Tafsir Surah Al-Israk ayat 9
Oleh Us Wahid
6 mac 2013
Mari kita kongsi pengajaran daripada tafsir ayat di atas untuk renungan bersama supaya dapat dimanfaatkan dalam kehidupan kita saban hari, dalam rangka menuju ke jalan akhirat.
Imam
AlQurtubi berkata, AlQuran kalau dibaca betul-betul akan akan beri petunjuk
jalan yang paling lurus kepada manusia, Quran akan bawa manusia kepada
jalan yang lurus, akan bawa berita gembira bg orang yang soleh, dan
Allah akan beri balasan sebaik-baiknya iaitu syurga kepada yang mengamalkannya.
Abdullah Ibn
Abbas pernah berkata, belajar AlQuran, bukanlah mudah, dan dapat dibuat
dalam masa yang singkat, jadi perlu tekun sabar mengaji dengan sungguh; Seperti seorang anak muridnya, pernah mengaji Quran
sampai habis 30 juzuk, setiap habis satu ayat ditanya tafsirnya,
sehingglah 3 kali diulang, belajar Quran dengannya, yang makan masa bertahun-tahun. Tetapi hasilnya seperti kata Sheh
Ibn Asyuk, sesiapa yang hendak selamat daripada jatuh seperti
bani Israil, bacalah Quran, fahamilah Quran dan ikutilah ajaran Quran.
Imam
Suyuti, pula memberitahu, Quran memberi petunjuk kpd kita, tentang
pelbagai jenis sakit atau masalah dan Quran juga beritahu bagaimana
ubatnya, contohnya zaman Nabi Ibrahim sakit apa, ubatnya apa. Allah
tunjuk jln yg betul, contohnya arak dan zina haram, kita mesti pegang
betul-betul.
Nabi saw. bersabda, jangan baca Quran dalam 3 hari saja, baca
dan fahaminya akan menjadikn kita lebih baik, sesungguhnya ini Quran,
satu hujungnya di tgn Allah, satu hujung lagi di tangan kita, jd tolong
pegang kuat-kuat, dengan cara buat apa yang Tuhan suruh, tinggal apa Tuhan larang,
selama-lamanya kamu akan selamat.
Nabi bersabda diriwayatkan oleh
Tarmizi, kitab Allah AlQuran, di dalamnya ada cerita, ada berita, pada
zaman nabi-nabi dan cerita-cerita masa depan, contohnya tentang
kiamat. Org cerdik akan belajar sejarah, dan hindari diri daripada ikut
kesilapan yang telah dilakukan. Kemudian pelajari tentang masa depan
dan buat persediaan untuk menghadapi masa depan yang kekal abadi, iaitu mati.
Quran adalah hakim,
contohnya untuk kesalahan bunuh, kesalahan zina, Quran ini kata-kata
pemutus, td salah dan, td blh main-main, td blh syak wasangka, setiap
huruf ada makna. Membaca Quran, dgnnya kita td akan terpesong dgn hawa
nafsu. Sebab itu orang alim tidak akan kenyang dgn Quran dan tak pernah
jemu dengan membacanya. Siapa yg tinggal Quran, Allah akn hancurkan.
Jika sebaliknya jika semua hal ikut Quran, faham yang dibaca, at
mudahnya ikut nabi, Sesungguhnya Allah memuliakannya, Allah akan angkat
darjatnya. Sebaliknya sesiapa tinggal Quran, Allah akan hina dia.
Imam
AlBaihaqi berkata, hati-hati kita akan berkarat, jika nak hati bersinar,
banyaklah ingat mati, dan banyaklah baca Quran, Allah akan buka
hijab-hijabnya.
Nabi berkata, Quran itu tali Allah, dia cahaya
yg jelas, penyembuh yg bmanfaat, pemberi perlindungan, dan membantu dan
menjayakan. Sesiapa yg ikut Quran jika ada kejadian yg silap, Quran akan tolong. Allah
akan beri hidayah. Sebenarnya hidayah Allah ada empat yang boleh dilihat.
1. Hidayah percuma Tak payah cari Allah bg free
Surah Taha 50, "Allah bagi hidayah setiap apa yang Tuhan cipta," - manusia dan juga makhluk lain kucing, kerbau atau lembu. Contohnya tahu bila nak makan, tidur dll lagi keperluan asas manusia.
Surah Taha 50, "Allah bagi hidayah setiap apa yang Tuhan cipta," - manusia dan juga makhluk lain kucing, kerbau atau lembu. Contohnya tahu bila nak makan, tidur dll lagi keperluan asas manusia.
2.Hidayah yg menunjukkan dan menjelaskan, kebesaran AlQuran dan Hadis Nabi Mohamad, seperti dinyatakan dalam surah Almaidah, "Allah
bg hidayah siapa baca Quran. Dalam surah Syura 52, Allah bg pertunjuk, tidak ada
kebaikan bg mana-mana hamba melainkan, mendapat pertunjuk drp Nabi dan Quran.
3. Hidayah taufik, pertolongan, satu benda yg betul,
Hidayah ini permulaannya oleh hamba, tapi akhinya disempurnakan oleh Allah, kita kena mula, usaha, cari
barulah Allah bagi, seperti tersebut dalam surah AlAnfal 23, kalau Allah tahu ada kebaikan Allah bg lagi
kebaikan kepada hambanya yang telah melakukan sebarang kebaikan.
4. Hidayah untuk menuju ke jalan syurga Allah,
Orang yang istiqamah, akan mendapat taufik dan hidayah, contonya Allah beri hidayah untuk melepasi titian sirat al mustaqim.
Kebesaran Quran diakui juga oleh orang bukan Islam walaupun mereka tidak beramal dengan Quran. Begitulah hebat dan indahnya AlQuran kitab Allah yang maha agong ini. Alwalid Ibn Mughirah,pernah berkata, "Quran hebat,
aku br blk dr rumah Mohamad, aku dengar satu kalam dari AlQuran, aku rasa bukan
dari kalam manusia, tapi ayat cukup sedap didengar dan cukup mempesonakan.
Ayt di ats hebat, di bwh hebat, td ada ayat yang lebih hebat drp ayat
Quran"
Untuk semua yang kukasihi, sahabat handai, kaum keluarga, kenalan baru dan lama, tidak lupa anak menantu tercinta, kutitipkan sedikit santapan rohani buat penyeri kehidupan di dunia dan akhirat nanti. Jika kita mengharapkan hidayah, bacalah Quran, fahamilah ia dan amalkan Quran dan suruhan Nabi Mohamad saw, mudah-mudahan kehidupan dunia dan kehidupan di akhiratsana, akan sentiasa mendapat pertunjuk dan perlindungan Allah insyaa Allah.
No comments:
Post a Comment