai,
Inggeris dan Melayu.
2. Bagaimana
wujud Masjid Haroon? – (J) Pedagang dari Indonesia bernama Haroon Bafadil
datang ke Ayuthia, dan berulang alik ke Bangkok ini. Sebelum Tok Harun datang
sudah ada komuniti Islam di sini tapi tidak ada masjid, kemudian dia nampak
kawasan ini elok, tenang, sunyi dan damai, jadi dia seorang pedagang kaya, dia
bina masjid 130 tahun yang lalu, semasa pemerintahan King Rama III. Menurut
Tuan Bilal dulu-dulu masjid Haroon terletak betul-betul di tepi laut. Kemudian
kerajaan Thai minta tukar tanah itu, kerana hendak dibina Pejabat Kastam dan
jeti kutipan cukai. Jadi masjid dibina di tanah belakang pejabat Kastam seperti
yang ada sekarang. Berhadapan masjid pula terletak tanah perkuburan yang agak
luas sejak sekian lama telah ada di situ.
3. Ada
tak keturunan Melayu Kedah tinggal di sini? – (J) Masyarakat yang tinggal di
sini ada yang berasal dari Palembang, ada juga dari Wilayah Selatan Thai dan
ada juga dari Kedah. Ikut cerita yang pernah diceritakan oleh datuk Tuan Bilal,
datuknya bernama Abdul Wahab, berasal dari Kedah atau Perak dia kurang pasti.
Datuknya dia mungkin tawanan atau datang bersama dengan tawanan perang Kedah
naik kapal belayar datang ke sini sekitar 1821 bersama abangnya. Datuknya
tinggal di sini dan abangnya tinggal di Maha Nak. Datuknya bertukang emas, dan
ayahnya oleh kerana pergi ke sekolah belajar, sudah tidak minat lagi bertukang
emas dan tukang kayu. Datuknya kahwin dengan orang Trang. Bilal tidak ada
menyimpan apa-apa barang daripada datuknya dan datuknya
4. Apa
pekerjaan orang di sini? – (J) Kebanyakannya berniaga, dan datuknya berniaga
batu permata
5. Kawasan
orang Islam di sini agak-agak berapa luas? (J) Lebih kurang 3 ekar. Menurut
Bilal lagi, keluarga bonda Tunku Abd
Rahman cik Manjalara pun ada tinggal di sekitar Masjid Haroon. Mereka itu
beragama Islam, tapi mereka tidak tinggal lama di situ, kerana telah berpindah
ke Maha Nak. Menurut Dr Kasri kita boleh buat kesimpulan bahawa saudara dan
adik beradi Cik Majalara sudah ada yang masuk Islam, jadi dia masuk Islam bukanlah suatu perkara
yang pelik.
Kesimpulannya perjalanan orang
Melayu datang ke Bangkok, mereka singgah dan tingggal di sekitar Masjid Haroon.
Kemudian Raja akan melantik tukang-tukang yang dikehendaki dan mereka dibawa
tingggal di Maha Nak kerana berhampiran dengan istana. Mereka tinggal di sana
dan berkhidmat kepada Raja sebagai tukang-tukang Raja.
|
Bergambar kenangan |
|
Penyampaian cenderamata kepada responden |
|
Bangunan Kastam yang telah ditinggalkan |
|
Pengkalan di hadapan Bangunan Pejabat Kastam |
Akhir sekali selepas penyampaian cenderamata
kepada responden dan pengurusan masjid Haroon, kami pergi meninjau ke kawasan
bekas Pejabat Kastam di tepi laut. Bangunan dua blok itu sudah lama
ditinggalkan. Ia sekarang kelihatan dhaif dan kotor, kerana catnya sudah luntur
dan tidak dipelihara serta terdapat pohok-pokok dedalu kelihatan tumbuh liar di
sana sini. Dan tingkap-tingkap kaca kelihatannya banyak yang sudah pecah, juga
banyak yang lompong. Sementara jetinya pula sudah banyak yang reput di bahagian
pelantarnya yang dibuat dengan kayu. Selepas merakamkan beberapa keping gambar
untuk kegunaan dokumentasi, kami
bergerak ke FICT untuk majlis meraikan ahli rombongan yang telah diaturkan
No comments:
Post a Comment