ANTARA SUMBANGAN DALAM BIDANG KOKURIKULUM SEPANJANG BERADA DALAM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
1. Pasukan Kadet Polis Sekolah SMK Sultanah Bahiyah
Pihak sekolah telah memberikan perhatian
dengan membuat perancangan bagi memantapkan pasukan Kadet Polis. Pelbagai
langkah dilaksanakna iaitu dengan membuat pemilihan set guru yang betul-betul
berminat memimpin Pasukan Polis sekolah. Guru-guru terlibat dihantar berkursus
bagi melengkapkan diri mereka tentang ilmu-ilmu kepolisian. Mereka sentiasa diberi
ruang untuk kemudiannya membimbing pelajar-pelajar supaya siap siaga pada
setiap masa, dengan merancang kem, kursus dan bengkel yang bersesuaian. Perkara
penting yang difokuskan ialah disiplin diri dan semangat kerja berpasukan atau team-work yang mementingkan we-feeling atau semangat kekitaan yang
kental dalam melaksanakan sebarang tugas dan cabaran. Pelajar juga dipupuk oleh
guru-guru semangat sayangkan pasukan polis sekolah dan sanggup berkorban masa
tenaga dan wang ringgit untuk kecemerlangan merka semua.
Di samping itu sekolah juga mendapatkan
khidmat kepakaran dari Jurulatih Luar dan nasihat serta bimbingan dari Polis Diraja Malaysia, untuk memantapkan teknik dan kecekapan
dalam kawad kaki. Dengan ini pelajar sentiasa terdedah dengan teknik-teknik terkini
yang membolehkan pasukan sekolah menjadi unggul dan disegani dari aspek kawad
kaki. Jurulatih-juru latih ini bertanggung jawab menyediakan kerangka bagi menyediakan kekuatan minda dan juga
kekuatan rohani, serta kekuatan fizikal demi menyediakan diri untuk mencapai
kecemerlangan dalan pasukan polis seperti menembak, dan aktiviti-aktiviti lain
semasa perkhemahan sama ada di peringkat
negeri atau kebangsaan. Fokus utama ialah aspek kawad kaki yang memerlukan disiplin, teknik dan kreativiti bagi menyerlahkan persembahan kawad pasukan
kadet polis ini.
Tidak ketinggalan juga sekolah
mempunyai hubungan baik dengan PIBG sekolah. Mereka memberikan perhatian yang
tinggi kepada Pasukan Kadet Polis dengan memberikan peruntukan wang yang banyak
untuk sebarang aktiviti yang diadakan. PIBG juga memberikan komitmen masa dan
tenaga untuk memberikan semangat kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat
dengan kadet polis. Yang manisnya PIBG sentiasa memberikan insentif kepada
guru, pelajar dan juru latih luar sebagai menghargai komitmen mereka yang tinggi.
Hal ini menjadikan guru-guru dan pelajar semakin bersemangat dalam menghasilkan
kecemerlangan terutamanya dalam kawad kaki.
Di samping itu hubungan erat
dengan komuniti luar, iaitu pihak Polis Kontingen Kota Setar dan ibu angkat
Polis yang sangat berminat dengan pasukan kadet polis sekolah menjadi
penyumbang kepada kecemerlangan pasukan kadet polis. Melalui kerjasama dan
hubungan baik inilah dapat dilaksanakan
pelbagai program seperti
perkhemahan, kem jati diri, dan lain-lain lagi. Polis Kontingen Kota Setar telah membantu banyak perkara seperti
kepakaran, khidmat nasihat, peralatan dan berbagai-bagai lagi sumbangan yang
diperlukan oleh pasukan kadet polis sekolah hingga menjadi satu pasukan yang
mantap kuat dan segak bergaya. Pasukan kadet sekolah sangat digeruni oleh
pasukan kadet sekolah lain di daerah Kota Setar dan juga pasukan kadet polis di
seluruh Negeri Kedah. Sebab itulah pasukan kadet polis SMKSB boleh dikatakan
setiap tahun menjulang gelaran Juara kerana memenangi pertandingan kawad kaki
di peringkat daerah dan negeri sebagai Johan daerah dan Johan Negeri sehingga pernah menjulang Johan Peringkat Kebangsaan.
Disebabkan kecemerlang itu maka
sekolah SMKSB telah dipilih sebagai
sebuah sekolah mewakili negeri Kedah sebagai sekolah yang menjadi Finalis
Pasukan Beruniform Cemerlang. Inilah
watak sekolah yang Berjaya dibina dengan kerjasama semua pihak dan
mendapat sokongan dari PPD Kota Setar dan JPN Kedah. Aspek inilah yang menjadi
Niche Area sehingga sekolah telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan SKK
2. Menubuhkan Pasukan Orkestra SMK Sultanah Bahiyah dan
Pasukan Angklong Asrama
SMK Sultanah Bahiyah
o Melengkapkan
guru untuk memimpin orchestra dan pasukan Angklong Asrama.
o Bersama
PIBG mencari, dan mengumpulkan dana untuk pembelian instrument penting dan
perlu, serta pembelian uniform.
o Menyediakan
jurulatih professional untuk membimbing pelajar-pelajar belajar nota musik.
o Mengatur
program latihan kemahiran musik kepada pelajar – kemahiran membaca note dan
kemahiran menggunakan instrument. Memilih guru terlatih mengajar kemahiran
musik, sehingga pelajar mampu bermain alat musik.
o Memberi dan memupuk kesediaan mental dan percaya diri
pelajar sehingga berupaya membuat persembahan di sekolah dan di pentas lain
apabila mendapat jemputan.
o Menyediakan
bilik latihan pasukan angklong dan bilik latihan pasukan orchestra.
No comments:
Post a Comment