Lawatan ke SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang
24 April 2013
Sek Sukan Negeri dan Sekolah Kluster Kecemerlangan Luar Bandar
Pengetua Pn Noraini Fauzia bt Derin
Visi sekolah - Lestari Penjana Generasi Gemilang
Tepat
jam 1.45 th kami semua menaiki bas menuju ke SMK Peter Mojuntin,
Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Lawatan penanda aras ini dirancangkan
khusus untuk Pengetua-Pengetua yang bersidang di negeri di bawah bayu ini. Hujan
lebat menyambut ketibaan kami, bersama Pengetuanya yang masih muda serta
barisan pengurusan dan sejumlah guru-guru dan pelajar-pelajar yang
mengiringi kami dengan payung ke Bilik Mesyuarat.
Berjalan menuju ke Bilik Gerakan,
terasa seperti berada dalam sebuah taman indah yang nyaman. Di kiri kanan laluan
dihiasi pokok-pokok hiasan pelbagai jenis dan rupa bentuk yang indah, tersusun rapi dan subur.
Disambut di bilik gerakan memang kelihatan budaya cemerlang seluruh warganya.
Kami mendengar taklimat Pengetua, memang sangat menarik dan ternyata
sesuai menjadi sekolah kluster kecemerlangan, sekolah luar bandar. Yang
paling menarik, taklimat pengetua turut dikongsi bersama
pelajar-pelajarnya. Barang kali inilah juga caranya meningkatkan
'self-esteem pelajar', dan inilah juga caranya berkongsi kejayaan dengan
seluruh warga sekolah.
Walaupun berada di band 4 dan ranking
sekolah berada di tahap 809 / 2012 tapi kami semua, sungguh rasa
teruja dengan keindahan persekitaran sekolah yang sungguh indah dan
ceria. The reward goes to Penolong Kanan Kokurikulum, yang sungguh tekun, sungguh
teliti, dan sungguh komited, merangka keceriaan dan melestarikan
keceriaan sekolah dan dapat mengekalkan keindahan, dan kebersihan pada setia masa dan ketika.
No comments:
Post a Comment