Lebih kurang pada jam 11.30 pagi, kami dibawa melawat
Bangkok National Muzeum tidak jauh dari Royale Palace. Di sini ramai
sungguh pengunjungnya, rata-ratanya kanak-kanak sekolah. Muzeum Bangkok ini
merupakan satu kompleks yang terdiri daripada 5 bangunan besar,
dan 9 bangunan kecil, terpisah-pisah mempamerkan
artifek yang berbagai-bagai.
|
Berbincang sejarah Thailand dengan Pengarah Muzeum Kedah di Hall 1 |
Bahan pameran di bangunan 1, Siwamokkhaphiman Hall
mempamerkan semua hal berkaitan sejarah Thailand sejak zaman awal pemerintahan hinggalah ke zaman moden ikut Raja yang memerintah. Di Balai ini memang sangat ramai dan padat pengunjungnya yang terdiri daripada kebanyakannya pelajar sekolah. Didapati pihak sekolah menggalakkan pembelajaran kendiri yang membolehkan pelajar mengalami menghayati topik pembelajaran sejarah negara mereka, ke arah mewujudkan rasa cinta kepada tanah air.
Bangunan 2, Buddhaisawan Chappal
pula mempamerkan patung-patung yang terdiri daripada pelbagai patung-patung budha, jadi kami tidak lama di situ kerana tiada kaitan dengan orang Melayu dan budaya Melayu yang menjadi fokus kami.
Sementara Bangunan 3 pula iaitu, Mahasurasinghanat memaparkan
lukisan sejarah dan ukiran-ukiran sebelum abad ke-13, seperti perihal abad
sebelun masihi, Sriwijaya, Hindu dan Lopburi. Di sini terdapat replika bunga emas yang dihantar oleh Cheingmai kepada Maharaja Thailand yang dipamerkan untuk tatapan umum.
|
Replika bunga emas dari Cheingmai di Balai 3 |
Seterusnya, Bangunan nombor 4, iaitu Praphat
Phiphitthaphan, mempamerkan pelbagai jenis lukisan, ukiran, matawang, dan sejarah yang berkaitan dengannya, dari negeri-negeri di Thailand seperti Lanna, Sukhothai,
Ayutthayya, dan Rattankosin.
Bangunan 5, Issara Winitchai and Phra
Wiman the Prince Residential Complexs, senjata, mempamerkan artifek emas, royal
regalia, seramik, alat music, senjata, pengangkutan (gajah), dan perkakasan
sami.
|
Usungan Maharaja di Balai 5 |
|
Senjata Melayu - pedang |
Bangunan 6 -14 adalah bilik pameran yang kecil-kecil seperti kelengkapan
semasa kemangkatan, dan lain-lain lagi. Selepas bertukar-tukar cenderamata
dengan petugas yang mengiringi kami, kami beredar meninggalkan muzeum.
Oleh kerana sudah waktu makan, kami
singgah di sebuah restoran halal di hadapan Kota di Muara Chao Phraya, tidak
jauh dari Royal Palace, yang akan menjadi tujuan kami berikutnya. Untuk menu hari ini
kami tiada pilihan selain menikmati nasi putih berlauk ayam goreng, dan nasi briyani ayam sebagai
hidangan tengah hari.
|
Bersama Pembantu Muzeum Thailand |
|
Pertukaran cenderamata
|
No comments:
Post a Comment