Suatu hari semasa kami
pusing-pusing di Pasaraya Peladang sebelum membeli barang keperluan, kami
tertarik dengan tawaran seorang juru jual buku untuk pembelajaran anak-anak.
Seperti ibu bapa lain, yang sedang membesarkan anak-anak yang masih kecil, kami
memang sangat tertarik untuk mendengar cerita tentang baiknya dan hebatnya buku
yang ingin dijual kepada kami dari Syarikat Grolier itu.
Konon cerita ’package’
yang ditawarkan yang terdiri dari flashcards
(kad imbas), set buku, dan kaset, memang
terbukti amat berkesan untuk pembelararan anak-anak dalam lingkungan umur tiga
tahun ke atas. Dengan kad imbas kononnya kita dapat mengajar anak menguasai
bahasa inggeris dengan sangat santai dan berkesan. Kemudian pembelajaran itu
dikukuhkan lagi dengan mendengar kaset dan merujuk buku sambil
bermain-main. Jadi mereka dengan sangat yakinnya memujuk kami membeli
set buku itu untuk dua orang anak kami, along dan angah yang sedang membesar
waktu itu.
Papa belikan semua yang
ditawarkan, dengan harga yang boleh tahan mahalnya. Maka bermulalah permainan
baru dengan anak-anak. Semasa mereka main-main, atau sedang lari-lari, tunjukkan satu dua flashcards, bacakan
berkali-kali dan tunjukkan gambarnya sekali, kemudian main lagi dan tanya lagi.
Sedang menonton tv tunjuk lagi, sedang dalam kereta, tunjuk lagi, sehinggalah
mereka boleh berikan jawapan, atau boleh baca, tanpa dibantu dengan gambar.
Selepas dah kenal dan boleh baca flashcards, bila ada masa, mama
akan buka kaset, ambil buku dan flashcards. Sambil dengar kaset mama akan
ajar anak-anak membaca buku. Begitulah
yang dibuat setiap hari, digunakan masa lebih kurang lima minit setiap kali
tunjuk flashcards sambil bermain, sehinggalah anak boleh membaca buku A
sehingga buku Z dengan jayanya. Sebelum anak masuk sekolah mereka sudah boleh
membaca, membaca buku Bahasa Inggeris dengan lancar.
No comments:
Post a Comment