KULIAH SUBUH
OLEH USTAZ AZLI INSANIAH
PADA 22.1.13
Hadith Nabi saw. daripada Abi Barzah menceritakan,
" Empat soalan yang akan
disoal kpd setiap manusia di akhirat nanti, dan
tidak akan berganjak kaki anak Adam di hadapan Allah, melainkan setelah selesai ditanya tentang empat
perkara berikut;
SOALAN 1. Allah tanya umur - kepada apakah ia dihabiskan, sebagai bekal kamu mengadap Allah?
Allah
berfirman, Berbekallah kamu dan sebaik-baik bekalan ialah
taqwa, iaitu buat apa
yg Tuhan suruh, jauhi larangan allah, takut dgn rezeki, amalkan Quran,
dan bersedia menghadapi saat mati.
Nabi saw. bersabda, brg siapa tiada amal, jgn harap keturunan kita memberi manfaat kpd kita setelah kita tiada, melainkan semuanya amal kita semata-mata untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat sana.
SOALAN 2. Allah tanya ilmu, tahu sembahyang dan akukan atau tidak?. Ada ilmu yg
bmanfaat, amal atau tidak? Orang yg ada ilmu tp td bamal dgn ilmu akan diazab oleh Allah, dan sebaliknya yang ada ilmu, dan ajarkan kpd org lain, Nabi berkata Allah berfirman, siapa yg sibuk dgn Quran dan mengajarkannya, Aku beri kpdnya kurniaan yg terbaik.
SOALAN 3. Allah tanya tentang harta, dari mana kamu ambil, dan ke mana kamu belanja harta tsebut?
Nabi saw
minta, pd Allah, hidupkan aku dlm keadaan miskin, matikan aku dlm miskin, himpunkan dan hidupkan aku di akhirat nanti dgn org miskin. Aishah tanya kenapa? "Nabi menjawab, org miskin jika redha, masuk syurga lebih awal 40 thn daripada orang kaya, kr org kaya harta banyak akan disoal satu persatu di hadapan Allah"
Sahabat tanya kpd Nabi, tak kan ambil sikit harta orang pun masuk neraka, Nabi kata ya, wp kayu sugi.
Sahabat
tanya lagi, siapa yg dikatakan muflis, Nabi kata muflis di klgn umat aku, dia bawa
balik pahala sembahyang, puasa, zakat, tp dlm ms yg sama mulut tak jaga, menuduh
org lain, makan harta org lain, aurat tak tutup, lalu diambil pahalanya
diberi kpd org yg dizalimi, tak cukup pahala, diambil dosa orang pula
diberi kpdnya. Dosa kita dgn org akan menyusahkan kita, mesti selesai
dosa kita, jika mengumpat, mesti minta
ampun dengan org yg diumpat baru selesai, Allah tak boleh tolong.
SOALAN 4. Allah akn tanya tentang semua anggota, tubuh badan. Kaki pergi mana? Pergi mesjid tak, singgah majlis ilmu tak, atau tidak pernah singgah di taman syurga, majlis ilmu? Tangan yang diberi buat apa? Buat kebajikan tak? Mulut baca quran, zikir, cari ilmu at tidak?
Iktibarnya; Jika kita boleh menjawab semua empat soalan itu, barulah nanti kaki kita boleh bergerak di hadapan Allah, untuk menerima balasan baik kita yang kita usahakan di ladang dunia ini insyaa Allah. Mudah-mudahan semua ini menambah semangat kita untuk terus beramal memperbanyakkan bekalan.
No comments:
Post a Comment