1 Day 3: LAWATAN KAJISELIDIK BANGKOK - 17 0G0S 2016 (Rabu)
Sambutan di hadapan Kementerian pertahanan |
Pameran senjata di hadapan Kementerian Pertahanan |
Pagi ini kami semua menikmati sarapan Restoran Lokhande, sebelah masjid Chakrapong juga. Ada yang makan roti canai dengan kari ala Thai, ada
yang makan nasi putih dan ada yang mencuba nasi beriyani. Selepas sarapan kami
terus bertolak ke Kementerian Pertahanan Thailand di Bangkok.
Tiba di sana dalam lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami disambut oleh beberapa
orang pegawai atasan tentera Thai, yang telah sedia tercegat di pagar pintu
hadapan pejabat Kementerian itu.
Selepas mendapatkan pengesahan
dan memperoleh maklumat lanjut tentang rombongan, yang diberikan oleh Tuan
Ramli dari FICT, kami dibawa meneliti
meriam-meriam yang dipamerkan di hadapan pejabat. Semua meriam disusun
atur menghiasi lanskap dan taman yang
cantik dan kemas di kawasan yang luas, dan dijadikan sebagai laman muzeum yang mempamerkan
senjata-senjata lama itu. Kami hanya berfokus kepada meriam dari Pattani, suatu senjata kebanggan orang Melayu. Didapati Cuma
satu saja meriam Pattani yang disimpan dan dipamerkan di situ. Jadi kami
mengambil peluang keemasan itu untuk meneliti, mencari maklumat dan mengabadikan gambar-gambar sebagai bukti
tentang kewujudan meriam Pattani di Laman Kementerian Pertahanan Bangkok, yang
tidak dapat dilihat dan tidak dapat dikunjungi oleh orang ramai bagi
melihatnya. Itulah satu-satunya lambang kemegahan orang Melayu di Siam dari
negeri Pattani, semasa berperang mempertahankan tanah air mereka. Kini ia
tinggal kenangan semata-mata, dan menjadi hiasan di Laman Kementerian Pertahanan sahaja.
Bergambar kenangan sebelum taklimat |
Bersama Tuan Ramli (FICT) dan Dato Wan Shamsuddin Pengerusi PSMCK |
Selesai meneliti semua fakta
tentang meriam Pattani di tempat pameran itu, kami diiring masuk ke bilik mesyuarat di pejabat itu, untuk sessi soal jawab dan
mendengar taklimat. Ketua pasukan kaji selidik Dr Kasri menggunakan medium
Bahasa Inggeris yang kemudiannya diterjemahkan oleh seorang juru bahasa Thai, bagi
kedua belah pihak Kedah dan Bangkok. Pihak Tentera Thai mengalu-alukan
kedatangan rombongan kami. Mereka memohon maaf dan memaklumkan mereka tidak
dapat menyediakan maklumat tentang hubungan politik silam kedua negara dan tidak bersedia
dengan maklumat tentang senjata dari Pattani dan senjata Melayu yang lain, kerana tidak dimaklumkan lebih
awal.
Oleh itu pihak Bangkok lebih suka jika sessi dialog difokuskan kepada
hubungan antara dua negara pada masa ini dan langkah mengeratkannya pada masa
akan datang. Pihak Bangkok juga tidak dapat memberikan maklumat tentang Tengku
Yusof kekanda Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama, yang pernah
berkhidmat dalam Angkatan Tentera Thai suatu masa dahulu. Walau bagaimanpun
jika diberikan masa barangkali mereka boleh berkongsi maklumat yang diminta
pada masa akan datang.
Walaupun tidak banyak maklumat
yang kami dapati dari Kementerian Pertahanan Thailand, tapi kami sangat berpuas
hati kerana dapat melihat meriam Pattani masih kekal utuh diabadikan di laman
Kementerian dalam muzeum yang mereka adakan. Ia lambang kekuatan dan jati diri
orang Melayu Pattani suatu ketika dahulu, yang kini tinggal dalam lipatan
sejarah semata-mata. Lebih kurang jam 11.00 pagi, selepas pertukaran cenderamata dan sessi bergambar kenangan, kami meninggalkan Kementerian
Pertahanan untuk ke Muzeum Bangkok pula.
Pertukaran cenderamata PSMCK dan Kementerian Pertahanan |
No comments:
Post a Comment