Berikut dikongsikan pengajaran daripada
Buku Al Hikam oleh Syh Abu Ibnu Ataillah,
untuk dimanfaatkan bagi keberkatan hidup kita di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan ini menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua, insyaa Allah.
Pengajaran 1
3B untuk berfikiran positif:
Bahasa mulut, yang sentiasa mengeluarkan perkataan yang manis, baik, dan memberi manfaat kerana
sentiasa positif
Bahasa tubuh, yang sentiasa menyenangkan orang lain dengan senyuman, mempermudah, dan membantu
kerana sentiasa positif dan bersangka baik
Buang sifat negatif - manusia memang dicipta dgn keadaan selalu berada dalam keluh kesah, jadi
sentiasalah mengingati Allah agar jiwa menjadi tenang dan dapat melihat yang baik-baik sahaja
kerana bersangka baik akan qadha dan qadar Allah. Sesungguhnya ketentuan Allah tidak
boleh diubah, tetapi kita boleh ubah tindakan kita ke arah yang positif
Pengajaran 2
Bukti kekuasaan Allah
Orang-orang yg berjuang
menegakkan kebenaran di jalan Allah, banyak dugaan yang akan dihadapi. Para nabi banyak menghadapi ujian yang besar-besar, contohnya Nabi Yusuf, Noh, Musa, dan Nabi Mohamad saw sentiasa diuji, tetapi mereka ada ketahanan menghadapi dugaaan dengan bertaqwa kepada Allah dan hanya berserah semata-mata kepada Allah. Terbukti Allah amat berkuasa
memberikan dugaan kepada hambaNya, dan Allah juga berkuasa meleraikan masalah dan memberikan ganjaran kepada orang yang sabar keranaNya.
Siapa yg berusaha, mencari jalan, apa yg difikirkan, apa usaha yang dibuat semuanya datang dari Allah, tp manusia mesti berikhtiar,
mencari jalan menghadapi sebarang musibah yg ditaqdirkan Allah semuanya, semuanya seperti firman Allah "la khaulawa quwwataillah billa hil aliyil azim", dan amat
bodohlah sesiapa yg melakukan apa2 saja tindakan dan perbuatan yg tidak disukai ALlah, kerana tiada satu
perkara atau satu saat pun yg berlaku, melainkan
atas kehendak Allah semata-mata. Sesuatu itu bukan berlaku
secara kebetulan, tetapi semua yang terjadi kepada kita hanya "by order" atau dengan izin dan kehendak Allah semata-mata. Setiap hari Allah melakukan kehendaknya, hidup, mati, hina, dll. jadi kita sebagai hamba eloklah berserah diri kita hidup dan mati, dengan rela hati kepadaNya jua de3ngan melakukan kebaikan dan kebajikan sesama manusia di dunia ini.
Jadi jika kita menunda amal kebaikan, itu suatu tanda kebodohan kita, kerana Nabi bersabda sia-sai kita manusia berlengah-
lengah melakukan amal kebajikan, sementara sihat, dan lapang, sepatutnya kita berlumba-lumba berusaha melakukan kebaikan, jgn ditangguh-tangguh. Allah firman "amat rugi kamu utamakan dunia, sdgkan akhirat lebih
baik, jangan tunda perkara yg baik di dunia kr tunda perkara baik, belum tentu kita sempat at tidak kita nak buat kebaikan kl kita bertanggu-tangguh. Sedangkan semua kita tahu dunia ini ladang untuk menyediakan
bekalan menuju akhirat yang dijanjikan Allah penuh dengan kenikmatan bagi orang-orang beriman.
No comments:
Post a Comment