15 APRIL 2018 : AHAD
OHRID - SKOPJE (MECEDONIA) - PRIZREN (KOSOVO)
Pintu gerbang di Skopje berhampiran Restoran Admiral Ragusa |
Di hadapan Restoran |
Perjalanan ke Prizren berbeza dari perjalanan ke Skopje. Jalan agak lurus kerana kami lalu di National Highway ke Kosovo dan kawasannya lebih lapang kerana kawasan tanah dataran. Tapi kelihatan seperti penduduknya tidak begitu ramai kerana jarang-jarang sekali kelihatan rumah-rumah di sepanjang jalan ke situ.
Memang Kosovo ialah sebuah negeri kecil lagi miskin tapi pemandangannya sungguh cantik. Ia merdeka dari Yugoslavia pada tahun 2008. Keseluruhan penduduknya berjumlah 1.6 juta orang dan kebanyakanya orang berbangsa Albania, Turki dan lain-lain. Lebih daripada 90 peratus daripada mereka beragama Islam, sebab itulah terdapat banyak mesjid di Prizren ini.
Masjid ..... |
Pemandangan yang sejuk mata memandang |
Satu lagi kawasan perumahan |
Sungai di tengah bandar |
Kami pula terpaksalah bergegas ke bilik hotel untuk sembahyang di bilik kerana masa sudah agak lewat takut terlepas waktu pula. Selesai solat, tiba waktu maghrib kami dengar azan berkumandang dari banyak masjid bersahut-sahutan. Terasa seperti di Malaysia pula, sungguh tersentuh perasaan kami. Di bumi Kosovo sudah boleh kedengaran azan, alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah. Semoga saudara Islam kami akan terus mendapat hidayah dan pertunjuk demi menghidupkan Islam sebagai addeen. Mereka sudah lama kosong jiwanya semasa di bawah Komunis. Kini tidak lagi, mereka sudah boleh mengamalkan agama, dan dapat kami rasakan sudah mulalah syiar Islam menyinari kehidupan mereka.
Selepas selesai solat maghrib di kamar, di Malam yang dingin, kami berkumpul semula di Lobby jam 7.30 malam untuk melawat Prizren Old Town dan berjalan ke sebuah restoran menikmati jamuan makan malam di situ. Bandar Tradisi Prizren ini sungguh unik, kerana bandarnya dipisahkan oleh sungai dari sebahagian bandar baru Prizren yang lainnya. Bentuk muka buminya pula tidak rata kerana terletak di kaki bukit. Sambil melihat kedai-kedai yang kami lalui, didapati jalannya dibuat daripada batu batan untuk pejalan kaki sahaja, dan boleh dikatakan kenderaan tidak lalu di situ. Kebanyakan kedai sudah mula ditutup, yang masih buka ialah sebahagian kedai-kedai kecil seperti bazaar. Kelihatan ramai pengunjung sedang menikmati kopi dan makan-makan di restoran. Ramai sungguh orang lepak-lepak di kedai kopi menikmati suasana dingin malam, bersama haruman segar kopi yang mengasyikkan. Kehidupan malam di Prizren sungguh meriah, kerana mereka dengan tenangnya menghabiskan masa di situ. Patutlah Mr Liere kata orang Alabania malas dan suka bersenang-senang sebab itu mereka susah
Sambil menuggu di hadapan restoran di suatu kawasan lapang seperti dataran, kelihatan ramai orang menghabiskan masa di situ, terdapat beberapa kumpulan budak-budak bermain gendang untuk mengutip wang sebagai mata pencarian. Kami bagi 2 EURO, ditanya nama dan dia terus menyanyi sambil bermain gendang tradisi mereka. Menurut Liere ini suatu sindiket minta sedekah, menggunakan anak-anak untuk mencari nafkah. Macam-macam cerita pula. Tapi kami lihat budak-budak itu dengan gendang, mereka satu kumpulan tiga orang, bergerak dari meja ke meja di restoran tempat orang sedang makan-makan atau minum kopi, untuk menghiburkan sambil mendapatkan habuan mereka pula. Macam-macam pula kerenah dunia dalam zaman yang serba susuh ini, hanya Allah saja yang tahu. Mudah-mudahan mereka mendapat hidayah insya Allah.
Jam 8.00 kami dipelawa masuk ke restoran. Ramai sungguh orang menjamu selera di situ. Barangkali sedap masakannya, kami terus ke atas kerana sudah ditempah lebih awal makananya. Sajian kami malam itu kebab daging panas-panas. Sedaplah juga makan daging panas, sup dan salad seperti biasa. Bolehlah sekadar mengalas perut bagi meneruskan perjalanan esoknya. Oleh kerana terlalu letih selesai makan kami terus pulang ke kamar untuk melejangkan otot. Dan kami akan berjumpa lagi pagi besok pagi jam 5.30 untuk solat subuh berjemaah di masjid insyaaAllah.
Sungai yang menambahserikan bandar Prizren |
Menikmati Pemainan gendang sebelum makan malam |
Jam 8.00 kami dipelawa masuk ke restoran. Ramai sungguh orang menjamu selera di situ. Barangkali sedap masakannya, kami terus ke atas kerana sudah ditempah lebih awal makananya. Sajian kami malam itu kebab daging panas-panas. Sedaplah juga makan daging panas, sup dan salad seperti biasa. Bolehlah sekadar mengalas perut bagi meneruskan perjalanan esoknya. Oleh kerana terlalu letih selesai makan kami terus pulang ke kamar untuk melejangkan otot. Dan kami akan berjumpa lagi pagi besok pagi jam 5.30 untuk solat subuh berjemaah di masjid insyaaAllah.
No comments:
Post a Comment