Tazkirah pagi 28 Nov.2012, disampaikan oleh Ustazah Hamidah Abdul Aziz
![]() |
Makan tengah hari di rumah PK, salah satu aktiviti ukhwah..... |
Berikut diberikan saranan berdasarkan alQuran dan Hadis Rasulullah saw, tentang cara-cara untuk mengukuhkan ukhwah Islamiah untuk dijadikan iktibar dan dicontohi, serta diamalkan untuk kecemerlangan organisasi, dan juga untuk kesejahteraan umat seluruhnya:
- Sesungguhnya senyuman yang diberikan adalah suatu sedekah dan mencetuskan kedamaian sesama kita.
- Perkataan yang baik sesama kamu, merupakan suatu sedekah dan dapat mengeratkan hubungan antara sesama kamu.
- Tolong menolonglah kamu ke arah perkara-perkara kebaikan, bukan ke arah perkara-perkara keburukan.
- Berilah pertolongan sekadar yang termampu oleh kamu, dan berilah pertolongan dengan penuh rasa ikhlas.
- Digalakkan kamu memberi pandangan dan cuba menyelesaikan masalah dengan baik.
- Adalah amat baik jika kamu dapat meringankan beban saudara kamu, dan berdoalah untuk kesejahteraan mereka.
- Jika dapat dielakkan, janganlah kamu memberatkan saudara kamu dengan apa cara sekali pun.
Kasimpulannya, ukhwah Islamiah dapat melahirkan masyarakat yang aman, harmonis, bermuafakat, berkasih sayang dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Marilah kita sama-sama mengamalkannya untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment