16 APRIL 2018: ISNIN
PRIZREN - FIERZE - LAKE KOMAN - SHKODER
Membelakangi Hotel CentrumPrizren Kosovo sebelum menaiki bas |
Segarnya buah-buahan..... |
Pelbagai jenis kekacang |
Kemudian kami meniggalkan Kosovo meneruskan perjalanan kami ke Fierza Albania. Di situ terdapat tasik buatan yang terbesar di Albania, yang menjadi pusat janakuasa elektrik. Perjalanan kami melalui kawasan bukit bukau, dan kami masih dapat lihat Albanian Alps puncaknya masih diliputi salji. Oleh kerana perjalanan agak jauh kami berhenti sekejap dalam perjalanan di Celaku Club Yezerta untuk qadha hajat. Suasana sungguh sejuk, tambah-tambah lagi dalam cuaca hujan renyai-renyai menjadikan kami sangat terasa sejuk dan perlu berhenti juga.
Celaku Club |
Jeti Fierza |
Mula belayar di Lake Koman |
Sebahagian pemandangan indah |
Damainya alam citataan Tuhan untuk dinikmati |
Mencari rezeki Di Lake Koman |
Menghampiri Jeti Lake Koman |
Mendarat di Jeti |
Sebelum menaiki van |
Pemandangan dari bilik Hotel Rozafa |
Jadi di Shkoder kami tidak sempat menikmati city-tour kerana sampai lewat petang. Kami hanya mendengar cerita dongeng tentang Rozafa. Ia seorang wanita unggul yang menjadi mangsa korban. Pada zaman dahulu penduduk tempatan membina kota untuk membentengi kawasan kediaman, malangnya tembok yang terbina selalu saja roboh dan runtuh. Jadi mereka perlukan satu korban, dan Rozafa telah terpaksa dijadikan korban. Sehingga kini namanya menjadi legenda bagi bandar Shkoder, kerana kononnya dengan pengorbananya, selepas itu tembok kota tidak lagi runtuh. Wallahuaklam. Selesai makan kami terus merehatkan badan untuk berkumpul besoknya, jam 5.00 pagi bagi berjemaah di masjid Ebu Bekri Mosque di hadapan hotel itu.
No comments:
Post a Comment