DAY 7: 18 APRIL 2018: RABU
DUBROVNIK (CROATIA) - PLOCITEJL - BLAGAJ - MOSTAR
(BOSNIA)
Dubrovnic Port yang cantik |
Di Balkoni Adria Hotel selepas sarapan |
Pelabuhan Dubrovnik yang kelihatan indah |
Seperti biasa jam 7.00 pagi kami bersarapan ala Inggeris - roti, biskut, cereal, buah-buahan dan minuman. Bersama kami pagi itu ada satu lagi kumpulan dari Malaysia yang menghadiri Persidangan Juru Ukur (Surveyer) di Dubrovnik. Seperti biasa jam 8.00 pagi Mr Berto siap sedia membawa kami meneruskan perjalanan pagi ini ke Mostar Bosnia. Perjalanan ke sempadan Bosnia cuma satu setengah jam sahaja. Dan lebih kurang jam 9.15 pagi, kami melalui Imegresen Croatia dengan mudah, kerana kebetulan pegawai bertugas itu kawan Mr Berto. Alhamdulillah Allah permudahkan kami dengan nikmat yang tidak diduga.
Pemandangan di Croatia sebelum tiba di sempadan |
Pemandangan indah di Bosnia dari bas |
Bergambar kenangan di Blagaj selepas makan tengah hari |
Membelakangi Buna Spring yang nyaman di Blagaj |
Di restoren menunggu hidangan disajikan |
Pusat Islam Tekija,tingkat bawahnya musolla, tingkat atas perpustakaan |
Berlatar belakang tanah perkuburan |
Menuju Mostar Old Town, membelakangi bangunan kesan tembakan perang |
Di atas Old Bridge merentasi Sg Neritva |
Gerai-gerai di Old Town |
Kemudian kami melintasi sebuah gereja terbesar di Mostar, di tiang menaranya tertulis "Pillar of Peace". Terasa di dalam hatiku semuanya sandiwara saja, kalau tidak masakan berlaku peperangan antara orang Islam dan orang Kristian di neageri-negeri Balkan.
Gerai-gerai Old Town |
Menunggu makan malam Di Restoran Libirint |
Kami memasuki Mostar Old Town, meninjau-ninjau Old Bazaar. Di kiri kanan jalan banyak gerai-gerai berjualan cenderamata, makanan, kopi, baju, selendang dan lain-lain lagi. Kami melalui Main Hammam iaitu Muzeum Mostar, tapi kami tidak berkesempatan melawat ke dalamnya kerana sudah tutup. Sedang kami berjalan, tidak sedar sudah masuk waktu Asar. Masya Allah alangkah syahdunya mendengar azan berkumandang di Mostar Bosnia. Kami berhenti sejenak menjawab azan semasa berada di atas Old Bridge yang merentasi Sungai Neritva, yang air sungainya deras dan kedengaran menderu-deru.
Membelakangi Old Bridge |
Orang-orang kuat bersama Mr Liere |
Sambutan hari jadi di Restoran Libirint Mostar |
No comments:
Post a Comment