Mengajar, selalu
dikatakan suatu kerja yang sangat meletihkan. Setiap hari, guru banyak terlibat
dengan interaksi yang boleh menimbulkan rasa letih atau ketegangan....
Sebenarnya, ada dua jenis ketegangan yang sangat meletihkan. Yang pertama,
disebabkan kerana bekerja bersendirian, rasa tidak dihargai, rasa kurang
berjaya, dan rasa kecewa kerana tidak dapat merubah apa-apa dalam pekerjaan. Ketegangan yang kedua, ialah rasa letih
yang tidak terhingga, disebabkan oleh kerana
terlalu banyak kerja di sekolah, yang
dilakukan bersungguh-sungguh dalam satu pasukan,
bertungkus lumus mencapai sasaran sekolah
yang ditetapkan bersama, dan
sama-sama sepakat mengaku dan merasakan bahawa semua kerja yang dilaksanakan
bersama-sama itu, telah membawa perubahan yang besar kepada pelajar yang lemah
dan juga rakan-rakan sekerja yang lain yang memerlukan.
Sebenarnya, budaya
sekolah banyak menyumbang kepada jenis ketegangan yang kita rasa, sama ada menjadikan
kita semakin tegang, atau ia memberikan suatu pengalaman yang sangat berharga
yang menyumbang kepada kejayaan kita, dan kejayaan lain di sekolah. Ini
bergantung kepada setiap orang di kalangan kita. Pentadbir boleh membantu dan
sememangnya membantu kita. Tetapi penyelesaiannya tidak hanya bergantung kepada
faktor itu sahaja. Ia sangat bergantung kepada muafakat setiap orang guru dan
kumpulan-kumpulan kecil guru dan juga pentadbir, yang menjadikan sekolah itu
mempunyai budaya sekolah yang kelihatan sangat professional, seperti yang dikehendaki
oleh warga sesebuah sekolah. Inilah yang yang patut kita perjuangkan sama ada
di sekolah atau di luar sekolah. (Barry
Pullen)
(Dipetik daripada – Worth Fighting by Donna Duke)
No comments:
Post a Comment