Ucapan Tn Hj Mohamad Hj Abd Hamid
27 OGOS 2013
2. 30 petang, di Balai Waris Asrama
![]() | |||
KHUSYUK MENDENGAR UCAPAN KETUA SEKTOR |
Kita baru saja lepas bulan Ramadhan, dan selesai menjalani ibadat puasa. Seperti lazimnya kita kuat dan berazam bersungguh-sungguh untuk menjalankan ibadat puasa dan ibadat-ibadat lain di bulan puasa. Semangat beribadat itu tidak lain kerana semua percaya akan diberi ganjaran yang tinggi jika beribadat di bulan mulia.
![]() |
UCAPAN PENGETUA |
![]() |
UCAPAN KETUA SEKTOR |
Kenapa kita memilih untuk menjadi pembangkang atau penentang, walaupun kita amat tahu yang dikatakan menentang itu, maknanya tidak patuh kepada peraturan dan dikatakan tidak ikut disiplin yang ditentukan. Dalam Islam dengan jelas Allah menyebut, yang dikatakan menentang itu, disebut kufur dalam al-Quran. Yang kufur itu maknanya tidak patuh displin dan peraturan yang Allah tetapkan melalui ajaran Rasul-Rasul yang diutuskan. Jadi orang yang suka menentang itu bolehlah dikatakan orang yang tiada disiplin kerana tidak mengikut disiplin.
![]() |
CENDERMATA KPD KS |
Oleh itu, jika orang selalu berkata 'Disiplin Tangga Kejayaan' jadi sepatutnya orang Islam lebih berjaya daripada orang-orang lain kerana sudah dilatih dengan disiplin dalam menjalani ibadat, dan kehidupan seperti yang Allah sebutkan dalan al-Quran. Seharusnya amalan disiplin diaplikasikan di tempat lain, terutamanya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Jika boleh buat yang baik kenapa pilih yang buruk? Jika boleh memilih untuk sama-sama bekerja dan melaksanakan tugas, kenapa pilih untuk menjadi orang yang tidak patuh peraturan yang membawa kepada perpecahan dalam organisasi? Bukankah itu berdosa namanya? Bukankah kita semua sangat yakin balasan baik, dan balasan buruk iaitu dosa dan pahala atas segala apa pun perbuatan kita? Nanti di akhirat akan dihitung, ditimbang dan dihisap semua amalan baik dan amalan buruk, supaya dapatlah diberi balasan yang baik atau sebaliknya di sana nanti, seperti yang telah dijanjikan Allah.
Iktibarnya apabila diamanahkan untuk buat kerja, walaupun banyak kerja dan berat pula, kenalah buat, kalau benda yang kita perlu buat itu baik, buatlah saja, carilah cara untuk buat, tidak ada sebab untuk kita mengelak daripada buat kerja. Apatah lagi menghalang orang daripada buat kerja.
No comments:
Post a Comment