Day 3: LAWATAN KAJISELIDIK BANGKOK - 17 OGOS (RABU)
Berkumpul di depan restoran untuk ke Royal Palace |
Melalui padang awam |
Selepas itu, jam 2.30 petang kami
berjalan melalui padang awam, untuk
masuk melawat ke Royal Grand Palace.
Di padang itu sangat ramai orang, ada yang duduk berehat, makan-makan, dan ada yang bergambar kerana Majlis Graduasi
dan pesta Kovokesyen Universiti Chulalongkon yang berhampiran. Kelihatan dari
jauh sangat ramai orang menuju ke Royal Palace. Semasa memasuki perkarangannya
didapati pengunjung-pengunjung berjalan dalam berkumpulan, dan ketua kumpulan membawa
bendera atau objek-objek lain sebagai panduan untuk membantu ahli kumpulan
supaya tidak berpecah.
Melaporkan persembahan bunga dan cenderamata kepada petugas istana |
Dalam kesesakan dan kesibukan itu, kumpulan kami seramai 15 orang terus menuju ke dewan rasmi istana, untuk mempersembahkan sejambak bunga kepada Raja Thai King Bhumipol. Kami diterima oleh pegawai-pegawai istana. Di situ didapati kawalannya amat ketat. Sejambak bunga yang kami bawa diperiksa teliti, begitu juga cenderamata dari Persatuan Sejarah Cawangan Kedah, dan barang-barang peribadi milik kami, semuanya mesti melalui alat pengesan seperti di lapangan terbang. Selesai pemeriksaan keselamatan dan mencatatkan maklumat, kami diminta menunggu giliran untuk upacara persembah bunga. Tiba giliran, kami pun dijemput untuk membuat rehearsal dan terus mempersembahan sejambak bunga dan cenderamata kepada Raja. Upacara itu dibuat rakaman oleh beberapa stesen tv yang akan disiarkan dalam berita jam 8.00 malam nanti. Selesai semua upacara dan rakaman selesai, kami ditunjukkan jalan untuk ke pejabat bagi urusan seterusnya
Menunggu giliran untuk persembahan bunga |
Gambar kenangan dulu |
Kemudian kami tiba di pejabat, untuk
urusan kemasukan, kerana lawatan kami adalah lawatan rasmi dan mendapat kebenaran
pihak istana, jadi kami dibawa masuk melawat secara percuma dan secara rasmi
oleh seorang petugas istana yang telah sedia menunggun di pejabat. Dia memperkenalkan
dirinya, kemudian membawa payung hijau supaya kami sekumpulan dapat mengikutnya
tanpa terpisah. Untuk pengunjung lain, masuk
melawat ke Royal Grand Palace dikenakan bayaran sebanyak TB 50.00. Kami
dimaklumkan oleh Petugas istana yang
memberitahu kami bahawa setiap hari terdapat
seramai 23.000 orang pengunjung melawat istana itu. Patutlah sangat ramai
orang, penuh sesak dan semuanya sibuk memerhatikan barang pameran, bergambar, dan mencatat maklumat dengan penuh
minat juga sungguh teruja sekali.
Kawasan Grand Palace terbahagi
kepada tiga: Inner Palace, Temple dan Outer Palace. Lawatan kami dimulakan
dengan melawat kawasan wat yang menceritakan tentang Buddha dan hal-hal
berkaitan dengannya. Dari situ kami hanya dapat melihat Inner Palace yan
tersergam indah, kerana tiada pelawat
dibenarkan melawat Inner Palace yang menjadi kediaman Raja sekarang. Tidak lama
di situ kami minta dibawa ke Outer Palace. Perjalanan ke Outer Palace agak jauh
juga, tapi kami semua bersemangat, jadi tidak dirasakan kepenatan melalui
laluan pejalan kaki ke situ.
Di Outer Palace, mula-mula kami
dibawa ke Balai Menungu Raja-Raja di sebelah kiri Balai Penghadapan, sebelum
sesuatu upacara dimulakan seperti perkahwinan, dan pemahkotaan. Di Balai itu di
pamerkan lukisan Raja-Raja Thailand yang sungguh besar saiznya dan cantik hasil
seninya kelihatan seperti gambar. Di balai itu Raja-Raja disajikan minuman
sambil berbual-bual memenuhi masa sebelum keberangkatan Raja pada masa yang
ditetapkan. Kemudian kami ke dewan Balai Menunggu sebelah kanan pula, iaitu
Balai Menunggu Permaisuri-Permaisuri. Di sini dihiasi dengan lukisan-lukisan
Permaisuri yang besar dan cantik-cantik juga. Semua kerusi dan meja memang
sangat cantik dan masih tersusun indah sehingga sekarang. Kami tidak berpeluang
memasuki Balai Penghadapan. Kononnya di situlah terdapat dan tersimpannya bunga
emas yang dihantar oleh Negeri Kedah suatu masa dahulu kepada Maharaja Thailand. Semua anggota rombongan sungguh
merasa kecewa kerana tujuan sebenar kami ialah untuk melihat bunga emas milik
Kedah itu. Kami membuat kesimpulan bahawa barangkali bunga emas kedah itu telah
diguna pakai sebagai pendapatan Negara, sebab itulah mereka tidak memberi
kebenaran kepada kami untuk melihatnya, walaupun sudah disebut dalam surat
permohonan kami ke istana.
Merasa kecewa dengan kegagalan
melihat bunga emas, kami sudah kurang
berminat lagi untuk melihat galeri lain. Dalam perjalanan keluar kami dibawa
singgah di Muzeum Coin Thai. Kami melihat-lihat sepintas lalu kemudian kami
mengucapkan selamat tinggal kepada petugas Royaloyal Palace ditutup kepada
pelawat. Jadi berpusu-pusulah semua pengunjung meninggalkan Royal Palace dalam
keletihan, termasuklah ahli rombongan kumpulan kami. Kani terus balik ke Hotel kerana hendak
melihat berita siaran tv yang akan menyiarkan gambar kunjungan kami ke istana,
ke seluruh Thailand. Memang betul jam 8.00 malam memang ada slot upacara
penyembahan bunga kepada Maharaja Thai di semua saluran tv Thai sebagai rasa
sayang mereka kepada Raja dan tanah air mereka. Maka terakamlah sejarah kami
muncul di tv Thailand pada malam itu.
1
1
No comments:
Post a Comment