Tazkirah pagi
24 Mac 2013
Oleh Pn Noor Asyikin Yusof
3 golongan manusia dalam pekerjaan
1. Manusia yang suka bekerja
Golongan
ini suka mencari kerja, mereka tidak perlu disuruh melaksanakan
sebarang kerja, atau diarah untuk buat sebarang kerja. Mereka tidak
pernah mencuri tulang atau membuang masa semasa mereka bekerja.
Golongan ini akan sentiasa seronok dan bersemangat untuk bekerja. Mereka
akan mendapat balasan baik drp Allah di dunia mahupun di akhirat.
2. Manusia yang perlu disuruh untuk bekerja
Golongan
ini pada setiap masa tidak berdaya maju atau tiada initiatif untuk
melaksanakan tugas. Mereka perlu sentiasa disuruh, diarah dan ditunjuk
setiap kali melaksanakan tugas. Sebarang tunjuk ajar yang diberi tidak
difahami dan tidak amalkan pada masa yang lain. Jadi pada setiap masa
mereka terpaksa disuruh. Mereka ini ibarat hidup segan matu tak mahu,
yang sentiasa menyusahkan orang lain dan tidak membawa kecemerlangan
kerana membuat kerja-kerja rutin sahaja.
3. Suka tengok orang buat kerja
Golongan
memang ini memang tidak suka bekerja, tidak bekerja bersungguh-sungguh
walau disuruh melakukan kerja. Mereka lebih suka bekerja seadanya saja,
dan seronok melihat orang lain bekerja, dan kadang-kadang mentertawakan
orang-orang yang bekerja bersungguh-sungguh. Mereka boleh melemahkan
semangat kerja orang lain, dan kadang-kadang menjadi virus di tempat
kerja. Golongan ini barangkali selalu mengatakan tidak larat dan tidak
sihat, maka 50 peratus daripada tenaga dalaman mereka sudah hilang.
Mereka bertenaga dan bergembira melihat orang lain bekerja saja.
Marilah
kita sama-sama muhasabah diri kita. Kita tergolong dalam golongan yang
mana satu. Kalau kita bersetuju bahawa kerja itu ibadat, golongan
manakah kita, yang membolehkan kita berlumba-lumba, mendapatkan pahala
yang sebanyak mungkin, sepanjang masa kita bekerja.
Di samping
itu, marilah kita bersyukur, setiap hari yg dilalui memang sangat
berharga. Hari ini kita masih hidup dan dapat meneruskan kehidupan dan
dapat berada di tempat kerja seperti biasa. Begitu juga hargailah
orang-orang yang berada di sekeliling kita, gembirakan hati mereka.
Jadilah pekerja yang baik dan cemerlang, jadilah sahabat yang
menyenangkan semua orang. Dengan itu kita dapat menambah pahala dan
mendapat redha Allah yang maha esa, dalam kehidupan bekerja dan
kehidupan di alam semesta.
No comments:
Post a Comment