Songom derampun berasal dari perkataan
suku kaum Bajau, bermaksud berkumpul dan bersatu, jadi malam songom
derampun bermaksud malam berkumpul Pengetua beramai-ramai dari seluruh Malaysia, yang dapat mengeratkan lagi perpaduan. Sesungguhnya
berkumpulnya pengetua-pengetua seluruh Malaysia, pada malam ini
sebagai tanda kukuhnya perpaduan barisan peneraju sekolah, menyokong
kuat program-program KPM, demi kemajuan dan kecemerlanag pendidikan
negara. Memang sangat tepat, tema persidanagan, " Kepimpinan berprestasi
tinggi menjana kepimpinan berkualiti". Yang manisnya jamuan pada mAlam ini ditaja oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi mengalu-ngalukan dan meraikan semua Pengetua yang hadir bermesyuarat.
Sungguh tidak dapat
disangkal, besarnya peranan Pengetua, bersama guru-guru, sbg pemangkin
kecemerlangan pendidikan. Sesungguhnya, Pengetua mahupun guru, mesti
melihat semua keperluan untuk menjayakan KPI yang ditetapkan. Sesungguhnya kepimpinan
warga guru yang berkualiti akan dapat menjana kualiti sekolah, terutamanya
kpd pelajar. Semuanya perlu dilaksanakan dgn penuh bijaksana.
Sesungguhnya bukanlah mudah menjana kecemerlangan anak bangsa, semuanya
memerlukan komitmen, kesungguhan, ketelitian, kesabaran dan akal budi
yang amat tinggi.
Begitulah ucapan tetamu utama Pengarah
Pelajaran Negeri Sabah mewakili Ketua Menteri yang sangat sibuk dengan urusan pilihan raya yang sudah sangat hampir. Tambah syahdu lagi, kami berkongsi cerita sebuah
kisah benar yang dilalui sendiri oleh Pengarah semasa menjadi Pengetua. Kisah itu menunjukkan betapa besarnya peranan guru, betapa keramatnya
sentuhan seorang yang bernama guru, dan impaknya kepada anak bangsa.
Apalah ada kepada guru, kerana pada guru, tiada lain melainkan melihat
kpd persepsi seorang murid semata-mata.
Suatu waktu dahulu di
sabah, Seorg guru perempuan selalu mengadu, tentang pelajarnya, nakal, tidak
buat kerja sekolah, tidak beri perhatian pada guru, tidak kemas, dan
ada saja masalah, yang kurang menyenangkan. Guru yang bersemangat
mengajar selalu merungut tentang muridya itu, dia dikatakan malas, dan bodoh.
Suatu
hari Sabtu, guru itu berkunjung ke rumah pelajarnya. Alangkah, alangkah
sayu dan tersentuhnya hati seorang guru. Pelajar yang sering
dimarahinya, telah menyambutnya dengan sopan, disambut oleh emak dan
adiknya juga, di tepi tangga yang usang. Rupanya bapanya telah lama
meninggal, lama sudah. Rumahnya beratap rumbia, berlantai buluh, juga tangganya buluh, tiada
bekalan elektrik, mandi diperigi, tiada bilik tidur, cuma ada ruang
kosong sebagai ruang tamu dan dapur untuk memasak. Tiada juga tempat untuk belajar, waima meja
untuk membuat kerja sekolah pun tiada juga. Alangkah tersentuhnya hati, alangkah
sangat malangnya anak ini. Ubi rebus dan air kopi yang dihidang rasa tak
dapat nak ditelan walaupun kelihatan sangat menyelerakan.
Sungguh
terharu, sungguh amat sayu, Budak itu melakukan kesalahan tidak hadir ke sekolah, bukan kerana
nakalnya, tapi kerana sukarnya perjalanan ke sekolah yang jauh. Budak itu sangat comot dan kotornya bajunya. Masakan tidak, baju dan
kasut dipinjam drp jirannya. Aduhai anak nan malang, sungguh sayu,
sungguh sangat terharu. Yg amat menyedihkan lagi, semasa guru turun tangga untuk pulangnya, budak itu
berdiri di tangga dan berkata, "maafkan saya cik gu, rumah saya buruk dan jauh, makanan pun tiada, cuma makanan kampung". Bagai hancur
luluh hatinya, melihat dan merenung mata anak yang kerdil dan tubuhnya yang tak bermaya itu.
Terasa luluh hati hatinya lagi, sebelum
pulang, dia dibekalkan pisang, jagung, dan ubi kayu sbg buah tangan. "ini saja yang saya ada cik gu, maafkan saya.'
Guru itu sangat terharu dan hatinya sungguh sayu tak terhingga. Akhirnya, anak yang malang itu nasibnya terbela. Guru yang prihatin itu mengambil anak itu menjadi anak
angkatnya, tinggal di rumahnya, belajar bersamanya, dan ditanggung sepenuhnya. Dengan izin Allah anak malang itu akhirnya berjaya dalam peperiksaannya, dan berjaya ke menara gading.
Maha suci Allah besarnya
perhatian guru, dengan sedikit sentuhan rasa, telah mengubah persepsi
seorang anak malang, menjadi anak yang berjaya mengharungi ranjau menuju kejayaan dalam hidupnya. Semasa bercerita itu berkali-kali Tuan Pengarah menyebut 'aramaite' untuk mengurangkan sebak di dadanya dan juga sebak di dada kami. (Bahasa kadazan dusun - bermaksud berkumpul beramai-ramai untuk bergembira). Begitulah terharunya malam songom derampun yang kami lalui.
No comments:
Post a Comment