Persidangan Pengetua Kebangsaan
22 April - 26 April 2013
Hoterl Promenade Kota Kinabalu
Mendarat di Lapangan Terbang Kota
Kinabalu buat kali yang kedua, dapat dilihat sungguh jauh bezanya. Semua kerja pembinaan sudah
siap, kelihatan serba mewah, sungguh cepat pembangunan peningkatan infrastruktur. Sungguh terasa kemajuan yang dilaksanakan di Kota Kinabalu dalam masa yang singkat. Begitulah berkesannya gagasan Satu Malaysia sehingga Sabah menampakkan pembangunana yang sungguh pesat. Pertama kali datang, lima
tahun terkebelakang, semuanya masih dalam proses pembinaan, masih kelam
kabut dan berdebu. Penumpang pun sangat kurang selesa berada di lapangan
terbang, waktu itu. Kini semuanya sudah selesa, semuanya sudah amat baik dan kelihatan moden dan maju.
Kami dijemput
untuk di bawa ke Hotel Promenade, tempat penginapan. Kemeriahan suasana
pilihan raya sangat dapat dirasakan semua pengunjung, Kota Kinabalu.
Seperti biasa Setiap kali Persidangan Pengetua, para peserta disambut mesra oleh
peserta tuan rumah. iaitu pengetua-pengetua yang bertugas, sebagai jawatan kuasa sambutan. Mereka tidak jemu-jemu
melayan kami yang baru saja tiba. Jawatan kuasa sambutan dan seluruh Pengetua Sabah memang sungguh-sungguh memastikan keselesaan kami semua dan pengurusan mereka memang kelihatan sungguh cemerlang
Tema persidangan kali ini, Kepimpinan Berprestasi Tinggi Menjana Pendidikan Berkualiti.
Mudah-mudahan dengan berkumpulnya semua pemipin sekolah seluruh
Malaysia, maka akan berterusanlah kecemerlangan pendidikan
demi mewujudkan warga negara maju bertaraf dunia yang diimpikan insyaa Allah......
No comments:
Post a Comment