Saturday, June 29, 2013

MARI BERSEDEKAH




Sesungguhnya semua orang amat tahu dan amat sedar tentang baiknya sifat pemurah dan suka bersedekah.Tapi berapa ramaikah yang menghayatinya? Berapa ramaikah yang mendalaminya? Dan berapa ramaikah dapat mengaplikasinya dalam semua aktivit yang dilalui saban hari dalam semua aktiviti kehidupan? Ramai orang mengaitkan bersedekah itu dengan berderma wang ringgit. Ramai juga yang faham bersedekah itu lebih jauh sedikit, iaitu menolong orang dengan kudrat dan tenaga yang dapat disumbangkan, pun juga satu sedekah. Dan alangkah nikmatnya jika kita dapat menghayatinya dan menrenungkan amalan sedekah dalam pekerjaan seperti seorang guru. Banyak sungguh sedekah yang ditaburkan oleh guru yang tidak terbayangkan balasannya di sisi Allah nanti. Bayangkan kelas tambahan setiap hari, kelas ulangkaji setiap hujung minggu, kem setiap cuti sekolah, tidur bersama pelajar setiap kali Qiamullail, majlis berbuka, majlis-majlis lain waktu malam, dan banyak lagi yang memerlukan guru bekerja di luar waktu pejabat, dan meninggalkan anak isteri, suami dan rumah tangga untuk melaksanakkan tugas tanpa bayaran apa-apa. Sangat jelas ramai guru yang sedar dan merasai nikmat bersedekah itu kerana tiadak pernah sedikitpun mencari helah untuk tidak hadir, tidak pernah sedikit pun merungut, malah sentiasa terlibat dengan sungguh bersemangat, dan rela. Semoga Allah sajalah yang layak memberikan balasanNya.........

Sunday, June 16, 2013

JALAN-JALAN KE LANGKAWI


14 JUN 2013
KUALA PERLIS

Lama sudah tidak menjenguk blog ini. Dalam perjalanan balik kampung ke Langkawi terpanggil untuk menulis pula. Pertama, tidak disangka-sangka ramai pula orang di jeti Kuala Perlis yang sudah berubah rupanya dan moden, lengkap dengan tempat duduk yang cantik kerusinya, sehinggalah kepada hawa dingin yang sejuk, menyenangkan semua penumpang. Cuma orangnya yang terlalu ramai, barang kali saiznya tidak cukup besar, berbanding pengunjung yang sudah semakin meningkat.

Kedua, amatlah seronoknya dapat naik bot yang besar dan kelihatan baru. Tempat duduk nombornya 567 dan 568, kerana bot sebesar itu muatannya untuk 600 orang penumpang.. Dalam perjalannan selepas letih membaca kami terlena.Tapi bila ramai dan riuh rendah bunyi tangisan budak-budak kami terjaga. Patutlah ramai yang menangis. Kalau orang dewasa tidak malu, sudah pasti semuanya akan menangis  juga. Bot cantik sebesar itu, 'aicond' tidak dapat dirasai, dan penumpang sangat panas dan seolah-olah sesak nafas. Sungguh satu penderaan yang tidak sepatutnya. Kalau mereka mengaut keuntungan, berilah sedikit keselesaan kepada penumpang. Barulah adil - menang-menang. Tapi inilah realitinya sejak dulu hingga kini, perjalanan ke Langkawi jarang ada yang sempurna.

Alangkah baiknya kalau perjalanan ke Langkawi dapat meninggalkan kenangan manis. Alangkah indahnya pula  kalau percutian ke Langkawi diiring  dengan semua yang indah dan menyenangkan, supaya dapat dikenang sampai bila-bila.

Tuesday, May 7, 2013

MALAM SONGOM DERAMPUN


Songom derampun  berasal dari perkataan suku kaum Bajau, bermaksud berkumpul dan bersatu, jadi malam songom derampun bermaksud  malam berkumpul Pengetua  beramai-ramai dari seluruh Malaysia, yang dapat  mengeratkan lagi perpaduan. Sesungguhnya  berkumpulnya pengetua-pengetua seluruh Malaysia,  pada malam ini sebagai tanda kukuhnya perpaduan barisan peneraju sekolah, menyokong kuat program-program KPM, demi kemajuan dan kecemerlanag pendidikan negara. Memang sangat tepat, tema persidanagan, " Kepimpinan berprestasi tinggi menjana kepimpinan berkualiti". Yang manisnya jamuan pada mAlam ini  ditaja oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi mengalu-ngalukan dan meraikan semua Pengetua yang hadir bermesyuarat.

Sungguh tidak dapat disangkal, besarnya peranan Pengetua, bersama guru-guru, sbg pemangkin kecemerlangan pendidikan. Sesungguhnya, Pengetua mahupun guru, mesti melihat semua keperluan untuk menjayakan KPI yang ditetapkan.  Sesungguhnya kepimpinan warga guru yang berkualiti akan dapat menjana kualiti sekolah, terutamanya kpd pelajar. Semuanya perlu dilaksanakan dgn penuh bijaksana. Sesungguhnya bukanlah mudah menjana kecemerlangan anak bangsa, semuanya memerlukan komitmen, kesungguhan, ketelitian, kesabaran dan akal budi yang amat tinggi.

Begitulah ucapan tetamu utama Pengarah Pelajaran Negeri Sabah mewakili Ketua Menteri yang sangat sibuk dengan urusan pilihan raya yang sudah sangat hampir. Tambah syahdu lagi, kami berkongsi cerita sebuah kisah benar yang dilalui sendiri oleh Pengarah semasa menjadi Pengetua.  Kisah itu menunjukkan betapa besarnya peranan guru, betapa keramatnya sentuhan seorang yang bernama guru, dan impaknya kepada anak bangsa. Apalah ada kepada guru, kerana pada guru, tiada lain melainkan melihat kpd persepsi seorang murid semata-mata. 

Suatu waktu dahulu di  sabah, Seorg guru perempuan selalu mengadu, tentang pelajarnya, nakal, tidak buat kerja sekolah, tidak beri perhatian pada guru, tidak kemas, dan ada saja masalah, yang kurang menyenangkan. Guru yang bersemangat mengajar selalu merungut tentang muridya itu, dia dikatakan malas, dan bodoh.

Suatu hari Sabtu, guru itu berkunjung ke rumah pelajarnya. Alangkah, alangkah sayu dan tersentuhnya hati seorang guru. Pelajar yang sering dimarahinya, telah menyambutnya dengan sopan, disambut oleh emak dan adiknya juga, di tepi tangga yang usang. Rupanya bapanya telah lama meninggal,  lama sudah. Rumahnya beratap rumbia, berlantai buluh, juga tangganya buluh, tiada bekalan elektrik, mandi diperigi, tiada bilik tidur, cuma ada ruang kosong  sebagai ruang tamu dan dapur untuk memasak.  Tiada juga tempat untuk belajar, waima meja untuk membuat kerja sekolah pun tiada juga.  Alangkah tersentuhnya hati, alangkah sangat malangnya anak ini. Ubi rebus dan air kopi yang dihidang rasa tak dapat nak ditelan walaupun kelihatan sangat menyelerakan.

Sungguh terharu, sungguh amat sayu, Budak itu melakukan kesalahan tidak hadir ke sekolah, bukan kerana nakalnya, tapi kerana sukarnya perjalanan ke sekolah yang jauh. Budak itu sangat comot dan kotornya bajunya. Masakan tidak, baju dan kasut dipinjam drp jirannya. Aduhai anak nan malang, sungguh sayu, sungguh sangat terharu. Yg amat menyedihkan lagi, semasa guru turun tangga untuk pulangnya, budak itu berdiri di tangga dan berkata, "maafkan saya cik  gu, rumah saya buruk dan jauh, makanan pun tiada, cuma makanan kampung". Bagai hancur luluh hatinya, melihat dan merenung mata  anak yang kerdil dan tubuhnya yang tak bermaya itu.

Terasa luluh hati hatinya lagi, sebelum pulang, dia dibekalkan pisang, jagung, dan ubi kayu sbg buah tangan. "ini saja yang saya ada cik gu, maafkan saya.'  Guru itu sangat terharu dan hatinya sungguh sayu tak terhingga. Akhirnya, anak yang malang itu nasibnya terbela. Guru yang prihatin itu mengambil anak itu menjadi anak angkatnya, tinggal di rumahnya, belajar bersamanya, dan ditanggung sepenuhnya. Dengan izin Allah anak malang itu akhirnya  berjaya dalam peperiksaannya, dan berjaya ke menara gading.

Maha suci Allah besarnya perhatian guru, dengan sedikit sentuhan rasa, telah mengubah persepsi seorang anak malang, menjadi anak yang berjaya mengharungi ranjau menuju kejayaan dalam hidupnya. Semasa bercerita itu berkali-kali Tuan Pengarah menyebut 'aramaite'  untuk mengurangkan sebak di dadanya dan juga sebak di dada kami. (Bahasa kadazan dusun  - bermaksud berkumpul beramai-ramai untuk bergembira). Begitulah terharunya malam songom derampun yang kami lalui.

SEKOLAH DATUK PETER MOJUNTIN KK


Lawatan ke SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang
24 April 2013
Sek Sukan Negeri dan Sekolah Kluster Kecemerlangan Luar Bandar
Pengetua Pn Noraini Fauzia bt Derin
Visi sekolah  - Lestari Penjana Generasi Gemilang

Tepat jam 1.45 th kami semua menaiki bas menuju ke SMK Peter Mojuntin, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Lawatan penanda aras ini dirancangkan khusus untuk Pengetua-Pengetua yang bersidang di negeri di bawah bayu ini. Hujan lebat menyambut ketibaan kami, bersama Pengetuanya yang masih muda serta barisan pengurusan dan sejumlah guru-guru dan pelajar-pelajar yang mengiringi kami dengan payung ke Bilik Mesyuarat.

Berjalan menuju ke Bilik Gerakan, terasa seperti berada dalam sebuah taman indah yang nyaman. Di kiri kanan laluan dihiasi pokok-pokok hiasan pelbagai jenis dan rupa bentuk yang indah, tersusun rapi dan subur.  Disambut di bilik gerakan memang kelihatan budaya cemerlang seluruh warganya. Kami mendengar taklimat Pengetua, memang sangat menarik dan ternyata sesuai menjadi sekolah kluster kecemerlangan, sekolah luar bandar. Yang paling menarik, taklimat pengetua turut dikongsi bersama pelajar-pelajarnya. Barang kali inilah juga caranya meningkatkan 'self-esteem pelajar', dan inilah juga caranya berkongsi kejayaan dengan seluruh warga sekolah.

Walaupun berada di band 4 dan ranking sekolah berada di tahap  809 / 2012 tapi kami semua, sungguh rasa teruja dengan keindahan persekitaran sekolah yang sungguh indah dan ceria.  The reward goes to Penolong Kanan  Kokurikulum, yang sungguh tekun, sungguh teliti, dan  sungguh komited, merangka keceriaan dan melestarikan keceriaan sekolah dan dapat mengekalkan keindahan, dan kebersihan pada setia masa dan ketika.

KEMBARA DI NEGERI DI BAWAH BAYU


Persidangan Pengetua Kebangsaan
22 April - 26 April 2013
Hoterl Promenade Kota Kinabalu

Mendarat di Lapangan  Terbang Kota Kinabalu buat  kali yang kedua,  dapat  dilihat sungguh jauh bezanya. Semua  kerja  pembinaan  sudah siap, kelihatan  serba  mewah, sungguh  cepat   pembangunan peningkatan infrastruktur. Sungguh  terasa  kemajuan  yang  dilaksanakan  di Kota  Kinabalu  dalam  masa  yang singkat. Begitulah berkesannya gagasan Satu Malaysia sehingga Sabah  menampakkan pembangunana yang sungguh pesat.  Pertama kali datang, lima tahun  terkebelakang,  semuanya  masih dalam  proses  pembinaan,  masih kelam kabut dan berdebu. Penumpang pun sangat kurang selesa berada di lapangan terbang, waktu itu. Kini semuanya sudah selesa, semuanya sudah amat baik dan kelihatan moden dan maju.

Kami  dijemput untuk di bawa ke Hotel Promenade, tempat  penginapan. Kemeriahan  suasana pilihan raya sangat   dapat   dirasakan  semua   pengunjung,  Kota  Kinabalu.  Seperti   biasa  Setiap  kali  Persidangan Pengetua,  para  peserta  disambut  mesra oleh  peserta tuan rumah. iaitu pengetua-pengetua yang bertugas, sebagai jawatan kuasa sambutan. Mereka   tidak jemu-jemu melayan  kami  yang  baru saja  tiba.  Jawatan kuasa sambutan dan seluruh Pengetua Sabah memang sungguh-sungguh memastikan keselesaan kami semua dan pengurusan mereka memang  kelihatan sungguh cemerlang

Tema persidangan kali ini, Kepimpinan Berprestasi Tinggi Menjana Pendidikan Berkualiti. Mudah-mudahan dengan berkumpulnya semua pemipin sekolah  seluruh Malaysia, maka  akan berterusanlah  kecemerlangan pendidikan demi mewujudkan warga negara maju bertaraf dunia yang diimpikan insyaa Allah......

Wednesday, April 10, 2013

HARAPAN NAN MENGGUNUNG


Sudah berkali-kali dia muncul di hadapan pejabat. Petugas kaunter cepat-cepat memberitahu akan kehadirannya. Terasa keronkong tersekat. Entah apa pulalah yang bakal dipinta. Entah apa pulalah hajat besarnya yang bakal dipohon. Terkadang terasa mahu melarikan diri saja, supaya tidak perlu berhadapan dengan waris ini. Tapi dia jenis orang yang tidak pernah hilang semangat, apatah lagi boleh bertputus asa, tidak sama sekali. Beritahulah apa pun yang sebenarnya; yang fakta, dan yang jelas dan nyata, dia akan tetap dengan permintaannya, dia tetap dengan pendiriannya jua.

Mengenang segala permintaanya, memang terasa dia seorang yang sangat aneh dan ganjil. Mula-mula minta anaknya dapat diberi kebenaran untuk mengambil peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Mandrin  untuk PMR. Kalau dia minta anaknya mengambil peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Tamil memang tidak ganjil, dan suatu yang memang biasa. Puas dinasihat, tapi jawapannya tetap sama, tetap dengan permintaannya jua. Akhirnya bila keputusan PMR keluar, anaknya gagal Bahasa Mandrin itu. Tiadalah gunanya lagi kerana gagallah anaknya dalam PMR itu.

Gambar hiasan saja
Kini, sudah sekian kali datangnya, membawa hajat minta anaknya dimasukkan ke kelas aliran sains. Anaknya mendapat A dalam Sains. Berkali-kali sudah dijelaskan, berkali-kali sudah diberitahu, semua pelajar dalam kelas aliran sains itu mendapat 6A ke atas, sedangkan anaknya cuma mendapat 1A sahaja. Dicadangkan kepadanya, kalau tetap mahukan aliran sains, mungkin di sekolah lain boleh diberi pertimbangan, kerana pelajar yang mendapat 6A ke atas sangat kurang. Tapi masalahnya, dia tidak mahu meninggalkan sekolah ini. Apa lagilah yang dia mahu, anaknya sudah pun bersetuju untuk duduk di kelas sains sosial. 

Merenung wajahnya yang kemerahan aku pun rasa serba salah. Apalah pula yang tidak kena sehingga dia datang lagi, dan apalah pula isu yang dibawa pada hari ini, setelah berkali-kali bertandang ke pejabatku ini.. Selepas mendengar dengan sabar, dan memberi perhatian dengan tenang, barulah dapat kufahami tingkah lakunya yang selama ini dirasakan pelik. Kasihan... alangkah tersentuhnya hatiku ini. Alangkah sebak di hati ini. Mendengar ceritanya, tergenang air mata, tidak dapat ditahan lagi. 

Rupanya sangat tinggilah harapannya, dan sangat besarlah cita-citanya terhadap anak itu. Dia sudah tiada apa-apa lagi selain anaknya yang diharapkan dapat berjaya dalam pelajaran dan dan dapat mengubah nasibnya dan nasib keluarganya, keluar dari kepompong yang perit ini, kerana ditipu adik kandungnya sendiri. Dia bekerja sangat kuat, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan bekerja siang dan malam untuk beri pelajaran kepada anaknya. Harapannya tidak lain dan tidak bukan supaya anaknya boleh masuk ke universiti, boleh menjawat jawatan tinggi dan boleh bekerja menyara diri. Selagi kuderatnya ada dia akan bekerja supaya anaknya tidak susah, kerana dia rasa sangat bersalah kepada anak-anaknya, yang terpaksa hidup susah kerana menjadi mangsa ditipu keluarga sendiri.

Aduhai.... sungguh kasihan. Barangkali dia sudah tiada siapa-siapa untuk mengadu nasib, jadi pada hari ini dia mencurahkah segala isi hatinya seikhlas hati. Barangkali hari ini segala yang terbuku di hati telah terpancul keluar, barangkali juga hari ini segala penanggungannya  terlerai dan meringankan bebanannya selama ini. Patutlah selama ini harapannya menggunung tinggi.......



Friday, April 5, 2013

YANG TINGGAL DAN YANG PERGI


Alangkah mudahnya jika terbuka hati tinggal bersama kami
 Seawal jam 7 pagi kami sudah bertolak ke Lapanagn Terbang Bayan Lepas. Penat memanglah terasa tapi dek tanggung jawab mesti digagahi jua. Pagi ini bibik kami barang kali sedang bergembira di hatinya. Barangkali tidak lena tidur, mengenang emak ayah dan anak tercinta yang sudah sekian lama ditinggalkan. Barangkali juga Kalau punya sayap sudah terbang tinggi melayang ke kampung halamannya nun jauh di seberang lautan. Begitulah barangkali perasaanya yang dapat dibayangkan, bagi yang bakal berangkat pergi.

Tapi perasaan kita bagaimanalah pula? Jauh di sudut hati dapat dibayangkan, tingallah seorang ibu tua, tinggallah dia dengan kehidupannya seharian sendiri-sendiri. Puas dipujuk, puas dirisik, dan puas dicari, tapi siapa pun tidak ada yang sanggup, tidak ada yang mahu, apatah lagi menerima tawaran. Kalau dilihat memang tiada kerja yang dibuat, dan  tiada pendapatan yang dapat. Tapi menjadi pembantu di rumah orang, biar susah tak makan, biarlah ...... Asal tidak menjadi "hamba orang", kononnya.

Di manakah silapnya kita? Kalaulah dapat dibetulkan persepsi kita, maka tidaklah kita terpaksa bergantung kepada orang luar. Tidaklah kita terbelenggu dengan sindrom 'bibik' yang tanpa kita sedari tidak boleh tidak, amat diperlukan.