BERIKUT DIKONGSIKAN ANTARTA SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN DALAM KOMUNITI SEPANJANG PERKHIDMATAN
1. Sekolah Menjadi Sebagai Penanda Aras Dalam
Bidang Kecemerlangan Akademik, Kecemerlanagan Asrama, dan kecemerlangan ko-kurikulum
Kecemerlangan Akademik:
Pengurusan sekolah
SMKSB banyak menerima lawatan
penanda aras dari Pengurus sekolah sama ada Pengetua-Pengetua, Penolong Kanan
atau Guru Kanan seluruh Malaysia, terutamanya yang datang
berkursus di Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan
Utara. Fokus utama
lawatan mereka ialah perKongsian pintar tentang aspek pengurusan
sekolah, program kecemerlangan akademik, kecemerlangan ko-kurikulum dan kecemerlangan
asrama. Kedatangan mereka akan dipenuhi dengan acara taklimat atau Ceramah dan
sola jawab dengan Pengetua, Pengurusan
sekolah dan guru-guru tentang bidang-bidang yang menjadi fokus utama
lawatan. Kemudian akan diikuti dengan
lawatan ke lapangan iaitu ke bilik-bilik khas, perpustakaan atau asrama
mengikut keperluan fokus lawatan mereka
Pengurusan Akademik
Di samping itu, banyak sekolah di
daerah Kota Setar dan daerah-daerah lain di negeri Kedah dan ada juga
sekolah-sekolah lain di luar Kedah yang telah
mengadakan program perkongsian pintar dengan SMK Sultanah Bahiyah untuk
mendapat taklimat tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai
kecemerlangan dalan bidang akademik sehingga pencapaian akademik dapat
dikekalkan di tahap cemerlang dalam semua peperiksaan awan PMR, SPM, dan STPM.
Bukan itu sahaja jumlah calon yang mencapai semua A dalam peperiksaan awam juga
terus meningkat sehingga standing dan sebaris dengan pencapaian
pelajar-pelajar sekolah kluster, dan
sekolah primier daerah dan negeri. Oleh
itu pihak sekolah lain mengadakan perkongsian pintar dengan membawa
Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, guru-guru dan pelajar-pelajar. Selalunya
sekolah-sekolah yang mengadakan lawatan penanda Aras akan diberikan taklimat
dan Ceramah tentang program-program kecemerlangan akademik yang dilaksanakan.
Selepas menyampaikan Ceramah tentang program kecemerlangan, akan diadakan pula
sessi soal jawab, supaya pelawat akan dapat berkongsi pengalaman. Selepas itu
akan diadakan lawatan untuk melihat atau merasai sendiri apa yang disampaikan
di dalam ceramah dan soal jawab.
Kecemerlangan Pelajar
Ada juga lawatan penanda aras
terdiri daripada pelajar-pelajar yang melawat sekolah dan tinggal selama sehari
untuk turut belajar dalam kelas bersama pelajar-pelajar lain, terutamaya
belajar dengan Guru Cemerlang Bahasa yang melahirkan ramai pelajar A seperti
Bahas Melayu Tingkatan 5. Di samping itu jika pelajar sekolah kebangsaan mereka
ingin mendapat motivasi dari pihak sekolah supaya mereka boleh berusaha
meningkatkan kecemerlangan bagi melayakkan mereka masuk ke SMKSB. Untuk pelajar
sekolah rendah selepas taklimat mereka akan mengadakan program mentor mentee
dan pembimbing rakan sebaya bagi merangsang semangat belajar untuk lebih
cemerlang.
Kecemerlangan Asrama
Sekiranya lawatan penanda aras
bertujuan meninjau kecemerlangan asrama, setiap sekolah yang melawat terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, guru-guru,
warden dan pelajar asrama. Lawatan ini
akan dipenuhi acara ceramah dan soal jawab dan perkongsian pintar bersama
pelajar-pelajar asrama. Lawatan ke asrama akan memakan masa yang lebih lama,
kerana kecemerlangan asrama memerlukan komitmen guru-guru, warden dan pelajar,
jadi program di asrama akan melibatkan forum dan bengkel bersama
pelajar-pelajar dari sekolah yang datang melawat.
Kecemerlangan Ko-kurikulum
Begitu juga jika lawatan penanda
aras bertujuan melihat kecemerlangan ko-kurikulum, biasanya acara ceramah dan
soal jawab akan diikuti oleh program bersama pelajar kadet polis yang terlibat
kerana kadet polis adalah watak sekolah. Peserta-peserta lawatan juga lebih
banyak terdiri daripada pelajar yang ingin melihat sendiri bagaimana penglibatan
pelajar dapat merealisasikan kecemerlangan dalam ko-kurikulum sehingga kadet
polis menjadi cemerlang di peringkat negeri Kedah sehingga ke peringkat
kebangsaan.
2. Japan Festival 2009 Alor Setar
-
Menerima tawaran Consulate-General Of Japan,
Penang untuk menjadi pengajur bersama dan menyediakan venue untuk Japan Festival Peringkat Utara, bagi
nergeri-negeri Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Festival in terbuka kepada pelajar-pelajar
IPTA dan sekolah-sekolah di negeri-negeri tersebut di atas, yang menawarkan
mata pelajaran Bahasa Jepun kepada pelajar mereka. Semua urusan surat jemputan
diuruskan oleh Kedutaan Jepun di Pulau Pinang. Semua program dan peralatan juga
di sediakan oleh Kedutaan.
-
Sekolah menguruskan aturcara majlis dan
perasmian oleh PPD Kota Setar, dan
menyediakan guru-guru yang akan menguruskan Program yang diatur yang akan
berlangsung sepanjang satu hari dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Acaranya ialah seperti berikut, Tea
Ceremony, Flower Arrangement and Workshop, Origamy Workshop, Kimono
Demonstration, Japanese Language Class and Culture
-
Membentuk JK Guru dan pelajar bagi menyediakan
peralatan bagi program tersebut di atas. Guru juga menyediakan pelajar seramai
400 orang untuk terlibat dalam aktiviti yang disediakan.
-
Guru menyambut
tetamu jemputan dan Guru menjadi fasilitator program bagi peserta yang
mengambil bahagian.
-
Menyediakan jamuan untuk VIP (PPD KS), anggota
kedutaaan Jepun, dan JK guru-guru dan pelajar
-
Membuat pembersihan dan menyimpan barangan
selepas program
Dianggarkan seramai 300 jemputan luar yang hadir
menjayakan Festival tersebut dan pihak kedutaan sangat berpuas hati dengan
sambutan yang menggalakkan itu.
No comments:
Post a Comment