KAJI SELIDIK KE BANGKOK
DAY 2: 16 OGOS 2016 (SELASA)
DAY 2: 16 OGOS 2016 (SELASA)
2. Tanah Perkuburan Islam Maha Nak – Responden Ali Wongsontham Neirut
(Ali bin Husin bin Abd Mutalib bin Abd
Rahman bin Ismail)
Papan tanda di hadapan lorong menuju ke masjid dan kuburan |
Selepas makan kami meneruskan
perjalanan ke Kuburan Maha Nak yang terletak berdekatan Masjid Maha Nak. Dalam perjalanan, Pak Mus mula bercerita
seolah-olah ‘city-tour’. Kami melalui Jalan Dam Neru, yang dibina selepas Raja Chulalongkon
kembali dari melawat London, kerana meniru idea Buckingham Palace. Jadi deretan
rumah-rumah kedai lama dipelihara oleh kerajaan. Deretan rumah kedai adalah milik Raja dan tidak boleh
diubahsuai, yang disewakan dengan harga yang murah kepada penyewa.
Di Bangkok kerajaan banyak
membina wat-wat kerajaan yang besar-besar. Kami juga melalui Padang Awam tempat
berlaku pemberontakan antara penyokong Thaksin (baju merah) dan penyokong
kerajaan (baju kuning). Semasa kami melintasi sungai San Thep iaitu sungai
korek yang terpanjang, Pak Mus menceritakan sungai San Thep dalam bahasa Siam
bermakna kesusahan, air mata, atau
sengsara dalam bahasa Siam kerana mengikut sejarahnya, buruh paksa
tawanan perang yang mengorek sungai itu menggunakan tangan dengan susah payah
dan sengsaranya.
Lebih kurang jam 12.30 tengah
hari, sampailah kami di lorong yang menuju ke Kubur Maha Nak. kami berjalan mengikuti lorong di antara
rumah-rumah kedai dan rumah kediaman, dari jalan besar menuju ke Kuburan yang
terletak berhampiran masjid Maha Nak. Kubur Maha Nak boleh tanam berlapis-lapis,
dan tiada batu nesan, tidak seperti kubur di Thon Sam yang ada batu nesan.
Semasa menuju ke kuburan, seorang penduduk tempatan mengikuti kami ke keburan
dan memperkenalkan diri sebagai Ali Wonsontham. Dia kemudiannya diminta menceritakan
tentang kubur orang Malaysia. Dia bertutur dalam bahasa Thai dan diterjemahkan
oleh Pak Mus kepada kami. Menurut Ali memang ada suatu kubur orang Malaysia di
situ, diberitahu oleh moyangnya seorang Imam tua di mesjid Maha Nak sejak
sekian lama dahulu.
Di hadapan Kuburan Maha Nak |
Menurut Ali moyangnyanya amat
tegas tidak bersetuju kubur itu dipindahkan ke Malaysia, tapi Imam muda memberi
kebenaran kerana kononnya kubur itu
milik seorang kenamaan dari Malaysia. Selepas kubur itu dipindahkan datuk Ali
meletakkan jawatan sebagai Imam dalam usia 40 tahun. Moyang Ali meninggal lebih kurang 30 tahun yang lalu. Ketika itu umur moyangnya lebih
kurang 80 tahun. Ali juga memberitahu, semasa urusan mengorek kubur itu, tidak
diberitahu kepada sesiapapun. Tapi selepas selesai mengoreknya, ramai juga
orang datang, kononnya orang besar dari luar negera, Malaysia. Kononnya kubur
itu milik saudara atau kerabat Sultan dari Kedah.Apabila ditanya berapa orang
kerabat diraja yang disemadikan di situ, Ali memberitahu cuma seorang itu
sahaja, tiada yang lain lagi.
Ali menunjukkan bekas kuburan Tengku Yusof |
Beginilah keadaan asal bekas kuburan Tengku Yusof |
Kesimpulan: Apabila meneliti
kenyataan responden, dan dan membuat
perbandingan tahun, maka kumpulan kajiselidik membuat kesimpulan bahawa itulah bekas kubur Tengku Yusof. Dan ini disahkan dari bacaan Dato Wan, yang menyatakan kubur
Tengku Yusof ada di Maha Nak, maka besar
kemungkinannya tempat yang ditunjukkan adalah kubur milik Tengku Yusof. Kami
amat terharu dan teruja dengan penemuan bekas kubur Tengku Yusof yang tidak
disangka-sangka itu. Ahli rombongan membacakan doa kepada arwah mendoakan
supaya rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang beriman. Selepas berdoa kami melawat-lawat kuburan Imam nenek Ali responden dan kaum keluarganya serta membacakan doa selamat. Selepas itu kami bergerak ke Sekolah Debsirin kerana mereka sudah pun menunggu ketibaan kami di sana.
No comments:
Post a Comment