Tazkirah Pagi Jumaat
29 mac 2013
Oleh Us Mat Isa Shaari
Daripada
Saidina Umar, pada suatu hari Rasulullah berada bersama sahabat, tiba-tiba datang seorang
tetamu yg tak dikenali oleh sesiapa, duduk di hadapan Nabi saw, dan bertanya tentang
iman, islam, dan ihsan. Setelah selesai, tetamu itu menghilangkan diri. Rasulullah bertanya
sahabat, mereka kenal atau tidak siapa orang yang datang sebentar tadi. Sahabat menjawab Allah dan Rasul sj yg kenal. Rasulullah menceritakan,
itulah malaikat yg merupakan dirinya sbg manusia, dtg mengajar kamu tentang
iman.
Iman yg ada dalam diri kita terbahagi 3
1. Iman Rasul - iman yang tidak pernah berkurang dan selalu bertambah
2 Iman malaikat - iman tidak bertambah tidak berkurang
3 Iman manusia - kadang-kadang boleh bertambah dan kadang-kadang boleh berkurang, ikut situasi dan
masa
Nabi saw pernah bersabda, kita boleh memperbaharui iman, iaitu dengan memperbanyakkan zikir, Abu Hurairah pernah berzikir setiap hari tidak kurang daripada 12 ribu kali. Nabi saw pernah berkata, yang diriwayatkan oleh Aaishah, "dalam diri kita manusia ada 360 sendi,
jadi sebaik-baiknya zikir kita kpd allah jgn kurang drp 360 kali, untuk menyamai jumlah sendi
yg ada dlm tubuh badan kita. Rasul mengarahkan kita setiap waktu kita lepas
sembahyang, elok zikir subhanallah 33x, alhamdulillah 33x , allahuakbar
34x, jadi jumlah zikir 500 kali sehari, sudah melebihi."
Banyak ayat Alquran yang menyebut tentang iman. Eloklah kita menelitinya supaya dapat menambahkan iman kita. berhubung dengan iman, contohnya Surah AlAnfal, "Sesungguhnya org yg beriman itu sentiasa mengingati Allah..." Jadi banaykakan membaca ayat-ayat Allah maka akan bertambahlah iman kita.
Hadith Nabi saw juga pernah menyebut yang bermaksud, "Iman itu 70 cabang, dan cabang yg paling tinggi ialah menyebut lailahaillallah, dan yg paling rendah ialah menjauhi kemungkara, dan malu itu satu daripada cbg iman. sementara Mukmin yang paling baik imannya, ialah orang yang baik petangainya.
Untuk diriku dan semua yang terbaca marilah kita memanfaatkan saranan Nabi Mohamad saw Kekasih Allah.
No comments:
Post a Comment