30 SEPTEMBER 2013
8.15 PAGI
DI ANJUNG PETAH BICARA
KEHADIRAN:
SEMUA GURU DAN MURID TING 3
Seperti biasa setiap tahun sebelum pelajar Tingkatan 3 menduduki peperiksaan PMR mereka akan diraikan dalam suatu majlis sangat bermakna, Majlis Mohon Restu. Majlis ini diadakan tidak lain untuk menyediakan minda dan memberikan persediaan terakhir, dari segi mental dan fizikal, untuk murid-murid menduduki PMR. Dengan ini diharapkan mereka mampu mempunyai kekuatan dan motivasi, seterusnya dapat merasakan sokongan yang berterusan daripada guru-guru yang mengajar dan ibu bapa yang membesarkan dan menyayangi mereka. Ini kerana PIBG terut memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini setiap tahun. Seterusnya diharapkan semua itu menjadi pendorong untuk mereka, supaya dapat menghasilkan keputusan cemerlang PMR 2013, insyaAllah.
Jika direnung lebih jauh, sebenarnya apa yang guru inginkan daripada majlis ini memang sangat banyak dan bermakna: semua bertujuan sebagai sebahagian daripada pendidikan kepada anak-anak yang sedang membesar dan sedang mencari jati diri. Kita mengharapkan majlis ini dapat:
- menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada guru, ibu bapa dan pihak sekolah yang telah banyak menabur bakti mendidik murid-murid dalam pelbagai bidang
- mempunyai semangat tinggi dan kekuatan dalaman yang matap untuk mencapai kecemerlangan
- mempunyai hubungan yang erat antara sesama pelajar, guru dan pihak sekolah
- mempunyai keyakinan bahawa kecemerlangan adalah anugerah Allah saw setelah kita berusaha bersunggun-sungguh
- memohon restu guru, dan ibu bapa untuk memperoleh keberkatan dan kejayaan dalam peperiksaan PMR dan juga dalam kehidupan seharian.
Kesimpulannya setelah guru bertongkos-lomos berusaha menyebar ilmu dan membimbing murid dalam usaha menjawab soalan, ditambah pula dengan mendapat restu ibu bapa dan sumbangan PIBG, maka tiadalah daya upaya lagi, selain memohon restu daripada Allah saw. Tiadalah daya untuk membuat kebaikan selain dengan izin Allah jua. Semoga semua pelajar Tingkatan 3, terus tabah dan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab semua soalan dengan cemerlang. Sesungguhnya semua guru mendoakan anda berjaya dengan cemerlang dan mendapat kesejateraan hidup di dunia dan akhirat.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
SELAMAT MAJU JAYA DENGAN PENUH KEJAYAAN
ANDA SESUNGGUHNYA BAKAL MENCIPTA KECEMERLANGAN!
No comments:
Post a Comment