19 APRIL 2018: KHAMIS
MOSTAR - SARAJEVO (BOSNIA)
Suasana pagi yang dingin di Mostar |
Walau masih pagi sudah ada peminta sedekah mencari rezeki |
Sebuah mesjid dekat hotel |
Kesan tembakan jelas kelihatan |
Kesan perang lagi..... |
Membelakangi satu lagi masjid |
Pelbagai jus dan madu |
Untuk sampai ke bazaar kami melalui sebuah masjid yang agak besar, di sebelahnya terdapat kuburan. Kami nampak batu nisan yang tinggi dan besar, barangkali ulamak besar atau yang mati syahid, kami tidak tahu. Kami juga melewati War Muzeum, sedih pun terasa, tapi itulah ketentuan Ilahi kepada makhlukNya. Kami terus berjalan ke bazaar yang kelihatan meriah pada pagi itu.
Sebuah kedai cenderamata copper |
Satu lagi suasana kampung |
Perkampungan di kaki gunung |
Sedang mengusahakan tanaman |
Hampir tengah hari lebih kurang jam 11.30, kami singgah di Jablanica untuk makan tengah hari di Restoran Kovasevic, yang terletak di tepi klif menghadap ke lereng-lereng bukit dan sungai, sungguh cantik pemandangan di sini. Masha Allah sungguh banyak nikmat Tuhan untuk hambaNya nikmati, alhamdulillah. Hari ini puas makan nasi dengan kambing panggan panas-panas, sambil menikmati udara nyaman dan pemandangan indah di tepi sungai yang airnya kelihatan biru dan bunyinya airnya deras menderu.
Di hadapan rumah yang dibina terowong Tunnel Of Hope |
Kesan peluru jelas kelihatan tinggalan perang |
Di situlah terbinanya sebuah terowong Tunnel Of Hope, bermula dari sebuah rumah seorang wanita unggul, sehingga ke Lapangan Terbang lebih kurang jaraknya 800 meter di bawah tanah. Beberapa orang tentera telah dengan secara sukarela membina terowong itu untuk untuk penduduk Sarajevo dapat berhubung dengan dunia luar.
Melalui terowong itulah mereka mendapat bekalan makanan, bekalan ubat-ubatan, dan juga sebarang bentuk bantuan dari luar untuk mereka terus dapat bertahan selama mereka dikepung kafir laknatullah hampir tiga tahun. Sungguh terharu mendengar kisah-kisah penderitaan yang ditanggung saudara seagama kita, subha nallah, semoga Allah memberikan mereka yang terkorban tempat di kalangan orang-orang beriman yang syahid menentang kafir yang dilaknati.
Taklimat yang menyayat hati |
Membawa pesakit untuk rawatan melalui terowong |
Wanita bertudung adalah pemilik rumah yang berjasa kepada bangsanya |
Desiran air sungai yang menderu-deru |
Sungai-sungai di Vrela Park |
Pepohon nan rimbun |
Tasik yang mendamaikan |
Bandar Sarajevo yang moden |
Sungai yang bersih di tengah bandar Sarajevo |
Pemandangan petang |
Corner of WW1 |
Selepas itu kami terus melawat ke Sarajevo Old Town, yang sangat ramai pengunjungnya, dan ramai pula orang melepak-lepak menikmati kopi memanaskan badan di petang yang agak dingin itu. Ramai juga peminta sedekah yang mengekori kami, remaja dan juga kanak-kanak semasa kami berjalan ke Bascarsija Old Town Bazaar. Alangkah sedih melihatnya, yang miskin, dan yang meminta sedekah orang Islam. Rasa kurang selesa kerana kelihatan satu jurang yang sangat jauh antara Islam dan yang lainnya. Tapi itulah hakikatnya yang dipandang mata.
Sepetang di Sarajevo Old Town |
Kami berpeluang menikmati suasana petang yang nyaman dan indah. Ramai yang membeli cenderamata dan lain-lain lagi. Kami juga dapat menikmati pemandangan indah matahari hampir terbenam di situ, sebelum kami dibawa ke Hotel Hollywood untuk bermalam bagi merehatkan badan setelah seharian berjalan menikmati sejarah silam dan keindahan alam di Sarajevo .
Berjalan untuk menaiki bas yang sedang menunggu |
Musim bunga Sarajevo baru bermula |
Kesan perang lagi... |
No comments:
Post a Comment